CUTI JUMAAT

CUTI JUMAAT

12/3/11

Kematian, pergaduan, kemalangan di PLKN, oh PLKN



39 pelatih PLKN gaduh. KUALA KANGSAR , 2 Dis 2011 - Sepuluh pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Desa Rimba, Sauk, di sini cedera malam kelmarin, dalam pergaduhan melibatkan 39 pelatih, sebahagian daripada mereka mengguna peralatan di kem sebagai senjata.

Mereka yang cedera dipukul dengan batang kayu, besi, tali pinggang dan beberapa peralatan lain.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Deputi Superintendan Guan Beng Kang berkata, kejadian itu hanya disedari jurulatih kem berkenaan kira-kira jam 11.30 malam.

Menurutnya, ketika membuat rondaan, jurulatih berkenaan terdengar bunyi bising dari arah asrama dan mendapati sekumpulan pelatih sedang bergaduh.

“Melihat kejadian itu, jurulatih yang bertugas memanggil beberapa jurulatih lain untuk meleraikan perbalahan di antara pelatih-pelatih berkenaan.

“Setelah diperiksa didapati 10 daripada mereka mengalami kecederaan di badan dan kepala. Malah, seorang pelatih yang hanya bertindak meleraikan pergaduhan turut menjadi mangsa serangan,” katanya pada sidang media, di pejabatnya di sini, semalam.

Beliau berkata, semua pelatih sepatutnya pulang ke rumah pada hari ini (Khamis) kerana sudah tamat latihan dan kem akan ditutup pada jam 10.00 pagi.

“Bagaimanapun, 29 daripada pelatih yang disyaki terlibat itu ditahan untuk memberikan keterangan sebelum dibenarkan pulang, manakala 10 pelatih yang cedera dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Kangsar.

“Polis turut merampas senjata yang digunakan, termasuk besi dan batang kayu yang diambil daripada palang almari,” katanya.

Katanya, siasatan awal mendapati punca pergaduhan disebabkan perselisihan faham di antara pelatih-pelatih tersebut sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati.

“Kesemua mereka yang ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

"Kes ini akan dirujuk kepada pihak berkaitan untuk siasatan selanjutnya,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/39-pelatih-plkn-gaduh-1.9235

Koleksi berita-berita kematian, kemalangan, pergaduhan dan lain-lain berkaitan PLKN di Blog Berita PLKN di http://beritaplkn.blogspot.com/

No comments: