KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

2/27/12

ABU kini di Port Dickson 4 Mac 2012


CERAMAH PAKATAN RAKYAT

Serta Pelancaran Asalkan Bukan Umno – ABU peringkat Telok Kemang

Tarikh : 4 Mac 2012, Ahad

Masa : 8.30 mlm

Tempat : Pasti At Taqwa, Telok Kemang (depan stesen minyak Mobil)

Bersama :

Chegubard, Penyelaras SAMM

YB Hj Taufek, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan/ADUN Paroi

YB Ravi, ADUN Port Dickson

Semua dijemput hadir

Untuk pertanyaan hubungi Saufi 013-6777507 , Aiza 010-3428260

Mazlan Aliman 7 Mac 2012 di Senawang



CERAMAH UMUM
Tarikh : 7 Mac 2012, Rabu
Masa : 9 mlm
Tempat : Taman Desa Melor, Senawang (sebelah Balai Bomba)
Penceramah :
~ Mazlan Aliman - AJK PAS Pusat, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK)
~ Mohd Nazree Mohd Yunus - Ketua Angkatan Muda Keadilan N.Sembilan
~ Aiman Athirah Al Jundi - Pengerusi Lajnah Penerangan & Dakwah Dewan Muslimat PAS Pusat
~ Ustaz Nor Azman Mohamad - Ketua Penerangan PAS N.Sembilan
~ Rozmal Malakan - Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau

Semua dijemput hadir

Untuk pertanyaan hubungi Nazri 012-6775537

Penyerang Asid kembali serang warga kota



Pada tahun 2011 terdapat 15 kes serangan asid terhadap orang awam di sekitar Lembah Kelang dan 2 kes di Seremban yang sehingga kini gagal diselesaikan oleh pihak berkuasa. Kini kes serangan asid tersebut berulang di Bandar Tun Hussein Onn.

Kes-kes dan gambar mangsa serangan asid sebelum ini di http://amkns.blogspot.com/2011/05/penyerang-asid-kembali-serang-warga-kl.html

Penyelia pusat kecantikan cedera parah disimbah asid di hadapan kedai miliknya

KUALA LUMPUR 26 Feb. 2012 - Seorang penyelia di sebuah pusat kecantikan cedera parah selepas disimbah sejenis cecair yang dipercayai asid ketika berjalan kaki di hadapan kedainya di Bandar Tun Hussein Onn, Kajang dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, wanita yang berusia 27 tahun tersebut dikatakan mahu ke tempat kerja sebelum berasa simbahan cecair di belakang badannya.

Mangsa yang ketakutan segera meluru masuk ke premis tempatnya bekerja tanpa sempat melihat suspek.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab memberitahu, wanita itu cedera dengan kesan melecur di belakang badan, tengkuk dan telinga kiri.

"Mangsa kini dirawat di sebuah hospital swasta di ibu negara. Setakat ini kita belum dapat pastikan jenis cecair yang digunakan untuk menyimbah mangsa," jelasnya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, polis juga telah membuat pemeriksaan termasuk memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian tetapi tiada yang merakam insiden itu.

Tambahnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0227&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_06.htm

Return of the serial splasher?
Monday February 27, 2012

KAJANG: A woman suffered severe burns on her face and body after she was splashed with corrosive liquid in what could be the possible return of the serial splasher.

Police are looking at the possibility that the splasher could be back after an almost 10-month hiatus.

In the attack which occurred at about 11am on Saturday, the woman in her 20s was splashed while standing outside a beauty parlour near a department store in Balakong.

A man came from behind and splashed the liquid on her back and face before fleeing.

It is unclear if the man was riding a motorcycle as police have yet to get a full statement from the victim who is receiving treatment at a private hospital.

Police are also not ruling out that the case is personal in nature as this is the first time a splashing incident has taken place here.

Kajang OCPD Asst Comm Abdul Rashid Abdul Wahab confirmed the incident and said police were looking into all possibilities.

The serial splasher struck fear in Klang Valley residents during a three-month period between March and May last year with more than 20 people suffering burns.

The attacks began on March 2 when eight students and a teacher from SK Bukit Bandaraya in Jalan Bangkung, Bangsar, were splashed with a corrosive liquid by a motorcyclist.

The attacks, however, stopped shortly after police, who claimed they were close to catching the splasher, released a photofit of the culprit in May.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/2/27/nation/10811890&sec=nation

2/26/12

Adam Adli 2 Mac 2012 di Gemas, N.Sembilan


PROGRAM SISWA BANGKIT BERSAMA RAKYAT

Tarikh : 2 Mac 2012, Jumaat

Tempat: Markas PAS Felda Pasir Besar, Gemas, N.Sembilan

Bersama :

~ Sdr Adam Adli , PEMIMPIN Siswa UPSI

~ Sdr Shamsul Bakri , Naib Presiden ANAK

~ Dr Rosli Yaakob , Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

~ Hj Razakek Abd Rahim , Naib Yang Dipertua PAS Tampin

YB Salahuddin Ayub 29 Feb 2012 di Lenggeng, N.Sembilan


CERAMAH UMUM

Tarikh : 29 Feb 2012, Rabu

Masa : 9 mlm

Tempat : Markas PAS Lenggeng, Lenggeng, N.Sembilan

Penceramah :

~ YB Salahuddin Ayub - Ahli Parlimen Kubang Kerian, Naib Presiden PAS Pusat

~ YB Cha Kee Chin - ADUN (DAP) Bukit Kepayang , Seremban

~ Zulkefly Mohamad Hj Omar - AJK PAS Pusat

YB Dr Hatta Ramli 27 Feb 2012 di Seremban


CERAMAH UMUM

Tarikh : 27 Feb 2012, Isnin

Masa : 9 mlm

Tempat : Markas PAS Cawangan Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam)

Penceramah :

~ Dr Mohd Hatta Ramli - Ahli Parlimen Kuala Krai/Pengarah Jabatan Pilihjanraya PAS Pusat

~ Shamsul Iskandar Mohd Akin - Ketua Angkatan Muda KeADILan

~ Zulkefly Mohamad Hj Omar - AJK PAS Pusat

2/24/12

Bank untung RM3.56 bilion, kes lelong pula makin banyak



Di satu sudut keuntungan sebuah bank di Malaysia pada tahun lepas ialah RM3.56 bilion. Di satu sudut lain pula kes-kes rumah kena lelong semakin meningkat hari demi hari, terutama di kalangan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Untung Maybank RM3.56 bilion
24 Feb 2012

KUALA LUMPUR – Maybank mengumumkan pertumbuhan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) sebanyak 20 peratus kepada RM2.58 bilion bagi tempoh enam bulan perniagaan berakhir 31 Disember 2011. Dalam tempoh yang sama, kumpulan perbankan tersebut turut mencatatkan pertumbuhan keuntungan sebelum cukai sebanyak 20.1 peratus kepada RM3.56 bilion sehubungan peralihan tahun kewangan berakhir Maybank dari 30 Jun kepada 31 Disember.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0224&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm

Bank lelong rumah peminjam tanpa notis
2012/01/06

KUALA LUMPUR: Beberapa bank tempatan didakwa bersikap kejam terhadap pelanggan apabila melelong rumah milik peminjam tanpa sebarang notis selepas mangsa gagal melunaskan bayaran bulanan seperti dikehendaki.

Tengku Azwil berkata, bank terbabit juga tidak memberi notis pemberitahuan kepada pelanggan berhubung kegagalan mereka menjelaskan bayaran bulanan, sebaliknya terus melelong rumah mereka.

http://www.bharian.com.my/articles/Banklelongrumahpeminjamtanpanotis/Article/

2/20/12

Hj Mohd Sabu 26 Feb 2012 di Tampin, N.Sembilan

MAKAN MALAM DAN PELANCARAN DANA
Jamuan Makan Malam Perdana dan Pelancaran Dana Pilihanraya PAS Tampin
Bersama Tuan Hj Mohamad Sabu - Timbalan Presiden PAS
Tarikh : 26 Feb 2012, Ahad
Jam : 8.30 mlm
Tempat : Markas PAS Cawangan Tampin Bandar, Batu 1 1/4 , Jln Tampin - Gemas , Tampin, N.Sembilan (Rumah Abu Sufian)

Tiket/Kupon : RM 50 & RM25

Sila hubungi Nor Iskandar 019-2223231 , 017-8050938

Pelancaran Pusat Komuniti DUN Chembong 25 Feb 2012



CERAMAH UMUM
Serta Pelancaran Pusat Komuniti dan Pejabat Operasi Pakatan Rakyat DUN Chembong
Tarikh : 25 Feb 2012, Sabtu
Masa : 9 malam
Tempat : Kg. Mulia, Rembau (sebelah Pejabat Daerah Rembau)
Penceramah :
Dr Rosli Yaakob , Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
YB Ng Suee Lim , ADUN Sekinchan, Selangor
Chegubard , Ketua PKR Cabang Rembau
Ustaz Nor Azman Mohamad, Ketua Penerangan PAS N.Sembilan
Rozmal Malakan , Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau

Semua dijemput hadir

2/17/12

Tiga Line , Tiga Calit , Apa Dia ?



Dari Blog Mazidul Akmal Sidek :

Budak Tiga Line

Dia bouncer pusat hiburan di kawasan The Zon, Johor Bahru, Johor"

Siapa dia?

Budak Tiga line.

"Saya dapat maklumat sekumpulan lelaki masuk ke rumah urut, lepas itu blah macam itu sahaja, tak bayar"

Siapa dia?

Budak Tiga line.

"Dia datang mengamuk di pejabat wakil TV3 di Johor Bahru, tendang kereta sampai kemek dan konon mendakwa girlfriend nya diculik"

Siapa dia?

Budak Tiga line.

"Dia ambil kereta saya sebab tak berbayar 3 bulan tetapi bukan hantar ke stor, dia pergi jual kepada orang lain, jadi kereta piang"

Siapa dia?

Budak Tiga line.

... antara kenyataan pernah saya dengar sebelum ini di lokasi berbeza.

Jadi Tiga line itu apa?

http://www.mazidulakmal.com/2011/01/budak-tiga-line.html

Graduan TESL Tajaan KPM Tiada Penempatan Setelah Lapan Tahun



Aduan Rakyat.COM 16 Feb 2012 - Saya adalah graduan B.Ed(Hons) TESL dari UiTM S.Alam 2004. Sehingga sekarang saya masih tidak mendapat penempatan. Saya telah banyak kali telah menghubungi pihak Kementerian, berhubung masalah saya tetapi kecewa dengan sikap para pekerja yang hanya melepaskan tangan.

Panggilan telefon saya disambung ke bahagian demi bahagian dan akhirnya saya dapat bercakap dengan salah seorang pagawai. Pegawai tersebut meminta butir2 diri saya untuk disemak. Kemudian pegawai tersebut menyatakan nama saya telah tercicir, menyebabkan tiada penempatan buat saya.

( Nota : Bila dah habis baca luahan ini sila baca artikel 1Malaysia, Guru Amerika Diutamakan, Guru Tempatan Dipinggirkan di http://amkns.blogspot.com/2011/11/1malaysia-guru-amerika-diutamakan-guru.html )

Saya telah diminta untuk membuat surat rayuan. Saya menghantar surat rayuan dan telah mendapat maklum balas menyatakan surat saya telah diterima dan akan diproses.

Setelah itu, saya dipanggil untuk temuduga. Saya keliru, kenapa saya perlu melalui proses sebegitu memandangkan di dalam kontrak jelas bahawa saya akan ditempatkan untuk mengajar sebaik sahaja tamat belajar di universiti. Saya bersabar dan hanya mengikut ‘protokol’ yang ditetapkan.

Namun, setelah melalui proses yang disifatkan ‘tak relevan’ itu, saya tidak juga mendapat sebarang maklumbalas. Saya yang terpaksa mencari sesuap nasi terpaksa bekerja dengan syarikat swasta dengan jawatan yang tidak seberapa.

Saya telah menjadi pensyarah di kolej swasta tempatan, namun masih dibelenggu persoalan tentang nasib saya di Kementerian. Saya malah telah pergi berjumpa dengan pegawai di kementerian Putrajaya untuk menjelaskan kedudukan saya. Saya diminta menyerahkan dokumen2 untuk ‘tindakan lanjut’ namun masih menemui jalan buntu.

Saya terikat dengan waktu kerja dan saya tidak mampu untuk memperuntukkan terlalu banyak masa untuk berulang alik ke kementerian kerana setiap jawapan yang saya dapat hanya lah mengecewakan dan saya tidak mahu membuang masa,tenaga dan wang.

Saya meneruskan perkhidmatan di kolej swasta kerana saya terpaksa menanggung adik2 saya yang masih belajar serta ayah saya yang sakit.

Yang menjadi persoalan sekarang ialah, sudah lebih kurang 8 tahun saya tidak dapat menikmati kelebihan2 sebagai staf kerajaan, dan terpaksa menanggung hidup yang sukar.

Tetapi pada awal tahun 2011, ketika saya berkhidmat sebagai guru ganti di sebuah sekolah di Melaka, tiba2 saya didatangi surat menyatakan saya telah melanggar kontrak dan diminta untuk membayar balik rm52,000.00 atas sebab tersebut.

Saya begitu terkejut dan sedih dengan surat tersebut. Saya akhirnya menghubungi pegawai tersebut (tahun 2011) dan diminta untuk menghantar surat tunjuk sebab. Saya tertekan kerana saya seolah-olah melanggar peraturan. Saya menghantar surat tersebut.

Setelah beberapa minggu, saya hadir sendiri dan berjumpa dengan pegawai KPM dan dimaklumkan bahawa saya diberi pelepasan berkhidmat dan juga tidak perlu membayar rm52 ribu. Saya pernah meminta pelepasan dari berkhidmat dan pengecualian dari membuat pembayaran tersebut tetapi masih berasakan saya telah menanggung rugi dan tekanan hidup.

Lapan tahun adalah satu jangkamasa yang terlalu lama untuk saya. Saya berasa terpinggir, sedangkan ramai lagi yang diserapkan untuk menjadi guru dengan jalan mudah, selain menambil tenaga pengajar dari luar untuk Bahasa Inggeris, padahal saya lebih berhak.

Pihak KPM seolah-olah tidak memahami kesulitan saya. Sehingga sekarang sukar untuk saya menerima hakikat nasib diri yang tidak menentu penangan dari ‘kesilapan teknikal’ pihak berwajib.

Jika dihitung, saya sepatutnya telah pun menjadi guru senior sekarang dan sedang menikmati kelebihan2 sebagai staf kerajaan, dan mungkin telah dapat mengajar di negeri yang saya pohon. Saya harap pihak tuan dapat membantu saya mendapatkan gaji dan penempatan yang setimpal dengan kerugian yang saya alami setelah sekian lama.

Sekiranya saya diperlukan untuk berkhidmat sebagai guru, saya harap saya tidak akan dikategorikan sebagai ‘guru baru’ yang mana saya perlu bermula dari bawah, dengan gaji permulaan. Saya telah menimba pengalaman sebagai pensyarah dan saya berbesar hati sekiranya saya ditawarkan jawatan yang setaraf dengan pengalaman saya, tetapi KPM menolak hasrat saya.

Alasan untuk ‘kes akan dipanjangkan’ atau ‘perlu tunggu mesyuarat’ benar2 memberi saya tempoh yang sukar, kerana saya sudah hidup susah selama LAPAN tahun. Saya sudah tidak tahu bagaimana dan pada siapa lagi harus saya mengadu.

Sudah banyak kali rakan2 bahkan pihak PPD sendiri menasihatkan saya untuk mendedahkan isu ini kepada pihak media,namun saya tidak berbuat demikian,kerana ingin menjaga nama baik KPM. Saya ingin membuat tuntutan gantirugi tetapi takut kerana ini adalah badan kerajaan.

By: Zuraila
http://www.aduanrakyat.com.my/graduan-tesl-tajaan-kpm-tiada-penempatan-setelah-lapan-tahun

2/16/12

Pandangan Putera Yamtuan isu isi Khutbah Jumaat



Berikut merupakan pandangan Yang Amat Mulia Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz berkenaan isu Khutbah Jumaat yang tidak terdapat siri cerita menarik sebagai pengajaran seperti mana yang terdapat dalam kuliah atau tazkirah. Perkara ini harus diberi perhatian oleh JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri.

I have always enjoyed his lectures, which often include amusing anecdotes that do not feature in the usual Friday khutbah. (Saya senantiasa berasa seronok mendengar ceramah-ceramahnya, yang sering menyelitkan “anecdotes” (kisah-kisah benar yang pendek sebagai pengajaran) yang tidak terdapat dalam khutbah Jumaat.

