JEJAK UKHUWWAH

JEJAK UKHUWWAH

1/31/11

Banjir, amaran Allah, Menteri tak tengok ke Web JPS, mana Nuri?







Amaran Allah melalui banjir besar yang berlaku sekarang di Johor, Melaka, N.Sembilan dan Pahang mendedahkan beberapa kelemahan yang telah didedahkan sebelum ini , tetapi tiada pihak yang ambil peduli. Laman web JPS telah pun ada sistem amaran awal, Menteri tak tengok ke, ada beberapa stesen JPS ni yang tak berfungsi?

Pada jam 5 petang 31 Jan 2011 didapati di Johor 4 stesen tak berfungsi, di Melaka 3, di Pahang 2, di N.Sembilan 1. Sumber dari http://infobanjir.water.gov.my/realtime.cfm

Negara kini dilanda banjir besar tapi hanya 5 helikopter Nuri selamat untuk terbang menurut satu laporan akhbar menurut artikel berikut http://amkns.blogspot.com/2010/11/mana-helikopter-nuri-semasa-banjir.html


Muhyiddin mahu sistem amaran awal banjir lebih berkesan
31/01/2011 3:15pm

LABIS 31 Jan. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap agensi-agensi kerajaan akan berbincang bagi mencari kaedah memperkenalkan sistem amaran awal banjir yang lebih berkesan.

Muhyiddin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, berkata perbincangan itu perlu diadakan antara pelbagai agensi di peringkat Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Sistem amaran awal banjir itu perlu bukan sahaja bagi membolehkan kita menjangkakan bencana banjir lebih cepat tetapi memastikan operasi pemindahan mangsa banjir dan penggemblengan aset menyelamat menjadi lebih berkesan,” katanya selepas melawat pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Agama Labis hari ini.

Pusat itu menempatkan 830 orang daripada 137 keluarga, yang terjejas ababila banjir melanda beberapa kawasan perkampungan dan taman-taman perumahan di sekitar Labis.

Muhyiddin berkata bencana banjir yang melanda Labis, Segamat, Kluang, Ledang dan beberapa daerah lain sejak dua hari lepas, berpunca akibat keadaan cuaca hujan lebat yang disifatkannya sebagai luar biasa.

Katanya, segala usaha untuk memindahkan mangsa dan memberi pelbagai bantuan kemanusiaan telah digerakkan melibatkan kerajaan negeri dan pelbagai agensi kerajaan pusat seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Semalam saya telah berbincang dengan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman, dan meminta beliau melaksanakan segala usaha bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Johor,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau turut meminta Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menggerakkan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membantu operasi pemindahan mangsa banjir.

Beliau berkata pengalaman Johor ketika berhadapan dengan banjir besar pada 2006 apabila puluhan ribu rakyat negeri itu menjadi mangsa dan ditempatkan di pusat-pusat pemindahan, amat berguna dalam menghadapi bencana banjir kali ini. - Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0131&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_22.htm

Apakah warga emas ini yang doakan ADUN Merlimau mati?


Warga emas tuntut janji
Sinar Harian 31 Jan 2011

MERLIMAU – Sepasang suami isteri di Kampung Permatang Serai, di sini, terpaksa menjalani kehidupan di rumah usang yang boleh disifatkan seperti pondok buruk.

Sekiranya hujan, Abdul Hamid Mat, 51, dan Sabariah Abdul Rahman, 50, terpaksa tidur dalam keadaan basah di ruang dapur rumah sejak tiga tahun lalu akibat bumbung yang sudah uzur.

Walaupun sudah memohon bantuan atas keprihatinan pergerakan Puteri UMNO kawasan sejak lima tahun lalu, namun sehingga kini tiada tindakan diambil, malah pernah menjadi mangsa marah segelintir pihak yang sepatutnya membantu menyelesaikan masalah.

Abdul Hamid berkata, dia tiada pendapatan tetap kerana hanya bekerja sebagai nelayan dan kehidupannya ibarat ‘kais pagi makan pagi’ sememangnya tidak mampu untuk membaiki sendiri rumahnya berikutan memerlukan kos tinggi.

Menurutnya, hanya wang saraan bantuan nelayan RM200 setiap bulan menjadi taruhan untuk meneruskan hidup dan sedikit wang gaji daripada isteri yang bekerja kilang di pekan Merlimau.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8699475.asp

Artikel sebelum ini, Makin ramailah rakyat doakan wakil rakyat mereka mati di http://amkns.blogspot.com/2011/01/makin-ramailah-rakyat-doakan-wakil.html

Muhyiddin tengok sikit JPNS ni, patutlah rakyat benci BN


Apa dah jadi dengan pengurusan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan ni. Pekerja Rendah Awam Cabuk ditindas. Penempatan guru-guru baru bermasalah. Masalah sekolah-sekolah tumpang yang tiada kesudahan. Muhyiddin tak sudi ke nak turun N.Sembilan? Atau nak tunggu Pilihanraya Kecil di N.Sembilan.

Isu Muhyiddin GAGAL Selesai Isu SEKOLAH TUMPANG di http://amkns.blogspot.com/2010/12/muhyiddin-gagal-selesai-isu-sekolah.html


PEKERJA SEKOLAH DI N.SEMBILAN TERTINDAS, TIADA PEMBELAAN

KELUHAN PEKERJA RENDAH AWAM CABUK :
Sinar Harian Januari 2011

SEJAK kawasan sekolah di Negeri Sembilan diambil alih oleh pihak swasta, kami diarahkan berpindah.

Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.

Cuba anda renungkan, jika sudah jarak dari rumah ke tempat kerja 90 kilometer pergi dan balik.

Kemudian, di kiri dan kanan jalan dipenuhi ladang getah serta sawit.

Jam 6 pagi sudah keluar menaiki motosikal, jika nasib tidak bernasib baik dan motosikal rosak terpaksalah menolak jauh.

Sepatutnya kami berpindah ke tempat yang lebih dekat tetapi diarahkan pula berpindah ke tempat lebih jauh.

Pihak tertentu cuba renungkan sejenak nasib pekerja rendah awam seperti kami ini. Inilah slogan yang dilaungkan oleh pemerintah, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

Kami pekerja rendah awam tertindas demi menjaga poket pihak korporat yang mendapat tender membersihkan kawasan sekolah.

- PEKERJA RENDAH AWAM CABUK
http://amkns.blogspot.com/2011/01/pekerja-sekolah-di-nsembilan-tertindas.html

PENEMPATAN: GURU GRED 17 KESAL CARA PEGAWAI JPNS
Utusan Malaysia 24 Jan 2011

SAYA merupakan salah seorang calon yang berjaya ditempatkan ke dalam perkhidmatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dan telah diarahkan lapor diri ke Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS), Isnin lalu.

Apa yang mengecewakan saya ialah sikap pegawai yang mengendalikan kami di JPNS. Sikap yang ditonjolkan kepada kami tidak mencerminkan sikap seorang pegawai kerajaan yang sepatutnya.

ANAK NOGORI,
Seremban, Negeri Sembilan
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0124&pub=utusan_malaysia&sec=Forum&pg=fo_05.htm&arc=hive

KESAL TIDAK DITEMPATKAN DI NEGERI SEMBILAN
Utusan Malaysia 21 Jan 2011

SAYA merupakan salah seorang calon yang berjaya ditempatkan ke dalam perkhidmatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dan telah diarahkan melapor diri ke Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) pada 17 Januari 2011 lalu.

Apabila tiba di Putrajaya, pihak KPM sendiri keliru dengan tindakan JPNS yang seakan-akan sambil lewa dengan urusan penempatan kami.

Kami begitu kecewa dengan tindakan JPNS menghantar kami keluar sedangkan pihak Putrajaya sendiri telah memberi arahan supaya kami ditempatkan di Negeri Sembilan.

Diharapkan tiada unsur 'politik' yang berlaku di JPNS atas ketidakadilan penempatan kami ini. Saya sebagai wakil rakan-rakan yang lain berharap agar para pegawai di JPNS melaksanakan tugas dengan jujur dan amanah, tanpa mengira status seseorang.

Anak Nogori
Seremban, Negeri Sembilan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0121&pub=utusan_malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm&arc=hive

Masjid bersejarah N.Sembilan nak runtuh, UMNO tak kisah


Tunggulah pilihanraya kecil di Kuala Pilah. Barulah masjid ini akan dapat perhatian Najib, Muhyiddin, Jamil Khir dan Mohamad Hasan.

Sunday, January 30, 2011
PERGERAKAN TANAH DAN KERUNTUHAN TEMBOK MASJID TOK MUAR
Pembangunan di sekeliling bangunan Masjid Tok Muar menyebabkan bangunan masjid tersebut seolah-olah terletak di atas sebuah pulau. Kelihatan indah pada pandangan mata sekalian yang menatap masjid tertua di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini.

Sudah berkali-kali kerisauan telah disuarakan supaya keretakan dan pergerakan tanah yang dikesan diambil tindakan oleh pihak-pihak berkenaan tetapi semua suara tersebut tenggelam dalam arus pembangunan semasa.

TIADA PIHAK YANG NAMPAKNYA BENAR-BENAR KASIH AKAN HARTA WARISAN PENINGGALAN ZAMAN BERZAMAN SEBAGAI MERCU TANDA KEDATANGAN DAN PERKEMBANGAN ISLAM DI DAERAH KUALA PILAH INI.

Bagi mereka yang berkuasa dan diberikan amanah dan tanggungjawab diharapkan dapat membuat tindakan segera supaya sesuatu perkara itu dapat diselesaikan pada kadar yang segera agar tiada kos tambahan berlaku.

APA YANG INGIN DITEGASKAN IALAH ANDAI KATA , KERUNTUHAN KALI INI TIDAK DIAMBIL TINDAKAN SEGERA KEMUNGKINAN AKAN MENYEBABKAN BANGUNAN MASJID MENGALAMI KERUNTUHAN DAN KEROSAKAN.

Sumber : http://yksnegerisembilan.blogspot.com/2011/01/pergerakan-tanah-dan-keruntuhan-tembok.html

Warga emas malukan PDRM dan Menteri, Padan Muka


Orang dah kata dah, saman ekor di Malaysia ni tak relevan, banyak kelemahan. Tak nak dengar cakap. Akhirya atok berusia 85 tahun telah memalukan PDRM, Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan BN Malaysia. Ada ke atok 85 tahun kena saman ekor bawa motosikal berkuasa besar 500cc. Siapa yang malu sekarang, atau memang tak tahu malu?

Warga emas terkejut kena saman
Utusan Malaysia 31 Jan 2011

KANGAR 30 Jan. - Melihatkan keadaannya yang uzur, pasti ramai tidak percaya seorang lelaki warga emas berusia 85 tahun menerima surat saman kerana memandu melebihi had laju.

Bagaimanapun, itulah yang terjadi kepada Bakar Ismail (gambar) dari Kampung Sungai Padang, Simpang Empat, yang menerima surat saman atas kesalahan tersebut.

Lebih mengejutkan, kesalahan itu didakwa dilakukannya ketika menunggang motosikal berkuasa 500cc di Kilometer 6.2 Lebuh Raya Utara Selatan, 30 Julai tahun lalu.

Bakar yang mempunyai lima cicit hairan bagaimana dia boleh menerima saman di kawasan yang dia sendiri tidak tahu selok-beloknya.

"Surat saman itu tertera nombor pendaftaran motosikal pak cik iaitu PV 738 kerana memecut lebih daripada had laju dibenarkan iaitu 98 kilometer sejam (kmj) berbanding had laju sepatutnya, 80 kmj.

"Pak cik mana ada motosikal 500cc, yang pak cik ada hanyalah Honda C70, tersadai dalam bangsal sejak tahun lalu," katanya kepada pemberita di rumahnya di sini.

Bakar turut pelik kerana walaupun nombor pendaftaran motosikal tertera sama dengan motosikal Honda C70 miliknya namun kapasiti enjinnya adalah berbeza.

"Motosikal pak cik itu telah berusia lebih 35 tahun, mana mampu pecut dan kalau diikutkan motosikal itu tidak boleh pergi jauh sekadar pekan Simpang Empat sahaja.

"Lagipun motosikal itu tiada cukai jalan, sudah lama pak cik tidak perbaharui cukai jalannya," katanya yang telah membeli motosikal terpakai itu pada 4 September 1979 dengan harga RM1,200.

Katanya, walaupun pernah sampai ke Kuala Lumpur namun dia tidak tahu selok-belok jalan di ibu negara apatah lagi lebuh raya berkenaan.

Tambahnya, surat saman yang dikeluarkan oleh pihak polis di Kuala Lumpur itu dikirim ke rumahnya pada Disember lalu.

"Berdasarkan saman itu, ia dikeluarkan anggota polis peronda pukul 1.53 tengah hari dengan kompaun RM300 dan tawaran kompaun RM150," katanya.

Anak Bakar, Mohd. Nor, 47, berkata, dia telah merujuk perkara itu ke Balai Polis Trafik Kangar dan diminta menulis surat kepada pihak bertanggungjawab di Kuala Lumpur untuk penjelasan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0131&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm

Rebin Birham WIRA Baru Peneroka FELDA N.Sembilan


Rebin Birham adalah merupakan Setiausaha Biro Felda PKR yang merupakan antara tonggak utama Kemenangan Peneroka Felda di Jempol dalam kes mahkamah baru-baru ini. Anak muda ini mempunyai potensi yang besar untuk membela nasib peneroka Felda bukan sahaja di Negeri Sembilan, malahan seluruh Malaysia. Rebin Birham, Wira Baru Peneroka Felda.


Peneroka menang saman
Sinar Harian 29 Jan 2011

SEREMBAN - Mahkamah Tinggi di sini, semalam menolak permohonan injunksi kontraktor yang dilantik Felda dalam kes penebangan pokok getah Felda Raja Alias 2, Serting, Jempol.

Hakim Datuk Rosnaini Saub berkata, permohonan injunksi kontraktor dilantik Felda itu tidak sah berikutan kesemua peneroka terlibat adalah pemilik berkepentingan tanah Felda.

Keputusan hakim itu diputuskan melalui perbicaraan di dalam kamar hakim yang dijalankan secara tertutup.

Kesemua 23 peneroka itu diwakili peguam, T.Kumar dan Surina Suhaimi.

16 Disember lalu, kontraktor Huat Hing Rubberwood Sdn Bhd yang dilantik Felda menfailkan permohonan injunksi untuk menghalang peneroka dan kontraktor dilantik mengurus tanah Felda Raja Alias 2.

Permohonan injunksi itu bertujuan menghalang peneroka menguruskan tanah Felda mereka atau melantik mana-mana kontraktor mewakili mereka dalam urusan penebangan pokok getah.

Tindakan kontraktor memohon injuksi mahkamah itu sekali gus menghalang peneroka menguruskan kebun dan juga tidak membenarkan peneroka menghampiri kawasan masuk kebun sejauh 200 meter.

Sementara itu, di luar mahkamah, Surina berkata, keputusan hakim itu adalah tepat dalam melindungi hak peneroka.

Menurutnya, peneroka menolak kontraktor dilantik Felda berikutan harga jualan hasil dan pokok getah ditawarkan tidak mengikut harga pasaran.

“Bagi setiap tujuh ekar tanah milik seorang peneroka, harga hasil jualan pokok getah hanya RM28,000 sahaja yang ditawarkan kontraktor dilantik Felda, berbanding kontraktor dilantik peneroka sendiri menawarkan RM35,000.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8691363.asp



Settlers score victory against Felda contractor
Zefry Dahalan January 29, 2011


For 23 intrepid settlers seeking justice, the court's verdict in their favour represents a big win.

SEREMBAN: Some 23 Felda settlers scored a victory when the High Court here today set aside an injunction preventing them from clearing their own land without outside interference.

High Court Judge Rosnaini Saub said in her verdict that she set aside the injunction filed by a sub-contractor as the settlers are the beneficial owners of the Felda land.

Rosnaini also said the settlers of their respective plots have fully settled all outstanding amount owed to Felda.

She added that Felda was supposed to return their plots to the state government so that the latter can issue individual titles to them.

The 23 Felda settlers from the Felda Raja Alias 2 had challenged the injunction filed by the sub-contractor, Huat Hing Rubberwood Sdn Bhd.

According to Surina Suhaimi, the lawyer for settlers, Felda had appointed Koperasi Serbaguna Felda Felda Serting Dua Bhd as its contractor for cutting down the rubber trees and clearing the land, including the plots cultivated by the settlers.

“Koperasi Serbaguna then sub-contracted the job to Sheeco Sdn Bhd. Sheeco sub-contracted it to Huat Hing Rubberwood.

“But the 23 Felda settlers wanted to appoint their own contractor to do the clearing,” she said.

Lower price

Huat Hing then filed the injunction and on Nov 30, 2010, the court granted it an interim order against the settlers.

Thus, the settlers were prevented from interfering with the work of Huat Hing in clearing up the land.

Speaking to reporters outside the court, Suhaimi Said, a PKR supreme council member and head of the PKR Felda bureau, said the ruling was a landmark victory for the Felda settlers.

“Today is a big victory for them. Now they can appoint their own contractor and clear their own land. They can also do the re-seeding themselves without the interference of Felda or its sub-contractors,” he said.

He said that the settlers had objected to Felda appointing the sub-contractor to cut the rubber trees , clear land and do the re-seeding because the price set by the Felda-appointed contractor was lower than the one offered by the contractor appointed by the settlers.

“The price offered by the Felda-appointed contractor is only RM28,000 per seven acres compared with the RM35,000 offered by the settler-appointed contracter,” said Suhaimi.

Similar predicament

PKR Felda bureau secretary Rebin Birham urged more Felda settlers in a similar predicament to come forward and get justice from the court.

“We in PKR are ready to help the settlers fight for justice. We want the settlers to get back whatever rights they have to their land. Felda is currently trying to deny them their rights by not following the rules spelt out in the Group Settlement Acts (GSA).

“According to the GSA, Felda’s role is only to manage the land (rubber or oil palm) but the real beneficial owners of the land are the Felda settlers themselves,” Rebin said to applause from the 23 Felda settlers and their families.

Rebin said that although the settlers today won their battle against the sub-contractor, it was in reality a victory against Felda because its appointed contractor was its proxy.

“When the settlers want to appoint their own contractor to carry out the jobs, Felda refused to listen to them.

“Instead, it went ahead and appointed its own contractor without bothering with the wishes of the settlers,” said Rebin.

Previously, two groups of Felda settlers won their case respectively against Felda at Federal Court and Kuantan High Court last year.

They are from Felda Kemahang 3 and Felda Sungai Koyan 2 and 3 respectively.

Also present to lend the support for the Felda settlers today are Telok Kemang MP and Negri Sembilan PKR chief, Kamarul Baharin Abbas ; Sikamat PKR state assemblymen, Aminuddin Harun (PKR); Negri Sembilan PKR Youth chief, Mohd Nazree Mohd Yunus; and Jempol PAS chief, Abdul Rahman Ramli.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/01/29/settlers-score-victory-against-felda-contractor/

1/30/11

Pilihanraya Kecil di N.Sembilan? Dah nasib Guru KAFA

Macam-macam cerita mengenai guru KAFA sekarang, khususnya di Negeri Sembilan. Ada yang kata elaun patut naik bulan Januari 2011 seperti dijanjikan Perdana Menteri Malaysia semasa pembentangan Bajet 2011 tapi masih belum dapat lagi. Ada yang kata belum dapat surat arahan untuk kenaikan elaun. Dalam Bajet kata naik RM200, tapi ada laporan kata RM300. Bebanan Guru KAFA semakin bertambah, tapi kenaikan elaun masih belum nampak bayang. Adakah ini hanya berlaku di N.Sembilan saja? Tak boleh ke mana-mana pihak buat perbandingan elaun Guru-Guru KAFA seluruh Malaysia?

Berapa JAKIM bagi, berapa Kerajaan Negeri bagi, berapa tolak Takaful, berapa tolak KWSP dan sebagainya. Takkan tak ada pihak langsung boleh membela nasib guru-guru KAFA ni. Apa, nak tunggu lagi satu Pilihanraya Kecil?

Itu belum campur dengan masalah ada Sekolah Kebangsaan di N.Sembilan sukar untuk mengadakan Kelas Agama Petang, kerana bilangan murid yang terlalu ramai dan padat untuk sesi pagi dan petang kerana sekolah tak cukup, sekolah tak siap-siap.

Kisah Guru KAFA belum dapat kenaikan elaun dijanjikan kerajaan BN di
http://amkns.blogspot.com/2011/01/guru-kafa-belum-dapat-kenaikan-elaun.html

ELAUN TIDAK PADAN DENGAN BEBAN GURU KAFA
Utusan Malaysia 12 Jan 2011
Bermula tahun ini, elaun guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) telah dinaikkan kepada RM800 daripada RM500 sebelum ini. Namun apa yang amat dikesali oleh semua guru KAFA adalah sebelum tahun 2011, kelas KAFA hanya diadakan selama dua jam sehari dan tiga hari seminggu. Jumlah seminggu adalah enam jam.

Tetapi pada tahun ini, kelas KAFA telah dilanjutkan selama tiga jam sehari dan kelas diadakan selama lima hari seminggu. Dengan itu, tempoh waktu mengajar untuk seminggu adalah 15 jam. Elaun dinaikkan sebanyak RM300 sahaja, sedangkan masa mengajar meningkat lebih sekali ganda. Persoalannya, adakah elaun guru KAFA yang dinaikkan kepada RM800 itu memadai. Apa yang nyata elaun itu menunjukkan bahawa semua guru KAFA masih berada di bawah paras kemiskinan. Ini jelas jika dibandingkan dengan harga barangan yang telah meningkat berkali ganda sejak awal tahun 2011.

Saya yang mewakili suara guru KAFA menggesa pihak kerajaan agar lebih prihatin dan dapat menambah lagi elaun guru KAFA agar berbaloi dengan peningkatan tempoh mengajar daripada enam jam kepada 15 jam seminggu.

Semoga harapan kami untuk mendidik anak bangsa tidak akan luntur selama-lamanya.

GURU KAFA
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0112&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm

1/29/11

Pilihanraya Kecil di Jempol? Dah nasib Orang Asli


Siapa dulu menghuni Tanah Melayu atau Bumi Malaya atau Malaysia? Orang Asli atau Orang Melayu? Tapi kenapa nasib Orang Asli ini hanya diketengahkan waktu pilihanraya sahaja, terutama pilihanraya kecil? Adakah mereka hanya diperlukan masa mengundi sahaja? Sebelum ini keluhan Saudara Baru Orang Asli di Parlimen Jelebu yang dahagakan ilmu Islam tetapi tiada yang sudi membimbing mereka. Sekarang kisah Orang Asli di Parlimen Jempol yang buta huruf. Apa PERMATA tak nak buka kelas ke di Perkampungan Orang Asli terutama di Seri Menanti dan Rembau. Ke, dah lupa asal usul?

