CUTI JUMAAT

CUTI JUMAAT

2/28/11

Pegawai Kanan Polis terlibat sindiket wang palsu?


Berita menggemparkan dari laman web Freemalaysiatoday 26 Feb 2011. Seorang pegawai kanan polis bahagian Cawangan Khas telah ditahan berkaitan sindiket wang palsu US Dollar dan British Pound. Pegawai kanan polis tersebut dipercayai perancang utama sindiket tersebut. Benarkah berita ini? Aduh Hishamuddin, Saman Ekor tak selesai lagi, datang pula kes ini. Oh Malaysia ku ! Kalau benar, memalukan Satu Dunia, 1Malaysia, 1Ummah, 1Dunia.

Fake notes: Senior policeman nabbed
February 26, 2011

KUALA LUMPUR: Police late last night arrested a senior special branch officer with the rank of superintendent and six others in connection with a syndicate specialising in forged US dollars and British pound sterling.

The officer is believed to be the “mastermind” of the syndicate.

The officer, in his early 50s attached to the police headquarters at Bukit Aman, and other suspects were detained after a raid at a luxury condominium unit at Jalan Genting-Klang.

FMT learnt that a police task force was tracking the officer’s movements for more than a month after being alerted by an intelligence report on the presence of fake currencies, especially US dollars, in the market and that several businessmen had fallen victim to the syndicate.

During the raid, police also recovered more than 10 boxes of forged currencies and the probe is now to verify if the notes were printed locally or smuggled into the country.

The authorities have also seized substantial amount of genuine currencies of various denominations.

“You need state-of-the-art technology to make these kind of quality print, where you need special detectors in establishing whether the notes were genuine or otherwise,” a police officer who was involved in the operation told FMT.

Besides the officer, it is learnt that an Indian national and three Indonesians were remanded for three days today to facilitate further police probe on the syndicate.

The syndicate is believed to have been active for more than a year and had reaped several millions of ringgit from their illegal activities.

“We are probing the officer’s accounts and other syndicate members, as well as to verify what kind of technology they had relied to print the forged notes,” added the officer.

Senior police officers were tight-lipped over the arrest but said the case was under investigation.

Sumber :
http://www.freemalaysiatoday.com/2011/02/26/fake-notes-senior-policeman-nabbed/

Siapa Yang Menjanjikan Hospital Kepada Orang Rembau ?


7 MAC 2008 - Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan meletakkan Batu Asas untuk pembinaan Hospital Rembau yang berharga RM 100 Juta

11 JAN 2011 – Setelah hampir 3 tahun, Chegubard, Ketua Cabang PKR Rembau melawat Batu Asas Hospital Rembau dimana projek RM 100 Juta Hospital Rembau masih belum berjalan

Kenapa ? Tak Percaya ?

Berita berkaitan :

http://solidaritianakmuda.blogspot.com/2011/01/penganiayaan-rakyat-rembau-oleh.html

http://pasns.blogspot.com/2010/03/dap-dan-hospital-baru-tampin-rembau.html

http://amkns.blogspot.com/2011/01/chegubard-lancar-dana-pembinaan.html

2/26/11

Pemuda PAS lepak di Dataran Senawang dengan Muda Mudi

Syok juga kalau program sebegini dibuat selalu. Boleh tahan juga mereka berposing dengan pelbagai aksi. Jejaka mengancam, berjaket biru tu jangan kacau, sudah ada awek booking ye. Foto ngam dan berita penuh di http://pasns.blogspot.com/2011/02/pemuda-pas-lepak-di-dataran-senawang.html

Insuran kenderaan naik, hadiah pengundi Merlimau dan Kerdau


Hadiah istimewa untuk rakyat Malaysia khususnya untuk pengundi di DUN Merlimau dan DUN Kerdau. Premium insuran kenderaan akan dinaikkan. 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan ! Ini merupakan satu Berita baik untuk golongan muda, Mat Rempit, Mat Despatch, pelatih PLKN, pelajar IPTA dan IPTS juga Siswazah menganggur dari Berita Harian.

Berita Harian
Sabtu , 26 Februari 2011

Bank Negara naik premium insurans kenderaan

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia akan menaikkan premium insurans kenderaan secara berperingkat dalam tempoh empat tahun mulai tahun depan pada kadar minimum yang tidak membebankan pengguna khususnya golongan berpendapatan rendah.

Penolong Gabenornya, Abu Hassan Alshari, berkata ia antara langkah yang akan dilaksanakan menerusi cadangan Rangka Kerja Baru Perlindungan Pemotoran dengan matlamat memudahkan pengguna kenderaan mendapatkan perlindungan serta meningkatkan kecekapan proses tuntutan insurans.

“Kadar kenaikan premium itu masih belum dimuktamadkan, bagaimanapun ia tidak akan membebankan pengguna selepas mengambil kira maklum balas dan input pelbagai pemegang kepentingan,” katanya pada taklimat media mengenai perkembangan terkini cadangan Rangka Kerja Baru Perlindungan Pemotoran di sini, semalam.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BankNegaranaikpremiuminsuranskenderaan/Article

Jenayah culik terhebat di Malaysia dan Saman Ekor


Ketika rakyat Malaysia sedang sibuk beratur panjang berjam-jam untuk membayar saman ekor sebelum 28 Feb 2011, satu jenayah penculikan yang terbesar telah berlaku di Johor yang melibatkan warga Singapura dengan bayaran wang tebusan sebanyak RM 20.7 Juta. Sudah pasti rakyat Singapura serta pelancong asing semakin takut untuk datang ke Malaysia dengan jenayah yang semakin menjadi-jadi sekarang ini. Rakyat Malaysia pula terpaksa membayar saman ekor tetapi kadar kemalangan jalanraya tidak pula berkurangan saban tahun.

Saturday February 26, 2011
Trader pays RM20.7mil ransom to kidnappers
By NELSON BENJAMIN
nelson@thestar.com.my


JOHOR BARU: A businessman from Singapore was forced to pay a staggering S$9mil (RM20.7mil) to secure the release of his family in what has been described as the country’s largest ransom payment in recent years.

The nightmare began when the businessman’s wife, their maid and daughter were driving home. They were forced off the road by another vehicl e in Permas Jaya recently. Subsequently, the kidnappers took over the wheel and drove off with the three of them to an undisclosed location.

Bukit Aman sources said that the kidnappers sent an MMS of the three victims being held at gunpoint to the businessman before demanding a ransom of S$50mil (RM115mil).

The kidnappers warned the million aire, who has businesses in real-estate and gaming, not to alert the police and to pay up if he wanted his family back.

It is learnt that after negotiations, the kidnappers agreed to a ranso m of S$9mil and demanded that the money be prepared in large denominations of Singapore dollars.

Apparently, the businessman was then instructed to drive to a plantation in Kulaijaya to drop off the money.

Sources said that the victims were only released at least two days after the ransom was paid. It is learnt that they were blindfolded and gagged during the ordeal which lasted several days.

The three victims, who were all unharmed, were eventually dropped off around Danga Bay. Police have launched a manhunt for the kidnappers who are believed to be professionals.

The authorities are also checking whether the group could have been involved in other kidnappings in the country.

Interpol has been roped in to help with the investigations as police believe that the suspects could have fled the country. Bukit Aman has formed a special taskforce to investigate the case.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/2/26/nation/20110226072610&sec=nation

2/25/11

Tawaran Istimewa untuk Anak Rembau di Perantauan

Tawaran istimewa khusus untuk Anak Rembau di Perantauan juga kepada sesiapa yang ingin menyumbang untuk Dana Pilihanraya PAS Kawasan Rembau.

Sila muat turun borang sumbangan pada pautan berikut http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2011/02/tawaran-istimewa-untuk-anak-rembau-di.html

ADUN Johol, N.Sembilan sakit, mari doakan beliau sembuh


ADUN Johol sakit sehinggakan EXCO N.Sembilan ganti tugas beliau di DUN Johol ketika ini. Marilah kita doakan agar ADUN Johol cepat sembuh. Dah letih dah , satu demi satu pilihanraya kecil ni. Habis duit rakyat kat satu-satu kawasan ni bila ada pilihanraya kecil ni. Sudah-sudahlah tu menjanjikan macam-macam projek bila ada pilihanraya kecil.


Dilantik membantu wakil rakyat
Sinar Harian 25 Feb 2011

JOHOL – Walaupun pemimpin kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johol kurang sihat, inisiatif pihak Kerajaan Negeri untuk terus membela rakyat tetap diteruskan dengan melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti yang juga Exco Kerajaan Negeri, Datuk Abd Samad Ibrahim bagi membantu wakil rakyat di situ.

Setelah memegang jawatan selama tiga minggu, beliau turun padang bertemu dengan masyarakat di samping meninjau masalah di kawasan itu.

Difahamkan, beliau akan berjumpa penduduk kawasan Johol, pada setiap Jumaat di Pusat Khidmat DUN Johol.

Abd Samad berkata, pemilihan beliau membantu wakil rakyat Johol buat sementara waktu atas arahan daripada Menteri Besar (MB), Datuk Seri Mohamad Hasan.

Menurutnya, beliau menerima amanah itu dengan rasa tanggungjawab bagi membantu ADUN Johol, Datuk Roslan Md Yusof yang kurang sihat.

“Apabila beliau sudah pulih, jawatan ini akan digalas semula beliau.

“Ringan sama dipikul, berat sama dijinjing. Itulah yang perlu kita lakukan sebagai rakan seperjuangan dalam kepimpinan Barisan Nasional (BN), jika seseorang wakil rakyat ditimpa musibah, kita cuba sedaya upaya membantu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada majlis penyampaian bantuan elaun bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Balairaya Padang Jual, Johol.

Pada majlis itu, seramai 457 orang penerima elaun berkenaan melibatkan sembilan tempat.

Abd Samad berkata, melalui dasar sistem jaringan keselamatan sosial, rakyat di Negeri Sembilan akan terbela kerana sistem itu berhubung kait dengan agensi yang terlibat.

“Kita akan mengutamakan mereka yang amat memerlukan kerana ini adalah tanggungjawab untuk membantu masyarakat.

“Seiring dengan jaringan sosial yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan untuk mengatasi masalah kemiskinan rakyat terutama di luar bandar, saya akan berusaha mencari golongan miskin untuk dibantu,” katanya.

Katanya, sistem itu bertujuan mengagihkan pendapatan dan sumber kepada golongan memerlukan bagi membantu mengatasi kemiskinan dalam jangka masa pendek.

“Sistem ini akan terus diperluaskan untuk kebaikan rakyat, namun mereka juga perlu bekerjasama untuk meningkatkan taraf ekonomi keluarga masing-masing.

“Dengan bantuan JKM dan pihak berkaitan, Insya-Allah, golongan miskin di sini akan terbela termasuk masyarakat daripada bangsa lain. Pihak kerajaan tidak menyisihkan mereka malah, kita turut sama membantu,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8801335.asp

Calon BN DUN Kerdau takut dengan Rembau?


Dikhabarkan apabila disebut sahaja nama Syed Ibrahim bin Syed Ahmad sebagai calon BN untuk Pilihanraya Kecil DUN Kerdau di Pahang, ada orang Rembau yang cukup marah. Dan salah seorang orang Rembau tersebut adalah merupakan seorang yang amat berpengaruh bukan sahaja di Rembau malahan hampir seluruh Malaysia sampai ke Timur Tengah. Ada baiknya Muhyiddin atau Adnan Yaakob tanya sendiri kepada Syed Ibrahim ni kenapa orang Rembau itu marah sangat dengan beliau.

Dengar cerita juga disebabkan sesuatu perkara beberapa tahun sudah maka Syed Ibrahim ini tidak berani lagi datang Rembau, betul atau tidak tak tahulah.

Apakah Syed Ibrahim akan menjadi liabiliti bukan sahaja kepada Umno Pahang malahan lebih penting lagi Umno Rembau dan Negeri Sembilan, kita tengoklah nanti.

Mungkin ianya ada kaitan dengan program di bawah ini.

***************
Tajuk : Seminar Perpaduan Ummah dan Kemurnian Aqidah
Anjuran : Kerajaan Negeri Pahang
Tarikh : 25 - 28 Ogos 2006
Tempat : Dewan Jubli Perak , Bandar Kuantan, Pahang
Penyertaan : Terbuka kepada semua ( 800 orang yang pertama , tempat adalah TERHAD, siapa dahulu dia dapat ).

Bayaran Penyertaan : PERCUMA
Majlis Perasmian : YAB Perdana Menteri Malaysia
Majlis Penutup : YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Dari Meja Sekteriat :
Syed Ibrahim bin Syed Ahmad
Tel : 019 912 ****

2/24/11

Sembang Petang Muslimat Rembau 12 Mac 2011

MAJLIS MINUM PETANG
Hi Tea & Ramah Mesra bersama Cikgu Mala bekas calon PRK Tenang
Tarikh : 12 Mac 2011 (SABTU)
Masa : 3 ptg
Tempat : Pasti Al-Hikmah, Taman Tunku Jaafar, Senawang

Agenda:
- Citra pengerusi
- Dialog bersama Cikgu Mala & Ketua DMPNS
- Pelancaran dana PRU 13 bagi Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau
- Jualan Amal Muslimat Rembau

Terbuka untuk semua golongan wanita

Sumber : http://nurmutiara.blogspot.com/2011/02/hi-tea-dialog-ramah-mesra-bersama-bekas.html

Seminggu dah 3 pelatih PLKN meninggal dunia


Dalam tempoh 1 minggu pada bulan Februari 2011 dilaporkan 3 orang pelatih PLKN telah meninggal dunia dan seoang lagi koma. Ini sesuatu yang amat-amat menggusarkan dan merisaukan semua pihak terutama ibu bapa serta penjaga yang ada anak-anak mereka di kem PLKN ketika ini dan yang akan menyertai PLKN pada masa akan datang.

Kisah Dua pelatih PLKN meninggal dunia, seorang koma sebelum ini di http://amkns.blogspot.com/2011/02/dua-pelatih-plkn-meninggal-dunia.html


Pelatih PLKN meninggal ketika solat
Utusan Malaysia 24 Feb 2011


Jenazah Syed Rahman Wan Ahmad selepas disembahyangkan di Masjid Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Abdul Hadi Awang Kechil (belakang dua dari kiri).
---------------

KUALA LUMPUR 23 Feb. - Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) meninggal dunia ketika mengerjakan solat di kem PLKN di Rimba Templer dekat sini, semalam.

Syed Rahman Wan Ahmad, 18, berasal dari Kota Kinabalu, Sabah, meninggal dunia kira-kira pukul 1.45 petang.

Allahyarham sebelum ini dikatakan tidak menghidap sebarang penyakit dan berada dalam keadaan sihat.

Bapanya, Wan Ahmad Wan Yassin, 50, ketika ditemui di Kem Sungai Besi di sini berkata, dia sekeluarga terkejut sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kematian anaknya.

Katanya, arwah tidak menunjukkan tanda-tanda aneh selain melahirkan rasa seronok dan selesa berada di kem berkenaan.

"Kali terakhir arwah menghubungi kami sekeluarga pada Ahad lalu dan menyatakan dia berada dalam keadaan baik serta seronok tinggal di kem terbabit.

"Saya tidak sangka dia akan meninggalkan kami dengan begitu cepat," katanya yang akan membawa pulang jenazah anaknya ke Sabah, hari ini.

Wan Ahmad turut berpuas hati dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dan berterima kasih terhadap pihak pengurusan yang sanggup menanggung perjalanan pergi dan balik keluarganya.

Selain itu, rakan Allahyarham, Aminuddin Basir, 17, ketika ditemui berkata, arwah merupakan seorang yang sangat ramah dan baik hati.

"Walaupun baru beberapa minggu menyertai latihan di PLKN, arwah sudah dikenali ramai kerana keramahannya dengan semua pelatih di kem," katanya ketika ditemui di Masjid Kem Sungai Besi di sini.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berharap tiada sesiapa yang akan menimbulkan spekulasi.

Beliau berkata, berdasarkan rekod kesihatan dan perubatan arwah, dia berada dalam keadaan sihat serta tidak mempunyai sebarang penyakit.

"Setiap peserta PLKN dilindungi insurans yang bernilai RM55,000, bagi melibatkan kematian biasa," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan punca kematian dipercayai akibat sawan.

"Kita mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut dan tiada unsur-unsur jenayah dilaporkan berlaku," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0224&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm

2/23/11

Khairy Jamaludin berhubung rapat dengan Dato Kamarul PKR?

Rupa-rupanya Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Rembau belum masuk suku lagi. Juga YB Khairy ini masih berhubung rapat dengan Dato Kamarul Ahli Parlimen PKR Telok Kemang. Lagi kisah-kisah menarik antara KJ dan Dato Kamarul di http://waris-gadong.blogspot.com/2010/12/bila-lagi-kj-nak-masuk-suku.html

Tak kenal , maka tak cinta.

Pengundi Merlimau dan Kerdau contohi orang Paroi


Wakil Rakyat DUN Paroi di Negeri Sembilan adalah dari PAS. BN setakat ini membentuk kerajaan di N.Sembilan. Tetapi banyak projek dan program diadakan di Paroi. Itulah untungnya rakyat di kawasan yang wakil rakyatnya dari PAS. Orang Merlimau dan orang Kerdau tak iri hati ke tengok banyak projek di Paroi selepas pilihanraya bukan hanya semasa kempen pilihanraya?

Kompleks anak yatim baru di Paroi
Sinar Harian 23 Feb 2011

SEREMBAN – Seramai 300 anak yatim akan menikmati kemudahan belajar dan meneruskan kehidupan dengan adanya Kompleks Anak Yatim di Paroi tidak lama lagi.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau telah meluluskan pelan pembangunan kompleks berkenaan yang akan didirikan di Paroi, dilengkapi warden, guru dan pelbagai lagi kemudahan untuk anak yatim.

“Ia boleh menempatkan seramai 150 anak yatim lelaki dan 150 anak yatim perempuan.

“Ada warden, ada guru dan pelbagai lagi supaya anak ini dijaga. Pastikan supaya mereka belajar kerana pelajaran penting dan kita mesti buat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat Persatuan India Muslim Seremban di Taman Seri Rahang, dekat sini, kelmarin.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Infrastruktur, Air, Tenaga dan Telekomunikasi, Datuk Ismail Lasim; Presiden Persatuan India Muslim Seremban, Kassim Abdul Hamid dan Presiden Kimma, Ibrahim Musa.

Pada majlis itu, Mohamad turut melahirkan rasa bangganya apabila hasrat masyarakat India Muslim memiliki sebuah bangunan serba guna menjadi kenyataan dengan adanya bangunan Persatuan India Muslim di Taman Sri Rahang.

“Walaupun belum siap tetapi dapat digunakan untuk solat. Tahniah kerana impian berkenaan dapat diterjemahkan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad turut memberi sumbangan daripada kerajaan negeri berjumlah RM50,000 kepada Persatuan India Muslim Seremban.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8795092.asp

Kempen Bantah Saman Ekor 6 Mac 2011 Seremban


CERAMAH UMUM
Sempena Pelancaran Kempen Bantah Swasta Saman Ekor Peringkat N.Sembilan
Tarikh : 6 Mac 2011 , AHAD
Masa : 9 mlm
Tempat : Lot 13015, Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam)
Penceramah :
YB Dato’ Mahfuz Omar
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Zulkefly Mohamad Hj Omar

Semua Dijemput Hadir

Dapatkan Risalah Bantah Swasta Saman Ekor di http://mohdtaufek.blogspot.com/2011/01/kempen-anti-saman-ekor-kase.html

Ceramah Dr Badrul Amin 27 Feb 2011 Seremban

CERAMAH PERDANA
Ahad 27 Feb 2011
9 malam
Bersama :
Zulkefly Mohamad Hj Omar
Dr Badrul Amin Bahron
Ustaz Kamal Ashaari
Tempat : Lot 13015, Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam)
Semua dijemput hadir

2/22/11

Najib hanya pandai janji kosong kepada Veteran Tentera?


Apakah Najib sekadar pandai berjanji kosong tetapi tidak pandai untuk menunaikannya? Janji bukan kepada orang kampung, orang Felda, tetapi kepada veteran tentera Malaysia yang telah banyak berkorban jiwa dan raga, yang telah banyak berjasa juga melalui undi pos. Inikah balasan yang mereka terima, harapan demi harapan dari janji-janji kosong? Apakah Malaysia boleh jadi macam Mesir di mana tentera bersama rakyat?

Artikel sebelum ini : Najib mungkir janji Veteran Tentera, ada pihak Sabotaj PM? Di http://amkns.blogspot.com/2011/02/najib-mungkir-janji-veteran-tentera-ada.html

EX-GRATIA TENTERA CACAT BERTEMPUR BELUM DIBAYAR
Utusan Malaysia 22 Feb 2011

SAYA mengimbas janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena perhimpunan Raksaksa Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) di Stadium Putra Bukit Jalil pada tanggal 10 Oktober 2010.

Perdana Menteri telah membuat pengumuman meluluskan bayaran ex-gratia kepada anggota yang cacat anggota badan kerana terlibat dalam pertempuran sebelum 1994 akan segera diselesaikan dalam masa terdekat.

Terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana amat prihatin dengan penderitaan yang kami alami.

Setelah anggota tercedera dalam pertempuran sebelum 1994 tidak diberikan layanan yang sama seperti anggota yang cedera selepas 1994 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kami merasakan JPA telah membuat satu kesilapan besar.

Umum mengetahui kecederaan yang dialami dan penderitaan yang kami tanggung adalah berbeza sama sekali. Kumpulan kami yang mendapat kecederaan sebelum 1994 adalah disebabkan angkara pengganas komunis, sedangkan anggota yang cedera selepas 1994 kebanyakan disebabkan oleh kemalangan jalan raya.

Mereka ini telah pun menerima dan menikmati pembayaran yang telah diluluskan oleh kerajaan. Kami masih lagi setia menanti apa yang telah dijanjikan.

Apabila pengumuman kelulusan telah diberikan oleh Perdana Menteri sudah semestinya pihak yang bertanggungjawab menyediakan peruntukan kewangan ialah Kementerian Kewangan.

Para pegawai Kementerian Kewangan harus segera menyediakan peruntukan kewangan yang mencukupi seperti mana yang diminta oleh Kementerian Pertahanan agar dapat disalurkan dan diurus tadbir oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia untuk dibuat pembayaran kepada mereka yang berhak menerimanya.

Semestinya dengan janji Perdana Menteri akan segera menyelesaikan pembayaran ex-gratia dalam masa terdekat, diam tak diam sudah hampir lima bulan berlalu hingga ke hari ini, hasilnya belum kelihatan lagi.

Dari sumber yang kami peroleh, pihak Kementerian Pertahanan sudah menghantar permohonan ke Kementerian Kewangan untuk memohon peruntukan kewangan bagi pembayaran ex-gratia sejak bulan November 2010.

Untuk pengetahuan, kebanyakan kami sudah meniti usia emas, tidak kurang juga semakin uzur kesihatannya.

Sekali lagi kami menyeru dan mengharapkan kepada para pegawai dan kakitangan awam di Kementerian Kewangan yang telah diberi amanah dan kepercayaan untuk mengurus tadbir urusan kewangan negara, segerakanlah permohonan yang dimaksudkan agar dapat dinikmati dan digunakan sebagai keperluan harian. Tahukan anda penantian itu satu penyiksaan, lebih lagi bagi kami yang cacat anggota badan.

PEGAWAI WARAN DUA
Veteran OKU sebelum 1994
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm


MANA KADAR BARU KHAIRAT KEMATIAN
Utusan Malaysia 5 Feb 2011

SAYA ingin merujuk pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa berucap sempena perhimpunan raksasa Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) di Stadium Bukit Jalil pada 10 Oktober 2010.
VETERAN HILANG UPAYA
Ipoh, Perak
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_07.htm

BEKAS TENTERA JUMPA NAJIB BELUM DAPAT ELAUN
Utusan Malaysia 25 Okt 2010
SAYA adalah antara ribuan bekas tentera yang telah hadir ke perhimpunan raksasa yang diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 10 Oktober lalu. Untuk mengelakkan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas saya serta beberapa rakan telah menaiki LRT dari Stesen Sentul.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1025&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_05.htm

PM UMUM INSENTIF BARU UNTUK BEKAS TENTERA
BUKIT JALIL 10 Okt - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan sumbangan khairat kematian kepada bekas tentera melalui Yayasan Veteran dinaikkan daripada RM500 kepada RM3,000.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1010&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_23.htm&arc=hive

BEKAS TENTERA BAKAL TERIMA DUA INSENTIF
KUALA LUMPUR 10 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan dua insentif yang akan menggembirakan kira-kira 300,000 bekas anggota tentera yang selama ini sanggup mengorbankan nyawa demi memastikan keamanan negara.
Dua perkara itu ialah sumbangan khairat kematian sebanyak RM3,000 daripada RM500 sebelum ini yang akan berkuat kuasa serta-merta.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1011&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm&arc=hive

2/21/11

Patutlah Melaka Maju, rakyatnya Rajin, tak macam negeri lain


Patutlah negeri Melaka telah mencapai taraf negeri Maju pada tahun 2010. Apa ke tidaknya orang Melaka ni rajin-rajin belaka. Tak banyak komplen, kerja saja. Kerajaan tak buat kerja pun tak apa, mereka boleh buat sendiri. Eloknya orang negeri lain contohi rakyat di negeri Melaka ni. Hiduplah Umno di Melaka , Dulu , Kini dan Selamanya. PAS Jangan mimpi untuk menang di Merlimau.

Tampal sendiri jalan berlubang
Sinar Harian 21 Feb 2011

BATU BERENDAM - Kecewa dengan aduan jalan berlubang tidak diambil tindakan, sekumpulan pekerja kilang mengambil inisiatif menampal sendiri lubang di Jalan PBB 1, Kawasan Perindustrian Batu Berendam, dekat sini.

Mereka bertindak demikian kerana tidak tahan lagi dengan masalah kenderaan rosak akibat melalui jalan berlubang berkenaan.

Berikutan itu, mereka bertindak melakukan kerja menampal jalan secara bergotong-royong.

Difahamkan, lubang di jalan terbabit mempunyai kedalam kira-kira 15 sentimeter, manakala ukuran lilitnya melebihi satu meter.

Seorang pekerja terlibat, Ramli Rahim, 48, berkata, seramai enam kakitangan dari kumpulan fasiliti, DLO Green Tech terlibat melakukan kerja berkenaan.

Menurutnya, mereka mengambil masa hampir dua jam untuk menyelesaikan kerja berkenaan dengan menggunakan simen.

“Kita terpaksa lakukan sendiri selepas masalah ini langsung tidak diambil peduli oleh mereka bertanggungjawab.

“Kami semua tidak tahan kerana asyik mendengar rungutan daripada rakan-rakan termasuk daripada perkeja kilang lain yang pernah menjadi mangsa,” katanya ketika ditemui Sinar Harian semasa melakukan kerja berkenaan.

Menurutnya, sebelum ini, ramai merungut kerana terpaksa mengeluarkan belanja ratusan ringgit untuk membaiki kenderaan yang rosak akibat melanggar lubang berkenaan.

Malah, katanya, dia sendiri pernah menjadi mangsa apabila rim keretanya bengkok.

“Paling ditakuti apabila hari hujan dan lubang berkenaan akan dipenuhi air. Sudah pasti pengguna kenderaan tidak sedar wujudnya lubang berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, tinjauan Sinar Harian di sekitar kawasan terbabit juga mendapati masih terdapat beberapa lubang yang dikhuatiri boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya dan perlu diperbaiki segera.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8780604.asp

2/20/11

Tak nak undi BN kerana Bil Astro naik?

Nampaknya rakyat Malaysia tidak tahu mana yang perlu diberi keutamaan, harga barang naik atau bil Astro naik. Harga petrol naik atau bil Astro naik. Sukar mendapat biasiswa utk ke IPT, sukar dapat pekerjaan, jenayah yang semakin ganas, perumahan terbengkalai atau bil Astro lebih penting. Kalau yuran Astro naik tak perlulah langgan. Tapi kalau harga barang naik, yuran sekolah naik, yuran IPT naik, jenayah makin ganas, perumahan terbengkalai tak selesai, bas awam di pinggir bandar sukar, selalu kena saman ekor orang lain guna plet palsu, apa pilihan yang rakyat ada.

Kalau tak nak undi BN, tumpukan kepada masalah yang lebih besar, lebih penting, lebih utama.

Macam isu Interlok, sekolah banyak yang daif, banyak yang tak siap-siap, banyak yang terbengkalai, ada yang guna kabin untuk bilik darjah apa cerita ? Nampaknya isu Interlok berjaya mengalihkan perhatian semua kaum akan masalah sebenar anak-anak mereka di sekolah.

Sinar Harian 18 Feb 2011

MUNGKIN ramai yang tidak menyedari bayaran bil sebuah stesen televisyen berbayar. Rupa-rupanya mulai 2011 setiap bayaran bil akan dikenakan cukai RM3. Bertambahlah beban rakyat dengan harga barang keperluan yang semakin melambung. Pendek kata, di segenap penjuru kena berbelanja lebih. Disebabkan ia keperluan, terpaksalah bayar. Sama-sama kita saksikan pada pilihan raya umum ke-13 nanti. Insya-Allah. - ABANG OM

2/18/11

Saiful Bukhari Azlan diliwat 2 lelaki?

Akhar Online NST 18 Feb 2011 melaporkan contoh air mani yang diambil daripada …. Saiful menunjukkan ianya datang dari 2 orang lelaki. Aha, adakah Saiful telah diliwat oleh lebih dari seorang lelaki? 2 lelaki? Kalau ya, siapa lelaki yang ke 2 itu?

***********************

'SAIFUL HAD SEMEN OF 2 PEOPLE'
2011/02/17

KUALA LUMPUR: Semen of an unknown male was found in the rectum of Mohd Saiful Bukhari Azlan following DNA (deoxyribonucleic acid) profiling of three swabs.

Chemist Dr Seah Lay Hong told the High Court yesterday that the SEMEN OF TWO OTHER CONTRIBUTORS WERE ALSO FOUND IN A SWAB TAKEN FROM SAIFUL'S ANUS.

Seah said that seminal stains of the unknown male identified as "Male Y" and Saiful's were also found on Saiful's grey underwear.

However, it was not revealed who "Male Y" and the other contributor were.

Another swab collected in the lower rectal area contained the DNA of Saiful and the unknown male.

Seah said DNA profiles of Saiful, "Male Y" and the other contributor were also detected in Saiful's anus.

Noorin: How could there be three contributors?

Seah: This area was exposed to contamination. My answer could be speculative.

http://www.nst.com.my/nst/articles/13rectum/Article

2/17/11

Dua pelatih PLKN meninggal dunia, seorang koma


Laman portal Freemalaysiatoday pada 16 Feb 2011 melaporkan seorang pelatih PLKN dari Melaka meninggal dunia akibat kelalaian dan sikap sambil lewa pihak hospital seorang. Sementara akhbar The Star 17 Feb 2011 melaporkan dua orang pelatih PLKN meninggal dunia dalam tempoh 4 hari, manakala seorang lagi masih koma. Perkara ini perlu pehatian serius semua pihak, terutama ibu bapa pelatih PLKN.


Pelatih PLKN meninggal dunia akibat kecuaian
February 16, 2011
Akibat kelalaian dan sikap sambil lewa pihak hospital seorang pelatih PLKN meninggal dunia.

KOTA KINABALU: Seorang pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Wawasan Ovai, Papar dekat sini meninggal dunia pagi kelmarin didakwa akibat kelalaian dan sikap sambil lewa pihak hospital yang merawatnya.

Mohd Zulhaili Noraihan, 18, berasal dari Melaka dan kini menetap bersama keluarganya di Cheras, Kuala Lumpur disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi kelmarin (Feb 15) di Hospital Queen Elizabeth (QEH) di sini selepas dikatakan menerima rawatan di Hospital Papar.

“Zuhaili mula demam sejak minggu lepas dan pergi meminta rawatan di pusat perubatan kem sebelum diberikan ubat demam.

“Bagaimanapun, demam dia (Zuhaili) bertambah teruk pada Jumaat minggu lepas dan telah pergi ke pusat perubatan untuk kali kedua lalu dibawa ke hospital untuk menerima rawatan oleh petugas pusat perubatan kem,” menurut sumber dari Kem Wawasan Ovai, Papar.

Menurutnya, ketika berada di hospital, Zuhaili hanya dirawat oleh pembantu perubatan malah ubat diberi selepas pembantu perubatan itu menerima arahan daripada doktor melalui telefon.

“Pembantu perubatan itu juga hanya berhubung dengan doktor melalui telefon untuk meminta arahan ubat jenis apa yang sesuai diberikan dan akhirnya Zuhaili diberi ubat tahan sakit.

“Pada masa itu, keadaan Zuhaili juga agak kritikal dengan keadaan mata dan kakinya yang bengkak,” katanya menambah Zuhaili bersama dengan jurulatih yang membawanya ke hospital balik semula ke kem selepas diberi ubat tersebut.

Mengadu sakit

Pada sebelah malam, Zuhaili sekali lagi mengadu dia sakit dan mendakwa telah salah diberikan ubat kerana keadaannya semakin teruk tetapi pusat perubatan kem tidak berbuat apa-apa termasuk menghantarnya semula ke hospital.

“Zuhaili hanya dibawa ke hospital Papar pada keesokkan harinya itu pun oleh jurulatih yang bertugas kerana pusat perubatan kem tidak beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad,” tegasnya.

Katanya lagi, setibanya di hospital Papar, Zuhaili telah dirawat di unit kecemasan dan ditahan di wad biasa selepas itu.

“Sepanjang tempoh dia ditahan juga, agak jarang doktor yang datang menjenguknya sedangkan keadaan fizikalnya berubah dan semakin teruk,” dakwanya lagi.

Zuhaili yang dikatakan semakin kritikal kemudiannya dipindahkan ke QEH di sini untuk rawatan lanjut di Unit Rawatan Rapi (ICU) pada Ahad lepas.

Ibu bapa Zuhaili yang dimaklumkan mengenai kejadian itu juga dikatakan tiba di ibu negeri pada hari yang sama untuk melihat anak mereka.

Bagaimanapun, Zuhaili disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital kira-kira jam 11 pagi kelmarin dan mayatnya juga telah diterbangkan menggunakan pesawat ke Kuala Lumpur untuk dikebumikan di kampung halamannya.

“Apa yang saya ingin persoalkan di sini ialah tindakan pihak hospital yang hanya memberi ubat tahan sakit ketika kali pertama dia (Zuhaili) meminta rawatan di hospital dan ubat tersebut juga diberi selepas menerima arahan melalui telefon daripada seorang doktor.

“Mungkin perkara sedih ini dapat dielakkan jika pihak tertentu termasuk pihak hospital tidak mengambil sikap sambil lewa,” ujarnya.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/02/16/pelatih-plkn-meninggal-dunia-akibat-kecuaian/

Thursday February 17, 2011
Two NS trainees die of illnesses, another still in coma

KUALA LUMPUR: Two National Service trainees died in the past four days of different causes and at separate hospitals.

Mohamad Zulhaili Noraihan, 17, died of meningoencephalitis (bacterial infection of the brain) at the Queen Elizabeth Hospital on Tuesday. The Kuala Lumpur boy had reported for training at the Wawasan Papar camp in Sabah on Jan 2.

A medical form prior to his entry to the camp had stated that he was being treated for nephrotic syndrome and that he suffered from gastric and kidney problems and had previously suffered from head injuries.

“He was treated initially at a clinic at the camp on Jan 24 for a pain in the ear and also on Feb 10 for fever and headache,” said NS Department director-general Datuk Abdul Hadi Awang Kechil last night.

He said the boy was then referred to Papar district hospital when his headache did not ease off, adding that he was subsequently sent to the Queen Elizabeth Hospital.

Apparently, he had developed fever after swimming with friends in a pond at the camp.

In another case, Fatini Aqilah Fadhil died of neutropenic sepsis (leukaemia) at the Raja Permaisuri Bainun Hospital in Ipoh last Sunday.

Fatini, 17, was based at the Chenderiang camp in Tapah starting Jan 2.

“She was given a Chinese New Year break like other trainees from Feb 2 to Feb 6,” Abdul Hadi said.

However, the girl was admitted to the intensive care unit at Taiping Hospital on Feb 7.

At the PDS Resort camp in Port Dickson, where NS trainee A. Tamilarasi fell into a coma due to high fever, spokesman Mej Mohd Rafee Zain said the authorities did not refer her to the hospital as her condition had not been serious.

“She was still able to attend all the programmes. Our medical staff examined her thoroughly to ensure she was able to undergo training,” he said, adding that the camp authorities were not negligent in not referring her to a government clinic or hospital.

“We always have medical officers who examine trainees showing signs of being ill. When she was here, her condition was not serious enough to warrant her being sent for treatment outside the camp,” he said.

Tamilarasi is fighting for her life at the Tuanku Ja’afar Hospital intensive care unit where she has been warded since Feb 8.

Mej Mohd Rafee said that when Tamilarasi did not return to the camp after the five-day break on Feb 7, the camp authorities called her father who said a private clinic had given her seven days’ medical leave. She slipped into a coma the next day.

Yesterday, Tamilarasi’s father K. Anandan, 39, said doctors had told him that the girl might require dialysis and minor surgeries.

“They (doctors) are almost certain that she must have contracted an illness during training,” he said.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/2/17/nation/8083220&sec=nation

Tiga minggu hidu bau najis

KOSMO 17 Feb 2011


ISMAIL (kanan) menunjukkan air kumbahan yang melimpah memasuki longkang di hadapan rumahnya di Alor Gajah, Melaka semalam.
--------------------------------------

ALOR GAJAH - Sudah lebih 10 aduan dibuat, namun masih tiada tindakan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) menyebabkan 15 keluarga di Taman Rumah Awam Paya Datuk di sini terpaksa terus 'menelan' bau najis sejak tiga minggu lalu.

Penduduk mendakwa masalah bau busuk itu berpunca daripada paip pembentungan najis di beberapa rumah di kawasan itu yang telah tersumbat menyebabkan air najis melimpah keluar melalui tandas.

Seorang penduduk, Ismail Bharom, 65, berkata, masalah tersebut telah beberapa kali diajukan kepada PBT namun tiada siapa yang datang melihat keadaan tempat tinggal mereka.

"Kami tiada tempat untuk mengadu sebab beberapa aduan yang telah dibuat seperti tidak dilayan.

"Kami sudah tidak tahan lebih-lebih lagi ketika hujan lebat kerana air najis ini akan melimpah keluar dan masuk ke dalam longkang rumah kami," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0217&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm

2/16/11

Talian 999 tak leh harap, sibuk jalur lebar, saman ekor


Lagi keluhan rakyat 1Malaysi yang amat terlalu kecewa dengan talian 999. Sepatutnya 999 membantu semasa kecemasan, hakikatnya macam dunia ketiga. Sibuk politik, sibuk Jalur Lebar, sibuk Saman Ekor sibuk 1Malaysia inilah jadinya.

Artikel sebelum ini Hishamuddin kenapa Panggilan 999 GAGAL, Jangan sibuk Politik je di
http://amkns.blogspot.com/2011/02/hishamuddin-kenapa-panggilan-999-gagal.html


Wednesday, February 16, 2011
KEMALANGAN NGERI DI TANJUNG KARANG
TETAPI SAKIT HATI DENGAN 999 DAN HOSPITAL TANJUNG KARANG!

Kisah seterusnya pada pautan berikut http://adimul.blogspot.com/2011/02/kami-prihatin.html

2/15/11

Sekolah Bahaya di Sabah, 1000 murid tiada pilihan, tunggu Pilihanraya Kecil?


Akhbar The Star 15 Feb 2011 melaporkan terdapat TIGA sekolah di Tawau, Sabah yang diisytiharkan TIDAK SELAMAT/BAHAYA sejak setahun yang lalu. Tapi 1000 pelajar ini tiada pilihan untuk meneruskan pengajian di bangunan sekolah yang tidak selamat ini. Agaknya nak tunggu Pilihanraya Kecil di Tawau, Sabah pula? Apa guna ada Naib Presiden Umno orang Sabah? Tak pe, Sabah kawasan Selamat Umno.

Tuesday February 15, 2011
Buildings unsafe, but 1,000 pupils still attending school


KOTA KINABALU: Three primary school buildings in the east coast of Tawau have been declared unsafe for about a year but at least 1,000 pupils are continuing to attend classes there.

Despite the Public Works Department’s declaration that the buildings are unsafe, the pupils still attend classes and hold activities at the schools – SK Bahagia, SK Kukusan and SK Jambatan Putih.
http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2011%2F2%2F15%2Fnation%2F8065231

Kisah Sekolah Daif di Sabah sebelum ini di :

MENTERI UMNO BN TAK KISAH PELAJAR SUSAH, SEKOLAH DAIF http://amkns.blogspot.com/2011/01/menteri-umno-bn-tak-kisah-pelajar-susah.html

SEKOLAH AMAT DAIF DI SABAH TAPI KAPALSELAM RM3.4 B http://amkns.blogspot.com/2011/01/sekolah-amat-daif-di-sabah-tapi.html

SEKOLAH KABIN, UMNO BN GAGAL, MUHYIDDIN PERLU LETAK JAWATAN http://amkns.blogspot.com/2011/01/sekolah-kabin-umno-bn-gagal-muhyiddin.html

2/14/11

IKHLAS


Jangan politik bantuan rakyat
Sinar Harian 14 Feb 2011

SENAWANG – Usaha pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berhasrat menghulurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan di negeri ini tidak sewajarnya dihalang.

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah berkata, sesiapa sahaja berhak untuk dibantu dan ia tidak sepatutnya dipolitikkan hingga membantutkan usaha mana-mana pihak yang bersedia menghulurkan bantuan.

Menurutnya, mereka perlu menyokong usaha NGO dengan membuka ruang menjalin hubungan kerjasama erat dengan bersedia memberi apa sahaja maklumat diperlukan.

“Jangan politikkan isu bantuan ini dan jangan halang NGO turun padang membantu rakyat seiring hasrat Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mahu membasmi kemiskinan di negeri ini melalui Dasar Jaringan Sosial.

“Kami menerusi badan NGO tidak melihat kaum atau fahaman politik untuk menghulurkan bantuan. Jika kita lihat mereka layak dan perlu dibantu, kita akan hulurkan bantuan tanpa ada agenda lain,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Ridzuan berkata, pihaknya kesal dengan sebuah pusat khidmat masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi yang dilihat sukar memberi kerjasama ketika badan urus setia Ikhlas cuba mendapatkan maklumat berhubung seorang individu di Taman Pinggiran Senawang yang didapati hidup dalam kesukaran.

Menurutnya, pelbagai alasan diberikan pegawai yang dipertanggungjawabkan, seolah-olah wujud agenda tersembunyi sedangkan menjadi peranan mereka membantu pergerakan NGO dalam usaha mendapatkan maklumat mengenai individu yang perlu dibantu.

“Kita ingin sama-sama berjuang dengan kerajaan membantu rakyat tetapi agak mengecewakan apabila timbul keadaan seperti ini yang saya percaya menjejaskan imej pusat khidmat berkenaan.

“Pada masa sama, semua pihak tidak sepatutnya mengharapkan pihak kerajaan semata-mata untuk membantu mereka yang memerlukan kerana setiap individu memainkan peranan untuk bersikap prihatin terhadap golongan kurang bernasib baik,” katanya.

Mohd Ridzuan berkata, sebagai NGO, pihaknya bukan sahaja berperanan memastikan kebajikan ahli dijaga, malah turut mempunyai fungsi membantu kerajaan membasmi kemiskinan rakyat.

“Kami ingin sama-sama membantu, jadi berilah ruang kepada kami menjalankan usaha menyalurkan bantuan ini dengan mudah.

“Apabila ada badan NGO, sekurang-kurangnya kami dapat membantu golongan yang terlepas pandang untuk diberi perhatian sewajarnya,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8753968.asp

Claims and counter claims over payments

Published on: Friday, April 13, 2007

Kota Kinabalu: A direct selling company and the Urusetia Bistari Malaysia (UBM) have lodged claims and counter claims against each other over membership fees, among other things.

While Anggun Products (M) Sdn Bhd lodged a report against UBM for allegedly cheating its members who had been recruited by the company, the latter lodged a report against the firm for allegedly making false statements to discredit it.

Anggun Products (M) Sdn Bhd Director, Mohd Ridzuan Abdullah, claimed despite having paid a fee, the members complained they had yet to receive their kad perintis (pioneer card) and paper on business proposal.

He said UBM had, on June 23, 2006, appointed Anggun Products to be the National Advisors Panel (Panel Penasihat Kebangsaan) for the Latihan Perantis Keusahawanan Bistari Malaysia 2006.

"Our responsibility after this appointment was to sell beauty products to members recommended by UBM at a price of RM274," he said, adding Anggun Products was also the industry mentor (Mentor Industri) for them to enroll in the Program Keusahawanan Bistari Malaysia 2006.

"From this RM274, we had to pay RM75 to UBM for each member. This RM75 was supposedly to cover the pioneer cards and papers on business proposal for the members to apply for a loan from the Government Fund.

Mohd Ridzuan said Anggun Products recruited 19,100 members until March 23, 2007 through UBM, adding after paying RM75 for each member, they have ended up paying a total RM1,432,500 to UBM as of the date aforementioned.

"We have informed that we received thousands of complaints from members yet to get their cards and papers on business proposal.

"They also expressed doubts on the sincerity of UBM in this programme in obtaining funds from the Government Fund," he said.

"To this day our company has yet to receive any kind of response from UBM despite many efforts and only recently the director refused to answer calls from members and our company," he alleged.

Mohd Ridzuan said he took the liberty of crosschecking with the Registrar of Societies (Pendaftar Pertubuhan Malaysia) at Putrajaya after a report was published in a local paper here on March 18, 2007, saying the NGO Komuniti Anggun Bistari Malaysia was appointed by the Prime Minister Department to manage the Program Usahawan Baru 2.

"I checked with the Registrar on April 9, to find out about the existence of UBM and Komuniti Bistari Malaysia.

"This check confirmed that UBM and Komuniti Bistari Malaysia were not registered," he said.

Mohd Ridzuan said on the same day, the company notified that it intended to terminate the collaboration with UBM and Komuniti Bistari Malaysia.

He said Anggun Products also found many of their documents such as member registration forms and receipts were missing from their office in the peninsula and here.

"We have lodged several police reports on our former employee at Seremban and Kota Kinabalu," he said.

Meanwhile, the Managing director of Komuniti Bistari Malaysia, Shaikh Hussin Shaikh Mahamud, lodged a report against a director of Anggun Products (M) Sdn Bhd at the Karamunsing police station at 4.30pm, Thursday.

Shaikh Hussin claimed the director said the SME Fund For All, which was meant to give out loans under the Small and Medium Industries, throughout the country during the Ninth Malaysian Plan (9MP), in fact does not exist and is a false agenda.

http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=49056


Matrade Reg. No. 28345
Name : ANGGUN PRODUCTS (M) SDN BHD
Business Address : 3, FIRST FLOOR, LORONG MATAHARI 1/1 TAMAN MATAHARI HEIGHT SENAWANG 70450 NEGERI SEMBILAN
Telephone : 06 – 6751276, 06 - 6751277
Facsimile : 06 - 6751278
Email : anggunproducts@yahoo.com
Website : www.anggun2u.com

Registration No.
(ROC/ROB) : 656682P
Incorporation Date : 21 Jun 2004
Type Of Business : TRADING COMPANY

Business Enquiry Contact : MR MOHD RIDZUAN ABDULLAH
Designation : MANAGING DIRECTOR
Business Enquiry Contact : MR AZMAN MAT JAZIK
Designation : BUSINESS DEVELOPMENT EXECUTIVE

Product(s) : SLIMMING DRINK, BOTANICAL DRINK, MONNEQUIN CAPSULE, FIRST MILK, BREAST SHAPER

http://mol.matrade.gov.my/application/meod.nsf/profile?OpenForm&id=14132

Ikhlas beri tempoh sebulan untuk selesaikan isu peniaga Taman Pelangi
12 Feb 2011

BUKIT MERTAJAM - Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) memberi tempoh sebulan kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk menyelesaikan isu gerai peniaga yang diroboh di Taman Pelangi.

Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, kerajaan negeri harus bertanggungjawab dengan apa yang berlaku dan perlu memberi pampasan serta kawasan baru untuk peniaga mencari rezeki.

"Jika mereka gagal menyelesaikannya selepas tempoh itu, Ikhlas akan guna khidmat peguam untuk meminta pampasan," katanya pada sidang akhbar di Taman Pelangi, di sini hari ini.

Beliau berkata, Ikhlas yang merupakan pertubuhan bukan kerajaan juga telah menubuhkan Jawatankuasa Penaja untuk 15 peniaga terlibat dan melantik seorang ketua bagi mengumpulkan maklumat mengenai peniaga berkenaan. - Bernama

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=563332
http://www.sinarharian.com.my/bterkini/9655.asp

Sanggupkah First Lady Malaysia pakai baju RM35?

First Lady Amerika Syarikat Michelle Obama muncul di TV1 , oops silap di NBC dengan berpakaian yang berharga USD35 je, membincangkan topik kebangkitan rakyat Mesir. Sanggupkah First Lady Malaysia muncul di TV1 dengan pakaian RM35 bincang isu kebangkitan rakyat Mesir, Tunisia dan Algeria?

First Lady wears $34.95 H&M dress on Today Show
Posted at 1:51 PM ET, 02/ 9/2011
By Katherine Boyle

First Lady Michelle Obama appeared on NBC's "Today" Show this morning to discuss topics ranging from Egypt's uprising to Sasha and Malia's non-existent Facebook accounts.

But the important question: Did she wear an American designer for the show?

The first lady donned a navy polka dot knee-length day dress with a ruffled collar by Swedish retail chain H&M. The dress is part of their current collection and retails for $34.95. She paired the dress with a thick red belt and yellow kitten heels. It appears she did not wear the red sash that accompanies the dress.

The first lady's office didn't comment on who designed her accessories, but confirmed that she was wearing a dress by the fast-fashion retailer H&M.

When asked by "Today" host Matt Lauer about her status as a style icon, she said, "I take it as a compliment. It's not something I focus on... Everybody's got to get dressed in the morning and put on something. I hope people find it nice, but it's not something I focus on."

Yesterday, the First Lady hosted a luncheon for 10 reporters to mark another the one-year anniversary of her "Let's Move" anti-childhood obesity campaign. She wore a dress by American designer Marc Jacobs.

Yesterday, she commented on her "Made in America" controversy to the Chicago Sun Times:

"This is my philosophy. I hope that women learn to wear what they love ... like to patronize American designers, and the vast majority of the clothes that I wear are. But there are a lot of other designers that have cute stuff, too."

http://voices.washingtonpost.com/arts-post/2011/02/first_lady_michelle_obama_appe.html

ALLAH makbulkan Doa orang Hindu yang dizalimi, awas pemimpin negara

Kematian wakil rakyat di Malaysia ini memberi mesej jelas kepada pemimpin negara. Doa rakyat yang dizalimi, kesusahan, derita akan diperkenankan Allah, walaupun yang berdoa tadi orang Hindu, orang Budha, orang Kristian. Oleh itu serulah kepada rakyat agar jangan doakan wakil rakyat mati.

Artikel sebelum ini , Tolonglah, janganlah doakan wakil rakyat kita mati di http://amkns.blogspot.com/2011/02/tolonglah-janganlah-doakan-wakil-rakyat.html

DOA ORANG MAZHLUM ADALAH MUSTAZAB

TUTONG, Sabtu, 25 April. - Dalam masyarakat, ada orang baik-baik dengan kebaikannya dan ada orang jahat dengan kejahatannya, kemudian ada pula orang baik yang kadang-kadang menjadi mangsa kepada orang jahat dan orang jahat yang binasa atau hina kerana kejahatannya.

Agama Islam menghendaki semua orang menjadi baik, agama Islam mau semuanya penganut-penganutnya adalah baik-baik belaka, dilarang sama sekali jadi orang jahat, kerana orang jahat biasanya bukan sahaja merugikan dirinya sendiri tetapi juga menjejaskan orang lain, sebab itu dilarang keras oleh Islam iaitu jangan sekali-kali membuat jahat, orang yang terjejas kerana kejahatan seseorang dipanggil dia Mazhlum, yang bererti orang yang teraniaya.

Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned menjelaskan perkara tersebut ketika menyampaikan kuliah 'Bagaimana Doa Mustazab Menimpa Sasarannya' semasa Kuliah Bersama Mufti di Masjid Kampong Sinaut.

Bagi orang yang ditimpa kezaliman atau yang dizalimi katanya, akan dibekalkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala dengan satu senjata luar biasa, bukan sebarang senjata, tetapi senjata luar biasa,iaitu doa.

Seseorang yang dizalimi atau dianiaya tambah Yang Berhormat, adalah berhak untuk menggunakan senjata luar biasa bernama 'Da’wah al-Mazhlum' iaitu doa orang yang teraniaya.

Peringatan Yang Berhormat mengenai senjata ini, apabila seseorang yang dizalimi menggunakan senjata ini pasti akan berhasil menepati sasarannya.

“Senjata itu amat berbahaya dan amat tajam serta jangan dipandang ringan kerana orang Mazhlum doanya mustajab dan tiada dinding doanya dengan Allah,” terangnya.

Orang yang teraniaya jelasnya, adalah orang yang disakiti atau dianiaya iaitu dengan bermacam-macam keadaan dan bahasa yang tepat bagi menjelaskan orang Mazhlum ialah orang dizalimi dengan berbagai-bagai cara seperti dikhianati, ditipu, dibohongi, difitnah, diracun, disihir dan sebagainya termasuk menganiaya keluarganya.

Yang Berhormat mengulangi dalam kuliahnya menyatakan, doa adalah senjata orang mukmin dan doa orang Mazhlum adalah mustajab dan amat tajam.

Mengenai perkara kezaliman dan doa orang Mazhlum tersebut, Yang Berhormat menjelaskan bahawa Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam iaitu Nabi pembawa rahmat telah mengingatkan dan memberi amaran kepada kita mengenai bahaya doa orang 'Mazhlum' dengan sabda Baginda yang bermaksud: “Takutlah kamu akan doa orang yang Mazhlum (yang teraniaya) sekalipun dia itu orang kafir, kerana doa orang Mazhlum itu mustajab, sesungguhnya tiada dinding di antara doanya dengan Allah.”

Sumber : http://www.pelitabrunei.gov.bn/news/pelita/26apr/berita13.htm

WASPADA DOA ORANG YANG TERANIAYA

Ketika Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam hendak mengutus salah seorang sahabatnya, Mu’adz bin Jabal Radhiyallahu 'Anhu ke Yaman, beliau menitipkan beberapa pesan, di antaranya adalah, “Beritahukanlah mereka bahwa Allah mewajibkan bagi mereka zakat yang diambil dari kalangan orang mampu dari mereka dan dibagikan kepada kalangan yang faqir dari mereka. Jika mereka menaati kamu dalam hal itu, maka janganlah kamu mengambil harta-harta pilihan mereka. Dan takutlah terhadap doa orang yang terzalimi, karena antara dia dan Allah tidak ada hijab (pembatas yang menghalangi)nya." (HR. Bukhari dan Muslim).

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam mengingatkan kita akan bahaya doa orang yang teraniya, agar kita tidak berlaku aniaya kepada orang lain, karena doa mereka tidak terhijab dan akan dikabulkan oleh Allah Subhaanahu Wata’ala. Sekalipun mereka adalah para pelaku dosa besar, yang dibesarkan dari makanan-makanan haram. Bahkan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dikatakan, walaupun orang yang teraniaya itu adalah seorang kafir.

Sumber : http://www.wahdah.or.id/wis/index.php?option=com_content&task=view&id=2414&Itemid=194

TUHAN TIDAK MELUPAI PERBUATAN SI ZALIM

Ya, ramai orang zalim telah melupai mangsa mereka. Bahkan sebahagian mereka tidak mengenali pun siapakah mangsa mereka. Ketika mereka bergolek dalam keseronokan, mangsa-mangsa mereka merintih penderitaan dan kesakitan. Lihatlah berapa ramai pemaju perumahan yang berarak ke sana sini sedangkan pembeli-pembeli rumah yang ditipu atau terbengkalai terus menderita dek penipuan tersebut. Mungkin mereka tidak kenal pun bagaimanakah rupa si pemaju dan si pemaju pun tidak kenal rupa mereka. Namun Allah tidak pernah lalai dan alpa atas apa yang dilakukan.

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1230&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

Koyak rabak muka Menteri Besar N.Sembilan? Kesian

Kesian sunggung tengok gambar muka Dato Seri Mohamad Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan yang banyak koyak rabak pada kain-kain rentang sekitar Seremban, tempat lain di N.Sembilan tak tahulah. Apa orang Umno di N.Sembilan ni tak sayang ke kepada pemimpin mereka sendiri, sanggup tengok muka Mad Hasan yang koyak rabak ini?

Majlis Perbandaran Seremban pula satu hal, kalau kain rentang wakil rakyat PKR dan PAS di Seremban ini bukan main cepat diturunkan seperti laporan berikut http://pasns.blogspot.com/2010/09/pbt-turun-kain-rentang.html

Tengoklah sendiri gambar muka Mad Hasan yang koyak rabak ini di persimpangan jalan Seremban-Kuala Pilah ke Lebuhraya Kajang-Seremban berhampiran Balai Polis Paroi yang diambil pada 14 Feb 2011.


2/13/11

Nak rakyat doakan Polis dan Penguatkuasa mati isu kafe siber berleluasa?


Kafe siber, bersepah-sepah sekarang. Ada yang dijadikan pusat judi. Yang rugi BANGSA MELAYU REMAJA SEKOLAH LAGI. YANG UNTUNG……. Adakah Pihak Polis dan Pihak Penguatkuasa Berkuasa Tempatan TAK NAMPAK? Jangan sampai rakyat, terutamanya jemaah surau dan masjid doakan sesuatu untuk mereka ini! BANGKITLAH UMAT ISLAM. DOA IALAH SENJATA KITA, TAK PERLU TUNJUK PERASAAN. RAMAI WAKIL RAKYAT YANG DAH MATI SEBAGAI BUKTI.

Kisah sebelum ini Senawang Pusat E Judi, MPS, Jabatan Agama tak kerja ke ? di http://amkns.blogspot.com/2010/11/senawang-pusat-e-judi-mps-jabatan-agama.html

IKAT PERUT KERANA KAFE SIBER
Sinar Harian 13 Feb 2011

SEREMBAN – Kewujudan kafe siber banyak memberi manfaat kepada masyarakat dalam menghambat perkembangan pesat era teknologi maklumat dan komunikasi kini agar tidak ketinggalan dek arus pembangunan.

Namun, ia mengundang gegala serius apabila ada dalam kalangan pelajar yang menghabiskan masa mereka di kafe siber sebaik sahaja pulang dari sekolah.

Malah, ada juga yang sanggup mengikat perut semata-mata mahu ke kafe siber menggunakan wang perbelanjaan sekolah yang diberi ibu bapa akibat ketagihan untuk melayari laman sesawang di Internet seperti permainan video, facebook, youtube dan tidak kurang juga melayari laman web lucah.

Tinjauan Sinar Harian di dua lokasi berbeza di daerah ini mendapati sebaik sahaja tepat jam 1.30 petang, kafe siber yang lokasinya berhampiran sekolah mula menjadi tumpuan pelajar khususnya lelaki yang akan menanggalkan pakaian sekolah mereka terlebih dahulu sebelum memasuki premis berkenaan.

Manakala pada waktu petang, kafe siber berhampiran kawasan perumahan menjadi tumpuan pelajar lingkungan usia 7 tahun hingga 13 tahun untuk bermain permainan video Internet antara dua hingga tiga jam.

Seorang aktivis sosial, Hamidon Abd Samad berkata, kunjungan pelajar ke kafe siber kini dilihat sudah menjadi budaya yang boleh mengundang kepada berlakunya masalah sosial membimbangkan kerana terpengaruh dengan maklumat yang diperoleh menerusi Internet.
Menurutnya, mereka sanggup menghabiskan masa berjam lamanya dengan melayari laman web yang diminati di kafe siber terutamanya ketika cuti sekolah dan selepas tamat musim peperiksaan.

“Kafe siber ini ada pro dan kontranya. Pelajar sekarang perlu tahu menggunakan teknologi maklumat yang tersedia hari ini.

“Apa yang menjadi masalah apabila mereka melayari laman web yang tidak berfaedah dan sanggup menghabiskan duit sebegitu sahaja,” katanya.

Menurutnya lagi, dia pernah bertanya kepada pelajar sekolah mengenai apa yang mereka lakukan di kafe siber dan tanpa segan silu mereka menjawab; laman lucah.

“Pada hari ini semakin ramai golongan mudah ketagih dengan kafe siber dan lebih parah lagi apabila mereka menjadikannya sebagai lokasi ketagihan melayari laman lucah yang dilihat bersama rakan,” katanya.

Selain itu katanya, peraturan berkaitan dengan pengawalannya, terutamanya ke atas lokasi operasi kafe siber dan penguatkuasaan mesti diperketat dalam memastikan gejala sosial dapat dielakkan.

“Kafe siber tidak seharusnya berada di lokasi yang berdekatan dengan sekolah kerana akan menjadi tempat ‘lepak’ para pelajar sebelum pulang ke rumah.

“Memanglah jika kafe siber tiada berhampiran sekolah mereka boleh pergi ke tempat lain. Tapi sekurangnya inilah usaha kita untuk mengekang kepada berlakunya masalah sosial yang kadang-kala dil uar jangkaan,” katanya.

Seorang pemilik kafe siber, Amer Hanafie mengakui sememangnya rata-rata yang mereka mengunjungi premisnya terdiri daripada golongan muda yang tinggal di kawasan berhampiran.

Menurutnya, kehadiran mereka kebiasaannya mahu bermain permainan video menerusi Internet dalam jangka waktu satu atau dua jam.

“Ada juga yang bermain permainan video ini sehingga empat jam tanpa henti dan ada juga yang sudah pulang tetapi datang kembali kerana masih tidak puas melayari permainan video Internet.

“Walau bagaimanapun, saya tidak membenarkan mereka yang berpakaian sekolah masuk ke sini kerana ia adalah arahan pihak berkuasa yang perlu dipatuhi,” katanya.

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut, Sinar Harian turut bertanya seorang pengunjung remaja yang dilihat leka bermain permainan video Internet.

Pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Daniel, 16, berkata, dia sanggup tidak makan tengah hari semata-mata mahu menjimatkan wang perbelanjaan sekolah untuk bermain permainan video Internet di kafe siber.

“Saya menghabiskan hampir RM5 sehari untuk melayari Internet selepas waktu persekolahan dan sudah menjadi rutin saya ke sini dengan kawan.

“Sekiranya pulang lewat pulang ke rumah, saya memberitahu ibu bapa adanya kelas tambahan dan aktiviti kokurikulum di sekolah,” katanya.

Warga emas, Abd Khalid Mohd, 62, berkata, ibu bapa sepatutnya bersikap lebih prihatin dengan memantau aktiviti anak mereka di kafe siber dan bukannya memberi sepenuh kepercayaan kepada mereka.

Menurutnya, dalam keadaan persekitaran hari ini yang semakin mencabar, pelbagai kemungkinan boleh berlaku yang kadang-kala di luar pemikiran.

“Banyak faktor yang menyebabkan berlakunya gegala sosial ini dan salah satunya dengan kewujudan Internet tambahan pula kini di mana-mana sahaja kita boleh melayari Internet sama ada di kafe siber, rumah mahupun melalui telefon bimbit.

“Oleh sebab itu ibu bapa berperanan penting untuk mengawal aktiviti anak. Kita tidak boleh mengubah keadaan persekitaran, tetapi kita yang perlu mengubah corak dalam mendidik anak,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8751748.asp

Tolonglah, janganlah doakan wakil rakyat kita mati


Najib sepatutnya bukan saja minta wakil rakyatnya jaga kesihatan dan jangan mati. Najib sepatutnya minta rakyat jelata supaya jangan ada sesiapa doakan wakil rakyat di kawasan mereka mati. Tapi macamana rakyat tak nak doa, sebab mereka dah syok, bila wakil rakyat mati, barulah semua media memberi tumpuhan keluhan mereka sejak berpuluh-puluh tahun.

Macam kisah Masjid di Jerantut yang teramat daif, berpuluh tahun mohon dibaiki tapi hampa, macam artikel berikut Jangan tunggu orang Jerantut doakan Wakil Rakyatnya mati di http://amkns.blogspot.com/2011/02/jangan-tunggu-orang-jerantut-doakan.html

Alang-alang ada pilihanraya kecil di Kerdau , Pahang, bongkarkanlah kisah BANYAK PROJEK SAKIT DI PAHANG, PENDEDAHAN KETUA AUDIT NEGARA di http://amkns.blogspot.com/2010/11/banyak-projek-sakit-di-pahang.html

Kisah masjid ini sebelum ini di PAHANG, JUARA MASJID ROBOH pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/12/pahang-juara-masjid-roboh.html

Juga artikel MAKIN RAMAILAH RAKYAT DOAKAN WAKIL RAKYAT MEREKA MATI di http://amkns.blogspot.com/2011/01/makin-ramailah-rakyat-doakan-wakil.html

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK MAHU UMNO SERTA SEMUA SAYAP PARTI MENGADAKAN LEBIH BANYAK PROGRAM BERBENTUK MENDAMPINGI RAKYAT DI KAWASAN-KAWASAN YANG DIKUASAI PEMBANGKANG DAN BUKANNYA DI KAWASAN SELAMAT.- UTUSAN MALAYSIA 17 OKT. 2010

Hishamuddin kenapa Panggilan 999 GAGAL, Jangan sibuk Politik je


PANGGILAN 999 GAGAL?
Utusan Malaysia 11 Feb 2011


PANGGILAN kecemasan kepada talian 999 untuk mendapat bantuan polis tidak lagi dapat menolong anda! Inilah kesimpulan yang dapat dibuat oleh sesiapapun apabila membaca penjelasan Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdullah berhubung dengan kelewatan polis tiba di lokasi setelah panggilan dibuat oleh Pengarang Sukan Utusan Malaysia, Meor Harman Shakri semasa keretanya dirompak oleh empat lelaki bersenjata berhampiran Plaza Tol Rawang di awal pagi baru-baru ini. (Utusan Malaysia 9 Januari).

Meor Harman telah membuat panggilan kecemasan 999 sebanyak empat kali sebelum keluar dari keretanya yang dilanggar dari belakang dan dihalang setelah memintasnya. Salah seorang daripada penjenayah memasuki keretanya tetapi sebelum keluar dari kereta Meor telah pun menelefon 999 empat kali.

Polis hanya tiba di lokasi itu sejam kemudian. Memalukan! Di Amerika Syarikat panggilan 911 ialah panggilan kecemasan nasional satu negara.

Penjelasan daripada Ketua Polis Daerah Gombak ialah panggilan kecemasan 999 tidak akan terus disambung kepada polis di kawasan tersebut dan beliau menasihatkan supaya orang ramai hendaklah terus menghubungi bilik gerakan (?) untuk mendapatkan tindakan cepat.

Sesungguhnya ini adalah berita baru kepada orang ramai. Apa yang diketahui selama ini dan sentiasa diuar- uarkan oleh polis ialah nombor 999. Siapalah yang tahu nombor bilik gerakan kecamasan?

Kegagalan polis untuk bertindak segera terhadap panggilan dari seorang wartawan tidak lagi dapat disembunyikan kerana dia adalah "tukang berita" tetapi kita tidak tahu berapa banyak panggilan kecemasan kepada 999 yang mendapat tindakan lewat.

Kelalaian pihak berkuasa dalam suatu hal yang melibatkan nyawa dan kepentingan ramai tidak boleh dimaafkan dengan apa alasan sekalipun. Ini akan menyebabkan orang ramai menjadi sinis terhadap slogan "Rakyat Diutamakan".

Pihak yang terlibat mestilah sensitif terhadap kejadian ini dan hendaklah membuat suatu penjelasan yang meyakinkan. Kenyataan Pegawai Polis Daerah Gombak menimbulkan banyak anggapan yang negatif terhadap pihak polis yang sekarang sedang berkerja keras untuk memperbaiki imejnya di bawah Ketua Polis Negara yang baru.

HAIMI
Putrajaya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0211&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm

MESTI PANTAS BILA ADA KECEMASAN
Mingguan Malaysia 13 Feb 2011
Oleh Noraini Abd. Razak

TAKTIK langgar dan samun bukan baru. Pemandu sering diingatkan supaya tidak berhenti jika kereta dilanggar tanpa sebab terutama pada waktu malam. Peringatan tersebut sering ditujukan kepada pemandu wanita.

Maklumlah orang perempuan perlu dilindungi, justeru keprihatinan terhadap wanita memang selalunya lebih. Apa lagi jika wanita yang kerjanya sering pulang lewat malam.

Kejadian langgar dan samun yang menimpa Pengarang Sukan Utusan Malaysia baru-baru ini ‘melebarkan’ lagi peringatan tersebut. Meor Harman tidak memberhentikan keretanya selepas dilanggar tidak jauh dari tol Rawang. Bagaimanapun ada tanda-tanya di hatinya apabila pemandu yang melanggar keretanya memberi nyalaan lampu seolah-olah mahu memberitahu sesuatu.

Malang sememangnya tidak berbau. Sebaik memberhentikan keretanya, dua daripada empat penjenayah itu keluar dan mendekati beliau. Lantas terjadilah seperti mana selalunya - beliau diacu parang dan keretanya dilarikan.

Malang Meor Harman sememangnya berganda pada malam tersebut. Selepas keretanya dilanggar, beliau menghubungi talian 999 sebanyak dua kali. Panggilannya dijawab dan disambung ke bilik kawalan.

Jawapan yang diberi petugas bilik kawalan berbunyi begini: ‘‘Bantuan akan sampai sebentar lagi, encik jangan ke mana-mana’. Sebelum itu beliau ditanya lokasi kejadian.

Selepas keretanya dilarikan, Meor Harman menghubungi 999 sekali lagi. Panggilannya disambungkan bilik gerakan. Beliau memberitahu: ‘‘Encik saya dah disamun.’’ Sekali lagi beliau ditanya lokasi kejadian selain perlu memperkenalkan diri sekali lagi dan diberitahu supaya jangan ke mana-mana.


Lokasi

Hampir sejam selepas panggilan pertama, kelibat kereta peronda polis di jalan bertentangan terlihat. Panggilan ke 999 dibuat sekali lagi untuk memaklumkan bahawa lokasinya adalah di jalan menuju ke Rawang dan bukannya arah ke Kuala Lumpur. Untuk menunggu kereta peronda itu membuat pusingan U mengambil masa menyebabkan dia menumpang motosikal ke tol Rawang. Di situ dia bertemu satu lagi polis peronda yang kemudiannya bertindak pantas menyelesaikan segala masalah.

Isu tersebut telah diulas dan dijawab pihak yang berkenaan. Dalam memberi penjelasan, orang ramai diingatkan supaya tidak bergantung kepada talian 999. Ingat nombor-nombor lain. Ingat nombor bilik gerakan. Tetapi dalam keadaan panik dan gementar, bukankah 999 adalah nombor paling segera melintas di fikiran. Nombor itu paling mudah diingati - sebab itu susunannya begitu. Nombor bilik gerakan mana yang perlu diingat? Jika seseorang tinggal di Rawang, adakah dia perlu mengingati atau menyimpan nombor bilik gerakan Rawang sedangkan malang yang tidak berbau boleh berlaku di mana-mana. Justeru mengapa dicadangkan nombor lain. Bukankah ia memperlekehkan talian kecemasan yang diwujudkan untuk memudahkan orang ramai meminta bantuan sejak berkurun lamanya.

Tentunya dalam hal ini, orang ramai mengharapkan pihak berkuasa memperbaiki sistem sedia ada. Jika talian 999 itu ‘melambatkan’ proses aduan atau untuk mengambil tindakan disebabkan ada beberapa lapisan, maka kurangkan lapisan itu. Semudah dan secepat mana nombor 999 itu disebut, maka urusannya juga harus mudah dan pantas.

Kita tidak memperkecilkan tugas anggota polis, tidak juga membesarkan kes Pengarang Sukan Utusan Malaysia. Keprihatinan adalah kepada semua mangsa jenayah yang sememangnya panik mencari bantuan ketika kecemasan. Mereka mesti diberitahu bahawa 999 adalah talian yang boleh dihubungi setiap saat dan ketika. Operator 999 akan menjawab panggilan anda. Tindakan segera akan diambil. Selepas itu baru disarankan supaya orang ramai turut menyimpan nombor bilik gerakan. Saranan seumpama itu mesti dimasukkan dalam iklan 999 yang ditayangkan di kaca televisyen. Pendek kata talian 999 mesti diangkat sebagai nombor kecemasan paling cekap bukan sebaliknya. Barulah kepercayaan orang ramai terhadap pasukan polis dapat dipertingkatkan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0213&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm&arc=hive

2/11/11

Tawaran pengiklanan dalam BISNES N.Sembilan

Lajnah Ekonomi PAS Kawasan Rembau akan mengedarkan Direktori BISNES sebagai lampiran dalam Buku Cenderamata Majlis Makan Malam PAS Kawasan Rembau yang akan dihadiri oleh Dato Dr Haron Din pada 9 Mac 2011 ini.

Dijangkakan 1000 orang akan menghadiri majlis ini.

BISNES adalah merupakan singkatan untuk Buku Iklan uSahawan NEgeri Sembilan.

Kadar pengiklanan dalam BISNES ialah RM400 untuk saiz 12cm x 20cm (satu mukasurat A5) dan RM200 untuk saiz 12cm x 10 cm (setengah mukasurat A5)

Mana-mana pihak yang membuat pengiklanan dalam Direktori BISNES ini akan mendapat tawaran pengiklanan dalam Blog http://bisnes9.blogspot.com selama satu tahun secara PERCUMA.

Untuk maklumat lanjut tawaran pengiklanan dalam BISNES sila hubungi Sdr Hakki 013-3840022 alhaqqy@yahoo.com

Maklumat lanjut mengenai Majlis Makan Malam PAS Kawasan Rembau di http://danarembau.blogspot.com

2/10/11

Rais Yatim pun tak sudi naik bas awam di Jelebu agaknya?


Rakyat didahulukan untuk jalan kaki, pemimpin diutamakan naik helikopter, naik jet, naik Mercedes. Pengangkutan awam ni tak ada class lah, terutama di Jelebu. Sudikah Rais Yatim bersama Menteri Besar Negeri Sembilan, EXCO dan semua wakil rakyat di Negeri Sembilan ini pergi kerja, pergi pasar, pergi klinik, pergi hantar anak sekolah naik bas. Nak naik bas macamana , bas pun tak ada. Mungkn boleh naik bas maya melalui jalur lebar agaknya.

Betapa teruknya pengangkutan awam di kawasan selamat Umno ni di http://pasns.blogspot.com/2010/04/perkhidmatan-bas-di-nsembilan-teruk.html

Urusan terbatas kerana tiada pengangkutan awam
Sinar Harian 10 Feb 2011

KUALA KLAWANG - Ketiadaan perkhidmatan pengangkutan awam sejak setahun lalu, menyebabkan pergerakan masyarakat sekitar Jelebu yang ingin berurusan di pekan Kuala Klawang terbatas.

Keluhan masyarakat tempatan dilihat dipandang sepi oleh pihak bertanggungjawab yang mahukan perkhidmatan pengangkutan beroperasi di Kuala Klawang ke Simpang Pertang.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, perhentian bas lenggang dengan kehadiran bas dan teksi.

Keadaan ini menyukarkan pergerakan orang ramai untuk melakukan tugasan seharian, terutamanya warga emas yang sering ke hospital.

Salah seorang pengguna yang dikenali sebagai Nur berkata, hampir setahun perkhidmatan bas ke Simpang Pertang tidak beroperasi di sini.

“Saya bekerja berhampiran di kawasan ini, sering kali mendengar rungutan daripada warga emas yang terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam.

“Pernah terjadi, seorang warga emas tertidur di perhentian bas berkenaan sehingga ada yang terpaksa menghantarnya ke rumah di Peradong,’’ katanya.

Nur berkata, pada waktu kemuncak ramai murid sekolah dari Simpang Pertang tidak dapat hadir ke sekolah berikutan ketiadaan pengangkutan awam.

“Sekurang-kurangnya pastikan ada perkhidmatan pengangkutan bas dan teksi pada waktu pagi dan petang untuk memudahkan mereka berulang-alik.

“Selain itu, peniaga di sini turut terjejas kerana tiada pelanggan yang datang ke perhentian bas ini sehingga menyebabkan ada peniaga yang gulung tikar,’’ katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8741940.asp

Umno N.Sembilan akan lingkup, isu elaun Guru Kafa dan GSTT?


Perhatian kepada semua guru KAFA, guru SARA, Guru Sandaran Tidak Terlatih untuk sekolah agama di Negeri Sembilan. Berita baik untuk guru tersebut di negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat. Gaji guru KAFA dia orang sekarang ialan RM1300 sebulan. WOW, tak terliur dengar berita ini. Kalau nak dapat manafaat macam di Selangor sama-samalah kita bekerja keras pastikan kemenangan Pakatan Rakyat di N.Sembilan dalam PRU 13 , insyaALLAH.

Sebelum beri apa-apa komen, pergi tanya sendiri mana-mana Guru KAFA, Guru SARA, Guru GSTT berapa elaun mereka di Negeri Sembilan.

Jangan lupa baca cerita sebelum ini ISLAM MAKIN TERPINGGIR DI N.SEMBILAN, MAKSIAT MAKIN BERLELUASA di http://amkns.blogspot.com/2011/02/islam-makin-terpinggir-di-nsembilan.html

Selangor naikkan elaun guru Kafa RM300
Harakahdaily

SHAH ALAM, 9 Feb: Kerajaan Negeri Selangor meluluskan tambahan elaun sebanyak RM300 sebulan kepada guru-guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) yang bertugas di Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) di seluruh negeri.

Dengan tambahan elaun RM300 itu menjadikan elaun bulanan guru-guru Kafa di SRA dan SRAI Selangor sebanyak RM1,300 sebulan berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Kelulusan untuk kenaikan elaun itu dibuat pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang diadakan hari ini.

Tambahan elaun ini melibatkan 3,935 guru Kafa yang mengajar di 208 SRA dan 11 buah SRAI seluruh negeri.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco berkata, kenaikan elaun bulanan itu akan melibatkan peruntukan tambahan kerajaan negeri lebih RM14 juta setahun.

Pada masa ini, guru Kafa di SRA dan SRAI di Selangor menerima elaun sepenuhnya dari kerajaan negeri dan Baitulmal sebanyak RM1,000 sebulan atau RM61 juta setahun.

“Kerajaan negeri berharap kenaikan elaun bulanan ini akan mendorong guru Kafa di SRA dan SRAI berusaha meningkatkan kualiti kerja seharian,” kata Khalid.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30778:selangor-naikkan-elaun-guru-kafa-rm300&catid=1:utama&Itemid=50

2/9/11

Pelancaran Kempen Bantah Saman Ekor 16 Feb 2011


MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BANTAH SWASTA SAMAN EKOR
Tarikh : 16 Februari 2011
Masa : 9 mlm
Tempat : Dewan Muhibbah, Taman Bolton, Batu Caves, Selangor

Penceramah :
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibarhim, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
2. YB Dato’ Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS/ Ahli Parlimen Pokok Sena / Pengerusi Jawatankuasa Anti Saman Ekor (KASE)
3. YB Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR/ Ahli Parlimen Gombak
4. YB Dato’ Hassan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor/ Exco Kerajaan Selangor
5. Ustaz Salahuddin Nasir, YDP PAS Kawasan Gombak

SEMUA DIJEMPUT HADIR.

Anjuran Bersama JK KEMPEN ANTI SAMAN EKOR (KASE), Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar (LPAS) PAS Pusat dan PAS Kawasan Gombak (Dewan Pemuda)

Dapatkan Banner dan Poster Program di Blog Timbalan Penegrusi JK Kempen Anti Saman Ekor (KASE) merangkap ADUN Paroi N.Sembilan , YB Hj Mohamad Taufek di http://mohdtaufek.blogspot.com/2011/02/pelancaran-bantah-saman-ekor-16-feb.html

Timb Ketua Menteri Penang di Seremban 11 Feb 2011

CERAMAH UMUM PR
Bersama :
Y.B Dato Dr Mansor Othman, TKM 1 Pulau Pinang
Y.B Yusmadi Yusof, MP Balik Pulau
Sdr Sanny Hamzan, Exco Pemuda PAS Pusat
Pada 11 Februari 2011, JUMAAT
Jam 9 malam
Di Taman Bukti Setia, Ampangan, Seremban (Bersebelahan Gelangang Silat Cekak)

Hadir beramai2....

