KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

1/26/11

Tiada yang sudi ajar Orang Asli agama Islam, tunggu pilihanraya agaknya


Kesian nasib Orang Asli yang memeluk agama Islam di Negeri Sembilan ni, di Jelebu pula tu. Mungkin Dato Jeneral Jamil Khir selepas pilihanraya di DUN Tenang dan DUN Merlimau boleh datang DUN Klawang atau Parlimen Jelebu lepas tu dengan semua kakitangan JAKIM untuk memberi kefahaman Islam kepada mereka ini.

TIADA USTAZ DATANG MENGAJAR
Sinar Harian 26 Jan 2011

KUALA KLAWANG - Bantu dan bimbinglah mereka ke jalan yang benar, kata Tok Batin masyarakat Orang Asli Kampung Kelaka, Aden Geboi.

Beliau berkata demikian apabila memikirkan keadaan anak buahnya yang memeluk agama Islam ketandusan ilmu agama.

Walaupun beliau tidak seagama namun tanggungjawab memastikan anak buahnya yang memeluk Islam perlu dijalankan sebaiknya.

Aden berkata, sebelum ini, ada ustaz datang mengajar agama di surau berdekatan, namun sejak tujuh bulan lalu, mereka tidak datang lagi.

"Ustaz berkenaan datang mengajar mengaji, ilmu Fardu Ain dan sebagainya kepada Orang Asli yang memeluk Islam.

"Perkara ini penting dan perlu diberi penekanan serius agar mereka tidak hanyut akibat tidak dibimbing dengan baik dan sempurna," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini.

Beliau berkata, seramai 17 masyarakat Orang Asli di sini, memeluk Islam dan mereka perlu diberi tunjuk ajar yang sewajarnya dari masa ke semasa.

"Sebelum ini, saya sudah mengajukan masalah berkenaan kepada beberapa pemimpin tempatan namun sehingga kini tidak tahu apakah tindakan yang diambil.

"Oleh itu, diharap pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dapat turun padang ke kawasan ini bagi membimbing masyarakat Orang Asli di sini," katanya.

Menurutnya, banyak perkara yang perlu mereka ketahui terutama isu berkaitan pengurusan jenazah, ilmu rumah tangga, pembahagian harta dan sebagainya.

"Ilmu seperti ini perlu diterapkan sebaiknya agar masyarakat Orang Asli yang beragaman Islam dapat mengamalkan ajaran, selain mengelakkan mereka terpesong," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8678449.asp

1 comment:

Anonymous said...

Klu mcm tu ulama PAS juga bertanggungjawab mengajar org asli tersebut, jgn asyik berpolitik saja, jgn letak beban dibahu org lain