1/5/11

Menteri Umno BN tak kisah pelajar susah, sekolah daif

Di bawah ini beberapa kisah benar kesusahan pelajar-pelajar di Malaysia untuk ke sekolah. Tahun 2011, tahun NAIK, SEMUA NAIK. Ada Menteri kisah berapa ramai pelajar tak sekolah, berapa banyak sekolah daif? MEREKA TAK KISAH !

*****************
GAMBAR-GAMBAR PEMBANGUAN DI LUAR BANDAR DI SABAH

Gambar-gambar menunjukkan bukti-bukti kukuh. Berapa lama sudah Sabah di bawah pemerintahan UMNO/BN? Ke mana perginya wang royalti Petronas untuk Sabah selama ini?

Inilah yang dibanggakan oleh penyokong UMNO di Sabah, lihat gambar-gambar di bawah ini, iaitu di Kawasan Piiharaya yang wakil rayat kini adalah seorang Menteri, iaitu Dato' Shafee Afdal, seorang Hero Semporna. Tetapi lihatlah, ini salah satu contoh kawasan yg diwakili olehnya sebagai Ahlli Parlimen.

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU BAIT
WDT 27 91309 SEMPORNA
Sabah
Malaysia

Sumber : http://www.sabahan.net/forum/showthread.php?tid=2982






*************************

KISAH SEDIH ANAK MELAYU BERKONGSI BAJU SEKOLAH

Penulis akan paparkan kisah benar seorang guru yang berlaku beberapa tahun yang lalu. Beliau menyaksikan sendiri kesusahan sebuah keluarga. Bacalah…..

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah.

Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat.

Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa.

Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat.

Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah.

Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya.

Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”

Dia terkejut dan wajahnya berubah.


“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya

“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”

” Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….”

Sumber : http://tulahan.blogspot.com/2011/01/kisah-sedih-anak-melayu-berkongsi-baju_03.html

********************

PENDAFTARAN SEKOLAH DAN PINDAH SEKOLAH..

Sekolah Agama Buloh Kasap (JOHOR) menghadapi kekurangan bilik darjah apabila Sekolah Keb Buloh Kasap (sekolah berjiran) mengadakan satu sesi pembelajaran sahaja setelah bangunan barunya siap. Sekolah Agama terpaksa menggunakan bangunan lama; bilik kelas di Dewan Orang Ramai Tandung.

Bilik kelasnya agak daif dan naif. Maklumlah kelas buruk yang lama tidak digunakan. Tingkap dan cermin banyak yang pecah dan rosak. Tetapi itulah pilihan terbaik yang ada bagi menampung keperluan semasa terdesak lagi terpaksa. Guru-guru SABK amat saya kagumi dengan ketabahan dan kerendahan hati mereka demi pembelajaran anak-anak.

Sumber : http://ahmadnawawiuitmjohor.blogspot.com/2010/12/pendaftaran-sekolah-dan-pindah-sekolah.html

0 comments: