CUTI JUMAAT

CUTI JUMAAT

4/17/11

Lebih ramai orang Melayu akan sertai DAP selepas PRN Sarawak


Melihatkan keputusan memberangsangkan DAP dalam Pilihanraya Negeri Sarawak pada 16 April 2011 adalah tidak mustahil lebih ramai orang Melayu terutama golongan muda, professional, terpelajar dan siswazah akan menyertai DAP selepas ini. Dari 15 kerusi DUN yang ditandingi oleh DAP, DAP telah memenangi 12 kerusi dengan majority undi yang amat ketara dan merupakan sejarah terbaik kemenangan DAP dan Pakatan Rakyat di Sarawak.

DAP sebenarnya adalah merupakan parti yang berlandaskan prinsip demokrasi bukannya berasaskan perkauman. Ianya nampak seperti perkauman Cina hanya kerana kesedaran politik di kalangan masyarakat Cina adalah lebih terbuka. Justeru itu golongan Melayu yang masih ramai lagi menjadi pemerhati atau golongan atas pagar seharusnya menyokong atau menyertai DAP.

Kemasukan golongan professional ke dalam DAP telah lama wujud tetapi bukan pada skala besar sebelum ini. Antaranya ialah almarhum Abdul Muluk Daud atau Dharmala NS yang merupakan Sasterawan Negara bergiat aktif dalam DAP di Negeri Sembilan dan pernah bertanding atas tiket DAP di Parlimen Jelebu-Jempol pada tahun 1974 serta dipilih Timbalan Setiausaha Agung DAP pada tahun 1996.

Anak kepada bekas Setiausaha Agung Umno Allahyarham Tan Sri Khir Johari juga telah menyertai DAP baru-baru ini. Zairil Khir, 26, Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat, berkata: “Parti ini mewakili pelbagai bangsa sepertimana yang digagaskan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman.”

Beliau berkata lagi bahawa beliau bercadang untuk melibatkan diri di dalam politik untuk meneruskan perjuangan bapanya. Beliau menjelaskan bahawa UMNO semasa ayahnya masih ada berbeza sama sekali dengan keadaan UMNO yang ada pada hari ini.

Allahyarham Khir Johari adalah antara nama-nama besar dalam Umno. Allahyarham pernah dilantik menjadi Menteri Muda Pertanian dan Perikanan (1955), Menteri Pelajaran (1957-1959 dan 1965-1968), Menteri Perdagangan dan Industri (1960-1962 dan 1969-1971), Menteri Pertanian dan Koperasi (1963-1964) dan Menteri Tidak Berportfolio (1973).

Sementara itu bekas Naib Pengerusi Lembaga Pengarah Transparency International Tunku Abdul Aziz Ibrahim telah menyertai DAP dan, beliau dilantik sebagai Naib Pengerusi parti DAP sejak tahun 2008

Apa tunggu lagi. JOM UBAH !

JOM SERTAI DAP.

Sila muat turun boring keahlian DAP di http://dapmalaysia.org/bm/index.php/borang-ahli/

Sumber :

http://hidupharapan.blogspot.com/2011/01/anak-allahyarham-tan-sri-khir-johari.html

http://blog.limkitsiang.com/2011/01/25/zairil-khir-johari-why-i-joined-dap/

http://www.mykedah2.com/20hall_fame/202_9_05.htm

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2008/8/24/TERKINI/Mutakhir/Tunku_Abdul_Aziz_dilantik_sebagai_Naib_Pengerusi_DAP&sec=mstar_berita

10 comments:

Anonymous said...

Untuk pengetahuan orng melayu sila baca asal usul DAP. PKM ke PAP ke DAP. PAP ke singapura, DAP tinggal di Malaysia. Kenapa DAP tak sanggah bila KARPAL ckp "over my dead body first" kalau nak negara islam. Statement ni dia tak tarik lagi sampai ari ni. So tak perkauman ke? Bagi org lain masuk islam sama mcm masuk melayu. Membenci melayu sama mcm membenci islam, maka tidak perkauman kah itu.

Anonymous said...

Di setengah negeri seperti Perak, syarat jadi MB mestilah dari bangsa melayu. Sebab itu Nizar jadi MB walaupun PAS hanya menang 7, DAP menang 14.
Oleh itu DAP sangat perlu ahli melayu sebagai calun p.raya supaya DAP sendiri ada calun jadi MB, tak perlu lagi guna PAS yang ditimpa perasan.

Anonymous said...

Mimpi disiang hari.

Anonymous said...

Cina nie dasar bangsa putar belit,semua nak di sakaunya,mula2 kasi muka kat melayu lepas2 pijak melayu.Macam tue 2lah Lee kuan yew PAP parti babi sama DAP ,PIJAK MELAYU SINGAPURA sampai Melayu singapura tinggal seluar dalam jer. So FUCK U FOREVER PAP N DAP .cina tetap hati busuk,tak bole percaya...........

Anonymous said...

knp berbanding dgn s'pura? melayu di pijak/miskin krn siapa? bukankah kuasa di tangan umno sejak merdeka;>55tahun! Cinaputra/umnoputra itu kaya krn umno yg bagi-Genting, Sport toto, YTL,dll semua kroni Umno, yr menjual maruah melayu.

Anonymous said...

kalau betul bangsa cina mempunyai kesedaran politik yg lebih terbuka,kenapa lebih suka guna bahasa inggeris bahkan guna bahasa cina biarpun dalam kumpulan melayu.sanggupkah DAP haramkan penggunaan bahasa cina di tempat awam termasuk iklan TV,iklan billbord dll dan digantikan sepenuhnya bahasa melayu yg sudah diangkat menjadi bahasa kebangsaan malaysia?kalo sanggup hari ini jugak saya masuk DAP.

Anonymous said...

Komen-komen disini amat menarik sekali.

Sesiapa saja boleh menyatakan kepercayaan peribadi mereka sendiri.

Sesiapa ada masa nak buang masa, disinilah tempatnya, agaknya.

anak bapak said...

Sepatutnya komen2 yg berbentuk perkauman, propaganda, menggunakan bahasa lngkang janganlah disiarkan.

Hidup Melayu Islam said...

Saya sebagai Melayu Singapura,nasihatkan Melayu Malaysia jangan masuk DAP sebabnya menyesal kemudian hari.Belum jadi pemerintah macam2 janji diluahkan pada orang melayu,sudah perintah mati orang Melayu mereka kerjakan dengan berbagai cara katanya mengikut merit dan kepandaian tapi semuanya pembohong dan perkauman.Walaupun ada orang Melayu dalam parti PAP itu semua lembu cucuk hidung,cakap dan bantah parti aje bulan depan atau penggal akan datang sudah tak ada lagi.

Anonymous said...

nama kata cina, memang aku takkan percaya sampai mati...