Aduanrakyat.com 15 Nov 2012 - Saya terpanggil untuk
melaporkan kepada Aduan Rakyat online ini kerana isu ini masih tidak
menyebelahi kami yang telah berlanjutan sehingga 7 tahun. Isu tersebut adalah
isu Pertukaran Guru.
Setiap tahun permohonan Pertukaran Guru akan keluar sebanyak
2 kali iaitu pada bulan April dan bulan September masing-masing untuk
pertukaran bulan Jun dan Januari.
Walaubagaimanapun sehingga kini lebih 6 kali permohonan di
buat tetap tidak menyebelahi kami sekeluarga. Kami tinggal berjauhan selama 7
tahun sejak tahun 2006.
Isteri saya mengajar di Perak sebagai guru j-qaf dan tinggal
bersama 3 orang anak yang masih kecil. Kini sedang sarat anak yang ke empat dan
saya juga berkhidmat dalam jabatan kerajaan di salah sebuah universiti di
Terengganu yang mana tiada cawangan di mana-mana.
Saya akan berulang-alik ke Perak setiap 2 minggu secara
tidak langsung akan menjejaskan prestasi kerja saya. Setiap kali balik saya
akan mengambil cuti rehat.
Setiap kali permohonan kami yang gagal, saya isteri dan
anak-anak akan turun ke Putrajaya untuk membuat rayuan.
Rayuan tidak tahulah sudah berapa kali. Merayu dan terus merayu. Begitu juga kepada
rakan-rakan yang senasib dengan kami. Alasan dan kata-kata semangat di
Kementerian pelbagai bentuk kadang kala saya dah boleh tahu skrip yang sentiasa
mereka gunakan setiap kali rayuan dibuat.
Alasan yang
mereka gunakan adalah tiada kekosongan, isu keselamatan, isu kesihatan dan
sebagainya. Tetapi saya lebih tertarik dengan isu keselamatan. Adakah sampai
isteri/suami atau anak-anak kita terancam baru boleh bertukar? Mungkin mati
dibunuh atau sebagainya. Kenapakah pihak kementerian tidak memandang lebih
serius perkara-perkara seperti ini.
Hari-hari di
media cetak dan media elektronik sentiasa highlight pelbagai isu jenayah yang
amat kritikal. Saya amat risau keselamatan keluarga saya di Perak. Seperti ada
pepatah melayu mengatakan batuk ditimpa tangga baru nak beri peluang.
Selain itu pihak
kementerian juga selalu mengatakan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis
adalah antara negeri-negeri yang amat susah untuk berlaku pertukaran terutama
guru-guru j-Qaf.
Sampai bila
perkara begini akan selesai. Hinggakan setiap kali pertukaran berlangsung, di
paparan website kementerian akan tertera kekosongan untuk guru-guru ini
bertukar ke negeri yang disebutkan tidak ada kekosongan. Seperti ibarat tunggu
bulan jatuh ke riba.
Saya memohon Tan
Sri Muhyiddin Yasssin sebagai Menteri Pelajaran Malaysia memandang serius
perkara ini kerana ini adalah salah satu kebajikan para guru yang ingin
mendidik anak bangsa.
Saya memohon maaf
sekiranya email ini agak keterlaluan tetapi ini adalah luahan isi hati suami
yang ingin hidup bersama-sama keluarga tercinta. Bukan untuk menyalahkan
mana-mana pihak cuma kami ingin mendapat sedikit feed back yang positif
daripada pihak kementerian.
Lagipun bulan
November ini pun telah diisytiharkan sebagai bulan keluarga oleh Perdana
Menteri baru-baru ini. Jadi bagaimana hendak mengukuhkan institusi keluarga
kalau sorang di timur dan sorang dibarat.
Harap Maklum.
Sekadar luahan
perasaan oleh seorang suami. Terima Kasih.
By: Nasir
Terengganu
No comments:
Post a Comment