Benarkah Muzium Negeri
di Seremban banyak berlaku artifak hilang, buku besar dari Sarawak, kehilangan
keris Di Raja, kehilangan barangan peninggalan pendeta Zaaba. Dalam kes buku
besar Sarawak kes mahkamah melibatkan RM180,000.00? Jika benar, apa sudah jadi
dengan pentadbiran serta pengurusan Muzium Negeri?
Za'ba dipersenda
2011/05/15
Waris kecewa khazanah tinggalan pendeta tidak dihargai
KUALA LUMPUR: "Tok Tai akan menangis dalam kubur jika
tahu khazanah warisannya tidak dihargai," kata cucu Pendeta Za'ba, Rozlin
Za'ba Mohd Redza, merujuk panggilan mesra Allahyarham datuknya, Tan Sri Dr
Zainal Abidin Ahmad yang meninggal dunia 38 tahun lalu.
Beliau kesal kerana Teratak Za'ba yang dibina dengan kos
hampir RM2 juta, di kampung asalnya, di Bukit Kerdas, Batu Kikir, Negeri
Sembilan 10 tahun lalu, seperti tidak menghargai sumbangan tokoh berkenaan
kerana hampir keseluruhan bahan pameran dalam memorial itu bukan milik
Allahyarham, sedangkan keluarga mereka sanggup menyerahkan khazanah tinggalan
Za'ba secara percuma.

1 comment:
Pengarah Muzium perlu disiasat di dalam isu salah guna kuasa dan salah guna kewangan jabatan. Muzium Negeri telah ditegur oleh Audit Negeri dan disiasat SPRM. Status siasatan?
Adakah Pengerusi Muzium cuba menyorokkan atau menghalang siasatan kes salah guna di muzium. Bagi tujuan kenaikan pangkat beliau.
Bukan setakat Pengarah perlu disiasat malah Pengerusi muzium juga perlu disiasat.
Post a Comment