Wakil Rakyat DUN Paroi di Negeri Sembilan adalah dari PAS. BN setakat ini membentuk kerajaan di N.Sembilan. Tetapi banyak projek dan program diadakan di Paroi. Itulah untungnya rakyat di kawasan yang wakil rakyatnya dari PAS. Orang Merlimau dan orang Kerdau tak iri hati ke tengok banyak projek di Paroi selepas pilihanraya bukan hanya semasa kempen pilihanraya?
Kompleks anak yatim baru di Paroi
Sinar Harian 23 Feb 2011
SEREMBAN – Seramai 300 anak yatim akan menikmati kemudahan belajar dan meneruskan kehidupan dengan adanya Kompleks Anak Yatim di Paroi tidak lama lagi.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau telah meluluskan pelan pembangunan kompleks berkenaan yang akan didirikan di Paroi, dilengkapi warden, guru dan pelbagai lagi kemudahan untuk anak yatim.
“Ia boleh menempatkan seramai 150 anak yatim lelaki dan 150 anak yatim perempuan.
“Ada warden, ada guru dan pelbagai lagi supaya anak ini dijaga. Pastikan supaya mereka belajar kerana pelajaran penting dan kita mesti buat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat Persatuan India Muslim Seremban di Taman Seri Rahang, dekat sini, kelmarin.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Infrastruktur, Air, Tenaga dan Telekomunikasi, Datuk Ismail Lasim; Presiden Persatuan India Muslim Seremban, Kassim Abdul Hamid dan Presiden Kimma, Ibrahim Musa.
Pada majlis itu, Mohamad turut melahirkan rasa bangganya apabila hasrat masyarakat India Muslim memiliki sebuah bangunan serba guna menjadi kenyataan dengan adanya bangunan Persatuan India Muslim di Taman Sri Rahang.
“Walaupun belum siap tetapi dapat digunakan untuk solat. Tahniah kerana impian berkenaan dapat diterjemahkan,” katanya.
Dalam pada itu, Mohamad turut memberi sumbangan daripada kerajaan negeri berjumlah RM50,000 kepada Persatuan India Muslim Seremban.
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8795092.asp

0 comments:
Post a Comment