27 Dis 2012 FMT
Mohd Nizam secara
terbuka mengaku mereka telah merancang mengadakan sekatan jalan sebaik sahaja
mengetahui kehadiran Konvoi Oren.
JEMPOL: Timbalan
Pengarah Konvoi Oren ‘Selamatkan Felda’ Negeri Sembilan, Karip Mohd Salleh hari
ini mendesak polis Jempol menahan segera Ketua Pemuda Umno Jempol, Mohd Nizam
Aman kerana didakwa menjadi punca kekecohan Konvoi Oren di Felda Bukit Rokan Utara
pada hari Ahad lalu.
Kekecohan
itu mengakibatkan dua peserta cedera dan
cermin sebuah kenderaan pacuan empat roda dipecahkan oleh sekumpulan lelaki
yang dipercayai penyokong Umno-Barisan Nasional.
“Dalam laporan
Sinar Harian edisi Negeri Sembilan semalam, Mohd Nizam secara terbuka mengaku
mereka (Pemuda Umno Jempol) sejak awal
lagi merancang mengadakan sekatan jalan di lebih 30 tanah rancangan Felda
sebaik sahaja mengetahui kehadiran Konvoi Oren.
“Seperti mana
dakwaan saya semalam maka ‘sudah terang lagi bersuluh’; Umno khususnya Mohd
Nizam dan Umno Jempol lah yang merupakan punca keganasan berlaku ketika Konvoi
Oren di Felda Bukit Rokan Utara.
“Maka saya
mendesak pihak polis menahan segera Mohd Nizam dan orang suruhannya yang
terlibat dalam mengadakan sekatan jalan ketika Konvoi Oren berlangsung.
“Dia (Mohd Nizam)
sendiri dah mengaku, maka pihak polis harus mengambil tindakan segera dan
tegas. Jika tindakan tegas tidak diambil, dikhuatiri selepas ini sesiapa sahaja
termasuk parti politik atau organisasi lain akan turut mengambil tindakan
sendiri dengan mengadakan sekatan jalan.
“Tindakan ini
seperti mencabar kuasa pihak polis. Maka polis harus bertindak tegas agar ia
menjadi amaran kepada mana-mana pihak yang mengambil kuasa ditangan
sendiri ,” kata Karip.
Mohd Nizam cakap belit-belit
Ketika ditanya FMT berhubung dakwaan Mohd Nizam di dalam
akhbar yang sama bahawa insiden kekecohan yang berlaku di Felda Bukit Rokan
Utara pada hari Ahad lalu sebenarnya berpunca daripada tindakan provokasi
peserta Konvoi Oren; Karip berkata:
“Kenyataan Mohd
Nizam memang berbelit-belit. Mereka buat sekatan jalan bukan di jalan persendirian atau jalan di dalam
tanah rancangan Felda tetapi di jalan awam.
“Sekatan jalan
itu sendiri satu provokasi kerana menghalang pengguna jalanraya termasuk
peserta Konvoi Oren ke Felda Jelai, Gemencheh atau Pasir Besar,” katanya.
Manakala, Naib
Ketua PKR Jempol, T Kumar yang juga merupakan seorang peguam mengesahkan kepada
FMT bahawa adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 339 Kanun
Keseksaan jika seseorang menghalang atau
menyekat pergerakan individu lain.
Yang beria-ia membantah Umno bukan peneroka Felda
Karip yang juga merupakan Ketua Cabang PKR Jempol, dalam nada sinis mengucapkan terima kasih
kepada Mohd Nizam dengan pengakuan tersebut secara langsung terbukti bahawa
pihak yang beria-ia membantah kehadiran Konvoi Oren ialah Umno dan bukan
peneroka Felda terbabit.
“Kenyataan terbuka Mohd Nizam ini dengan jelas membuktikan
Umno yang beria-ia membantah Konvoi Oren dan bukannya peneroka Felda.
“Patutlah di setiap lokasi sekatan jalan ramai sangat pemuda
dan remaja berbanding mereka yang berumur (peneroka).
“Saya harus berterima kasih kepada Mohd Nizam kerana
kenyataan beliau menghantar mesej kepada umum bahawa sebenarnya Umno yang
membuat sekatan jalan dan tidak benarkan kami masuk ke tanah rancangan Felda,
bukannya peneroka Felda.
“Kenyataan saya semalam dalam FMT selari dengan kenyataan
Mohd Nizam di dalam Sinar Harian.
“Saya harap mereka yang berada di luar Felda dan peneroka
Felda yang tidak tahu cerita sebenar, kini tahu siapa sebenarnya yang
menimbulkan huru hara di Felda Bukit Rokan Utara Ahad lepas,” jelas Karip.
EXRONA ENTERPRISE
N0. 139, TINGKAT 1, LORONG 1 TAMAN
SRI MAHSAN 72100 BAHAU
06-4540827 06-4540827
ENCIK MOHD NIZAM BIN AMAN


3 comments:
Berani ke polis? Mgkn kita boleh kerjasama Deepak..
den jumpo mamat ni...den lempar selipar buruk kat muko dio
samseng taik kucing.
Post a Comment