Kisah keluhan Saudara Baru Orang Asli di Parlimen Jelebu yang dahagakan ilmu Islam tetapi tiada yang sudi membimbing mereka pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2011/01/tiada-yang-sudi-ajar-orang-asli-agama.html

DILEMA ANAK ORANG ASLI JEMPOL
Utusan Malaysia 29 Jan 2011
JEMPOL 28 Jan. - Umur Suhaidi sudah 10 tahun, tetapi kanak-kanak Orang Asli dari suku kaum Semelai dari Kampung Sungai Cherbang di sini masih tidak bersekolah.

Kata Suhaidi, dia tidak pernah bersekolah, mahupun memasuki tadika dan mula menoreh getah ketika usianya 9 tahun.

Suhaidi adalah antara 112 penduduk yang menetap di kampung berkenaan dan masih mengamalkan fahaman animisme dan tidak mempunyai sebarang agama.

Sementara itu, rakan-rakannya, Suhaidi Napsah, Minah, Habsah Samsuri, Shukri Sharif dan Reza Amat yang tidak mampu menyatakan umur sebenarnya cuma tersenyum dan ketawa apabila diajukan soalan 'satu campur satu berapa?'.

Dengan pantas Minah menjawab, 'satu'. Penulis sekadar mengangguk dan tersenyum serta menunjukkan dua jari telunjuk yang disatukan sambil menyebut 'satu campur satu, jawapannya dua'.

Menurut Shukri, dia tidak tahu membaca, apatah lagi menulis.

Menurut Reza, sekolah di situ jauh iaitu di Lui Barat dan kalau menaiki motosikal perjalanan lebih kurang hampir sejam.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm

JEMPOL 28 Jan. - Penduduk Orang Asli di Kampung Sungai Cherbang di sini tidak menolak pendidikan untuk anak-anak mereka supaya menjadi insan berjaya pada masa hadapan.

''Di kampung ini, bukan ada kelas tadika kekal seperti di bandar. Kami hidup sederhana dan kalau ada yang datang sesekali, mereka akan memberi tunjuk ajar pelajaran yang mudah kepada anak-anak kami," katanya kepada Utusan Malaysia di Kampung Sungai Cherbang di sini baru-baru ini.

Dia juga menjelaskan, faktor sekolah yang jauh serta kurangnya kehadiran orang luar di kampung berkenaan menyebabkan rasa menyendiri di kalangan anak-anak mereka begitu menebal.

''Mahu ke klinik di bandar, jaraknya sampai 32 kilometer. Kalau ada anak buah yang isterinya mahu bersalin, terpaksalah kami panggil ambulans. Macam mana nak bawa naik motor," ujarnya yang mempunyai 12 orang anak yang berusia dari 11 hingga 38 tahun.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm

Tn Hj Mohd Sabu 31 Jan 2011 Seremban

CERAMAH UMUM
Tarikh : 31 Januari 2011 (ISNIN)
Masa : 9 Malam
Tempat : PASTI Wildan (Sebelah Masjid Ampangan), Jalan Seremban-Jelebu, Seremban
Penceramah :
Tn Hj Mohd Sabu , AJK PAS Pusat
YB Ravi , ADUN Port Dickson

Sumber http://czackpy.blogspot.com

1/28/11

Guru KAFA belum dapat kenaikan elaun dijanjikan kerajaan BN?

Terdapat beberapa perkhabaran yang mengatakan guru-guru KAFA masih belum dapat kenaikan elaun sebanyak RM200 sebulan bermula Januari 2011. Ada sesiapa boleh sahkan berita ini? Jika belum dapat kenaikan, kenapa? Bilakah akan dibayar beserta dengan tunggakan? Tunggu Pilihanraya Kecil, Pilihanraya Umum? Guru KAFA ini amat mengharapkan kenaikan tersebut. Mungkin kalau terdesak BaitulMal boleh beri pinjaman, bila dapat tunggakan tolaklah elaun. Kalau BaitulMal tak ada duit , Ahlong sentiasa ada duit.

Jumaat Oktober 15, 2010
Jakim Sambut Baik Kenaikan Elaun Imam & Guru KAFA

KUALA LUMPUR: Peningkatan kadar elaun bulanan untuk imam dan guru agama menunjukkan kerajaan yakin dengan kemampuan mereka memberikan khidmat lebih baik untuk meningkatkan syiar Islam negara, kata KetuaPengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Wan Mohamad Sheikh AbdulAziz.

Beliau berkata elaun bulanan Imam yang dinaikkan daripada RM450 kepada RM750 sebulan dan guru Kemahiran Asas Fardhu Ain (KAFA) dinaikkan daripada RM500 kepada RM800 mulai Januari ini, juga dapat meringankan beban mereka.

Katanya golongan imam sangat berpengaruh dalam masyarakat setempat dan harus diberi perhatian oleh kerajaan agar mereka lebih bersemangat menjalankan aktiviti keagamaan untuk memberi kebaikan kepada umat Islam. Bercakap kepada BERNAMA ketika dihubungi bagi mendapatkan pandangan mengenai Bajet 2011 yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen Jumaat, beliau berkata kenaikan imbuhan bulanan guru KAFA juga akan mendorong mereka memberi khidmat yang lebih baik pada masa depan.

"Khidmat guru KAFA sangat penting kerana mereka juga berperanan memperkasa lagi sistem pendidikan Islam negara," katanya.

Secara keseluruhannya, Wan Mohamad berkata Bajet 2011 dilihat sebagai bajet yang turut memberi perhatian dalam aktiviti dan pendidikan agama negara kerana kenaikan elaun dan imbuhan bulanan itu merupakan satu berita baik yang dinanti-nantikan oleh 14,252 imam dan 33,664 guru KAFA di seluruh negara. - BERNAMA

http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_berita&file=/2010/10/15/mstar_berita/20101015201948

Semua Kedai WAJIB ada WIFI, jadi Tunisia lah Malaysia

Mulai tahun depan semua premis perniagaan WAJIB (tak sedia HARAM HUKUMNYA) ada Kemudahan Internet Tanpa Wayar WIFI. Kedai yang tak ada WIFI, Lesen Perniagaan Mereka TIDAK akan diperbaharui. Jadi macam Tunisia lah nampaknya Malaysia ni. SIAPA YANG UNTUNG BILA SEMUA KEDAI ADA WIFI? Pengguna atau Pemegang LESEN WIFI?

WIFI lebih WAJIB dari status HALAL untuk RESTORAN, KAFE dan HOTEL!!!

Jangan Gerai Nasi Lemak dan Warung Burger pun wajib ada WIFI cukuplah, tapi tak mustahil.

******************
Wajib sedia jalur lebar
Utusan Malaysia 28 Jan 2011

KUALA LUMPUR 27 Jan. - Setiap projek pembangunan perumahan baru di ibu negara kini disyaratkan menyediakan kemudahan jalur lebar berkuat kuasa hari ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail berkata, peraturan itu akan membolehkan lebih ramai isi rumah mendapat kemudahan capaian internet yang lebih baik.

Ahmad Fuad berkata, PREMIS PERNIAGAAN PULA AKAN DISYARATKAN MENYEDIAKAN KEMUDAHAN INTERNET TANPA WAYAR UNTUK PENGUNJUNG PADA TAHUN DEPAN.

"SEKIRANYA PREMIS-PREMIS INI BERDEGIL, KITA TIDAK AKAN MEMBERI LESEN ATAU LESEN PERNIAGAAN MEREKA TIDAK AKAN DIPERBAHARUI, ARAHAN INI AKAN BERKUAT KUASA PADA TAHUN DEPAN," katanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_06.htm

1/27/11

Ceramah Maulid Nabi 19 Feb 2011 Senawang


CERAMAH MAULID NABI

Tarikh : 19 Februari 2011 , Sabtu
Masa : 7.45 mlm , selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Penceramah : Ustaz Mohd Khairil Anuar bin Mohd Wafa, Ketua Pemuda PAS N.Sembilan

Semua Dijemput Hadir

Nasib malang Nelayan Melayu di negeri tegar UMNO BN


Sungai Timun terletak di DUN Kota dalam Parlimen Rembau. Ahli Parlimen Rembau ialah Ketua Pemuda Umno Malaysia , YB Khairy Jamaluddin, orang Rembau, DUN Kota, mengundi di Sekolah Agama Gadong. Dah lama sangat nelayan Melayu di Sungai Timun ini menghadapi pelbagai masalah. Tapi, sonyap jo, almaklumlah kawasan Selamat UMNO , Dulu, Kini dan Selamanya. Kalau kawasan Rembau pun tak terjaga, apa lagi di DUN Tenang, DUN Merlimau dan DUN apa lagi lepas ni.

JETI PANGKALAN NELAYAN RUNTUH
Sinar Harian 27 Jan 2011

SUNGAI TIMUN, Rembau - Sebahagian jeti pangkalan nelayan di sini, yang dibina dua tahun lalu, runtuh selepas beberapa bulan jeti itu ditutup untuk keselamatan nelayan dan orang ramai.

Peniaga kedai makan, Nor Alina Arif,34, berkata, ketika kejadian dia sibuk memasak menyiapkan pesanan pelanggan, namun dikejutkan dengan keriuhan orang ramai mengatakan jeti runtuh.

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 9.20 malam, semalam dan ketika itu ada seorang pemancing berada di kawasan jeti berkenaan.

“Namun, pemancing terbabit sempat melarikan diri apabila terdengar bunyi kuat dan menyaksikan kejadian itu. Mujurlah tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku,” katanya kepada Sinar Harian.

************
NELAYAN KECEWA KERJA NAIK TARAF
Sinar Harian 30 Julai 2010

SUNGAI TIMUN, Rembau - Ahli Persatuan Nelayan Sungai Timun melahirkan rasa tidak puas hati berkenaan projek menaik taraf kawasan teduhan kedua berikutan timbul beberapa masalah sehingga mengganggu aktiviti harian nelayan.

Pemangku Sementara Persatuan Nelayan Sungai Timun, Yahaya Othman berkata, teduhan kedua dibina disebabkan jumlah bot nelayan semakin bertambah. Teduhan berbumbung itu berfungsi sebagai tempat meletak bot nelayan dan mengelakkan bot
ditenggelami air terutama ketika hujan lebat.

************
MENARA CONDONG
Berita Harian 28 Mei 2010

Dataran Kejat Pangkalan Sungai Timun baru siap 3 tahun retak

LUBOK CHINA: Pembinaan menara pandang di Dataran Kejat Pangkalan Sungai Timun, di sini, sangat menarik dan menjadi landskap tarikan pelancong, namun malangnya kemudahan yang baru berusia tiga tahun itu kini retak dan condong sekali gus membahayakan keselamatan orang ramai.

Tinjauan Berita Harian ke dataran yang dibina di atas sungai dengan disokong banyak tiang (seperti pelantar yang lebar) itu, mendapati kebanyakan tiang terbabit sudah condong, manakala dua laluan keluar masuk yang mencantumkannya dengan daratan pula mengalami keretakan lebih 10 sentimeter.

************
SUMBER DITARAH, NELAYAN TERJEJAS
Sinar Harian 1 Feb 2010

LUBOK CHINA - Kewujudan sempadan Sungai Linggi dan Timun sempadan Melaka-Negeri Sembilan membantu kira-kira 300 nelayan meneruskan pencarian sumber rezeki setiap hari.

Walaupun pembangunan baru bakal diwujudkan di sungai tersebut, namun nelayan bimbang ia akan menjejaskan ekosistem sumber rezeki berteraskan udang galah, udang kertas dan pelbagai spesies ikan di situ.

Tinjauan Sinar Harian kedua sungai tersebut mendapati, rata-rata nelayan, terutama di Kampung Paya Lebar, Ramuan China Besar dan Rembau, Negeri Sembilan kecewa dengan penebangan hutan bakau di sekitar Sungai Linggi - Sungai Timun.

Mereka mendakwa, hutan bakau mula diterokai sebuah syarikat swasta dilantik Kerajaan Negeri Sembilan bagi memajukan kawasan tersebut sebagai pembangunan pelancongan baru.

Sumber :
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8681665.asp
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8007950.asp
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2010/07/nelayan-kecewa-kerja-naik-taraf.html
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6523743.asp
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2010/02/nelayan-melayu-rembau-tertindas-hutan.html
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Menaracondong/Article
http://amkns.blogspot.com/2010/05/dulu-projek-runtuh-sekarang-condong.html

Tokong dapat RM500,000, Melayu MEREMPAT di Pontian, Johor

Berita Harian 27 Nov 2010. LABIS: Kerajaan Johor meluluskan peruntukan RM500,000 bagi membantu pembinaan dewan serbaguna Tokong Yong Hock Kiong, Jalan Labis di sini, bagi kemudahan aktiviti persatuan tokong itu di samping kegunaan masyarakat setempat.

Dari Blog Singalautmetro
KISAH SEDIH KELUARGA MISKIN PAPA KEDANA DI PONTIAN, JOHOR

Wednesday, January 26, 2011

KITA BACA PERLAHAN-LAHAN, KEMUDIAN KUNYAH HALUS-HALUS. KEMUDIAN SIMPAN DALAM HATI CERITA ANAK MELAYU INI!

SEPASANG kembar berusia 18 tahun dan kakak mereka yang berusia 20 tahun, di Kampung Jalan Haji Tahir, Tanjung Piai, Kukup, Pontian, terpaksa membuang jauh-jauh impian untuk menjadi anak Melayu yang berpendidikan tinggi kerana berdepan kehidupan sulit kedua-dua ibu bapa yang sakit.

Si kakak, Norasiah, anak sulung pasangan Rosli Mohd Amin, 46 dan Norsidah Ahmad, 41, bergenang air mata bercerita sebuah keterpaksaan melupakan cita-cita menjadi seorang guru demi dihamparkan kemiskinan hidup keluarganya itu.

"Saya terpaksa melupakan impian semuanya kerana kesusahan keluarga. Saya buat keputusan untuk tidak meneruskan pengajian selepas tamat SPM di SMK Sri Kukup.

"Saya tak tergamak melihat ayah dan ibu menderita. Jika mereka boleh menjaga saya dan adik-adik saya sejak kecil, kenapa pula kami tidak boleh menjaga mereka (ketika dalam keadaan susah dan sakit sekarang)" demikian antara kata-kata Norasiah ketika NST menemui mereka pada satu majlis gotong-royong yang dianjurkan oleh penduduk untuk memperbaiki rumah keluarganya yang telah uzur.

Penduduk kampung yang simpati di atas kesusahan hidup keluarga berkenaan telah berjaya mengumpul derma sebanyak RM4,000 bagi membiayai kos membeli barangan memperbaiki rumah keluarga Norasiah.

Norasiah juga memberitahu kedua-dua adik kembarnya, Mohd Razak dan Norizan, terpaksa berhenti sekolah selepas tamat tingkatan tiga lima tahun lalu.

"Saya faham pelajaran amat penting (untuk masa depan) tetapi adik-adik tiada pilihan terpaksa korbankan pelajaran mereka demi menjaga aya dan ibu.

"Saya berharap sangat akan ada seseorang (dalam dunia ini) yang sudi membantu agar kedua-dua adik saya kembali menyambung pelajaran mereka kerana saya tidak mampu membayangkan masa depan mereka tanpa pendidikan yang tinggi," kata Norasiah saya petik dan olah dari laporan NST.

Untuk pengetahuan, ayah mereka, Rosli kini hanya bekerja kampung dan mengidap sakit misteri, manakala ibu mereka sedang dirawat di Hospital Sultan Ismail kerana mengidap barah usus.

Nah...apa yang boleh dikatakan tentang kehidupan ini. Barangkali Ahmad Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri boleh meluangkan sedikit masanya di Tenang untuk melawat keluarga Norasiah ini.

Kita tidak mahu menyalahkan sesiapa, tapi teringat pesan datuk nenek moyang saya dulu bahawa katanya, Melayu tidak akan miskin, masih segar dalam ingatan ini.

Salam dan maaf buat Ahmad Maslan.

Posted by SINGALAUTMETRO at 6:40 PM
http://singalautmetro.blogspot.com/2011/01/kita-baca-perlahan-lahan-kemudian.html

Peruntukan RM500,000 bina dewan tokong dilulus

2011/01/27
LABIS: Kerajaan Johor meluluskan peruntukan RM500,000 bagi membantu pembinaan dewan serbaguna Tokong Yong Hock Kiong, Jalan Labis di sini, bagi kemudahan aktiviti persatuan tokong itu di samping kegunaan masyarakat setempat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Perancangan Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil, berkata peruntukan itu dipersetujui Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman ketika berjumpa dengan ahli jawatankuasa tokong berkenaan sebelum ini. “Saya bagi pihak kerajaan negeri berharap sumbangan ini membolehkan dewan serbaguna dibina untuk kemudahan aktiviti tokong selain dapat dimanfaatkan masyarakat setempat," katanya pada pertemuan dengan ahli jawatankuasa tokong terbabit di sini, semalam. Hadir sama, calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Mohd Azahar Ibrahim; Pengerusi Tokong Yong Hock Kiong, Datuk Tan Thian Lai dan ahli jawatankuasanya.

Thian Lai yang ditemui berkata, pembinaan dewan serbaguna tokong berusia 78 tahun itu sudah dimulakan sejak tiga bulan lalu dengan keseluruhan kos dianggarkan hampir RM1 juta termasuk pembelian peralatan.

“Jawatankuasa tokong amat gembira dengan sumbangan kerajaan negeri yang prihatin dengan keperluan khususnya masyarakat Cina di Tenang,” katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PeruntukanRM500_000binadewantokongdilulus/Article

1/26/11

Tiada yang sudi ajar Orang Asli agama Islam, tunggu pilihanraya agaknya


Kesian nasib Orang Asli yang memeluk agama Islam di Negeri Sembilan ni, di Jelebu pula tu. Mungkin Dato Jeneral Jamil Khir selepas pilihanraya di DUN Tenang dan DUN Merlimau boleh datang DUN Klawang atau Parlimen Jelebu lepas tu dengan semua kakitangan JAKIM untuk memberi kefahaman Islam kepada mereka ini.

TIADA USTAZ DATANG MENGAJAR
Sinar Harian 26 Jan 2011

KUALA KLAWANG - Bantu dan bimbinglah mereka ke jalan yang benar, kata Tok Batin masyarakat Orang Asli Kampung Kelaka, Aden Geboi.

Beliau berkata demikian apabila memikirkan keadaan anak buahnya yang memeluk agama Islam ketandusan ilmu agama.

Walaupun beliau tidak seagama namun tanggungjawab memastikan anak buahnya yang memeluk Islam perlu dijalankan sebaiknya.

Aden berkata, sebelum ini, ada ustaz datang mengajar agama di surau berdekatan, namun sejak tujuh bulan lalu, mereka tidak datang lagi.

"Ustaz berkenaan datang mengajar mengaji, ilmu Fardu Ain dan sebagainya kepada Orang Asli yang memeluk Islam.

"Perkara ini penting dan perlu diberi penekanan serius agar mereka tidak hanyut akibat tidak dibimbing dengan baik dan sempurna," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini.

Beliau berkata, seramai 17 masyarakat Orang Asli di sini, memeluk Islam dan mereka perlu diberi tunjuk ajar yang sewajarnya dari masa ke semasa.

"Sebelum ini, saya sudah mengajukan masalah berkenaan kepada beberapa pemimpin tempatan namun sehingga kini tidak tahu apakah tindakan yang diambil.

"Oleh itu, diharap pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dapat turun padang ke kawasan ini bagi membimbing masyarakat Orang Asli di sini," katanya.

Menurutnya, banyak perkara yang perlu mereka ketahui terutama isu berkaitan pengurusan jenazah, ilmu rumah tangga, pembahagian harta dan sebagainya.

"Ilmu seperti ini perlu diterapkan sebaiknya agar masyarakat Orang Asli yang beragaman Islam dapat mengamalkan ajaran, selain mengelakkan mereka terpesong," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8678449.asp

Kisah sedih peniaga wanita di N.Sembilan, ingat TUNISIA


Jangan jadi macam Tunisia cukuplah. Puncanya pihak berkuasa Tunisia menagmbil tindakan ke atas peniaga, akhirnya Presiden Tunisia tumbang ! TUNISIA ! TUNISIA ! TUNISIA ! Kisah peniaga sayur yang tertindas sebabkan kejatuhan Presiden Tunisia di http://amkns.blogspot.com/2011/01/presiden-tunisia-diguling-sebab-seorang.html

Peniaga rugi besar kedai roboh
Sinar Harian 26 Jan 2011

KUALA PILAH – Ibarat jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib malang yang menimpa ibu tunggal, Ramnah Soan, 53, kerana bahagian depan kedainya roboh gara-gara angin kuat empat hari lalu selepas disaman Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada November lalu.

Ramnah berkata, tindakan menukar tiang besi daripada tiang batu sedia ada kerana menerima saman PBT.

“Saya terima saman pada 29 November lalu dan kira-kira jam 4 petang, hari yang sama, saya terus menghubungi pihak berkenaan untuk mengetahui punca sebenar disaman dan ingin memohon rayuan mengurangkan jumlah saman disebabkan tidak mampu.

“Pihak berkenaan meminta saya hadir keesokan harinya dengan surat rayuan dan alhamdulillah, saya dapat kurangkan saman daripada RM500 kepada RM100 sahaja,” katanya yang sudah berniaga sejak 2005.

Menurutnya, dia juga harus merobohkan tiang batu dalam tempoh dua bulan daripada tarikh disaman.

“Alasan diberikan adalah mana-mana peniaga tidak boleh membina bangunan kekal batu-bata dan satu tiang batu pun tidak boleh dibina di mana-mana kedai kerana premis bukan kedai kekal.

“Saya patuh dengan arahan ditetapkan tetapi kecewa kerana masih terdapat kedai yang tidak dirobohkan sedangkan ia adalah bangunan kekal dengan menggunakan batu-bata,” katanya.

Rambah berkata, masalah timbul apabila kedainya roboh kerana angin kuat dan keadaan itu menjejaskan sumber pendapatannya.

“Ia membebankan saya kerana perlu melakukan kerja baik pulih.

“Jika tidak merobohkan tiang batu, kedai saya mungkin boleh bertahan berpuluh-puluh tahun tetapi apabila memasang tiang besi, ia hanya mampu bertahan dua minggu sahaja,” katanya.

Menurutnya, bahagian tepi kedai dan kedudukan tanah agak tidak rata, selain angin kuat memburukkan keadaan.

“Saya bukan :golongan orang berada. Sekarang saya perlu menangguhkan perniagaan kerana tiada duit membina semula bahagian depan kedai.

“Dahulu, saya bina tiang batu dengan kos RM2,500 dan kini mahu membersihkan sisa runtuhan memerlukan kos RM800 pula,” katanya yang mempunyai dua anak.

Sementara itu, Ramnah berkata, kejadian angin ribut itu berlaku jam 1 tengah hari ketika beberapa pelanggan menjamu selera.

“Ketika kejadian, saya tiada di kedai kerana pulang ke rumah di Sungai Dua Kecil. Hanya ada pekerja dan seorang anak. Secara tiba-tiba sahaja, angin kuat lalu merobohkan tiang besi yang baru sahaja diganti beberapa minggu lalu.

“Keadaan tanah yang senget dan bebanan kayu yang berat menyebabkan tiang besi mudah tumbang. Mujur tiada kecederaan berlaku kerana pelanggan sempat melarikan diri,” katanya.

Dalam pada itu, Ramnah turut merayu mana-mana agensi mahupun sesiapa yang sudi menghulurkan bantuan membaik pulih kedainya kerana mengalami kesempitan wang.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8677286.asp

Banyak lampu jalan rosak di Seremban, MPS, JKR apa buat?

Terlalu banyak aduan diterima dari masyarakat sekitar, terlalu, terlalu banyak lampu jalan tidak berfungsi sekitar Seremban dan Senawang. Aduan ke pihak berkuasa secara lisan, secara bertulis, secara online telah dibuat, namun belum nampak apa-apa tindakan. Apa semua agensi kerajaan sedang sibuk di DUN Tenang dan DUN Merlimau ke ?

Ada lampu jalan yang sampai penutupnya nak jatuh pun, tak dibaiki. Agaknya nak tunggu penutup tadi jatuh, kena penunggang motosikal, mati, baru nak buat tindakan.

Lampu jalan ini amat penting untuk keselamatan, mengelakkan kemalangan dan jenayah.

Bil Cukai pintu, cukai tanah bukan main awal hantar. Tapi servis macam….

Tolonglah, jangan sampai orang Seremban mengamuk.

Gejala sosial kronik di Terengganu Darul Iman


Berita Harian 26 Jan 2011
623 anak tak sah taraf di Terengganu tahun lalu

KUALA TERENGGANU: Seramai 623 anak tidak sah taraf dilahirkan di negeri ini tahun lalu, dipercayai akibat pergaulan bebas terutama di kalangan wanita Islam.

Lebih mengejutkan, daripada jumlah itu kadar tertinggi dicatatkan pada Mei tahun lalu dengan 72 kelahiran, diikuti 60 kelahiran pada September.

(Juga baca artikel Pantai SEKS di Terengganu di http://amkns.blogspot.com/2010/11/terengganu-seks-dadah-jenayah.html )

Berdasarkan perkiraan kasar, pasangan terbabit dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu sembilan bulan sebelum kelahiran, iaitu sekitar akhir Ogos dan Disember atau lebih tepat lagi pada sambutan Kemerdekaan Negara dan Tahun Baru.

Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu, Ghazali @ Suhaimi Muhammad, berkata jumlah kelahiran anak tidak sah taraf itu dicatatkan di sembilan pejabat JPN Terengganu membabitkan bayi pelbagai agama daripada pasangan tempatan dan bukan warga negara.

Katanya, pejabat JPN Kuala Terengganu mencatatkan jumlah anak tidak sah taraf tertinggi dengan 188 kelahiran diikuti Besut (102), Dungun (78), Setiu (68), Kemaman (63), Hulu Terengganu (43), Marang (30), Al-Muktafi Billah Shah (28) dan Kerteh (23).

“Melihatkan perangkaan ini, ia jelas sangat menggerunkan kerana menandakan gejala sosial semakin kronik. Lebih menyedihkan, majoriti bayi dilahirkan beragama Islam dan tidak diketahui siapa bapa sebenarnya.

“Senario ini juga secara tidak langsung membuatkan JPN menjadi beban kepada masalah sosial dan boleh menyebabkan berlaku masalah lain di kalangan masyarakat terutama membabitkan masa depan bayi terbabit.

“Jadi, kita meminta kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk bersama membanteras pergaulan bebas bagi mengelak mereka terjerumus ke lembah maksiat dan melahirkan anak luar nikah,” katanya selepas Majlis Penganugerahan Taraf Kewarganegaraan Malaysia di pejabat JPN Terengganu, di sini, semalam.

Seramai lima orang menerima sijil warga negara mengikut Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan dan lapan lagi mengikut Perkara 19(1)(a) Perlembagaan Persekutuan dengan lapan berasal dari Kemboja serta masing-masing satu dari Indonesia dan India.

Ghazali berkata, walaupun anak luar nikah mendapat keistimewaan sama rata dari segi kemudahan kesihatan dan pendidikan, namun bayi berkenaan berdepan risiko masa depan tidak menentu.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Gejalasosialkronik/Article

Presiden Tunisia diguling sebab seorang rakyat bakar diri, tapi di Malaysia


Presiden Tunisia yang 23 tahun mempimpin negara akhirnya digulingkan oleh rakyatnya sendiri pada Jan 2011 hanya disebabkan isu seorang pemuda yang ada ijazah komputer, menganggur, menjual sayur kemudian gerai sayurnya disita pihak berkuasa, lalu pemuda tadi kecewa dia membakar dirinya. Baru seorang bakar diri di Tunisia, tumbang Presiden. Tapi di Malaysia dilaporkan 6 hari kes bunuh diri setiap hari, tapi semua pihak senyap. Tak ada perasaan langsung rakyat Malaysia. Tak percaya, baca wanita di Muar minum racun kerana kesempitan hidup di bawah ini.

PRESIDEN TUNISIA DITUMBANGKAN TUKANG SAYUR

Mohamed Bouazizi nekad bakar diri setelah dagangannya disita polisi. Rakyat pun marah.

Adalah Mohamed Bouazizi, seorang tukang sayur, yang memicu kemarahan rakyat atas sang penguasa. Dia masih muda, usianya 26 tahun. Lelaki itu nekad membakar diri, setelah barang dagangannya disita polisi di kota Sidi Bouzid pada 17 Desember 2010. Berhari-hari dirawat di rumah sakit, Bouazizi akhirnya meninggal pada 4 Januari 2011.

Bouazizi adalah wajah rakyat Tunisia yang menderita. Negeri itu dilanda krisis pangan. Lapangan kerja sulit, dan rakyat hidup dalam politik yang tak peduli pada kritik.

Tak banyak pilihan bagi pemuda seperti Bouazizi. Lelaki itu adalah tiang keluarga, dan dia harus menghidupi ibu dan adiknya. Itu sebabnya, Bouazizi bekerja apa saja, termasuk menjadi penjual sayur dan buah.

Tak jelas benar latar pendidikannya. Stasiun berita CNN menyebut pemuda itu sebagai sarjana komputer. Lulus kuliah, Bouazizi sulit mendapatkan pekerjaan seperti sarjana lainnya di Tunisia. Itu membuat Bouazizi terpaksa mengasong, menjual sayur dan buah.
http://us.headlines.vivanews.com/news/read/200452-presiden-tunisia-ditumbangkan-tukang-sayur

WANITA TERTEKAN TEGUK RACUN
Harian Metro 14 Jan 2011

LEDANG: Penyesalan seorang ibu tunggal beranak tiga yang nekad membunuh diri dengan meminum racun rumpai, tetapi berubah fikiran dan menghubungi rakan supaya diselamatkan gagal menyelamatkan dirinya apabila dia meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar.

Mangsa berusia 41 tahun menetap di Taman Mulia dekat Bukit Gambir di sini, meninggal dunia di HPSF kira-kira jam 1.30 tengah hari Isnin lalu iaitu tiga jam selepas dimasukkan ke hospital itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi Isnin lalu, mangsa yang tertekan selepas berpisah dengan suaminya kira-kira enam tahun lalu dan terpaksa menyara tiga anak bersekolah mengambil jalan singkat dengan meneguk racun rumpai jenis Paraquat.

Difahamkan, mangsa sempat berbual dengan rakannya selepas minum racun menceritakan tekanan hidup yang dihadapi sejak bercerai dengan suaminya beberapa tahun lalu.

Ibu tunggal terbabit menyuarakan kesukarannya hidupnya mencari pekerjaan lebih baik kerana usianya yang lanjut dan tidak mempunyai pengalaman bekerja.

Mangsa yang tinggal berjauhan dengan keluarganya itu hidup bersama tiga anak remaja berusia belasan tahun sejak ditinggalkan suami.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Wanitatertekantegukracun/Article/index_html

BERAKHIRNYA NASIB SEORANG PRESIDEN

PADA 7 November 1987 Presiden Tunisia yang pertama, Habib Bourguiba digulingkan oleh Perdana Menteri yang baru dilantik, Jeneral Zine el Abidine Ben Ali yang mengambil alih kuasa.

Pada bulan Januari 2011 - setelah 23 tahun berkuasa, Presiden Ben Ali digulingkan oleh rakyat yang membantah pengangguran begitu meningkat di kalangan rakyat, rasuah dan kenaikan harga pelbagai barang keperluan rakyat.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0123&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_10.htm&arc=hive

REMAJA TUNISIA BERTINDAK GANAS BANTAH TINDAKAN POLIS

TUNIS 20 Dis. 2010 - Polis wilayah bandaraya Tunisia melepaskan gas pemedih mata bagi meleraikan ratusan belia yang bertindak liar dengan memecah cermin-cermin kedai dan merosakkan kereta-kereta semalam, kata para saksi.

Para pegawai bagaimanapun enggan mengulas mengenai kejadian ganas itu. Jarang berlaku rusuhan di Tunisia, salah sebuah negara paling makmur dan stabil di utara benua Afrika yang mempunyai kira-kira 10 juta penduduk itu.

Saksi-saksi berkata, ratusan beliau telah berkumpul di bandaraya Sidi Bouzid, kira 200 kilometer ke barat daya ibu kota Tunis lewat kelmarin.

Menurut mereka, golongan belia marah dengan kejadian remaja lelaki, Mohamed Bouazizi bertindak membakar dirinya kerana membantah tindakan polis merampas buah-buahan dan sayuran jualannya di warung jalanan.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1220&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_02.htm&arc=hive

IMELDA MARCOS DUNIA ARAB

KETIKA kecil, wanita cantik kelahiran Tunisia bernama Leila Trabelsi ini menjalani kehidupan seharian yang biasa sama seperti kanak-kanak lain.

Menginjak dewasa, Leila berkerja sebagai pendandan rambut. Dari situlah beliau berkenalan dengan, Zine el-Abidine Ben Ali, lelaki yang kemudian bergelar Presiden Tunisia dan menjadi suaminya.

Sejak itu, Leila, 53, yang mana namanya membawa maksud 'kecantikan rambut hitam' mengamalkan kehidupan cukup mewah baik dari segi pakaian, barangan aksesori dan kelengkapan kediaman.

Umpama cerita fantasi, Leila yang dahulu hanyalah seorang wanita biasa, menjadi perhatian seluruh dunia, dikenali ramai dan memiliki kehidupan mewah.

