4/26/11

Hospital baru di kawasan DAP Negeri Sembilan, YAHOO



Meloponglah orang Rembau terutama di DUN Chembong yang wakil rakyatnya Umno. Tahun 2008 Menteri Besar dah bina batu asas Hospital Rembau di DUN Chembong, akhirnya Nilai yang diwakili DAP pula yang dapat Hospital BARU. Nampak gayanya DUN Chembong, Kota, Rantau lepas ni, pengundi kena pilih wakil rakyat dari PAS dan PKR, baru cepat projek turun.

Artikel Janji Pilihanraya Umum 2008 untuk Bina Hospital Rembau belum ditunai pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2011/02/siapa-yang-menjanjikan-hospital-kepada.html

Anak muda semua, mari kita sertai DAP macam anak Tan Sri Khir Johari di sini http://amkns.blogspot.com/2011/04/lebih-ramai-orang-melayu-akan-sertai.html

***********************
Sambut baik pengumuman hospital di Nilai
Sinar Harian 26 April 2011

SEREMBAN – Pengumuman Kerajaan Negeri untuk mendirikan sebuah hospital besar di daerah Nilai akan datang disambut baik wakil rakyatnya, Yap Yau Weng (DAP - Nilai).

Menurut Yau Weng, jika kemudahan tersebut diwujudkan di kawasan itu, akan memudahkan orang ramai khasnya pesakit untuk mendapatkan rawatan kesihatan.

“Pada pengetahuan saya, Kerajaan Negeri sudah mengumumkan kepada orang ramai akan membina sebuah hospital besar di Nilai.

“Jika adanya hospital besar di situ, orang ramai khasnya pesakit di Nilai tidak perlu bersusah payah berulang-alik ke Hospital Tuanku Ja’afar di Seremban untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Yau Weng berkata demikian semasa membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir pada Persidangan Pertama Penggal Ke Empat Dewan Undangan Negeri ke-12, di sini, semalam.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9018417.asp

0 comments: