CERAMAH PERDANA
Tarikh : 31 Okt 2012 , Rabu
Masa : 9 mlm
Tempat : Pasti
Hasanah, Bandar Seremban Selatan (Fasa 1)
Penceramah : Chegubard,
YB Hj Taufek, Dr Ahmad Suhaimi, Fareedah Samad, Ustaz Nor Azman Mohamad
********
Polis jadikan ahli DAP ‘tebusan’ untuk dapatkan kamera-
Chegu Bard
Johor 28 Okt 2012 :
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin
menyifatkan polis berlagak seperti pengganas ‘Abu Sayyaf’ apabila menahan 4
anggota DAP ketika ceramah di Bandar Seri Alam, Masai semalam.
Katanya, kejadian bermula selepas 10 ahli Umno membuat
provokasi dengan memasang pembesar suara dengan kuat dari balai raya
berhampiran, kira-kira 50 meter dari tempat ceramah.
“Penganjur dan saya cuba telefon polis tapi (mereka)
tidak beri jaminan untuk datang selesaikan…(Sedangkan) pengajur telah dapatkan
permit dua minggu sebelumnya.
“Keadaan makin tegang ketika saya berceramah dan saya sempat
minta polis untuk tampil selesaikan kekecohan…polis memang ada di sana sebab kamera mereka
dipasang di hadapan rostrum,” katanya lagi.
Katanya, beliau
meminta petugas SAMM mengawal keadaan dan tidak melayan provokasi Umno serta
menyelamatkan kamera berkenaan daripada dirosakkan sebelum beredar ke lokasi
ceramah kedua.
“Namun dalam perjalanan pulang dari program kedua, saya
terima panggilan telefon dari polis termasuk dari Ketua Unit Tindakan Khas
Johor, Datuk Ramli minta saya pulangkan kamera,” katanya.
Lebih mengejutkan, katanya, beliau dimaklumkan 4 ahli DAP
ditahan polis bernama Inspektor Chim Mui Fatt di IPD Seri Alam dan diugut tidak
akan dilepaskan selagi kamera tersebut tidak dipulangkan.
“Inspektor Chim beritahu mereka kalau nak balik, kena minta
saya serahkan kamera pada masa itu juga,” katanya lagi.
Beliau kemudian menyerahkan kamera ketika membuat laporan
berhubung provokasi Umno di Balai Polis Seremban pada jam 11.30 pagi tadi.
“4 ahli DAP itu dibebaskan pada jam 4.15 pagi selepas
ditahan selama tiga jam. Saya akan buat aduan di Bahagian Tatatertib Polis
Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman berhubung tindakan polis yang tidak ikut
prosedur itu,” katanya lagi.
No comments:
Post a Comment