Ekoran 'kerakusan' Leila terhadap kehidupan mewah, rakyat Tunisia memberinya jolokan 'Imelda Marcos dari dunia Arab'.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0126&pub=utusan_malaysia&sec=Feminin&pg=fe_01.htm&arc=hive

KES BUNUH DIRI DI MALAYSIA SEMAKIN SERIUS- SISTEM PENDIDIKAN PERLU PERUBAHAN

Dalam Negara ini mengikut statistik, purata 6 orang bunuh diri setiap hari , 2500 orang setiap tahun dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun. Apakah ini memberi gambaran bahawa Negara ini sedang berhadapan dengan ramai rakyat yang tidak stabil jiwanya.

Kes bunuh diri seorang kanak-kanak beberapa hari yang lalu sepatutnya membangkitkan rasa insaf dan menyedari betapa seriusnya keperluan untuk kita menilai semula sistem penilaian kecemerlangan dalam pendidikan kita yang ada.
http://temanteras.wordpress.com/2007/11/21/kes-bunuh-diri-di-malaysia-semakin-serius-sistem-pendidikan-perlu-perubahan/

BUNUH DIRI KEMATIAN KEDUA TERTINGGI DI MALAYSIA

PULAU PINANG 28 Dis. – Gejala bunuh diri dijangka menjadi faktor kedua tertinggi menyumbang kepada jumlah bilangan kematian di negara ini selepas penyakit kardiovaskular dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.

Pensyarah Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. See Ching Mey berkata, angka itu diperoleh daripada laporan Kementerian Kesihatan yang dibuat pada tahun ini.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1229&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_07.htm

SUICIDE PROTEST HELPED TOPPLE TUNISIAN REGIME

On Dec. 17, a young fruit seller set himself on fire in front of the Sidi Bouzid regional council in central Tunisia.

Exactly four weeks later Mohamed Bouazizi’s act of desperation toppled the repressive regime that had ruled for 23 years.
http://www.thestar.com/news/world/article/922279--suicide-protest-helped-topple-tunisian-regime

1/25/11

Pekerja sekolah di N.Sembilan tertindas, tiada pembelaan


Di bawah ini ialah dari laman web Sinar Harian ruangan Interaktif yang terdapat pada 25 Jan 2011. Tak ada sesiapa kah yang sudi dengar keluhan nasib pekerja rendah awam ini? Hina sangatkah mereka ini? Menteri Besar, Wakil Rakyat, Pengarah Pelajaran tak boleh beri komen ke? Sibuk sangat ke dengan Pilihanraya Kecil di Tenang, lepas tu di Merlimau? Nak Pekerja Rendah Awam Cabuk ini doakan wakil rakyat kawasannya mati? Berhati-hatilah dengan doa orang yang tertindas dan dizalimi.

KELUHAN PEKERJA RENDAH AWAM CABUK :

SEJAK kawasan sekolah di Negeri Sembilan diambil alih oleh pihak swasta, kami diarahkan berpindah.

Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.

Cuba anda renungkan, jika sudah jarak dari rumah ke tempat kerja 90 kilometer pergi dan balik.

Kemudian, di kiri dan kanan jalan dipenuhi ladang getah serta sawit.

Jam 6 pagi sudah keluar menaiki motosikal, jika nasib tidak bernasib baik dan motosikal rosak terpaksalah menolak jauh.

Sepatutnya kami berpindah ke tempat yang lebih dekat tetapi diarahkan pula berpindah ke tempat lebih jauh.

Pihak tertentu cuba renungkan sejenak nasib pekerja rendah awam seperti kami ini. Inilah slogan yang dilaungkan oleh pemerintah, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Kami pekerja rendah awam tertindas demi menjaga poket pihak korporat yang mendapat tender membersihkan kawasan sekolah.

- PEKERJA RENDAH AWAM CABUK

http://www.sinarharian.com.my/SH/MNS/

Ada Duit Gi Sekolah, Tak de duit Gi Kerja


Ada Duit Pergi Sekolah, Tak Ada Duit Pergi Kerja
Oleh Suara Keadilan

Setiap kali bermulanya sesi persekolah baru bermulalah keluhan ibu bapa berhubung yuran persekolahan anak mereka yang semakin meningkat saban tahun.

“Ada duit pergi sekolah, tak ada duit pergi kerja” beginilah keadaan kanak –kanak kita yang tidak mampu membayar yuran persekolahan.

Kami Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) amat kesal dengan peningkatan yuran persekolahan bagi sesi 2011. Ketika rakyat ditekan dengan beberapa siri kenaikan harga barangan pengguna, ia bertambah rumit lagi dengan peningkatan yuran persekolahan awal tahun ini.

GMPP telah membuat kajian kenaikan yuran sekolah di beberapa Sekolah Rendah dan Menengah dan juga Tadika di sekitar negeri Selangor dan Perak.

Kita dapati rata-rata Sekolah Rendah telah meningkatkan bayaran tambahan di antara RM35- RM40 berbanding tahun sebelumnya sekitar RM26-RM28 bagi setiap pelajar.

Pemansuhan yuran persekolahan RM4 oleh Kementerian Pelajaran sebelum ini langsung tidak memberi sebarang kesan kepada ibu bapa. Ini bagaikan udang disebalik batu, sekarang pelajar dikenakan dengan pelbagai yuran tambahan yang berlipat ganda daripada yuran persekolahan RM4.

Manakala bagi Sekolah Menengah pula, jumlah bayaran tambahan yang dikenakan juga adalah lebih besar dan berbeza-beza sekitar RM60 hingga RM80 dan ia tidak termasuk lagi yuran tahunan PIBG.

Difahamkan terdapat sekolah yang menetapkan yuran PIBG lebih dari RM100. Mungkin bayaran tambahan ini satu perkara kecil bagi keluarga yang berpendapatan lebih RM4000 ke atas sebulan. Tetapi 1.3 juta rakyat Malaysia masih berpendapatan kurang dari RM700 sebulan, lebih rendah dari paras garis kemiskinan RM720.

Bayangkan keadaan keluarga yang mempunyai anak di antara 3-5 orang yang masih bersekolah.

Keadaan menjadi lebih teruk bagi ibu bapa yang mempunyai anak ke Tadika. Yuran pendaftaran sahaja sudah mencecah RM300-RM400 ia tidak termasuk yuran bulanan di antara RM50-RM100.

Dianggarkan secara purata setiap ibu bapa perlu memperuntukkan tidak kurang RM300- RM400 untuk menyediakan keperluan lengkap bagi seorang anak mereka yang bersekolah dan ia bertambah mengikut tahap.





DI BAWAH ADALAH PERBANDINGAN YURAN SEKOLAH RENDAH ANTARA SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN (SK) & BANTUAN MODAL (SJKT & SJKC ) . Sila rujuk pautan berikut http://www.suara-keadilan.com/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=783:ada-duit-pergi-sekolah-tak-ada-duit-pergi-kerja&catid=2:terkini&Itemid=2

Butiran di atas adalah hasil pemerhatian di sekolah-sekolah yang terletak di Perak, Pulau Pinang, Selangor & Kuala Lumpur. Bayaran tidak semestinya sama dan ia bergantung kepada sekolah berkenaan. Ibu bapa boleh memilih perkara yang perlu.(tapi kebanyakkan sekolah akan menyuruh ibu bapa bayar jumlah penuh seperti di atas)

Kadar yuran yang dikenakan rata-ratanya seorang murid perlu membayar sebanyakRM100 – RM150 yang kian naik. Realitinya ibu bapa dipaksa untuk membuat bayaran dan sekiranya gagal berbuat demikian, anak-anak tidak diberi buku.

Kebanyakkan ibu bapa yang berada dalam tahap miskin dan miskin tegar mengambil keputusan untuk tidak menghantar anak ke sekolah disebabkan desakan di sekolah. Ada pula ibu bapa yang rela menghantar anak mereka untuk bekerja daripada sekolah.

Dalam konteks ini, ibu tunggal menjadi mangsa kerakusan BN kerana tidak berdaya untuk menanggung kos pendidikan yang semakin tinggi.

Selain bebanan yuran persekolahan, kerajaan BN turut melenyapkankan beberapa insentif untuk murid secara senyap-senyap.

TAHUN 2011 :

1. RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) adalah skim makanan percuma untuk pelajar miskin yang keluarganya mempunyai pendapatan kurang daripada RM400 atau pendapatan perkapita kurang daripada RM80. Setiap makanan RMT diperuntukkan RM1.80 sehari untuk murid di Semenanjung Malaysia dan RM2.05 untuk Sabah, Sarawak dan Labuan. Namun tahun 2011, kerajaan mengumumkan bahawa peruntukkan telah dikurangkan untuk RMT, rata-ratanya sekolah kerajaan yang mempunyai jumlah enrolmen murid seramai 300 orang, hanya 4 orang murid yang layak menerima RMT. Ada sekolah yang masih tidak membekalkan RMT melainkan menerima sumbangan dari PIBG mahupun guru-guru di sekolah berkenaan. Malah ada daerah yang mengesa ibu bapa pergi ke pejabat Penghulu Daerah untuk memohon bantuan RMT.

2. KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) telah diganti dengan E-Kasih di mana ibu bapa perlu membuat permohonan di Pejabat Penghulu Daerah. Ibu bapa dari kawasan luar bandar yang berpendapatan kurang daripada RM1,000 dan ibu bapa dari bandar dengan pendapatan kurang daripada RM1,500 layak menerima bantuan E-Kasih. Ini menambahkan lagi beban ibu bapa yang terpaksa mengambil cuti untuk pergi ke Pejabat Penhulu untuk membuat permohonan melalui online dan ramai ibu bapa tiada pengetahuan IT dan kemudahan internet untuk berbuat demikian.

Sistem Pendidikan Malaysia, dimana kanak-kanak sekolah dan ibubapa menjadi mangsa apabila Ahli Politik dan Menteri Pendidikan yang sentiasa bertukar polisi seperti bertukar pakaian.

Negara kita mahu mewajibkan pendidikan tetapi ibubapa tidak mampu menyara kos pendidikan yang semakin meningkat.

Di negara pemerintahan Sosialis seperti Cuba dan Venezuela, Perlembagaan mereka memastikan pendidikan itu adalah satu hak dan adalah percuma. Percuma sehingga ke tahap Universiti. Itu adalah sebab negara itu boleh mencapai tahap pendidikan tinggi dan tahap celik huruf sebanyak 100%.

Di bawah strategi pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, melalui Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) pelbagai projek mega dicadangkan untuk menelan keuntungan yang berlipat ganda menggunakan platform kroni-kroni yang korup.

Antara projek adalah :

· Pembinaan Istana baru di Jalan Dutayang menelan kos yang mencecah sehingga melebihi RM800 billion.
· Projek Aliran Transit Massa ( MRT ) yang menelan RM36 billion (ia hanya merangkumi kos pembinaan dan tidak termasuk kos pengambilan tanah) dan ia merupakan projek infrastruktur terbesar yang dijalankan di Malaysia.
· Cadangan membina Menara Warisan Merdeka 100 tingkat dengan anggaran kos RM 5 billion.

Inilah bezakan sistem pendidikan kita dengan negara lain. Nampak canggih, nampak bergaya tetapi masih ada keciciran kanak-kanak, masih ada sekolah yang serba kekurangan, masih ada mereka yang tak mampu membiayai pendidikan anak-anak. Indah kata daripada rupa.

Apakah langkah kerajaan dalam menangani masalah ini. Wajarkah ibu bapa yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan dan mempunyai ramai tanggungan dipersalahkan?

Sekiranya, kerajaan mengimplimentasikan akta gaji minima dan kekalkan pemberian subsidi untuk mengawal harga barang secara adil, nescaya keadaan sebegini tidak berulang.

Namun, senario ini sememangnya diwujudkan oleh kerajaan Barisan Nasional untuk keuntungan dan kepentingan kroni semata-mata.


GERAKAN MENUNTUT PENDIDIKAN PERCUMA (GMPP) berpendirian bahawa:

1. Pendidikan adalah sesuatu yang perlu diberi secara percuma dan bukannya dibayar dengan wang semata-mata.
2. Yuran perlu dimansuhkan serta – merta.
3. Selaraskan semua sekolah supaya dijadikan sekolah bantuan penuh kerajaan.


4. Pengangkutan, pakaian seragam dan makanan percuma perlu disedikana untuk keluarga yang berpendapatan kurang dari RM1,500.
5. Kerajaan sepatutnya menggunakan keuntungan yang diperolehi dari Petronas atau dan hasil kutipan cukai pendapatann dari korporat dan kapitalis gergasi untuk disalurkan dalam pendidikan.
6. Kekalkan subsidi untuk mengurangkan beban rakyat.
7. Hentikan dengan segera projek-projek mega yang tidak menjaga kebajikan rakyat.

“ YURAN NAIK, SEMUA NAIK….

”YANG TURUN HANYA HUJAN DAN NILAI PENDIDIKAN”

Sumber : http://www.suara-keadilan.com/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=783:ada-duit-pergi-sekolah-tak-ada-duit-pergi-kerja&catid=2:terkini&Itemid=2

1/24/11

Alangkah baik kalau ada Pilihanraya Kecil di Port Dickson


Naik taraf segera surau sesak
Sinar Harian 24 Jan 2011

Taman Seri Tanjung , Port Dickson – Surau Taman Seri Tanjung yang mampu menampung seramai 200 jemaah dalam satu masa di sini selain menjadi nadi utama penduduk sekitar juga sering menjadi tumpuan pengunjung antarabangsa. Pengerusi surau, Wahab Ismail berkata, berdasarkan kedudukan surau yang terletak berhampiran beberapa hotel di sini menjadi tumpuan pengunjung hotel bagi menunaikan solat.

(Artikel sebelum ini Makin ramailah rakyat doakan wakil rakyat mereka mati di http://amkns.blogspot.com/2011/01/makin-ramailah-rakyat-doakan-wakil.html )

Malah menurutnya, sepanjang Ramadan, suraunya sentiasa penuh dan sesak berikutan pengunjung hotel yang turut serta menunaikan solat tarawih berjemaah di sini.

"Imam dari negara Arab yang bercuti di sini juga sering menawarkan diri untuk mengimamkan solat sunat.

"Begitu juga dengan aktiviti yang dilakukan di sini dan kami mengalu-alukan kehadiran pengunjung luar," katanya.

Wahab menambah, walaupun sering menerima kunjungan jemaah, surau ini juga tidak lari dari berhadapan dengan pelbagai masalah seperti struktur bumbung yang sudah rosak.

"Bumbung surau sering bocor menjadikan surau banjir setiap kali dan menyebabkan jemaah yang hadir tidak selesa.

"Masalah ini sudah berlarutan sejak tiga tahun lalu dan walaupun sudah dibaiki, ia kembali bocor," katanya.

Wahab turut berkata, tandas surau juga sudah tidak boleh digunakan lagi dan perlu dibaiki segera agar keselesaan pengunjung ke rumah ibadah ini dapat dijamin.

"Pihak surau bercadang menurap halaman surau ini bagi memudahkan menjalankan pelbagai aktiviti.

"Setiap kali aktiviti diadakan, khemah terpaksa dipasang bagi menampung jumlah pengunjung yang ramai tambahan pula, ia juga berhampiran dengan balai raya," katanya.

Menurutnya, semua kekurangan dan kemudahan yang perlu dibaik pulih memerlukan belanja besar dan berharap ada pihak sudi menghulurkan bantuan.

"Dengan adanya penambahbaikan itu akan menjadikan surau ini lebih mesra pengunjung dan memberikan keselesaan untuk menunaikan ibadah serta pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan," katanya.

Menurutnya lagi, surau tersebut turut menjadi tumpuan empat perumahan berdekatan berikutan ketiadaan institusi ibadah yang terdekat di taman perumahan tersebut.

“Selain pengunjung hotel bersebelahan taman ini, empat lagi penduduk taman perumahan di sekitar surau ini turut mengimarahkan surau ini sama ada dalam melaksanakan solat mahupun aktiviti mengimarahkan surau yang lain,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8660997.asp

Jejantas di Malaysia tak selamat, risiko kes jenayah


AWAS WARGA KOTA: 23 JEJANTAS PEJALAN KAKI DI KUALA LUMPUR 'TIDAK SELAMAT'

SEBANYAK 23 jejantas pejalan kaki di sekitar ibu kota dikatakan berada dalam keadaan tidak selamat untuk pejalan kaki kerana amat terdedah kepada bahaya ragut dan jenayah jalanan.

Jejantas itu menjadi amat berbahaya kepada pejalan kaki, terutama yang menggunakannya secara bersendirian disebabkan keadaannya terlindung oleh papan tanda dan ketiadaan lampu yang menyebabkan ia menjadi pelabuhan bagi peragut untuk berlabuh, mencari mangsanya.

Ketua Biro Anti Jenayah dan Keselamatan Awam parti Gerakan, Lim Teck Ang, mendedahkan perkara ini dan langkah sedang diambil oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menukar semula kedudukan jejantas itu kepada jejantas yang selamat digunakan.

Beberapa langkah mesti diambil bagi tujuan itu termasuk menurunkan papan tanda yang melindungi pejalan kaki dan pemasangan lampu supaya ia menjadi terang dan boleh dilihat oleh orang lain.

Antara jejantas yang kurang sihat untuk keselamatan pengguna setakat ini ialah di Jalang Pahang, Jalan Genting Klang, Jalan Gombak off Jalan Chong Hwa dan Batu 5, Jalan Ipoh, MRR2, Abdullah Hukum, Jalan Pantai Baru dan Bangsar.-thestar

http://singalautmetro.blogspot.com/2011/01/awas-warga-kota-23-jejantas-pejalan.html

Artikel berkaitan :

UMNO LETAK KAIN RENTANG DI JEJANTAS di http://amkns.blogspot.com/2011/01/keselamatan-jejantas-umno-dan-pbt-tak.html

JEJANTAS MAUT DI SEREMBAN di http://amkns.blogspot.com/2011/01/jejantas-maut-1malaysia-di-seremban-mps.html

Monday January 24, 2011
KL cops declare 23 pedestrian bridges ‘unsafe’

KUALA LUMPUR: Twenty-three pedestrian bridges and a busy walkway in the city have been declared unsafe by the police.

City police has come out with a list detailing the bridges which need attention – mainly for lack of lighting and visibility which were ideal for crime.

This has stung the Kuala Lumpur City Hall into action, with the local authority saying the bridges will be repaired or upgraded within two weeks.

Federal Territories Gerakan anti-crime and public safety bureau chief Lim Teck Ang, who disclosed this, said advertisement boards fixed to the bridges would be removed as they were blocking users’ view.

“Lights will also be replaced or installed to ensure the bridges are well lit at all times,” he added.

Lim, who had highlighted the problem to city police, said the roof of several bridges were too low.

“City Hall will replace them to allow more lighting and visibility,’’ he added.

“Eleven of the bridges were deemed too dark, seven were covered by advertisement boards and trees with the rest not well-maintained,” he added.

The bridges included those in Jalan Pahang, Jalan Genting Klang, Jalan Gombak (Off Jalan Chong Hwa and Batu 5), Jalan Ipoh, MRR2, Abdullah Hukum, Jalan Pantai Baru and Bangsar. The walkway identified was the one linking KL Sentral to the Brickfields monorail station.

Lim said frequent complaints were received from commuters using bridges near eight LRT stations.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/1/24/nation/7856826&sec=nation

Makin ramailah rakyat doakan wakil rakyat mereka mati


Nampaknya semakin ramailah rakyat mendoakan wakil rakyat di tempat mereka mati apabila mereka memerlukan bantuan atau sumbangan. Semua masjid di DUN Tenang dapat RM100,000 serta semua surau dan sekolah agama dapat bantuan.

Tapi lihatlah sendiri masjid yang dah nak roboh di Pahang tempat Perdana Menteri sendiri dau Surau Maahad Ahmadi di Gemencheh tidak jauh dari DUN Tenang di bawah ini.

Apa gunanya suruh wakil rakyat kerap menjalani pemeriksaan kesihatan jika rakyat di kawasan mereka sentiasa mendoakan kematian wakil rakyat mereka. Suruhlah rakyat di kawasan mereka mendoakan kesihatan wakil rakyat mereka.

Pilihanraya kecil di mana pula selepas di DUN Merlimau?

PAHANG, JUARA MASJID ROBOH?
Penduduk Kampung Kuala Sat, Hulu Tembeling memohon kerajaan negeri membina sebuah masjid baru menggantikan masjid kayu berusia 60 tahun yang usang serta tidak mencerminkan rumah ibadat mempunyai persekitaran ceria. Kisah lanjut di
http://amkns.blogspot.com/2010/12/pahang-juara-masjid-roboh.html

LIHATLAH KEDAIFAN SURAU DI N.SEMBILAN, JOM BANTU.
Kisah sepenuhnya di http://waghih.blogspot.com/2010/01/lihatlah-kedaifan-surau-di-nsembilan.html

RM1.13 JUTA UNTUK MASJID, SURAU DI DUN TENANG
LABIS: Peruntukan RM1.13 juta akan diagihkan kepada lapan masjid, sembilan surau dan lapan sekolah agama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, kata Datuk Seri Najib Razak.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RM1_13jutauntukmasjid_suraudiDUNTenang/Article/index_html

"Lapan masjid akan menerima peruntukan RM100,000 setiap satu untuk penambahbaikan, sembilan surau masing-masing menerima RM30,000 dan lapan Sekolah Agama Rakyat di kawasan ini akan menerima RM1.13 juta," katanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm

PELBAGAI DERITA RAKYAT PAHANG DI BAWAH INI :
http://amkns.blogspot.com/2010/06/dah-50-tahun-penduduk-kuantan-tiada-air.html

KISAH BENAR WAKIL RAKYAT TERIMA SURAT RAKYAT DOAKAN MEREKA CEPAT MATI di http://amkns.blogspot.com/2010/04/rakyat-doakan-wakil-rakyat-mereka-cepat.html

1/23/11

Cuci Kereta AMAL 3 Feb 2011 Ampangan, Seremban


PROGRAM CUCI KERETA AMAL
Tarikh : 3 Februari 2011 (Khamis - Cuti Umum)
Masa : 8:30 pagi – 4:30 ptg
Tempat : Perkarangan Surau Al Mustofa (Surau Hitam), Ampangan, Seremban

Anjuran : Jabatan Amal Negeri Sembilan http://unitamaln9.blogspot.com/

Untuk maklumat sila lanjut hubungi : Nazri 013-3098775 , Izamri 013-2124086 , Hamizi 012-2832458

Sebarang sumbangan untuk menjayakan program ini adalah amat diharapkan dan dialu-alukan.
Harga Cucian : MPV RM 15, Kereta RM 10, Motosikal RM 5

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun CIMB 05020693061526

1/22/11

Renungkanlah, nasib bekas ADUN Umno di Johor, dulu Doktor

Dari Blog Singalautmetro
DI MANA KITA DALAM KES MELUCUTKAN KELAYAKAN DR MOHD AZAM RAUZAN- BEKAS ADUN PENAWAR JOHOR?
LEBIH dua tahun saya memikirkan tentang sesuatu yang bernama keadilan!
Tentang nasib seorang sahabat, seorang doktor perubatan (Dr) bernama Dr Mohd Azam Rauzan yang dilucutkan kelayakan sebagai pengamal perubatan hanya kerana berada dalam keadaan dan masa yang salah, tetapi mempunyai niat di dalam hati yang baik dan murni.

