CUTI JUMAAT

CUTI JUMAAT

11/2/11

Lagi kes polis tertembak diri sendiri



SEREMBAN, 1 Nov 2011 (Bernama) -- Seorang anggota polis cedera setelah dipercayai tertembak diri sendiri dengan sepucuk pistol di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di Seremban 2 di sini, petang Isnin.

Kejadian itu dikatakan berlaku pada kira-kira pukul 3.30 petang ketika anggota berpangkat koperal dari cawangan trafik itu berada seorang diri di situ.

Beliau dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar di sini untut mendapat rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil.

Ketua Polis Negeri Datuk Osman Salleh ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tetapi enggan mengulas.

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=624005






Dalam perkembangan lain , satu laporan pakar mendedahkan polis adalah mereka yang paling ramai mengalami stres di tempat kerja di Malaysia. Kisahnya di http://amkns.blogspot.com/2011/09/polis-paling-ramai-stres-kes-polis.html

Tragedi cuci revolver
Harian Metro 28 Sep 2011
KUALA LUMPUR: Malang tidak berbau bagi seorang anggota polis berpangkat konstabel yang bertugas di bahagian rondaan tugas am apabila peluru terakhir dalam revolver .38 miliknya menyebabkan dia parah di kepala.

Polis mati kesan tembakan di kuarters polis Petaling Jaya
Malay Mail 10 April 2011
Seorang anggota polis telah dijumpai mati dengan kesan satu das tembakan di kepala di bilik kuarters polis Salak South Baru menurut laporan akhbarPada Februari 2011 seorang anggota polis berpangkat sarjan ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala di Jalan Mahang, Puncak Alam 2, Selangor.

Pada Disember 2009 pula seorang anggota polis berpangkat sub inspektor juga telah ditemui mati dengan kesan tembakan di pejabat cawangan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu.

Pada Disember 2004 seorang anggota polis berpangkat Sjn Mejar juga telah ditemui mati dengan kesan tembakan di pejabatnya di Balai Polis Paroi, Seremban.

Pada Oktober 2007 seorang anggota polis berpangkat koperal telah ditemui mati dengan kepala berlumuran darah di lorong belakang bangunan kedai di pusat perniagaan Lavender Heights, Senawang.

Policeman accidentally shoots himself
SEREMBAN (Nov 1, 2011): A policeman sustained injuries after he was believed to have accidentally shot himself with a pistol at the Seremban District Police Headquarters in Seremban 2, here this afternoon.

The incident was said to have occurred at about 3.30pm when the police corporal, from the Traffic Branch, was alone.

He was rushed to the Hospital Tuanku Jaafar, to seek treatment and his condition was reported to be stable.

State Police Chief, Datuk Osman Salleh, when contacted by Bernama, confirmed the incident but declined to elaborate. – Bernama

http://www.thesundaily.my/news/195251

3 comments:

otaklunyai said...

tak cukup latihan tuuu... atau sibuk nak pukul rakyat jer dan jadi barua amno laknatullah... bior dia mampus...

kanda danny said...

yer la tu, t klu umah ko kne rompak, adik ko kne samun, ko jmpe la anwar ibrahim.. jgn lak jmpe polis..

-sokong pas kedah-

kanda danny said...

ape yang betul kita amik, bukan semua org baik, bukan semua org jahat..
dah polis tu dibawh agensi kerajaan, blum tentu undi drang atas hati drg sendiri. klu tmpt kje ko bwh krajaan, bnda sama akan korang buat. klu x nk bg ank bini mkn ape?/

-pengikut arwah fadhil nor-