Sumber http://wartawansukarela.blogspot.com/2011/02/ceramah-penjelasan-isu-melayu-pulau.html

2/8/11

Pidato Pemuda 13 Feb 2011 Seremban

PIDATO PEMUDA PAKATAN RAKYAT
Tarikh : 13 Feb 2011, AHAD
Masa : 9 mlm
Tempat : Pasti Hasanah, Bandar Seremban Selatan, Senawang
Pemidato :
Ust Nasaruddin Tantawi, Ketua Pemuda PAS Pusat
Ust Azman Sapawi, Timb Ketua Pemuda PAS Pusat
Sdr Khairul Faizi, Ketua Pemuda PAS Johor
Ust Khairul Anuar Wafa, Ketua Pemuda PAS N.Sembilan
Sdr Nazree Yunus, Ketua AMK N.Sembilan

PEMUDA PEJUANG RAKYAT !

Semua Dijemput Hadir

2/7/11

Apa susah, Boikot saja hotel di Pahang ni?

Apa susah, orang Melayu yang mengaku Islam BOIKOT saja hotel di Pahang ni, atau mana-mana hotel yang berperangai sama. Parti dan persatuan Melayu pun patut BOIKOT hotel macam ni. Kuasa di tangan kita, bukan di tangan mereka. Banyak hotel lain, resort lain, homestay lain boleh duduk , boleh kerja.

Sumber dari http://pahangdaily.blogspot.com/2011/02/memalukan-jabatan-agama-islam-pahang.html

Monday, February 7, 2011
Memalukan: Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Di Gesa Pantau Tindakan Pengurusan The Zenith Hotel Di Percayai Menghina Wanita Melayu Islam

KUANTAN, 7 Feb [11.05 am] - Orang ramai terutamanya umat Islam di bandar ini kecewa dengan sikap pengurusan The Zenith Hotel (foto) yang sanggup menghina agama Islam semata-mata ingin mempertahankan prinsip pemilik hotel terbabit. Kejadian berlaku melibatkan beberapa orang "gadis Melayu" yang memohon kerja sebagai "Penyambut Tetamu" di hotel berkenaan baru-baru ini.

Sungguh memalukan apabila pegawai penemuduga yang merupakan orang Melayu beragama Islam mengeluarkan peraturan supaya mereka yang mahu bekerja di hotel terbabit "tidak dibenarkan bertudung" dan diwajibkan memakai "mini skirt".

Apabila dipertikaikan oleh mereka yang menghadiri temuduga terbabit, pegawai tersebut mengatakan ia adalah arahan pihak atasan dan mengatakan bahawa pemilik hotel itu adalah bukan Islam (bukan Melayu).

Akibatnya, ramai dikalangan mereka yang memohon jawatan terbabit terpaksa melepaskan hasrat untuk berkhidmat di hotel berkenaan gara-gara tindakan memalukan tersebut. Tinjauan kami ke hotel berkenaan baru-baru ini ternyata mendapati gadis-gadis Melayu dipakaikan "mini skirt" dan "tidak dibenarkan bertudung" sama sekali.

Susulan kejadian tersebut, ramai dikalangan mereka yang menghadiri temuduga di hotel terbabit kecewa dan terasa tertipu. Tambahan pula, dalam syarat-syarat pada borang yang disediakan langsung tidak dinyatakan arahan berkenaan. Sebaliknya, ketika temuduga lisan mereka diarahkan berbuat demikian.

Oleh yang demikian, sebilangan besar daripada mereka akhirnya mengambil keputusan untuk melupakan hasrat memohon jawatan itu. Justeru itu, pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) digesa menyiasat dan memantau perkara ini. Jika benar dakwaan tersebut, maka ternyata ia merupakan satu penghinaan yang nyata terhadap agama Islam itu sendiri.

Alasan mengatakan "tokey hotel bukan Islam" adalah tidak wajar untuk merendahkan martabat wanita Islam. Jika alasan itu digunakan, maka kita perlu tanya pula hotel tersebut dibina di negara mana? Dan ketua negara terbabit adalah orang Melayu Islam atau pun sebaliknya?.

[Sebenarnya, apa yang berlaku ini memang terjadi di mana-mana. Namun, kes yang terjadi di The Zenith Hotel ini amatlah tidak wajar sama sekali kerana pegawai penemuduga yang berkata demikian adalah orang Melayu Islam itu sendiri. Tergamak dia menyuruh dan mewajibkan anak-anak gadis Melayu Islam membuka aurat dan "pakai mini skirt" untuk membolehkan dipertimbangkan ke jawatan yang dipohon itu.

Jika kejadian ini berlaku di negeri yang ditadbir oleh pemimpin bukan Islam seperti Pulau Pinang (Lim Guan Eng), maka sudah pastilah ia akan dijadikan isu oleh penyokong UMNO BN.

Tapi anehnya, kejadian ini berlaku di negeri Pahang Darul Makmur yang diperintah oleh pemimpin Melayu beragama Islam. Mungkin MB Pahang, Dato' Seri DiRaja Adnan Yaakob tidak sedar akan perkara ini, justeru itu sebagai Exco Agama Islam maka beliau juga digesa mengambil perhatian atas perkara ini.

Kesucian dan martabat agama Islam perlulah dipelihara serta tidak dihina sesuka hati. Lebih menyedihkan penghinaan pula dilakukan oleh orang Melayu Islam itu sendiri. Semoga pihak The Zenith Hotel dapat mengambil perhatian dan tindakan segera terhadap apa yang berlaku ini hendaknya].

Pengarah Jabatan Agama sila baca Hadith ini, isu Guru KAFA

Berkaitan isu rungutan GURU KAFA BELUM DAPAT KENAIKAN ELAUN DIJANJIKAN KERAJAAN BN di http://amkns.blogspot.com/2011/01/guru-kafa-belum-dapat-kenaikan-elaun.html , adalah diharapkan Pengarah Jabatan Agama baca hadith berikut dalam Laman Web JAKIM di http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=265

HIMPUNAN HADITH HARIAN JAKIM
Tajuk : Islam Dan Pekerjaan

Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Berikanlah upah kepada pengambil upah (orang yang bekerja) sebelum kering peluhnya”
Riwayat Ibn Majah

Huraian
i) Bekerja merupakan keharusan mutlak yang harus dilakukan oleh seorang muslim untuk mendapat rezeki yang telah disediakan oleh Allah S.W.T, bahkan kalau perlu, seseorang itu digalakkan merantau ke pelbagai pelusuk dunia untuk meraih rezeki yang halal. Hal ini juga termasuk dalam kontek jihad.
ii) Bekerja adalah senjata utama untuk memerangi kemiskinan, modal dalam mencapai kekayaan dan faktor dominan dalam mencipta kemakmuran hidup.
iii) Seseorang itu dituntut supaya redha dengan pekerjaannya dan menjalankan kerja-kerja yang telah diamanahkan dengan tekun untuk menjamin kebersihan upah yang diterima daripada pekerjaan tersebut. Oleh itu, sesuatu pekerjaan yang dibuat hendaklah diniatkan kerana Allah.
iv) Terdapat sekurang-kurangnya 3 jenis balasan bagi mereka yang kerjanya menjadi ibadah iaitu:
i) mendapat balasan dalam bentuk material (gaji)
ii) mendapat balasan dalam bentuk kepuasan kerana dapat menyiapkan atau menyelesaikan kerjanya
iii) mendapat pahala untuk bekalan di hari akhirat.
v) Dalam konteks hubungan majikan-pekerja pula Islam melihat bahawa pekerja itu bukanlah sebagai hamba kepada manusia lain untuk menghasilkan sesuatu pengeluaran kerana penghambaan hanya dikhususkan untuk Allah S.W.T. Oleh itu hendaklah ada keadilan antara majikan dan pekerja di mana gaji yang diberi hendaklah setimpal dengan kerja serta tanggungjawab yang dipikul oleh pekerja tersebut bahkan kalau perlu sebelum keringatnya kering kerana Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: Alangkah besar dosanya orang yang menahan-nahan makan (upah dan sebagainya) orang yang menjadi tanggungjawabnya.” .

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Islam makin terpinggir di N.Sembilan, maksiat makin berleluasa


Terlalu banyak bukti Islam semakin terpinggir di Negeri Sembilan. Dari kisah masjid yang nak runtuh, nak roboh. Surau yang terlalu daif, masjid yang menjadi sarang kelawar, masjid yang bocor, masjid yang guna kanvas. Elaun guru KAFA yang tidak naik-naik, Orang Asli yang dahagakan agama Islam dipinggirkan. Apakah Jabatan Agama tiada Pengarah yang berkaliber? Majlis Agama tiada Pengerusi yang prihatin akan nasib umat Islam? Penguatkuasa agama tidak cukup, kelengkapan tidak cukup, WANG ZAKAT TIDAK CUKUP?

Maksiat di lebuh raya
BERITA HARIAN 7 Feb 2011

PAROI: Segelintir pasangan kekasih dikesan menjadikan laluan kecemasan Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) berhampiran Taman Bukit Margosa di sini, sebagai `port' memadu kasih berikutan keadaan jalan yang agak gelap.

Kebanyakan mereka melakukan aktiviti maksiat itu pada waktu tengah malam sehingga awal pagi di dalam kereta yang diberhentikan di laluan kecemasan berkenaan.

Dalam pada itu, Mohd Fadil Baharuddin, 39, meminta pihak berkuasa terutama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEINS) melakukan rondaan di kawasan berkenaan.

"Pasangan berkenaan berani bertindak sedemikian kerana tiada siapa yang pernah menahan atau mengambil tindakan terhadap mereka. Jika ada penguatkuasaan, pasti mereka tidak akan melakukan melakukan kegiatan maksiat di kawasan berkenaan," katanya.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Maksiatdilebuhraya/Article

BEBERAPA BUKTI ISLAM SEMAKIN TERPINGGIR DI NEGERI SEMBILAN DI BAWAH INI :
MASJID BERSEJARAH N.SEMBILAN NAK RUNTUH, UMNO TAK KISAH di http://amkns.blogspot.com/2011/01/masjid-bersejarah-nsembilan-nak-runtuh.html

GURU KAFA BELUM DAPAT KENAIKAN ELAUN DIJANJIKAN KERAJAAN BN di http://amkns.blogspot.com/2011/01/guru-kafa-belum-dapat-kenaikan-elaun.html

TIADA YANG SUDI AJAR ORANG ASLI AGAMA ISLAM, TUNGGU PILIHANRAYA AGAKNYA di http://amkns.blogspot.com/2011/01/tiada-yang-sudi-ajar-orang-asli-agama.html

MASJID DI N.SEMBILAN TAK SIAP-SIAP di http://pasns.blogspot.com/2010/02/masjid-di-nsembilan-tak-siap-siap.html

LIHATLAH KEDAIFAN SURAU DI N.SEMBILAN, JOM BANTU di http://waghih.blogspot.com/2010/01/lihatlah-kedaifan-surau-di-nsembilan.html

SURAU USANG PERLU SEGERA BAIK PULIH di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2010/08/surau-usang-perlu-segera-baik-pulih.html

MASJID DI N.SEMBILAN TAK SIAP-SIAP di http://pasns.blogspot.com/2010/02/masjid-di-nsembilan-tak-siap-siap.html

MASJID CHEMBONG GUNA KANVAS, ATAP BOCOR di http://pasns.blogspot.com/2010/04/atap-masjid-nsembilan-guna-kanvas-uzur.html

MASJID DI FELDA N.SEMBILAN DISERANG KELAWAR di http://waghih.blogspot.com/2010/12/masjid-nsembilan-diserang-kelawar.html

APA DAH JADI MASJID KARIAH SIRUSA, PORT DICKSON di http://pasns.blogspot.com/2009/10/apa-dah-jadi-masjid-kariah-sirusa-bagan.html

MASJID DI N.SEMBILAN BANYAK DAIF, ATAP BOCOR, KARPET BASAH di http://pasns.blogspot.com/2010/12/masjid-di-nsembilan-banyak-daif-atap.html