Hanya kerana membantu seorang wanita yang mengandung di luar nikah untuk mendapatkan sijil kelahiran bagi memastikan nasib si anak terbela, Mohd Azam kehilangan segala-galanya. Dia kehilangan masa depan sebagai doktor perubatan apabila kelayakannya terus dibatalkan. Dia dianggap telah melakukan kesalahan terlalu besar yang tiada ampunnya di dunia ini. Sedangkan apa yang dilakukannya adalah untuk kebaikan masa depan manusia yang dilahirkan secara tidak sah, akibat perbuatan terlanjur manusia.

Untuk pengetahuan, Mohd Azam adalah bekas Adun Bandar Penawar di Johor dan kini saya sendiri sebagai sahabat berasa beliau kehilangan banyak sangat perkara di dalam kehidupan ini selepas insiden di luar duga itu. Bagi saya, di mana keadilan untuk beliau, terutama kepada Umno yang pernah dia menjadi hamba, berjuang konon demi untuk bangsa, agama dan negara.

Ketika kita melihat Melaka membina sebuah rumah tersergam indah untuk membela anak-anak yang mengandung di luar nikah, seorang doktor perubatan yang cuba membantu agar perbuatan buang bayi dapat terhindar dengan melaku kesalahan di luar rela, menyediakan sijil kelahiran untuk bayi itu, telah menerima nasib yang amat buruk - dibuang dan kelihatan seperti amat keji oleh semua pihak.

Saya melahirkan kesedihan ini kerana bukan sahaja Mohd Azam pernah menjadi sahabat yang paling karib dalam hidup saya, tetapi kerana sedih ketika kita berusaha menangani masalah buang bayi, nasib beliau yang cuba menjadi antara manusia yang cuba membantu mengatasi masalah itu, tidak langsung dikenang. Sebaliknya dikenakan tindakan yang amat luar biasa hukumannya.

Seolah-olah tiada baik langsung manusia bernama Mohd Azam ini sehingga kelayakannya sebagai doktor perubatan terus sahaja dibatalkan.

Aneh keadilan sebenarnya, bukan? Saya tidak mahu berbohong, Mohd Azam bukan tiada jasanya kepada Umno, malah tanyakanlah kepada Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman. Mohd Azam ini sebenarnya antara pejuang bangsa yang masih muda dan mempunyai masa depan yang cemerlang.

Benarlah kata orang, kebaikan kadang-kala langsung tiada harga di mata orang! Di mana pimpinan Umno dalam memperjuangkan nasib pemimpin pelapisnya seperti nasib yang menimpa Mohd Azam ini?

Ya...Azam, walaupun kita berlainan ideologi, soal kebenaran adalah milik semua. Aku doakan engkau berbahagia, sama seperti aku. Engkau tentu masih ingat gurauan lama kita. Tentang politik dan kehidupan bukan? Salam buat sahabat yang lama terpisah.

Sumber : http://singalautmetro.blogspot.com/2011/01/di-mana-kita-dalam-kes-melucutkan.html

1/21/11

Tenang dan Merlimau kawasan selamat Umno, buang masa je


DUN Tenang di Johor dan DUN Merlimau di Melaka adalah merupakan kawasan selamat Umno. Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Umno serta semua sayap parti mengadakan lebih banyak program berbentuk mendampingi rakyat di kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang dan bukannya di kawasan selamat - Utusan Malaysia 17 Okt. 2010

Jadi buang masa sajalah kita hendak menyedarkan pengundi di Johor dan Melaka ni. Laporan Ketua Audit Negara 2009 sikit pun tak membuka mata orang Johor dan Melaka akan masalah sebenar di negeri mereka.

Tak percaya ? Baca sendiri sinopsis Laporan Ketua Audit Negara untuk Johor dan Melaka di bawah ini :

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA UNTUK JOHOR
http://amkns.blogspot.com/2010/11/johor-kritikal-hakim-syariah-pendedahan.html

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA UNTUK MELAKA
http://amkns.blogspot.com/2010/10/bangunan-majlis-agama-islam-melaka.html
http://amkns.blogspot.com/2010/11/pengambilan-pasir-di-melaka-boleh-bawa.html
http://amkns.blogspot.com/2010/11/ketua-menteri-dan-exco-melaka-wajib.html
http://amkns.blogspot.com/2010/11/kerajaan-melaka-senggara-sebuah-kereta.html

Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Umno serta semua sayap parti mengadakan lebih banyak program berbentuk mendampingi rakyat di kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang dan bukannya di kawasan selamat - Utusan Malaysia 17 Okt. 2010
Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1018&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm&arc=hive

1/20/11

Imbuhan turunkan poster haram Umno di Seremban oleh MPS?

Macamana Ahlong tak berleluasa, Umno BN pun dah ajar boleh gantung poster/kain rentang haram (tanpa permit). Beberapa contoh poster haram atau poster tanpa permit MPS milik Umno BN di Seremban pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2011/01/keselamatan-jejantas-umno-dan-pbt-tak.html

**********************
Imbuhan turunkan iklan haram di kawasan MPS
Utusan Malaysia 20 Jan 2011

SEREMBAN 19 Jan. - Isu pemasangan kain rentang serta poster yang tidak berlesen bagaikan tiada kesudahannya malah masalah itu terus merebak di kawasan perumahan di sekitar bandar ini.

Peniaga yang tidak mahu membayar permit iklan menawarkan apa sahaja jenis perkhidmatan untuk orang ramai termasuk pinjaman wang tidak berlesen.

Untuk itu, Majlis Perbandaran Seremban (MPS) bercadang memberi imbuhan kepada mereka yang menurunkan poster haram di sekitar bandar ini dan kawasan perumahan masing-masing.

Yang Dipertuanya, Datuk Abd. Halim Abd. Latif berkata, perbincangan akan dijalankan bersama ahli majlis untuk menentukan kadar imbuhan yang sesuai bagi setiap poster yang diturunkan.

Malah katanya, setiap poster yang diturunkan akan dinilai sebagai bahan terbuang yang boleh dikitar semula.

''Untuk makluman setiap minggu kita akan menjalankan operasi pembersihan, malangnya jumlah poster haram akan bertambah dua kali ganda selepas diturunkan.

''Apa yang boleh dilakukan ialah meminta kerjasama daripada orang ramai untuk menurunkan dan menjualnya kepada kami," katanya di sini baru-baru ini.

Beliau yang juga Yang Dipertua Majlis Perbandaran Nilai (MPN) berkata, banyak aduan diterima daripada orang ramai dan ada antaranya mendakwa pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak menjalankan tugas.

''Di bawah pentadbiran majlis terdapat lebih daripada 250,000 unit rumah dan sukar untuk menjalankan operasi pembersihan sepenuhnya. Setiap minggu kami menurunkan kira-kira 1,000 poster tidak berpermit dan memerlukan kos yang tinggi untuk melakukannya.

''Apabila jumlah poster bertambah, perbelanjaan majlis turut meningkat. Lebih baik perbelanjaan ini digunakan untuk membayar orang ramai yang bekerjasama mengindahkan bandar ini dan perbelanjaannya jauh lebih kecil," katanya.

Justeru kata beliau, dengan adanya kerjasama dan penyertaan dari orang ramai untuk membantu, masalah itu dapat dikurangkan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm

6,000 penduduk Melaka Maju dihantui bau busuk


Pegawai SPAN meneliti air kumbahan dari beberapa kilang memproses makanan sejuk beku di sekitar kawasan perindustrian Taman Datuk Tamby Chik Karim, Melaka, semalam.
--------------------------

6,000 penduduk dihantui bau busuk
Utusan Malaysia 20 Jan 2011

MELAKA 19 Jan. - Masalah bau busuk yang menghantui lebih 6,000 penduduk sekitar Taman Datuk Thamby Chik Karim, Batu Berendam di sini sejak lebih setahun lalu bukan sahaja berpunca daripada air kumbahan dari sebuah loji rawatan di situ.

Siapa sangka, bau busuk itu juga rupa-rupanya terhasil daripada pelbagai sisa buangan kilang yang turut disalurkan ke loji rawatan tersebut.

Keadaan itu menyebabkan loji tersebut tidak dapat melakukan proses rawatan kumbahan dengan sempurna, sekali gus mengeluarkan bau busuk kepada penduduk sekitarnya.

Pengarah Wilayah Selatan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Abdull Sukor Ismail berkata, pihaknya mengesan ada segelintir pengusaha kilang di kawasan perindustrian Taman Thamby Chik Karim mengambil jalan mudah untuk melupuskan sisa industri mereka.

"Selain kumbahan, ada kesan pembuangan sisa-sisa terlarang seperti lemak haiwan di dalam sistem paip kumbahan yang dipercayai dilakukan oleh segelintir pengusaha kilang di sini.

"Keadaan ini mengakibatkan kadar kepekatan air yang tinggi di loji rawatan kumbahan menyebabkan proses rawatan tidak dapat dilakukan dengan baik sekali gus mengeluarkan bau busuk," katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau masalah tersebut dan menyerbu beberapa buah kilang di taman perindustrian itu di sini hari ini.

Turut menyertai operasi itu ialah beberapa wakil daripada agensi berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Indah Water Konsortium (IWK) Sdn. Bhd.

Mengulas lanjut Abdull Sukor berkata, loji rawatan kumbahan itu direka untuk menampung keperluan hampir 7,000 penduduk tetapi ketika ini kawasan itu hanya dihuni kira-kira 4,435 penduduk.

"Ini bermakna, ia masih boleh menampung keperluan rawatan kumbahan bagi kira-kira 2,500 penduduk lagi.

"Kami juga telah mengambil sampel air kumbahan daripada beberapa buah kilang bagi memastikan sama ada mereka terlibat atau tidak dalam kegiatan membuang sisa kilang ke loji tersebut," tegasnya.

Beliau menjelaskan, pembuangan sisa kilang telah menyebabkan kadar kepekatan air di loji rawatan kumbahan itu meningkat antara 100 peratus hingga 200 peratus daripada kadar sepatutnya.

"Sebagai contoh, kadar Biological Oxygen Demand (BOD) di loji tersebut adalah 250, tetapi BOD itu telah meningkat sehingga 815 sejak beberapa bulan lalu," katanya.

BOD merupakan ukuran untuk menentukan kandungan bahan organik di dalam air. Semakin tinggi kandungan bahan organik dalam sampel air, semakin tinggi nilai BOD itu.

Abdull Sukor dalam pada itu turut menegur sikap segelintir pengusaha kilang yang mengambil jalan mudah melupuskan sisa buangan mereka dengan membuangnya ke dalam sistem paip kumbahan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm