CUTI JUMAAT

CUTI JUMAAT

9/21/11

Jururawat stress, bebanan kerja bertambah



Aduan Rakyat 20 Sep 2011 - Salam 1 malaysia, Saya adalah warga HSNZ (Hospital Sultanah Nur Zahirah) Kuala Terengganu ingin mengadu tentang masalah yang membelenggu para jururawat di sebuah wad di sini.

Sebagai jururawat tanggungjawab adalah besar. Merawat dan menjaga pesakit adalah baru sebahagian daripada tugas kami dan yang menjadi keutamaan. Wad kami beroperasi dengan 1 jururawat untuk 1 pesakit.

Apa yang dirasakan membebankan di sini adalah, kami terpaksa membuat kerja perkeranian seperti update pelbagai borang dan bancian sehinggakan kami terpaksa balik lewat pada masanya.

Tugas membuang urin pesakit, mengemas katil yang sepatutnya dipertanggungjawabkan oleh PPK juga menjadi tanggungjawab kami kini sehinggakan kami tidak menang tangan.

Hal ini telah lama berlarutan dan tiada penyelesaiannya. Ini disebabkan oleh kekurangan staf dan pengagihan tugas yang tidak sama rata yang dibuat oleh pihak atasan walhal ketua jururawat melebihi daripada seorang.

Kebajikan kami juga tidak terjaga. Sudahlah tidak menang tangan bekerja, hendak mengambil cuti rehat pun susah.

Diharapkan pihak yang bertanggungjawab prihatin akan hal ini dan menyiasat isu ini. Semoga masalah yang diutarakan dapat diatasi dan diselesaikan segera.

By: yang kecewa

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/jururawat-stress-bebanan-kerja-bertambah

No comments: