KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

5/31/11

Lapangan Terbang Rembau, KJ, MB atau PM yang bohong



Memang pening kepala tengok kenyataan pemimpin Umno kat 1Malaysia ni. Yang Ketua Pemuda Umno kata tak ada lapangan terbang di Rembau akan dibina. Yang Menteri Besar kata akan di bina landasan pesawat. Yang PM pula kata akan dibina Lapangan Terbang TUDM di Sendayan. Sendayan ni pun dalam Parlimen Rembau di DUN Rantau.

Ke mereka semua ni tak pernah tahu bahawa di Rembau pernah ada lapangan terbang iaitu di DUN Paroi, juga dalam parlimen Rembau seperti dilaporkan pada Blog berikut http://twoflight.blogspot.com/

MANA PERNAH KITA JANJI LAPANGAN TERBANG
Sinar Harian Mei 2011 - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menegaskan janji-janji yang dibuat semasa Pilihan Raya Umum (PRU) lalu akan ditunaikan oleh Kerajaan BN sebagai bukti kesungguhan dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat. MANA PERNAH KITA JANJI LAPANGAN TERBANG.
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9115249.asp

PANGKALAN UDARA BAHARU TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA DI SENDAYAN
Utusan Malaysia 28 Mei 2011 – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kawasan Sendayan sebagai pangkalan baru Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi menggantikan Pangkalan Udara Kuala Lumpur di Sungai Besi yang akan ditutup tidak lama lagi.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0529&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm&arc=hive

LANDASAN PESAWAT KECIL DIBINA DI REMBAU
Utusan Malaysia 21 Feb 2008 - Rembau akan terus membangun apabila kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil untuk kegunaan Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tapak untuk landasan itu telah pun dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau.
http://amkns.blogspot.com/2011/05/majlis-letak-batu-asas-landasan-pesawat.html

Hospital 1Malaysia kurang doktor pakar dan alat canggih



Yang digembar gemburkan ialah Klinik 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Klinik 1Malaysia. Tapi perkhidmatan di hospital ada saja masalahnya, kurang doktor pakar, kurang peralatan canggih. Yang sorang tu janji nak buat Hospital Rembau sejak tahun 2008, yang ada hanya Batu Asas Hospital Rembau. Tak ada duit, cakap ajelah tak ada duit.

Cerita janji buat Hospital Rembau tahun 2008 belum lagi tertunai, tak usah banyak janji di http://amkns.blogspot.com/2011/02/siapa-yang-menjanjikan-hospital-kepada.html

Rawatan kes sakit kritikal tidak seragam
Berita Harian 31 Mei 2011

TEKNOLOGI perubatan dalam negara diakui sudah mencapai satu tahap terbaik dengan kemampuan mengendalikan pelbagai kes serius tanpa perlu lagi dirujuk ke luar negara. Malah, dengan adanya Institut Jantung Negara (IJN), kes serius dan kritikal membabitkan organ penting itu sudah berjaya ditangani dalam negara.

Namun, dalam keupayaan membekalkan teknologi terbaik, masih ada kelonggaran yang wajar diberi perhatian iaitu membabitkan sistem operasi dan cara mengendalikan pesakit. Ia perlu dilihat semula kerana meskipun mempunyai teknologi hebat tetapi lemah dalam menangani pesakit, nyawa kadangkala hilang begitu saja kerana salah menafsir keperluan.

Saya merujuk kepada dua kes yang pernah berlaku dalam keluarga saya dan seorang daripadanya sudah meninggal dunia. Memang ajal maut di tangan Tuhan tetapi rasa begitu kecewa kerana kegagalan menguruskan pesakit dengan cekap menjadi antara punca sistem perubatan terutama di hospital kerajaan sering dipersalahkan.

Kedua-dua kes dalam keluarga saya hampir sama situasinya. Ibu saudara saya diserang darah tinggi yang memuncak sehingga dia pengsan di rumah dan apabila dihantar ke Hospital Kajang, tiada tindakan segera diambil, sekadar membiarkannya berehat di katil bilik kecemasan.

Esoknya, apabila secara tiba-tiba dia diserang strok, barulah ada usaha untuk memindahkannya ke Hospital Serdang kerana menurut doktor, Hospital Kajang tiada alat pengimbas untuk melihat kerosakan serius di kepala. Akhirnya, selepas disahkan seluruh bahagian dalam kepala dipenuhi darah, doktor hanya mengatakan, berserah saja...

Paling pelik, doktor di Hospital Serdang mengesahkan sudah menghubungi Hospital Besar Kuala Lumpur kerana mungkin di sana ada pakar yang lebih baik tetapi permohonan pemindahan itu ditolak kerana dikatakan pesakit itu sudah tiada harapan.

Kes kedua dan terbaru, ayah mentua saya sendiri dimasukkan ke Unit Kecemasan Hospital Kajang kerana tiba-tiba pitam dan disahkan mengalami serangan jantung serius. Malah, doktor di situ juga memberitahu tahap serangannya serius serta boleh membawa maut.

Dalam keadaan genting itu, mereka menghubungi Hospital Serdang dan IJN kerana di dua pusat perubatan itu ada pakar khusus untuk kes jantung. Namun, sekali lagi jawapan mengecewakan diterima iaitu dua pusat itu tidak menerima pemindahan pesakit dan sekadar memberi panduan kepada doktor di Hospital Kajang untuk terus memantau pesakit.

Ini yang pelik. Bagaimana dua pusat itu enggan menerima, sedangkan doktor sendiri mengesahkan pesakit dalam keadaan kritikal. Lebih kecewa apabila doktor di Hospital Kajang menasihatkan kami untuk menghubungi sesiapa yang dikenali bagi memudahkan proses pemindahan itu. Pendek kata, gunakan ‘kabel lebih besar’.

Mujur, seorang daripada keluarga kami mengenali seseorang di Kementerian Kesihatan dan atas bantuannya ayah mentua saya berjaya dipindahkan ke IJN. Lebih pelik apabila tiba di IJN, dia disahkan kritikal dan pembedahan perlu dibuat segera. Bayangkan apa jadi jika kami tidak kenal ‘orang dalam’ dan rawatan oleh bukan pakar terus dibuat di Hospital Kajang.

Diharap senario ini diberi perhatian serius oleh kementerian supaya tidak pula nanti pisang berbuah dua kali. Kenapa pesakit yang disahkan kritikal perlu menerima lampu hijau terlebih dulu daripada hospital yang ada pakar sedangkan semuanya di bawah sistem hospital kerajaan. Bertindaklah supaya tidak lebih banyak nyawa melayang!

KELIRU DAN KECEWA,
Kajang Perdana, Selangor.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Rawatankessakitkritikaltidakseragam/Article

Polis tiada di balai, pemandu ambulans pula hilang



Adakah perkara ini hanya berlaku di balai polis dan pusat kesihatan di Perak saja, atau mungkin berlaku di beberapa tempat lain di 1Malaysia? Kenapa perkara sebegini boleh berlaku dikala kerajaan Umno BN melaung-laungkan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, rakyat didahulukan untuk apa, pencapaian apa yang diutamakan?

POLIS TIADA DI BALAI, PEMANDU AMBULANS PULA HILANG
Utusan Malaysia 31 Mei 2011

SAYA ingin mengambil kesempatan melalui ruangan ini untuk meluahkan aduan mengenai dua perkara di kampung saya.

BALAI POLIS PADANG GAJAH, TRONG, PERAK.

Jenayah di kampung saya (Kampung Sungai Tinggi, Trong, Taiping, Perak) semakin menjadi-jadi. Orang kampung hidup dalam kebimbangan. Rompakan, kecurian, samun, penagihan dadah serta penipuan gores dan menang semakin berleluasa.

Terdapat satu kes di mana seorang mangsa menghubungi balai polis berhampiran untuk memaklumkan rumahnya cuba di pecah masuk.

Namun pegawai yang sepatutnya menyambut panggilan tiada. Untuk rujukan kejadian berlaku dalam lingkungan pukul 4 pagi. Balai polis terdekat ialah Balai Polis Padang Gajah, Trong, Perak.

Untuk makluman, walaupun telah banyak kali berlaku kes-kes jenayah namun pihak polis masih tidak mengambil tindakan drastik untuk membendung gejala ini.


PUSAT KESIHATAN SUNGAI KERANG, TRONG.

Ini mengenai pemandu ambulans hilang dari tugas. Satu kemalangan yang membabitkan kecederaan parah telah berlaku di kampung saya. Apabila di hubungi pihak pusat kesihatan, pemandu ambulans yang sepatutnya bertugas tiada.

Untuk makluman, beberapa buah kampung dalam daerah Trong merujuk kepada pusat kesihatan ini untuk perkhidmatan kesihatan.

Hampir satu jam mangsa terlantar namun bantuan ambulans tak juga tiba. Akhirnya mangsa terpaksa di hantar ke hospital dengan LORI PERSENDIRIAN.

Sekiranya mangsa telah mengalami kecederaan dalaman, pastinya ia akan lebih memudaratkan.

SAIFOL,
Trong, Perak

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0531&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm

Nasib Guru Sandaran Tidak Terlatih Terabai 1Malaysia



Kesian nasib Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di 1Malaysia ni. Tak apalah bergembiralah guru-guru 1Malaysia semua dengan Pengumumam Berita Baik Sempena Sambutan Hari Guru pada 16 Mei 2011 oleh PM dan TPM dengan kenaikan gaji hanya untuk Pengetua dan Penolong Kanan.

Kisah Berita baik hanya gembirakan pengetua, GPK di http://amkns.blogspot.com/2011/05/ramainya-guru-1malaysia-marah-pada.html

APA KESUDAHAN NASIB GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH?
Utusan Malaysia 31 Mei 2011

SAYA merupakan bekas Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang telah mencurahkan khidmat bakti sama seperti guru terlatih. Kami tidak terkecuali dalam melaksanakan tugas sama ada daripada segi kurikulum dan kokurikulum.

Malah kami juga dicerap atau dipantau oleh pihak pentadbir mahu pun pegawai pelajaran peringkat negeri.

GSTT juga tidak dibezakan oleh pihak pentadbir. Maksudnya apabila saya menerima tawaran sebagai GSTT, bermakna tanggungjawab dan amanah yang dipikul adalah besar dan tiada bezanya seperti guru tetap.

Pendek kata, segala program yang diatur oleh pihak sekolah, GSTT juga bertanggungjawab dalam melaksanakan program berkenaan.

Pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran pada 8 Mac lalu, seolah-olah memberi nafas kepada GSTT sehinggakan keesokan harinya terpampang di dada akhbar dan di kaca televisyen mengenai berita gembira untuk para GSTT.
Namun sehingga kini masih belum diketahui status sebenar kenyataan beliau.

Rata-rata masyarakat setempat umumnya mengandaikan bahawa kami bekas GSTT seolah-olah akan mendapat tawaran mengajar kembali setelah mendengar pengumuman yang dibuat oleh Menteri Pelajaran.

Hakikatnya, hingga kini status pengumuman berkenaan masih lagi menjadi tanda tanya kepada bekas GSTT.

Oleh yang demikian, saya mengharapkan agar persoalan tersebut dapat dirungkaikan.

Saya juga amat mengharapkan agar Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pelajaran memberi peluang kepada bekas GSTT untuk menyambung kembali perkhidmatan kerana rata-rata GSTT telah berkhidmat lebih dari setahun dan telah mempunyai pengalaman.

Beri kami peluang untuk mencurahkan khidmat bakti kepada anak bangsa.

SUHANA
Sungai Petani, Kedah

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0531&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm

5/27/11

Semua penjual kereta akan sokong Pakatan Rakyat



Nampaknya semua syarikat penjual kereta terpakai serta individu yang ingin menjual kereta sendiri lepas ni akan sokong Pakatan Rakyat. Makin lama kerajaan Umno BN ni menyusahkan peniaga dan rakyat untuk menjual kereta. Apa jaminan kalau periksa Puspakom kadar kemalangan dan kes kecurian kereta akan menurun? Apa jaminan dengan peraturan baru ini sifar rasuah di Puspakom?

Berita sebelum ini Umno BN menyusahkan rakyat beli kereta terpakai di http://amkns.blogspot.com/2011/05/umno-bn-menyusahkan-rakyat-beli-kereta.html

Kenderaan terpakai wajib diperiksa PUSPAKOM
Berita Harian 27 Mei 2011

PUTRAJAYA: Kerajaan tetap akan menguatkuasakan pindaan terhadap Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010) bermula 15 Jun ini walaupun mendapat bantahan daripada penjual kereta terpakai Malaysia.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe, berkata penguatkuasaan pindaan akta itu perlu dilaksanakan segera bagi melindungi semua pihak termasuk pengguna dan syarikat penjual kereta terpakai.

"Jika diteliti, ia memberi situasi menang-menang kepada semua pihak termasuk penjual kereta terpakai. “Apabila ada individu mahu menjual kereta kepada syarikat terbabit, beliau perlu membawa kereta berkenaan untuk pemeriksaan, baru kereta itu boleh dijual, ini sekali gus memberi perlindungan kepada syarikat penjual kereta terpakai juga,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan dialog bersama Persatuan Penjual Kereta Terpakai Malaysia, di sini, semalam.

Baru-baru ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengumumkan semua kenderaan bermotor terpakai, dibaik pulih dan diubahsuai, termasuk motosikal, diwajibkan menjalani pemeriksaan menyeluruh di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) bagi melindungi pengguna daripada membeli kenderaan curi dan yang dipotong atau disambung.

Pindaan akta itu menetapkan setiap kenderaan terpakai wajib menjalani pemeriksaan 18 perkara di PUSPAKOM.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KenderaanterpakaiwajibdiperiksaPUSPAKOM/Article

Apa kesudahan kes kematian pegawai Kastam di SPRM?



‘Kami nak tahu apa status kes Sarbaini’

KUALA LUMPUR, 27 Mei — Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed mahu polis mendedahkan perkembangan terbaru hasil siasatan kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu dua bulan lalu.
Ini kerana, menurut sumber yang rapat dengan keluarga Ahmad Sarbaini, sehingga kini masih tiada perkembangan, menyebabkan keluarga itu tertanya-tanya status sebenar hasil siasatan tersebut.

Tambah sumber itu, perkembangan terakhir yang diketahui pada 4 Mei lalu di mana kertas siasatan kematian Ahmad Sarbaini akan dihantar semula ke Jabatan Peguam Negara.

“Kami nak tahu apa status terkini sekarang, kami tertanya-tanya apa yang berlaku dan perkembangan kes ini.

“Saya sendiri tertanya-tanya apa status kes ini sekarang, sebab saya lihat macam tidak ada apa-apa yang berlaku... senyap begitu sahaja,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah dilapor pergi ke pejabat itu untuk bertemu pegawai penyiasat berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai Kastam.

Bapa lima anak itu meninggal dunia kerana kecederaan pada bahagian kepala selepas jatuh dari bahagian tinggi bangunan SPRM di Jalan Cochrane, 6 April lalu.

Tegas sumber itu, keluarga Ahmad Sarbaini bimbang jika polis masih berdiam diri dalam perkara itu. lama-kelamaan ia akan “hilang” begitu sahaja.

“Sebab itu kami mahu polis dedahkan perkembangan terkini dalam kes ini, jangan senyap sahaja,” katanya.

“Polis buat macam tak tahu sahaja, yang paling kasihan kami sekeluarga sebab masih menanti perkembangan terbaru,” kata anggota tersebut.

Jelasnya, keluarga Ahmad Sarbaini sudah tidak mahu menunggu lagi dan mahu mengetahui perkembangan hasil siasatan dengan segera.

“Kami nak tahu apa yang berlaku, apa status... jangan senyap macam ini.

“Jangan biarkan kami tertanya-tanya, nak kami tunggu sampai bila? Sudah hampir dua bulan sejak kejadian, tak akan tiada apa-apa perkembangan?” katanya.

Balu Ahmad Sarbaini telah membuat satu laporan polis berhubung kes ini kerana terdapat kesangsian ketika berbual dengan salah seorang pegawai kanan Kastam.

Maziah Manap dalam laporannya awal bulan ini mendakwa bahawa pegawai yang dinamakannya - Ghani - telah memberi gambaran kepadanya bahawa salah seorang kakitangan bawahan terlibat dalam kes berkenaan.

Sumber : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/keluarga-kami-nak-tahu-apa-status-kes-sarbaini/

5/26/11

Stesen Komuter Senawang, Projek Gajah Putih?



Adakah stesen komuter Senawang yang baru siap dibina dan baru beroperasi bakal menjadi satu lagi projek gajah putih di Negeri Sembilan. ADUN (DAP) Senawang , YB P Gunasegaran mendakwa bahawa stesen tersebut tersorok, sukar untuk diakses, kaunter tiket yang kosong. Apa sudah jadi?

Ada ini satu lagi koleksi projek gajah putih di Negeri Sembilan seperti dilaporkan di http://gajahputihn9.blogspot.com/

Hidden commutter station
May 26, 2011

A DAP leader says Senawang residents are in the dark about the existence of a new commuter station in their area.

SENAWANG: “Hidden station” would be the best description for the latest commuter station built in Negri Sembilan, according to Senawang state assemblyman P Gunasekaran.

The DAP leader visited the commuter station here today after receiving numerous complaints from residents that they had to go through a congested junction before making a U-turn to enter the station.

“KTMB (Keretapi Tanah Melayu Bhd) and local authorities should create a junction at the entrance of the commuter train station along the Senawang main road.

“But now those wishing to use the commuter train service coming from the Senawang township have to drive an additional 1.5km before they can enter the station,” he said.

Gunasekaran said the entrance from the Seremban-Tampin road bypassing Taman Bukit Emas was not user-friendly at all.

During the visit, the state assemblyman also noted that the ticket counter was deserted, and not a single commuter was in sight.

While praising KTMB and the state government for their efforts to improve public transportation, Gunasekaran however regretted that the station was not being fully utilised.

“Based on my survey, many people are not aware of the commuter train station. I suggest that KTMB install a much bigger signboard at the entrance of the station near the Senawang road.

“This is because the station is located some 500m from the main road and is not clearly visible from the main road because it is being blocked by buildings,” he said.

“KTMB should promote the station by puting up buntings along streetlights,” he added.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/05/26/hidden-commutter-station

Tiada lagi arak 7 Eleven di negeri Pakatan Rakyat



Arak tiada lagi di 7-Eleven kawasan Melayu

SHAH ALAM, 25 Mei: Januari 2011 lalu kecoh tentang isu penjualan arak di Selangor dan ekoran itu, kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim berjanji akan menyelesaikan isu ini dengan cara yang baik.

Kini, penyelesaian yang dikatakan secara baik itu mula memberikan hasil apabila kedai-kedai serbanika khasnya 7-Eleven di kawasan Melayu tidak lagi menjual minuman keras di kedai mereka.

Tinjauan Harakhdaily di Seksyen 8 Shah Alah, minuman keras tidak lagi dijual di kedai 7-Eleven kawasan itu. Begitu juga di Bandar Tasik Puteri, Rawang. Kedai 7-Eleven kawasan ini juga tidak lagi menjual minuman keras.

Ketiadaan minuman keras di kedai ini mula dirasai sejak awal tahun ini iaitu tidak beberapa lama selepas kerajaan negeri memaklumkan pihaknya akan berbincang dengan rangkaian kedai serbanika tentang hal ini.

Namun di Jalan Pahang Barat, kedai 7-Eleven yang bersebelahan dengan pejabat Harakah sendiri, minuman keras masih dijual di situ. Ini kerana kawasan ini bukan dikira kawasan penduduk Islam.

Pada tahun 2000, berlaku satu demonstrasi di Bandar Baru Bangi. Demonstrasi itu membantah penjualan arak secara yang berleluasa di kedai serbanika khasnya 7-Eleven di kawasan penduduk Islam itu.

Pada tahun 2006, Penduduk Taman Melati, Gombak juga membuat bantahan yang sama apabila mereka membantah jualan arak di kedai rangkaian 7-Eleven itu. (gambar bawah)

Bagi mereka, kedai serbanika yang beroperasi 24 jam itu telah menjadi punca ketagihan arak di kalangan remaja apabila mereka membeli arak di situ selepas tengah malam, ketika tidak ada ramai orang.

"Kita tidak mahu gunakan kekerasan atau undang-undang dalam hal ini," kata Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor selepas mengadakan pertemuan dengan para pengusaha kedai serbanika ekoran isu peraturan jualan arak di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MBSJ) berbangkit Januari lalu.

Usaha ugar jualan arak dikawal telah dibangkitkan oleh PAS sejak tahun 1990 apabila parti Islam itu mula memenangi Kelantan.

Ketika umat Islam tidak mahu didedahkan dengan minuman keras, hak penduduk bukan Islam dijaga untuk terus mempunyai hak itu.

PAS Pusat sendiri pada 2009 menggesa Kerajaan Selangor menguatkuasakan larangan penjualan arak secara terbuka sepertimana dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu kerana melibatkan sensitiviti orang Islam.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, mengikut garis panduan penjualan minuman keras di Kelantan dan Terengganu, ia tidak boleh dibuat secara terbuka di kawasan berpenduduk majoriti Islam.

“Setakat ini, kedua-dua negeri itu melaksanakan enakmen melarang penjualan minuman keras secara terbuka di kawasan yang majoriti penduduk Islam dan kaedah ini berjaya,” katanya pada satu sidang media.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Selangor, Hasbullah Mohd Ridzwan berpandangan, situasi tiada penjualan arak di kawasan majoriti Islam ini hasil rundingan dan persefahaman kerajaan negeri dengan pengeluar dan penjual minuman keras.

"Setakat yang kita tengok memang di 7-Eleven kawasan majoriti Islam tak jual arak.

"Pemuda melihat ada persefahaman di antara kerajaan negeri dan pihak yang terlibat dengan pengeluaran arak ini," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Menurutnya, Umno BN di bawah Dr. Khir Toyo dahulu tidak prihatin terhadap sensitiviti umat Islam apabila membiarkan arak dijual secara terbuka di kawasan majoriti Islam.

"Pemuda melihat kerajaan BN dahulu tidak mengambil perhatian soal sensitiviti masyarakat setempat tapi Pakatan sekarang mengambil berat soal itu dan melarang penjualan arak secara terbuka.

"Kerajaan negeri hanya membuat pengawalan kepda orang Islam sahaja, orang bukan Islam tak ada masalah," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut bersetuju dengan langkah kerajaan negeri yang menitik beratkan soal pencegahan dan kesedaran mengenai bahaya arak.

"Pemuda menyokong segala program kesedaran mengenai keburukan arak dan semua pun tahu dalam keadaaan masyarakat kita, banyak keburukan berpunca daripada minum arak," katanya.

Dalam pada itu kerajaan negeri pada Januari lalu juga mengumumkan peruntukan RM10 juta bagi membantu umat Islam yang terbabit dengan urusan arak mencari pekerjaan alternatif.

“Menerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan, wang tersebut akan digunakan untuk menawarkan mereka latihan keusahawanan dan bantuan modal bagi memulakan perniagaan.

“Antara sektor perniagaan yang ditawarkan bantuan modal adalah kecantikan, jahitan, masakan, membaiki telefon bimbit dan lain-lain,” kata exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari.

Langkah ini sebagai satu cara membantu orang Islam mengelakkan diri daripada terus bekerja di premis pembuatan arak secara berperingkat-peringkat.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3471-arak-tiada-lagi-di-7-eleven-kawasan-melayu

Pemuda Umno bantah konsert Wali Band di N.Sembilan?



Agak-agaknya lah kan, Pemuda Umno Negeri Sembilan nak persoalkan tak kewajaran Konsert Wali Band yang akan diadakan di Nilai , Negeri Sembilan pada 15 dan 16 Julai 2011 ini? Tahun lepas Pemuda Umno Kelantan telah mempersoalkan kewajaran Wali Band mengadakan persembahan di Kota Baharu.

KONSERT AMAL WALI BAND
TARIKH: 15 DAN 16 JULAI 2011 (JUMAAT DAN SABTU)
TEMPAT: STADIUM TERTUTUP NILAI, NEGERI SEMBILAN

Anjuran Angkatan Seni Baru, Yayasan Negeri Sembilan

Maklumat pembelian tiket, pembukaan gerai jualan dan pembelian t-shirt, sila hubungi Fashar Event & Entertainment di talian 06-6017383 / 06-6015891.
Sumber http://serembanmaya.blogspot.com/2011/05/konsert-amal-wali-band.html

Pemuda Umno Persoal Kewajaran Benarkan Persembahan Wali Band

KOTA BAHARU, 31 Dis (Bernama) -- Pergerakan Pemuda Umno Kelantan hari ini mempersoalkan kewajaran kerajaan Kelantan membenarkan sebuah kumpulan popular dari Indonesia, Wali Band mengadakan persembahannya disini malam ini yang semata-mata bermotifkan politik.

Ketuanya Anuar Safian berkata memang menghairankan Kelantan yang dahulunya langsung tidak membenarkan konsert seumpama itu diadakan di negeri itu tetapi kini demi mendapat sokongan golongan muda, parti itu sanggup melakukan apa sahaja.

"Dahulu persembahan seperti ini dianggap haram kerana terdapat percampuran lelaki dan perempuan tetapi apa kewajaran sehingga membenarkan kumpulan luar negara pula mengadakan persembahan.

"Apakah tidak akan berlaku percampuran lelaki dan perempuan dan tidak adakah kumpulan nasyid yang hebat di negara kita untuk membuat persembahan seperti ini," katanya selepas majlis sumbangan beg sekolah kepada murid-murid pendidikan khas Pejabat Pelajaran Daerah Kota Baharu di sini Jumaat.

Majlis itu dianjurkan Biro Sosial dan Etika Pergerakan Pemuda Umno Malaysia yang dipengerusikan Anuar dan penyerahan beg itu disempurnakan Pegawai Pelajaran Daerah Kota Baharu Che Ab Aziz Daud.

Malam ini kumpulan itu dijadual mengadakan persembahan di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV atas nama Amal Cakna Palestin yang dianjurkan Sekretariat Misi Cakna Palestin dengan kerjasama Kerajaan Negeri.

Penganjurnya semalam berkata persembahan itu merupakan satu lagi usaha untuk memberi peluang kepada orang ramai membantu mangsa kezaliman Yahudi di bumi Palestin.

Mengulas perkara itu, Anuar berkata ia juga seperti membenarkan persembahan pada malam tahun baru dan tidak ada bezanya dengan sambutan di tempat lain.

Ketika ditemui pemberita di sini Jumaat, ketua kumpulan Wali Band, Sarhan Miftahuddin berkata kumpulan itu bercadang untuk memperluaskan dakwah melalui lagu-lagu bercorak Islam ke seluruh nusantara.

Sarhan, yang juga penyanyi utama, berkata beliau mahu kumpulannya dilihat sebagai gerakan dakwah alternatif bagi menarik golongan sasaran terdiri daripada anak-anak muda melalui muzik.

"Dakwah secara santai ini lebih ringan dan mudah difahami anak-anak muda zaman kini," katanya.

Tiga lagi anggota kumpulan itu ialah Aan Kurnia Maduri (pemaingitar utama); Ikhyan Bestomi Nursalam (pemain dram) dan Hamzah SasiHidayat (pemain gitar bass).

Walaupun sudah empat kali mengadakan persembahan di negara ini, namun Kelantan adalah negeri pertama di Pantai Timur yang dikunjungi atas jemputan urusetia Sekretariat Misi Cakna Palestin dengan kerjasama kerajaan negeri.

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=553556

5/24/11

Majlis Letak Batu Asas Landasan Pesawat di Rembau?



Apakah projek Landasan Pesawat Kecil di Rembau ini sekadar omongan kosong, gula-gula kempen politik? Apakah begitu rendah sekali pemikiran orang Rembau diperlaku semacam angan-angan Mat Jenin. Apa sudah jadi dengan projek Hospital Rembau yang sejak tahun 2008 lagi, yang masih ada hanya Batu Asas.

Ya, bukan main hebat Majlis Perletakan Batu Asas Hospital Rembau pada tahun 2008, bukan main banyak khemah dipasang, tapi dah lebih 3 tahun, tinggal batu asas saja seperti laporan berikut http://amkns.blogspot.com/2011/02/siapa-yang-menjanjikan-hospital-kepada.html

Landasan pesawat kecil dibina di Rembau
Utusan Malaysia 21 Feb 2008

Seremban 20 Feb. - Rembau akan terus membangun apabila kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil untuk kegunaan Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tapak untuk landasan itu telah pun dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau.

Menurutnya, ketika ini kajian menyeluruh mengenainya sedang dijalankan oleh kerajaan termasuklah mengambil kira kesesuaian kedudukannya.

“Kita akan buat landasan untuk Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan yang jaraknya lebih kurang 700 meter. Ia sesuai untuk digunakan oleh pesawat kecil seperti Cessna atau mikrolite.”

“Kawasannya juga telah dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau. Di situ nanti, ia akan menjadi pusat latihan penerbangan untuk kelab berkenaan,” kata beliau di sini semalam.

Tambah Mohamad, buat masa ini kajian terhadap tanah di situ sedang dilakukan kerana ia merupakan tanah kampong.

“Kawasan itu adalah tanah kampong dan kalau kosnya tinggi, kita akan cari lokasi lain. Tetapi buat masa ini, kita berpendapat kawasan yang sesuai adalah di Rembau kerana tanahnya tidak berbukit dan ia di luar laluan kapal terbang,” jelas beliau.

Wanita PKR Kuala Pilah anjur Majlis Santai 27 Mei 2011



Dalam usaha mengenali dan mendekatkan diri dengan pengundi Kuala Pilah, Wanita KEADILAN Cabang Kuala Pilah akan menganjurkan Majlis Santai Malam pada Jumaat 27 Mei 2011 ini.

Majlis yang dijadualkan berlangsung jam 8.30 malam itu akan diadakan di warung DT. Corner, Kg. Dioh Tengah, Jalan Sg. Dua, Kuala Pilah.

Antara tetamu yang diundang khas bagi memeriahkan majlis tersebut ialah Naib Presiden KEADILAN yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, Ustazah Maryam Naam wakil dari PAS dan wakil-wakil dari DAP.

Orang ramai dijemput beramai-ramai hadir bagi memeriahkan majlis tersebut di samping dapat beramah mesra dengan wakil rakyat.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14061

Umno BN menyusahkan rakyat beli kereta terpakai



Ini satu lagi projek kerajaan Umno BN yang menyusahkan rakyat yang dah susah. Rakyat nak jimat duit beli kereta terpakai, rakyat yang tak ada duit nak jual kereta dibebankan lagi dengan pemeriksaan Puspakom atas alasan keselamatan dan elak kereta curi. Apa jaminan Umno BN jika ini dilaksanakan statistik kemalangan dan kecurian kereta akan menurun?

Sampaikan Menteri Pengangkutan MCA BN pun tak setuju dengan pemeriksaan Puspakom sampai 2 kali dilaporkan dalam The Star dibawah pada 24 Mei 2011 (Utusan Malaysia tak minat cerita macam ni kerana wartawan Utusan kaya-kaya, semua beli kereta baru).

Macam kes Berita Baik Untuk Semua Guru sempena Hari Guru tempoh hari. Entah mana otak dan timbang rasa pemimpin Umno BN sekarang ini?

Sila baca artikel sebelum ini , Tak lakulah kereta terpakai, tambah lagi beban rakyat di http://amkns.blogspot.com/2011/04/tak-lakulah-kereta-terpakai-tambah-lagi.html

Pakcik-pakcik di Felda, kalau ada kereta terpakai atau kereta buruk, simpan saja buat tukun. Duit banyak beli kereta baru je.

Kong: Two checks will burden motorists who wish to sell their vehicles
The Star
Tuesday May 24, 2011

BUTTERWORTH: It will be a burden to motorists if they are required to send their used vehicles for two Puspakom inspections before selling them, said Transport Minister Datuk Seri Kong Cho Ha.

He said he had directed the Road Transport Department to discuss with the Domestic Trade, Cooper-atives and Consumerism Ministry for a single inspection .

“I believe there should only be one inspection,” he said when launching HSJBC Corporation Sdn Bhd's JBC light truck in Jalan Sungai Lokan here yesterday.

Following amendments to the Hire-Purchase Act that were approv-ed by Parliament recently, all used vehicles going on sale will have to undergo an extensive B7 inspection at Puspakom effective June 1.

The inspection comprises 18 visual and four computerised checks on the vehicle before it can be certified roadworthy. Only then can the transfer of ownership be effected.

At present, only four checks are done - on the chassis number, the engine number, windows and windscreens as well as cut-and-join parts.

Under the new ruling, the vehicles are required to be inspected twice, during the transfer of ownership and when the bank loan is approved.

On a different matter, Kong told reporters that electric vehicles, mainly motorcycles, could now be registered following amendments to the Road Transport Act.

“Prior to the amendment, owners were required to register the vehicle's chassis number and engine number.

“But since electric vehicles do not have an engine, we have amended the Act to allow them to be registered under their chassis number,” he said.

However, he cautioned that electric vehicles still needed to get approvals from Sirim and the Department of Standards to ensure that they complied with Malaysian standards.

Kong said the ministry had received numerous applications from companies that wanted to retail electric vehicles.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2011%2F5%2F24%2Fnation%2F8739962

Kisah Ketua Menteri Pulau Pinang seorang Bekas Banduan



Satu kisah yang menarik diceritakan oleh Zairil Tan Sri Khir Johari yang merupakan Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang mengenai perjalanan hidup seharian Lim Guan Eng yang serba sederhana dan begitu komited menjalankan tugas sebagai pemimpin negeri.

Iktibar Politik Daripada Seorang Bekas Banduan
23 May, 2011

Bekas banduan, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Minum teh tarik percuma

“Saya bekerja untuk Lim Guan Eng.”

Ayat ringkas di atas itu tidak pernah gagal mendapatkan saya sekurang-kurangnya secawan teh tarik percuma. Tiada sesiapa yang tidak ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai insan yang kini menjawat sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bagaimanakah perwatakan beliau? Adakah benar cerita ini atau cerita itu? Kerap kali soalan-soalan yang diajukan ternyata kurang munasabah, tetapi begitulah jadinya apabila saluran maklumat di negara kita menjadi mainan propaganda pihak yang berkuasa.

Jika berkesempatan, saya akan menerima minuman yang ditawarkan. ‘Bayarannya’ hanya sekadar meluahkan sedikit masa untuk menceritakan sedikit tentang seorang personaliti yang dikenali tetapi mungkin tidak difahami ramai.

Jadi, sebelum saya bermula, terima kasihlah atas kemurahan hati anda. Teh tarik kurang manis satu!

Amat sukar untuk saya membayangkan kedinginan dan kesepian seseorang yang terpaksa mendiami bilik yang berjeriji besi atau kesuraman yang pasti menyelubungi sesebuah jiwa dalam ringkukan, dan sememangnya itu bukan suatu pengalaman yang saya citai. Yang pastinya, jika saya dihantar ke penjara, apatah lagi tanpa melakukan apa-apa kesilapan, dan tambahan pula kerana menjunjung kebenaran, sudah tentu saya tidak akan mudah melepaskan kesumat dalam hati.

Namun manusia tersebut yang saya kenali hari ini tidak menyimpan walau segumpal perasaan benci atau dendam terhadap pihak-pihak yang telah menzaliminya.

Pernah beliau berkata kepada saya, dan sememangnya jarang perkara ini ditimbulkan, sewaktu dalam perjalanan pulang setelah selesai satu malam berceramah di kawasan pedalaman: “Saya tidak sesekalipun mengingini perkara yang sama akan menimpa kepada mereka. Jalan kebenaran mungkin dipenuhi keperitan, tetapi kejayaan pasti menunggu.”

Begitulah ulasan seorang bekas banduan yang dua belas tahun lalu terpaksa bercangkung dengan tahanan-tahanan lain sambil berpakaian baju Pagoda dan seluar pendek warna putih. Walaupun jasadnya ketika itu menjadi kurus dan kendengkik, jiwanya tidak pernah patah dan kini beliau sudah berjaya menawan jawatan tertinggi di negeri Pulau Pinang.

“Lagipun, pengalaman pahit saya tidak seberapa jika dibandingkan dengan kesengsaraan Nelson Mandela yang terpaksa meringkuk hampir selama tiga dekad. Tetapi sekarang kita sudah lihat. Akhirnya, kemenangan akan berpihak kepada yang benar.”

Itulah falsafah yang dipikul Saudara Lim Guan Eng, dan itulah pengajaran pertama saya.

Setelah beberapa bulan menjadi pegawainya, sudah tidak mengejutkan lagi jika telefon berdering ketika tengah malam buta ataupun sebelum berkumandangnya azan Subuh. Malah sudah menjadi perkara biasa. Sesungguhnya sesiapa yang bekerja untuk Lim Guan Eng itu harus bersedia mengikut jadual kerjanya yang memaksimumkan setiap detik dalam setiap hari.

Tetapi inilah kehidupan pejuang politik. Masa kita milik rakyat. Kepentingan ramai selalu diutamakan daripada kepentingan peribadi. Petua ini wajib dijadikan panduan kita, yakni ‘utara benar’ dalam perjuangan politik. Dan dasar itulah yang menjadi pegangan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Baginya, jawatan yang disandang adalah satu amanah yang cukup berat untuknya. Kerana itu, segala perbelanjaan wang rakyat hendaklah dilakukan dengan penuh ikhtiar dan tanggungjawab.

Antara tindakan yang pertama yang dijalankannya sebaik sahaja mengambil alih pejabat Ketua Menteri adalah untuk melaksanakan dasar tender terbuka dalam semua kerja pembekalan dan pemerolehan awam. Cara yang telus ini membawa keuntungan kepada pengusaha dan kontraktor yang tulen dan bekerja keras, dan menimbulkan kesukaran kepada syarikat-syarikat kroni yang bergantung kepada modus operandi ‘subkontrak’.

Selepas tiga tahun berlangsungnya sistem tender terbuka di Pulau Pinang, sudah jelas terbukti faedahnya apabila ramai kontraktor Melayu yang dahulunya tidak mendapat peluang kerana kurang ‘kabel’ sekarang telahpun berjaya melalui kebolehan dan daya saingan sendiri untuk membekalkan perkhidmatan dan produk mereka kepada Kerajaan Negeri. Sesungguhnya kejayaan juga akan memihak kepada yang jujur dan bekerja keras.

Kebenaran dan ketelusan sememangnya menjadi ciri-ciri khas kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Tetapi apakah rahsia disebalik penjelmaan semula Pulau Mutiara yang telah berlaku dalam masa tiga tahun yang lepas?

“Semuanya bermula dari kepala,” tegas Lim Guan Eng. “Apa-apa perubahan hanya boleh dilakukan jika dipandu dari pucuk pimpinan.”

Begitulah caranya berlaku reformasi dalaman dalam Kerajaan Negeri. Sesiapa yang pernah melawati Pulau Pinang dalam tempoh tiga tahun yang lepas ini pasti terkagum dengan kebersihan yang ketara, apa-apa lagi di sebuah negeri yang dahulunya diberi imbuhan ‘Darul Sampah’.

“Saya tidak menukar pekerja-pekerja Pihak Berkuasa Tempatan. Pekerjanya masih sama. Tetapi yang ditukar adalah pimpinannya, di mana saya telah memilih pegawai yang paling cekap dan berdisiplin untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya.” Kedua-dua Yang DiPertua MPPP (Majlis Perbandaran Pulau Pinang) serta MPSP (Majlis Perbandaran Seberang Perai) sudah menjadi punca kebanggaan Lim Guan Eng. Kebetulan juga mereka berdua merupakan wanita. “Jika kepala bersikap bersih dan tegas, anggota yang lain akan mengikut secara sendiri.”

Prinsip ini juga mewarnakan cara pimpinan beliau sebagai Ketua Menteri. Salah satu tanggungjawab yang paling penting bagi seorang pemimpin adalah untuk menunjukkan teladan yang konsisten.

Pernah sekali saya mengikuti beliau ke luar negara, di mana kita telah berjumpa dengan seorang saudagar asing. Kerana mengejar sebuah projek yang bernilai besar di Pulau Pinang, jadi bermesralah si saudagar itu dengan Ketua Menteri. Namun, apabila cubaannya untuk memujuk Ketua Menteri nyata tidak berjaya, saudagar itu pun membuka mulut menawarkan sejumlah wang ringgit yang tidak kurang menakjubkan, sebagai dorongan untuk mendapatkan projek tersebut.

Dengan air muka yang jengkel, Lim Guan Eng menjawabnya dengan ringkas: “Saya bukan seperti menteri-menteri lain dari Malaysia. Jika anda hendakkan projek itu, anda boleh menyertai proses tender terbuka. Selain daripada itu, saya tidak boleh membantu.” Sambil tersenyum malu, sambil ahli peniaga itu meminta diri.

Itulah yang dikatakan memimpin melalui teladan. Sebagai kepala Kerajaan Negeri, Lim Guan Eng tidak pincang dalam perlakuannya. Dugaan silamnya tidak diendahkan, justeru tumpuan sepenuhnya dicurahkan ke atas jalan di hadapan, iaitu jalan yang akan membawa kemajuan dan keadilan kepada seluruh rakyat Pulau Pinang secara khusus dan rakyat Malaysia secara am.

Yang pasti, segala jenis dakwaan dan tuduhan tidak akan berhenti dilemparkan kepadanya. Namun begitu, iltizamnya tidak akan gentar. Seperti yang ditegaskan beliau, kebenaran itu adalah mutlak. Walau apa pun cabaran, jangan kita terpesong daripada ‘utara benar’, iaitu asas perjuangan politik kita.

Dan kini berakhirlah cerita saya, sepertimana habisnya teh tarik yang terlebih kurang manisnya. Terima kasih kerana mendengar.

Sumber : http://zairil.wordpress.com/2011/05/23/iktibar-politik-daripada-seorang-bekas-banduan/

5/23/11

Malaysia cipta rekod, 10 tertinggi di dunia minum arak



Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO telah meletakkan Malaysia sebagai negara ke 10 tertinggi di dunia dalam jumlah pengambilan atau minum arak oleh rakyatnya. Rakyat negara ini membelanjakan RM1.5 bilion untuk arak setahun. Ini adalah perkara yang amat serius tetapi tidak diambil berat oleh banyak pihak untuk membendungnya, demikian laporan akhbar The Star 23 Mei 2011 (Utusan Malaysia tak berminat ulas isu ini agaknya)

Monday May 23, 2011
Malaysia ranked world’s 10th largest consumer of alcohol
By CHRISTINA TAN
chris@thestar.com.my

KUALA LUMPUR: Malaysia has been named by the World Health Organisation (WHO) as the world’s 10th largest consumer of alcohol despite its small population and size.

Statistics by the international body this year also showed that Malaysians spent over US$500mil (RM1.5bil) on alcohol with a per capita consumption of seven litres.

Beer consumption in Malaysia is 11 litres per capita.

Deputy Women, Family and Community Development Minister Heng Seai Kie said the problem of alcohol consumption in the country was getting serious.

“Alcohol is not only causing a lot of health issues but is also contributing to a significant number of accidents,” she said here yesterday.

Heng was speaking to reporters after launching booklets and seminars on “Promote Healthy lifestyle: Reduce Alcohol Harm” organised by the Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) and supported by IOGT International, a worldwide community of non-governmental organisations, and the National Association of the Prevention of Drug Abuse (Pemadam).

She said the ministry, through the National Population and Family Development Board, would hold a campaign to create awareness on the danger of alcohol abuse.

She said 10 seminars would be held nationwide this year.

They would be conducted in Mandarin, Malay, English and Tamil and were aimed mostly at those from the Chinese and Indian communities, which had a high alcohol abuse rate.

“The public has to understand that alcohol is not part of our culture and it will bring harm if it is abused,” she said.

Earlier, in his speech, KLSCAH secretary-general Yong Yew Wei said the Road Safety Council estimated that drinking and driving caused 30% of road accidents nationwide, with 38% of these resulting in fatalities.

“A study also shows that absenteeism from workplace among alcoholics is 16 times higher than others,” he said, adding that non-governmental bodies played a vital role in promoting a healthy lifestyle.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/5/23/nation/8737875&sec=nation

Malaysia antara 10 tertinggi ambil arak di dunia
Written by Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Biarpun mempunyai bilangan rakyat hampir 26 juta sahaja, namun Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi dalam pengambilan arak di dunia, kata Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud (gambar).

Mendedahkan perkara itu di Dewan Rakyat lewat petang ini, beliau berkata, rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras.

"Penjualan beer berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun," dedahnya lagi sewaktu membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong.

Menurutnya, pengambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun semakin meningkat iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka mengambilnya secara berterusan.

Antara faktor peningkatan itu, jelasnya kerana mungkin arak jenis beer sangat mudah diperolehi di kedai-kedai.

Lebih membimbangkan apabila pendedahan arak dibuat di peringkat umur yang lebih awal.

Beliau sewaktu mengemukakan satu kajian, 19 peratus di kalangan pelajar sekolah menengah mengaku pernah meminum arak, manakala 1 peratus mengaku mengambilnya secara berterusan.

"Dalam satu kajian yang dilakukan ke atas pesakit yang dimasukkan ke hospital KL pada tahun 1993, 48 peratus daripada yang ditanya mengaku minum arak.

"Satu pertiga ketagih arak, 61 peratus adalah Cina, 60 peratus India dan 30 peratus Melayu,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, kerajaan dilihat tidak memberi perhatian sewajarnya kepada isu ketagihan arak dan sering mengatakan ianya isu kaum India.

Arak juga jelasnya, dibuktikan bukan sahaja membahayakan kesihatan dan menyebabkan gejala sosial, namun kos rawatan penyakit disebabkan arak juga lebih tinggi berbanding pendapatan penjualannya.

"Negara kita dalam fasa lima mengaku bahawa Islama adalah agama Persekutuan, apakah menyebabkan dadah kita panggil najis dan sekiranya didapati mengedar dadah boleh dihukum gantung sampai mati.

"Tapi minuman keras, nikotin pada rokok, diberi layanan yang lain dan boleh didapati dengan berleluasa. Atas alasan apakah minuman keras tidak dimasukkan sekali dalam akta dadah merbahaya sedangkan kesannya atas kehidupan rakyat begitu meluas sekali," soalnya lagi.

Trend di Asia, katanya menunjukkan peningkatan ketara setiap tahun berbanding trend di negara Eropah yang semakin menunjukkan penurunan akibat kempen mereka yang agresif.

Peningkatan di negara ini juga, jelasnya akibat undang-undang terlalu longgar seperti Akta Aksais Seksyen 32 (1)(a) dan (b) mengecualikan penjualan todi dan beer dalam tin dan botol.

"Apabila saya menang di Kota Raja, saya didatangi sekumpulan India dari golongan pertengahan dan rendah.

"Mereka meminta tolong saya supaya memastikan arak dan todi tidak dijual secara mudah di kedai-kedai runcit," katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, arak dan todi di kedai-kedai runcit pada waktu ini boleh diperolehi dalam plastik dengan harga RM2 atau RM3.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=25766:malaysia-antara-10-tertinggi-ambil-arak-di-dunia&catid=1:utama&Itemid=50

5/21/11

Roketkini muncul Isnin ini, akses DAP kepada suara Melayu



Paparan Facebook yang mempromosikan kemunculan Roketkini mulai Isnin ini.

KUALA LUMPUR, 21 Mei 2011 — Di sebalik kesukaran mengikis label sebagai parti cauvinis Cina, DAP meneruskan misinya mahu mendengar suara kaum Melayu menerusi landskap media atas talian dengan memperkenalkan laman web berita, langkah yang menurut komponen Pakatan Rakyat (PR) itu seharusnya telah diambil sejak dahulu lagi.

Hanya beberapa hari selepas naib pengerusinya Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengakui bahawa parti itu telah gagal menarik sokongan orang Melayu yang disasarkan, DAP akan melancarkan laman web dalam Bahasa Malaysia, Roketkini.com dengan harapan dapat mendampingi orang Melayu dengan maklumat terkini.

“Buat masa sekarang, ada jurang besar bagi kami di media Bahasa Malaysia. Anda tidak mendengar apa-apa mengenai DAP kecuali (maklumat) kami diserang,” kata setiausaha politik kepada setiausaha agung DAP Zairil Khir Johari.

Parti majoriti ahlinya kaum Cina itu terus-menerus didakwa oleh Umno, parti teras dalam Barisan Nasional (BN) dan media Bahasa Malaysia sebagai mengamalkan politik perkauman.

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia secara konsisten menyerang DAP kononnya mahu merampas kuasa politik orang Melayu.

Roketkini, menurut Zairil, bukan sahaja akan bertindak sebagai portal berita tetapi juga sebagai “jenama bagi kami untuk mengadakan forum-forum, perbincangan dan acara-acara dalam Bahasa Malaysia untuk mendekati demografi ini.”

Zairil, yang menganggotai lembaga penasihat bagi laman web itu menambah, meskipun Roketkini akan menyediakan maklumat bagi khalayak bandar, tetapi ia juga akan bertindak sebagai alat untuk mendampingi masyarakat Melayu luar bandar.

“DAP tiada (sokongan) akar umbi di kawasan luar bandar. Jadi, meskipun kami ada akhbar Rocket versi Bahasa Malaysia, sukar bagi kami untuk mengedarkannya.

“(Jadi), laman web ini sebenarnya akan menyelesaikan masalah pengedaran yang kami hadapi meskipun orang Melayu berpendapatan rendah kemungkinan tiada komputer, tetapi mereka masih akses kepada Internet pada masa sekarang,” katanya.

Roketkini akan dilancarkan Isnin ini.

Editor Wan Hamidi Hamid berkata, “tidak kira sama ada mereka Mat Rempit, mereka ada akaun Facebook”.

“Kebanyakan membawa komputer bimbit dan menggunakan Facebook, kerana ia murah, lebih murah berbanding telefon pintar,” kata wartawan veteran ini.

Penyusun strategi parti, Liew Chin Tong pula memberitahu undi orang muda kawasan bandar merupakan sokongan masa depan memandangkan 72 peratus rakyat Malaysia berusia 40 dan merangkumi separuh daripada pengundi yang layak.

Katanya, kira-kira 65 peratus penduduk negara ini tinggal di kawasan-kawasan bandar.

Zairil juga berkata, keseluruhan bahan disajikan dalam Bahasa Malaysia meskipun penulis dan penyumbangnya datang dari pelbagai latar belakang.

Bagaimanapun DAP tidak pasti sejauh mana impak langkah terbaru ini dari segi sokongan undi kelak.

Ketika spekulasi semakin kuat bahawa pilihan raya umum ke-13 akan dipanggil bila-bila masa, PR masih bekerja keras untuk mendapatkan balik pengundi-pengundi Melayu yang sudah mula beralih kepada pesaing mereka berbanding ketika pilihan raya umum 2008.

Bagaimanapun Wan Hamidi berkata, matlamat utama ialah mengetengahkan pandangan dan pendirian DAP dalam laman Bahasa Malaysia dan menjana debat di kalangan komuniti Melayu.

“Kami sepatutnya telah mengambil langkah ini sejak dulu lagi. Dengan (mempunyai) khalayak Melayu, kami tiada apa-apa untuk rugi dan boleh memperoleh banyak kelebihan,” kata Zairil.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/roketkini-muncul-isnin-ini-akses-dap-kepada-suara-melayu/

5/20/11

Ramainya Guru 1Malaysia marah pada Najib dan Muhyiddin



Berita baik hanya gembirakan pengetua, GPK

Berita Harian 2011/05/20

APABILA kerajaan mengumumkan berita baik untuk guru sempena Hari Guru baru-baru ini, majoriti saya lihat dan dengar ialah tidak enak didengar. Antara komen mereka ialah apa yang guru dapat? Nasib guru DG41, DG44 baik sekolah menengah ataupun sekolah rendah seperti terpinggir.

Berita baik itu hanya menggembirakan pengetua dan guru penolong kanan (GPK) yang bertukar secara automatik kepada DG48 atau DG52 yang mana ada antara mereka ini berkhidmat tidak sampai 10 tahun. Kononnya tugas mereka berat? Saya berpendapat tugas guru biasa lebih berat daripada mereka. Saya berpendapat tugas pengetua dan GPK, kerani biasa pun boleh buat. Itulah sebabnya kerani lebih banyak di pejabat. Sebab semuanya kerani yang buat. Jadi di mana rasionalnya kerajaan menaikkan gred GPK dan pengetua kepada DG48 dan 52 secara automatik mulai 1 Januari 2012? Tugas guru biasa lebih berat sebab mereka mengajar. Tugas mengajar sangat berat. Jika murid gagal, guru biasalah yang membantu murid meningkat. Sebab itu guru biasa sanggup buat kelas tambahan dan pulang lewat. Hasilnya sekolah akan meningkat prestasi muridnya.

Siapa yang dapat nama? Biasanya pengetua. Pada hal semua idea datang dari guru biasa itu sendiri. Mereka buat kertas kerja dan jawatankuasa. Pengetua hanya tanda tangan dan berilah sikit komen.

Begitu juga dengan GPK. Semua tugas berat, guru biasalah yang buat. Mereka kurang idea dan salah satu kerja mereka meronda dan tugas ini juga boleh dilakukan kerani.

TLS JELEBU,
Negeri Sembilan.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Beritabaikhanyagembirakanpengetua_GPK/Article

Lagi Guru 1Malaysia marah pada Najib dan Muhyiddin



Utusan Malaysia 19/05/2011

Rintihan hampa seorang guru

Umum tahu 16 Mei setiap tahun adalah Hari Guru. Saya sendiri sudah 12 tahun bersara sebagai guru.

Saya teringat sambutan Hari Guru tahun 1977. Sambutan peringkat kebangsaan diadakan di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. Tiga atau empat hari sebelum tarikh tersebut, saya menerima sepucuk telegram daripada Jawatankuasa Sayembara Mengarang Novel Hari Guru 1976, menjemput saya ke majlis penyampaian hadiah di Dewan Tunku Canselor kerana karya saya berjaya memenangi salah satu hadiah tersebut.

Walaupun saya hanya mendapat hadiah sagu hati, saya rasa amat gembira, berbaloi penat lelah saya selama lebih kurang enam bulan menghasilkan karya saya berjudul Keretapi. Sesuai dengan judul novel, saya membawa isteri dan anak yang ketika itu berusia lima tahun menaiki kereta api dari Alor Setar ke Kuala Lumpur.

Apabila sampai ke Dewan Tunku Canselor, saya dan lima pemenang lagi disambut oleh seorang petugas. Dibisikkan kepada saya bahawa di kalangan pemenang sagu hati, novel Keretapi adalah yang terbaik. Malah dibisikkan ia dicadang dijadikan buku teks sastera tingkatan tiga.

Saya hanya tersenyum. Saya tidak yakin novel saya akan terpilih. Novel saya hanya novel kanak-kanak. Kisah dalam novel itu hanya kisah biasa sahaja. Lagipun saya seorang penulis yang langsung tidak dikenali. Ketika itu saya hanya menulis dua buah buku, sebuah novel kanak-kanak dan sebuah kumpulan cerpen kanak-kanak terbitan Saudara Sinaran Berhad Pulau Pinang terbitan tahun 1967, sepuluh tahun terdahulu dari tarikh Hari Guru 1977.

Pemenang-pemenang hadiah utama iaitu Saudara Baharudin CD, Abd. Talib Hassan dan Ibrahim Omar adalah penulis-penulis yang sudah terkenal pada masa itu. Novel Desa Pingitan karya Ibrahim Omar telah pun dijadikan teks Sastera tingkatan lima. Tentu novel-novel mereka lebih berpeluang menjadi buku teks sastera bagi kelas seperi tingkatan tiga. Cukuplah novel saya menjadi buku bacaan di perpustakaan sekolah, saya terfikir.

Hari itu kami menerima hadiah masing-masing daripada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu menjadi Menteri Pelajaran. Masa itu hadiah tidaklah besar, hadiah utama RM3,000, RM2,000 dan RM1,000. Pemenang hadiah saguhati hanya menerima RM500 sahaja. Saya rasa sangat gembira bukan kerana RM500 tetapi mengenangkan tak berapa lama lagi saya akan melihat novel Keretapi di kedai-kedai buku termasuklah melihat novel itu di perpustakaan di sekolah tempat saya mengajar.

Tidak berapa lama kemudian, novel-novel yang mendapat hadiah utama diterbitkan. Saya membeli ketiga-tiga buah novel tersebut. Saya menunggu penerbitan novel saya pula. Tunggu punya tunggu tidak juga diterbitkan. Saya menulis di akhbar Utusan Malaysia, bertanyakan hal ini tetapi tidak mendapat reaksi dari mana-mana pihak. Saya amat kecewa.

Kemudian, saya menyertai Peraduan Menulis Novel Kanak-Kanak anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Saya tidak memenangi sebarang hadiah. Saya berasa sedikit terkejut apabila DBP menghubungi saya mengatakan bahawa pihak DBP akan menerbitkan novel saya berjudul Cahaya dengan sedikit pindaan.

Saya tersenyum memikirkan novel saya yang kalah pun dapat diterbitkan. Pihak DBP mahu saya memberi persetujuan akan pindaan yang mereka buat. Saya pun bersetuju. Judul novel saya Cahaya telah ditukar kepada Inah. Saya merasakan tindakan DBP meminda manuskrip saya kerana mahu menyesuaikan isi buku untuk kanak-kanak dengan pembaca di kalangan kanak-kanak. Novel Inah telah dicetak dua kali. Terima kasih tak terhingga kepada DBP.

Hari ini, setelah menunggu 34 tahun, novel yang saya menangi ketika hadiah Sayembara Novel Hari Guru 1976 tidak juga diterbitkan. Saya berasa kecewa dan letih. Saya tidak lagi mengharapkan Keretapi diterbitkan kerana ceritanya mungkin tidak lagi memenuhi cita rasa pembaca di era zaman milinieum ini. Kalau dapat diterbitkan juga, syukur Alhamdulillah.

Di sini, saya meminta jasa baik sesiapa yang menyimpan manuskrip novel Keretapi agar memulangkannya kepada saya kerana saya tidak menyimpan salinannya. Tentu semua orang tertanya-tanya mengapa sampai tiada salinannya. Ketika menulis novel tersebut, saya cuma mencatat di kertas-kertas. Kemudian menaip dengan menggunakan mesin taip berjenama Brother dan saya tidak menggunakan kertas karbon sebagai penduanya kerana mengejar waktu.

Setelah selesai menaip tidak ada waktu pula untuk saya membuat salinan karya saya itu. Manuskrip saya sampai ke meja pengadil sehari sebelum tarikh tutup. Saya sebagai seorang guru selalu memastikan kerja sekolah yang akan saya dahulukan. Ini yang membuatkan saya kelam kabut. Lagipun saya selalu terfikir, kalau karya saya tidak dapat diterbitkan, pihak berkenaan akan mengembalikan manuskrip saya.

Bolehkah manuskrip novel Keretapi saya ditemui semula? Sejarah telah membuktikan dokumen-dokumen penting yang hilang ribuan tahun lalu dapat ditemui semula.

Saya sangat mengharapkan dapat membaca kembali karya Keretapi yang saya tulis 34 tahun lalu. Mungkin, pada ketika anak-anak sudah berjauhan, kesunyian adalah teman sejati. Selain mengisi waktu terluang di usia ini dengan beribadah, saya juga ingin sekali membaca novel hasil karya sendiri. Kasihanilah saya.

AHMAD IBRAHIM
Kuala Kedah, Kedah

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0519&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm

Guru 1Malaysia marah pada Najib dan Muhyiddin



Utusan Malaysia 19/05/2011
Terlalu sedikit insentif guru lepasan Diploma

SELAMAT Hari Guru buat semua yang bergelar pendidik. Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara. Itulah tema perayaan Hari Guru tahun ini yang disambut dengan begitu meriah di Kuching, Sarawak.

Tahniah kepada Kerajaan Negeri Sarawak dan juga Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak yang berjaya menganjurkan perayaan Hari Guru tahun ini dengan kelainan. Pastinya ia menjadi nostalgia buat kami semua yang hadir sebagai tetamu, terutama Majlis Berambih yang diadakan sebagai meraikan tetamu warga pendidik yang hadir dari seluruh negara.

Majlis pelancaran Hari Guru yang diadakan di Borneo Convention Centre Kuching sekali lagi turut meninggalkan beberapa impak besar. Pastinya ramai yang ternanti-nanti apakah kejutan bakal diumumkan sebagai menghargai peranan guru selama Ini. Sambutan gilang-gemilang di pintu masuk utama amat meriah.

Sambil menanti ketibaan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, serta dif-dif kehormat, warga pendidik disajikan klip video pengorbanan guru-guru yang bertugas di pedalaman. Juga guru-guru yang mendidik anak-anak istimewa di serata tanah air. Sungguh terharu melihat pengorbanan mereka yang kebanyakannya adalah para pendidik di sekolah rendah.

Warga pendidik secara umumnya mengetahui betapa sukarnya menjadi guru di sekolah rendah. Amanah dan tanggungjawab menjayakan KSSR, LINUS, Pendidikan Khas, Pemulihan Khas dan pelbagai lagi cabaran tugas yang datang bertimpa tanpa henti dilaksanakan dengan sebaik mungkin walaupun terdapat banyak kekangan yang tidak perlu dijelaskan di sini.

Malahan jumlah warga pendidik daripada Kumpulan Sokongan II masih mendominasi jumlah sebenar guru-guru. Begitu juga jumlah sekolah rendah termasuk Sekolah Kurang Murid, jumlahnya jauh melebihi Sekolah Menengah. Oleh itu, tentu sekali jumlah guru Lepasan Diploma juga amat besar dari keseluruhan jumlah warga pendidik dalam perkhidmatan awam.

Guru-guru terutama warga pendidik Lepasan Diploma amat berbesar hati atas usaha kerajaan memartabatkan profesion keguruan. Usaha mewujudkan Guru Wibawa dan Pendeta Guru sewajarnya disokong. Kejayaan-kejayaan seperti NKRA Pendidikan dan LINUS secara khususnya adalah usaha guru-guru sekolah rendah. Lihat sahajalah jumlah sekolah rendah yang mendapat penghargaan New Deal yang jauh melepasi unjuran awal Kementerian Pelajaran.

Namun ramai kecewa kenapa terlalu sedikit pengumuman insentif untuk warga pendidik Lepasan Diploma dari sekolah rendah yang telah berkorban. Ramai daripada mereka tertanya-tanya kerana sudah beberapa kali pengumuman semasa pelancaran perayaan Hari Guru sejak tahun 2009, yang menerima habuan adalah warga pendidik siswazah.

Begitu jelas terpancar kekecewaan di wajah mereka yang hadir pada majlis pelancaran Hari Guru 2011. Yang kuat bertepuk adalah yang menerima habuan. Maka menjelma kembali ulasan kecewa mereka yang telah menanti sekian lama sejak tahun 2009 hinggalah 2011, termasuk kekecewaan semasa Perhimpunan Guru 1Malaysia pada tahun 2010. Kepada Kongress dan beberapa kesatuan guru yang lantang bersuara, teruskanlah usaha murni memartabatkan kaum guru terutama mereka yang berada dalam Kumpulan Sokongan II.

Terharu dan simpati kepada Guru-Guru Besar Sekolah Kurang Murid yang masih terbelenggu pada Gred DGA 32. Kami juga simpati kepada Guru-guru Penolong Kanan Sekolah Rendah yang sepatutnya diberi Elaun Tanggungjawab lebih tinggi daripada RM60 sebulan. Jika boleh tingkatkan gred perjawatan mereka ke DGA 34 agar dapat dibezakan dari guru-guru time-based DGA 32.

Kepada semua Guru Besar Sekolah Rendah, terpaksalah terus membuat tuntutan Elaun Keraian bulanan yang tidak seberapa itu walaupun hakikatnya belanja keraian itu melebihi dari apa yang dituntut, walaupun banyak kerenah membuat tuntutan.

Teruskanlah mendidik anak bangsa kerana Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara. Selamat Hari Guru.

Al Zaman@ GMGBM, Kuching, Sarawak

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0519&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm

Pekerja Indonesia tanpa permit berleluasa di Rantau, Negeri Sembilan

Aduan Rakyat Online
May 19th, 2011

Pendatang warga Indonesia yang masuk sebagai pelancong dan bekerja tanpa permit sah mula berleluasa di pekan kelahiran Menteri Besar N.Sembilan – pekan RANTAU.

Kebanyakan bekerja di restoren/gerai makan yang dimiliki warga tempatan terutama yang di buka pada waktu malam. Tiada yang berani bertindak kerana pengusaha perniagaan di percayai mempunyai pengaruh politik dan pihak polis tempatan.

Pembantu rumah yang keluarga kami ambil secara sah turut melarikan diri untuk bersama2 suami/ saudara mara mereka bekerja secara haram di sana.


Harap pihak imigresen ambil tindakan segera.

By: norlia

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/pekerja-indonesia-tanpa-permit-berleluasa-di-rantau-negeri-sembilan

5/18/11

Berita Baik Hari Guru makan tuan, PM, TPM terperangkap



Sebelum sambutan Hari Guru 16 Mei 2011, media heboh memperkatakan akan ada Berita Baik untuk semua guru akan diumumkan pada 16 Mei 2011. Lalu berita baik tersebut dibacakan secara langsung oleh Najib dari luar negara, dan diulas lanjut oleh Muhyiddin di Sarawak tempat DAP banyak menang. Adakah Najib dan Muhyiddin diberi skrip yang salah untuk dibaca sempena sambutan Hari Guru?

Tak tahulah macamana Najib dan Muhyiddin nak buat cover up lepas ini. Majoriti guru-guru yang tidak mendapat berita baik tersebut dah mula sedar mereka terpedaya dengan pengumuman berita baik tersebut.

Yang kaya bertambah kaya, yang susah bertambah susah nampaknya dalam berita baik tersebut, macam sistem kapitalis pula.

