Dari Blog PAS Kawasan Miri, Sarawak
Tahun Baru 2011 Masalah Penduduk Sarawak Yang Miskin Belum Selesai
Masalah penduduk Kpg Usaha Jaya Tukau,Sg.Beluboh.
Penduduk kampung Usaha Jaya Tukau menuntut agar pihak yang berwajib menunaikan janji-janji mereka selama ini yang sudah lama tertangguh. Contoh yang paling nyata sekarang adalah menaikkan taraf jalanraya kampung tersebut.
Sehingga kini belum ada tanda-tanda jalan raya yang sedia ada yang telah berturap hendak disambung penurapannya sampai ke hujung kampong.
Sudah berpuluh-puluh tahun penduduk kampong Usaha Jaya menetap di situ dan ada yang masih belum mendapat grant tanah atau ‘Land title’ sedangkan projek-projek pihak swasta seperti perumahan yang berhampiran dan diluar kawasan kampong tersebut dengan mudah mendapat tanah untuk membina tapak perumahan.
Penduduk tempatan yang sudah bermastautin berpuluh puluh tahun di situ sukar sekali untuk mendapatkan tanah sendiri sebagai tapak perumahan.
Keadaan kampung tersebut masih jauh ketinggalan dari segi ‘infrastructure’ seperti 30 puluh tahun yang lalu, tiada kemudahan asas yang sepatutnya dinikmati oleh penduduk kampong yang berada dalam sebuah bandaraya seperti Miri. Dimanakah perginya janji-janji pemimpin BN yang sering berjanji untuk memberi bantuan kepada penduduk kampong tersebut?
Mereka terpaksa berulang alik dalam keadaan jalanraya yang berlopak,tiada bekalan elektrik, dan bekalan air bersih untuk kegunaan harian untuk memasak, cuci pakaian dsbnya.
Mereka terpaksa menggunakan air dari perigi yang masam dan air hujan yang di simpan dalam tong atau tangki. Bila musim tengkujuh mereka terpaksa mencari air dari anak sungai kerana air perigi menjadi kering . Ini boleh mendatangkan penyakit kepada mereka dan keluarga.
Cuba lihat, hayati dan amati gambar-gambar kedaifan dan kesusahan penduduk pada pautan berikut http://pas-miri.blogspot.com/2011/01/tahun-baru-2011-masalah-penduduk.html
DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK MAHU UMNO SERTA SEMUA SAYAP PARTI MENGADAKAN LEBIH BANYAK PROGRAM BERBENTUK MENDAMPINGI RAKYAT DI KAWASAN-KAWASAN YANG DIKUASAI PEMBANGKANG DAN BUKANNYA DI KAWASAN SELAMAT - UTUSAN MALAYSIA 17 OKT. 2010
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1018&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm&arc=hive

0 comments:
Post a Comment