KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

1/6/11

Sekolah Kabin, Umno BN Gagal, Muhyiddin perlu letak jawatan


Tahun 2011 pelbagai masalah persekolahan yang timbul. Dengan isu Sekolah Tumpang, Sekolah Tak Siap-Siap, Sekolah Usang, Sekolah Daif, Sekolah Plaster, Yuran Naik, Harga Makan Kantin Sekolah Naik dan Sekarang Masalah Sekolah KABIN. Nampaknya Muhyiddin gagal melaksanakan tugas sebagai Menteri Pelajaran. Perlu ada usaha bersepadu desak Muhyiddin letak jawatan segera !

183 PELAJAR MANDI PELUH KETIKA BELAJAR

Berita Harian 6 Dis 2010

Kabin zink terpaksa dijadikan kelas sementara

JOHOR BAHRU: Seramai 183 pelajar Sekolah Seni Johor Bahru (SSeJB) di sini, terpaksa belajar dalam keadaan berpeluh dan tidak selesa setiap hari kerana ditempatkan dalam lapan kabin yang dijadikan kelas sementara di tempat letak kereta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mohd Khalid dekat sini.

Keadaan itu dilalui pelajar Tingkatan Satu, Dua dan Empat sejak kelas kabin itu digunakan mulai Januari tahun lalu. Kelas kabin terbabit terpaksa digunakan bagi menampung kekurangan kelas memandangkan SSeJB menumpang di sekolah itu sejak 2006.

Tinjauan Berita Harian mendapati, bahang kabin yang digunakan pelajar sejak setahun lalu lebih terasa kerana silingnya rendah selain dinding dan siling diperbuat daripada zink. Difahamkan, pelajar SSeJB terpaksa menggunakan kelas kabin sehingga bangunan sekolah siap tahun ini, namun wujud masalah status tapak sekolah terbabit di Seri Alam, menyebabkan pembangunan sekolah belum bermula.

Pelajar Tingkatan Tiga, Amirul Muaz, 14, yang berasal dari Sungai Buloh, Selangor, berkata kesejukan pada pagi boleh menyebabkan badan menggigil tetapi bermula 11.30 pagi hingga 2.15 petang, kabin berkenaan terasa bahang walaupun setiap kabin dilengkapi lapan kipas.

“Kami boleh menahan panas, bagaimanapun kasihan apabila melihat guru mengandung bermandikan peluh kerana terlalu panas. Kami tidak pernah mengadu, namun sering menyatakan rasa bahang panas sesama sendiri,” katanya.

Pelajar Tingkatan Dua, Mohd Shahfik Abdul Aziz, dari Puncak Alam, Kuala Selangor, berkata ramai antara mereka cepat lesu, letih dan mengantuk apabila cuaca dan persekitaran terlalu panas.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/183pelajarmandipeluhketikabelajar/Article

PELBAGAI MASALAH SEKOLAH DI BAWAH INI :

MENTERI UMNO BN TAK KISAH PELAJAR SUSAH, SEKOLAH DAIF
http://amkns.blogspot.com/2011/01/menteri-umno-bn-tak-kisah-pelajar-susah.html

SEKOLAH PLASTER, SATU LAGI KEJAYAAN UMNO BN
http://amkns.blogspot.com/2011/01/sekolah-plaster-satu-lagi-kejayaan-umno.html

MUHYIDDIN GAGAL SELESAI ISU SEKOLAH TUMPANG
http://amkns.blogspot.com/2010/12/muhyiddin-gagal-selesai-isu-sekolah.html

SEKOLAH DI JOHOR BAHRU TAK SIAP-SIAP SEJAK 2004
http://amkns.blogspot.com/2010/06/menteri-pengajian-tinggi-tak-turun.html

SEKOLAH AMAT DAIF DI SABAH TAPI KAPALSELAM RM3.4 B
http://amkns.blogspot.com/2011/01/sekolah-amat-daif-di-sabah-tapi.html

BN GAGAL SELESAI MASALAH 300 SEKOLAH USANG, SEKOLAH TUMPANG
http://amkns.blogspot.com/2011/01/bn-gagal-selesai-masalah-300-sekolah.html

KLINIK BOT BERGERAK, ORANG SARAWAK NAK SEKOLAH LAH
http://amkns.blogspot.com/2010/12/klinik-bot-bergerak-orang-sarawak-nak.html

MASALAH BANGUNAN SEKOLAH AGAMA USANG DI MUAR
http://amkns.blogspot.com/2010/05/pilihanraya-kecil-di-johor.html

SEKOLAH AGAMA DAIF DI JOHOR BAHRU
http://amkns.blogspot.com/2010/06/sekolah-agama-johor-daif.html

4 comments:

abgsaiful said...

mana budak2 UMNO tak bagi komen kat sini

abgsaiful said...

Mana budak2 UMNO tak bagi komen atau ambil iktibar untuk tindakan selanjutnya. JANGAN MENYOKONG MEMBABI BUTA

Anonymous said...

umno ni penipu rakyat. rakyat johor macam dah kena sihir dengan umno. tukar kerajaan sekali baru nampak perbezaan. macam selangor. ok pa.

Anonymous said...

DAH 50 TAHUN MERDEKA MASIH ADA SEKOLAH MACAM KANDANG KAMBING KAT SARAWAK.NEGERI SUSAH TAPI MASIH NAK KT BN.SELANGOR, WALAUPUN NEGERI MAJU TAPI RAKYATNYA MASIH BERANI INGIN BUAT PERUBAHAN