Cover up di N.Sembilan senang saja agaknya, panggil Mawi buat konsert sempena menghargai jasa guru seperti berikut http://amkns.blogspot.com/2010/06/guru-nsembilan-tak-senonoh-memalukan-mb.html

GURU SEKOLAH RENDAH KECEWA
BERITA HARIAN 18 Mei 2011

Majlis minta agihan insentif menyeluruh

KUALA LUMPUR: Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) meminta satu kajian dibuat Kementerian Pelajaran berhubung insentif diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kelmarin, kerana ia meminggirkan warga pendidik sekolah rendah. Yang Dipertuanya, Roslan Madon, berkata kerajaan perlu mempertimbangkan insentif kepada guru besar dan guru di sekolah rendah serta Sekolah Kurang Murid (SKM). “Nyata, kerajaan terlepas pandang warga pendidik di sekolah rendah, walhal alam persekolahan bermula di sekolah rendah. Kenapa jasa warga 7,900 pendidik sekolah rendah tidak diambil kira,” katanya.

Sempena Hari Guru, kelmarin, Najib mengumumkan guru terbabit dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) berpeluang menikmati kenaikan pangkat hingga ke gred DG54 berbanding setakat gred DG48 sekarang, mulai 1 Januari depan, selain berpeluang mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.

Beliau juga mengumumkan guru kini diklasifikasi kepada empat kategori iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Guru Pendeta dengan mereka yang mencapai dua kategori tertinggi berpeluang mencapai sehingga gred DG54.

Selain itu, kerajaan bersetuju menaikkan gred jawatan semua Pengetua Sekolah Menengah gred DG48 ke DG52, manakala semua Guru Penolong Kanan (GPK) Sekolah Menengah dinaikkan dari DG44 ke DG48. Bagi GPK sekolah rendah kluster, mereka dinaikkan pangkat dari gred DGA32 ke DGA34.
Roslan berkata, GMGBM akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pelajaran tidak lama lagi bagi meminta supaya guru besar dan guru sekolah rendah turut diberikan insentif bagi menaikkan semangat serta motivasi mereka.

Sementara itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) juga mahu mengadakan pertemuan dengan Najib dalam masa terdekat berhubung pemberian insentif itu.

Setiausaha Agungnya, Loke Yim Pheng, berkata ia bagi membincangkan tuntutan dikemukakan NUTP kepada kerajaan sebelum ini tetapi tidak dilaksanakan.

“Kami juga akan menyuarakan kekecewaan kami kerana insentif yang diberikan tidak membabitkan guru sekolah rendah dan menengah,” katanya.

Di KUCHING, Jawatankuasa Bersama Kesatuan Persatuan Guru Malaysia (JBKPGM) menyifatkan insentif diumumkan kerajaan tidak adil kepada masyarakat guru keseluruhannya kerana ia hanya membabitkan guru berijazah di sekolah menengah.

Naib Pengerusi JBKPGM, William Ghani Bina, berkata insentif itu langsung tidak membabitkan guru bertugas di Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan 160,000 guru yang mengajar di 7,800 sekolah rendah.

Oleh itu, JBKPGM yang mengadakan Mesyuarat Tergempar di Kuching, malam kelmarin, memutuskan meminta Kementerian Pelajaran mengkaji semula kaedah baru kenaikan pangkat guru yang diumumkan kelmarin.

Ghani berkata, JBKPGM juga berkata beberapa permintaan dikemukakan mereka terlepas pandang. Antaranya, elaun khas untuk Pengetua sebanyak RM600 dan Guru Besar RM500 kerana penyandang jawatan itu hanya menerima RM150 dan RM100 sekarang.

“Elaun yang mereka terima selaku ketua di sekolah terlalu rendah berbanding dengan elaun guru dilantik sebagai warden asrama iaitu RM280 untuk Ketua Warden dan RM240 bagi Guru Warden, selain RM250 untuk Guru Pendidikan Khas," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Gurusekolahrendahkecewa/Article

JOM Bongkar Masalah Peneroka REMBAU 24 Mei 2011



Penduduk FELDA Sendayan dalam Parlimen Rembau kebanyakannya masih terperap dengan pelbagai masalah hasil dari proses pengambilalihan tanah yang mereka teroka. Jom dengar masalah mereka melalui 2 program di bawah ini.

CERAMAH PERDANA
Isu Semasa dan Felda
Tarikh : 24.05.2011 (SELASA )
Masa : 8.45 malam
Tempat : Lot 382, Bandar Baru Sendayan (rumah Tanggam)
Penceramah :
- Wan Rohimi (Peguam kes RM 11 Juta Felda Kemahang)
- Mazlan Aliman (Pengerusi ANAK)
- Chegubard
- YB Taufek, ADUN Paroi

**********
MAJLIS DIALOG ANAK FELDA SENDAYAN
Tarikh : 24 Mei 2011 (SELASA )
Masa : 5 petang
Tempat : Lot. 245, Bandar Baru Sendayan (rumah Daud Idris)
Panel :
- Wan Rohimi (Peguam kes RM 11 Juta Felda Kemahang)
- Mazlan Aliman (Pengerusi ANAK)
- Chegubard
- YB Taufek, ADUN Paroi

Topik :
- Masalah Tanah Perkuburan Islam yang tertimbus akibat projek naik taraf jalan yang terbiar tanpa sebarang maklumat
- Masalah pencemaran udara oleh kualiti alam
- Masalah kes tanah 2 ekar yang melibatkan keluasan, lokasi,geran & sudah lama terbiar.
- Masalah keluasan lot banglo yang tidak mencukupi serta kualiti banglo yang tidak menepati harga sebenar
- Masalah anak-anak peneroka Felda yang tidak boleh mencarum dalam Koperasi Pemodalan Felda.(K.P.F). mengapa?
- Isu padang sekolah menengah yang menjadi kawasan pertanian.
- dan banyak lagi masalah & persoalan yang akan dibangkitkan.

**********
13 keluarga Penduduk FELDA Sendayan masih terus berjuang kerana tidak mahu terlibat dalam proses pengambil alihan dan tanah mereka telah dirampas menggunakan Akta Pengambilalihan Tanah dan dengan pampasan yang jauh lebih rendah seperti membalas dendam. Itu cuma secebis dari perbagai isu yang terperap di Sendayan.

Sumber http://chegubard.blogspot.com/2011/05/24-mei-program-sehari-mazlan-pengerusi.html

5/16/11

Berita Baik untuk dua peratus guru, selebihnya sokong Pakatan Rakyat



Hari ni Najib dan Muhyiddin kononnya mengumumkan berita baik untuk guru sempena Hari Guru. Bukan berita baik untuk semua guru, hanya berita baik untuk 2 peratus guru. Eloklah tu biar 2 peratus guru saja yang akan sokong Umno BN, 98 peratus lagi yang tak dapat berita baik akan sokong Pakatan Rakyat. Terimakasih Najib dan Muhyiddin yang memudahkan kerja kempen Pakatan Rakyat.

Itu tak termasuk 13,000 Guru Sandaran Tak Terlatih yang tidak mendapat berita baik tersebut. Jadi 98 peratus dari 350,000 guru tambah 13,000 guru GSTT akan sokong Pakatan Rakyat nanti.

Pakatan Rakyat perlu perluaskan pemahaman rakyat mengenai Buku Jingga !

Jangan lupa baca artikel sebelum ini bertaju Guru-guru dah meyampah, Menteri Pelajaran PENIPU? di http://amkns.blogspot.com/2011/05/guru-guru-dah-meyampah-menteri.html


LET’S ROCK ! MY SCHOOL ROCKS 2011 !

Isnin Mei 16, 2011

Durian Runtuh Untuk Guru Januari Depan - Najib

KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan berita baik buat warga pendidik yang akan menikmati lima kaedah kenaikan pangkat berkuat kuasa 1 Jan depan, dalam usaha menambahbaik skim perkhidmatan guru.

Dalam perutusan khas Hari Guru melalui rakaman video yang ditayangkan sempena pelancaran sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan Ke-40 di sini, beliau berkata kerajaan telah memutuskan sedemikian kerana menyedari bebanan tugas dan pengorbanan yang telah dibuat para guru.

Pelancaran sambutan Hari Guru bertema "Guru Penjana Transfromasi Pendidikan Negara" itu di rasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pendidikan.

Beliau berkata kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak seratus peratus dengan menambah sejumlah 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep guru wibawa dan pendeta guru.

Kerajaan juga bersetuju untuk menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah menengah Gred DG48 ke gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan sebagai membuktikan lagi kesungguhan kerajaan dalam memartabatkan profesion keguruan, katanya.

Beliau berkata manakala semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah gred DG44 dinaikkan ke gred DG48, akan melibatkan 6,585 jawatan.

Najib berkata semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di sekolah rendah kluster turut dinaikkan dari gred DGA32 ke gred DGA34 yang melibatkan sejumlah 99 jawatan.

"Hakikatnya, setiap seorang daripada kita tidak kiralah sama ada beliau seorang pemimpin, pentadbir, doktor, peguam, akauntan, jurutera, ahli sukan atau apa jua pun kerjayanya, telah terasuh dan dibimbing oleh insan yang bernama guru," katanya. - BERNAMA

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/5/16/mstar_berita/20110516191152&sec=mstar_berita

Isnin Mei 16, 2011

TEKS UCAPAN PENUH MENTERI PELAJARAN SEMPENA HARI GURU

KUCHING: Berikut adalah teks ucapan penuh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena sambutan Hari Guru 2011 yang berlangsung di Borneo Convention Centre di sini pada petang Isnin.

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/5/16/mstar_berita/20110516193239&sec=mstar_berita

Sambutan Hari Guru N.Sembilan 2011, KONSERT LETS ROCK



Kalau tahun 2010 sempena Sambutan Hari Guru , Kerajaan Negeri Sembilan telah menjemput Mawi untuk buat konsert. Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan tahun 2011 pula Ketua Sektornya galakkan pelajar jadi artis. Sementara Kementerian Pelajaran pula galakkan pelajar menyertai My School Rocks dengan tarian terkangkang-kangkang. Elok tukar je nama Kementerian Pelajaran ke Kementerian Hiburan.

Jadi tahun ni Menteri Besar Negeri Sembilan nak jemput siapa pula untuk konsert sempena menghargai jasa guru?

Artikel sebelum ini Guru N.Sembilan tak senonoh, memalukan, MB bertanggungjawab http://amkns.blogspot.com/2010/06/guru-nsembilan-tak-senonoh-memalukan-mb.html

Ketua Sektor Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan galakkan pelajar jadi artis di http://amkns.blogspot.com/2011/05/jabatan-pelajaran-galak-pelajar-jadi.html

Kementerian Pelajaran galakkan pelajar jadi Rockers di http://amkns.blogspot.com/2011/05/kementerian-pelajaran-lagi-teruk-dari.html

Harga RON95 Mungkin Naik Lagi kata Menteri Umno



PUTRAJAYA, 15 Mei (Bernama) - Rakyat perlu bersedia kemungkinan berlaku kenaikan harga petrol RON95, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

NAK BERSEDIA MACAMANA, CAKAPLAH !

1. Bersedia undi Umno BN lagi dalam pilihanraya akan datang?
2. Bersedia tukar Naza Ria ke Viva? Ada value ke nak trade in Naza Ria?
3. Bersedia guna motosikal? Selamat ke guna motosikal di Malaysia ini, elok sangatkah lorong motosikal, senang dan murah ke dapat lesen motosikal?
4. Bersedia guna basikal? Selamat ke anak-anak kita ke sekolah naik basikal?
5. Bersedia jalan kaki ke tempat kerja? Siapa sanggup?
6. Bersedia naik bas ke tempat kerja? Berapa jam nak tunggu bas di Jelebu kalau nak pergi kerja di Seremban?

Soalan yang paling utama , bersediakah pemimpin negara, terutama pemimpin Umno BN ubah cara hidup, guna kereta yang jimat minyak, tiada lagi polis escort, tiada lagi pengawal peribadi, kurangkan penggunaan helikopter semasa pilihanraya, kurang sambutan besar-besaran himpun rakyat di stadium dan sebagainya.

**********
Rakyat Diminta Bersedia Kemungkinan Harga RON95 Naik

PUTRAJAYA, 15 Mei (Bernama) - Rakyat perlu bersedia kemungkinan berlaku kenaikan harga petrol RON95, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan.

“Saya ingin rakyat bersedia. Saya tidak mahu nanti rakyat terkejut, kata harga minyak tidak naik tetapi akhirnya naik juga,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar baru-baru ini bahawa harga bahan mentah itu tidak akan naik buat masa ini.

Ismail Sabri berkata kenyataan tidak akan naik buat masa ini tidak bererti harga bahan mentah itu tidak akan naik.

Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember tahun lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter.

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=586636

5/15/11

Polis Seremban dan IPK sila siasat aduan ini, rakyat melihat



Diharapkan polis Seremban dan IPK dapat menyiasat satu aduan yang tersiar dalam laman web Aduan Rakyat mengenai seorang pemandu teksi haram yang didakwa berlagak samseng, membawa para pelacur di Seremban, tapi tiada tindakan dari pihak polis juga JPJ. Jika tidak benar sila nafikan, jika benar sila ambil tindakan sepatutnya.

Kereta sapu haram di Taman Seri Pajam, Seremban
May 15th, 2011 Author: admin
ADUAN RAKYAT ONLINE

Saya sebagai pemandu teksi di kawasan seremban ingin membuat aduan kerana terdapat sebuah kenderaan kereta jenis honda accord warna hitam bernombor pendaftaran JCHxxxx yg dipandu seorg lelaki berbangsa xxxx dengan nama panggilannya APEK telah mengambil penumpang secara haram di kawasan tapak pembinaan Bandar Sri Pajam kawasan Warisan Puteri, Seremban dan telah bertindak secara samseng dgn bergaduh serta mengugut pemandu2 teksi yg mengambil penumpang di situ dan telah memberi amaran supaya tidak mengambil penumpang di kawasan situ sedangkan lelaki cina tersebut bukanlah pemandu teksi dan tidak mempunyai permit utk mengambil penumpang.

Lelaki cina itu juga telah membawa pelacur2 kerana terdapat pekerja asing dikawasan ini. Saya telah membuat aduan pada pihak polis di Ipd seremban dan jpj seremban tetapi tiada tindakan yg diambil.saya memohon supaya kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin kerana para pemandu teksi dikawasan ini banyak mencari rezeki dikawasan tersebut.sekian aduan saya.

By: Rahim

Sumber http://www.aduanrakyat.com.my/kereta-sapu-haram-di-taman-seri-pajam-seremban

Bukti Nyata Umno memang peka nasib Melayu Felda



Ini bukti jelas, terang lagi bersuluh dan nyata bahawa sesungguhnya pemimpin Umno amat-amat prihatin akan nasib orang Melayu Felda. Tambahan pula dengan adanya Pengerusi Felda yang baru iaitu Tan Sri Isa Samad. Dan Felda Kepis ni terletak di Negeri Sembilan.

Macam makcik di Felda di N.Sembilan ini , sedikit pun tak percaya yang Felda bankrap kerana makcik sekeluarga ini sentiasa mendapat perhatian pemimpin Umno di http://amkns.blogspot.com/2010/07/felda-tak-bankrap-tak-caya-tanya-makcik.html

Ramai sangat ke orang Felda ni sakit mental seperti laporan berikut http://greenboc.blogspot.com/2011/02/tragedi-felda-kepis-pesakit-mental.html

Tiada lampu dan jalan rosak teruk di Felda Kepis
May 15th, 2011 Author: admin
ADUAN RAKYAT ONLINE

Mohon jasa baik dari pihak yang bertanggungjawab untuk melaksanakan tanggungjawab yang mampu membantu rakyat atau orang-orang kampung sentiasa mengukirkan senyuman dan bukannya tangisan.

Saya merupakan sahabat baik kepada anak seorang peneroka di FELDA KEPIS, semasa saya melawat ibunya yang menghidapi sakit kronik (stroke), perjalanan masuk ke rumah beliau mengambil masa lebih kurang 15 minit, tetapi malangnya, keadaan kampung dan suasana keadaan kampungnya seperti tidak berpenghuni.

Tiada kemudahan lampu jalan yang telah lama dimohon, tetapi tidak dapat di kotakan buat penduduk. Mengecewakan lagi, keadaan jalan yang merbahaya, jalan yang tidak diturap dengan baik, telah menyebabkan beberapa iseden berlaku termasukan lah kematian. tiada usaha yang nampak memajukan penduduk di situ.

Untuk makluman pihak yang berkenaan, keadaan kawasan di situ sedang melakukan penebangan pokok dan pemandu lori yang memandu amatlah merbahayakan, walaupun demikian, tetapi pihak yang berkenaan, tidak boleh mengambil mudah dan lepas tangan dengan keadaan jalan yang teruk dan merbahaya.

Pohon kerjasama pihak yang sepatutnya menjalankan tugas. haruslah menjalankan tugas dengan sewajarnya…

Mohon ambil tindakan sewajarnya. kerjasama dan perhatian pihak tuan amatlah dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih. penantian pihak tuan amatlah saya hargai…..

By: hamisah
Sumber http://www.aduanrakyat.com.my/tiada-lampu-dan-jalan-rosak-teruk-di-felda-kepis

Hidup Melayu, Hidup Judi, Menang Sorak, Kampung Tergadai

SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN IMEJ



Pening, pening, pening. Pening anak muda kita tengok akhbar Utusan dan Mingguan Malaysia. Macam nilah, nak tahu kenapa anak muda sekarang terutama anak muda Melayu pening dan bengong kepala tengok (belum baca lagi) akhbar Utusan dan Mingguan ini, kita tengok gambar. Sekeping gambar memberi lebih 1000 perkataan dan makna.

Tengoklah sendiri gambar di atas.

Nak perjuang Melayu tapi dalam masa yang sama judi tak boleh lekang, bagai isu dan kuku.

Hai, inilah Melayu, Menang Sorak, Akidah Tergadai.

Buat malu pada orang Kristian saja. Lu marah orang Kristian, tapi lu judi pun lu tak boleh kasi settle.

Budak KAP dan KAFA Tahun 1 pun bertambah pening, ustaz dan ustazah kata judi haram, tapi boleh pula galakkan orang Islam berjudi.

PENIN, PENIN, PENIN

5/14/11

Lagi wanita disimbah cecair di KL pada 13 Mei 2011



Nampaknya polis PDRM gagal menangkap penjenayah atau terroris yang paling digeruni rakyat terutama warga Kuala Lumpur, lebih-lebih lagi wanita. Oh ya , polis sedang sibuk hantar video seks ke Amerika Syarikat untuk mengesahkan ketulenan video. Kenapa tak hantar rakaman CCTV penyerang asid ini ke Amerika Syarikat untuk kenal pasti penjenayah ini dengan lebih terperinci?

Polis tolong buat kerja polis, jangan sibuk nak halang ceramah politik. Pemimpin Umno jangan suruh polis buat kerja politik !

KL SUDAH PANAS !!!

Lagi wanita disimbah cecair
Harian Metro
Jumaat 13 Mei 2011 , 4:13 petang

KUALA LUMPUR: Satu lagi perbuatan menyimbah cecair berlaku hari ini, kali ini mangsanya ialah seorang wanita berusia 30-an di Seksyen 10 Wangsa Maju, di sini.

Dalam kejadian pada pukul 8.45 pagi itu, wanita berkenaan berada di dalam sebuah kereta dan menurunkan cermin kenderaannya sebelum disimbah cecair oleh seorang penunggang motosikal.

Bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah, yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Logistik PDRM berkuatkuasa Rabu lepas, berkata cecair itu tidak melecurkan kulit tetapi menyebabkan gatal.

"Polis masih menyiasat sama ada kejadian ini ada kaitan atau persamaan dengan kejadian simbah asid yang dilaporkan sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas pertandingan menembak antara media dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pusat Latihan Polis di Jalan Semarak di sini, hari ini.

Pertandingan menembak itu melibatkan 89 pengamal media dan kira-kira 50 pegawai dan anggota PDRM bertujuan merapatkan hubungan antara kedua-dua pihak.

http://www.hmetro.com.my/articles/Lagiwanitadisimbahcecair/Article

Jamuan bersama Tn Guru Dato Nik Aziz 28 Mei 11 Seremban



MAJLIS MAKAN MALAM PERDANA
Tarikh : 28 Mei 2011 , SABTU
Masa : 9 mlm
Tempat : Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan, Seremban
Bersama :
YAB Tn Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat – Menteri Besar Kelantan
YB Dato Mahfuz Omar , YB Azmin Ali dan Zulkefly Mohamad Hj Omar

Kupon RM 50 seorang

Hubungi Mohamad Noor 019-2556206 , Hj Hashinordin 016-3684279

Ceramah Sumpah Laknat 21 Mei 2011 Seremban



CERAMAH UMUM
21 Mei 2011 , SABTU
Jam 9 mlm
Di Batu 4 1/2 , Kg Paroi, Jalan Tok Dagang, Seremban (berhampiran Sek Keb Paroi)
Bersama :
YB Abdullah Sani - Ahli Parlimen Kuala Langat
YB Hj Taufek - ADUN Paroi
Ustaz Syamsul Firdaus Mohd Supri - Pentazkirah Sumpah Laknat Dato T
Hj Anuar Hashim - Bekas Pembantu Khas ADUN (UMNO) N.Sembilan

Semua dijemput hadir

Dialog Masalah di Tempat Kerja 21 Mei 2011 Seremban



DIALOG HARI PEKERJA
Anda ada masalah di tempat kerja?
Sila hadir ke Majlis Dialog Pekerja bersama Pimpinan Kesatuan Sekerja
Tarikh : 21 Mei 2011
Masa : 5 ptg
Tempat : Dewan D’Ark, Taman Sri Kasih, Jln Senawang-Paroi, Seremban
Bersama :
YB Abdullah Sani bin Abd Hamid - Ahli Majlis MTUC
Hj Mohamad Dauzkaply Nor Ghazali - Naib Presiden NUBE

PENYERTAAN PERCUMA
Semua Dijemput Hadir

Untuk maklumat lanjut sila hubungi 019-2171942