4 Dis 2012 - Pengarah
Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad menggesa satu badan bebas diwujudkan
untuk menyiasat aduan kenaikan bil elektrik selepas Tenaga Nasional Berhad
(TNB) menggantikan meter analog pengguna kepada meter elektronik.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu, 22
aduan diterima daripada pengguna yang mendakwa bil mereka meningkat antara 20
hingga 50 peratus selepas TNB menjalankan operasi penggantian meter tersebut.
Katanya, badan itu perlu menyiasat aduan berkenaan berikutan
TNB mendakwa meter baru itu memberi bacaan lebih baik dan tepat.
Beliau menyarankan agar badan itu diberi kuasa untuk
memeriksa meter elektrik yang didakwa memberikan bacaan meragukan.
“Badan ini sepatutnya diberi kuasa untuk menguji meter baru
sebagai pengimbangtara dan membuat dapatan bebas yang mengikat TNB dan
pengguna,” katanya dipetik Malaysiakini.
Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Pengerusi
Biro Pelaburan KEADILAN, Wong Chen, di sini hari ini.
- Keadilan Daily
1 comment:
TNB SUDAH BUKAN LAGI MILIK KERAJAAN, TAPI MILIK SWASTA... SO.. JANGAN SALAHKAN KERAJAAN KALAU APA-APA HAL
Post a Comment