Ikuti artikel penuh yang ditulis oleh Yang Amat Mulia Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz di http://ideas.org.my/?p=4723

Pandangan Putera Yamtuan isu tarikh pilihanraya dan rejim



Berikut pandangan Yang Amat Mulia Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz mengenai tarikh pilihanraya dan mereka yang terlibat dalam proses tender dan kontrak serta isu rejim lama.

Those confident of the superiority of their products want a more transparent bidding and award process: it would not be necessary to have a friendly politician or civil servant on side. Those less confident about their products still prefer the ancien regime.

(Mereka yang yakin dengan keunggulan produk(perkhidmatan) yang ditawarkan mahukan tawaran(bidaan) tender atau kontrak yang lebih telus : mereka tidak semestinya rapat dengan ahli politik atau kakitangan kerajaan yang berpihak kepada mereka. Mereka yang tidak yakin dengan produk(perkhidmatan) yang ditawarkan, mereka akan memilih rejim yang lama)

Ikuti artikel penuh yang ditulis oleh Yang Amat Mulia Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz di http://ideas.org.my/?p=4723

Dato Seri Nizar di Gemencheh 17 Feb 2012



CERAMAH UMUM
Tarikh : 17 Feb 2012, Jumaat
Masa : 9 mlm
Tempat : Markas PAC Cawangan Felda Bukit Rokan Utara, Gemencheh, N.Sembilan
Penceramah :
- YB Dato' Seri Ir Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin
- Ustaz Mohd Misbahul Munir Hj Masduki
- Zakaria Khalim

2/15/12

Komuter KTMB Papa Kedana, Lambat, Lantai Pecah



Aduan Rakyat.Com, 15 Feb 2012 - Perkara ini telah lama saya harungi, amat lama. Malangnya semakin hari semakin teruk. Maintenance komuter tidak dijaga, sering rosak di tengah jalan atau di mana-mana stesen keretapi di mana saya terpaksa bertukar tren.

Ataupun perjalanan tertangguh dan terpaksa menunggu lebih lama lagi. Lantai train ada yang takut hendak dipijak kerana menjadi terlalu lembut sehinggakan terasa seperti nak pecah. Pergerakan tren pula terlalu lambat.

Saya tidak faham mengapa KTMB ibarat papa kedana dalam banyak-banyak sistem tren yang lain di mana penjagaan maintenance serta perjalanan tidak tepat pada masa lagi lembab.

Kata nak naik taraf perkhidmatan seperti swasta tapi swasta pada nama sedangkan segalanya sama seperti dahulu. Memang ada nampak perubahan dan peningkatan tapi berapa peratus berbanding dengan konsesi perkhidmatan keretapi lain yang muncul terkemudian daripada KTMB tetapi mampu memberi perkhidmatan yang jauh lebih bagus, selesa dan tepat pada masa.

Saya sudah naik bosan dengan rentak perkhidmatan KTMB ini dan tak tahu la bila nak sedar dan berubah. Yang sengsara kami pengguna perkhidmatan ini kerana kami bukan naik free, kami bayar!

Ke mana perginya wang keuntungan yang telah bertahun-tahun di pungut dan mengapa tidak digunakan untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan, kelancaran perjalanan serta kualiti tren yang disediakan untuk kami yang membayar segala perkhidmatan yang diberikan.

BERUBAH DAN BUAT SESUATU KTMB. JANGAN JADI SEPERTI KATAK DI BAWAH TEMPURUNG DAN NAK TUNGGU ADA KEJADIAN BARU NAK BERTINDAK. PERKHIDMATAN TREN YANG BARU PERGI BALIK KE IPOH PUN ORANG DAH KOMPLEN SAMPAI MASUK BERITA. ITUPUN TAK SEDAR LAGI?

By: Hannah

Sumber dari : http://www.aduanrakyat.com.my/perkhidmatan-komuter-teruk-lambat-lantai-pecah

Ex Jeneral di Port Dickson 17 Feb 2012



CERAMAH UMUM
17 Febuari 2012 , Jumaat
Jam 9 malam
Di Markas Pakatan Rakyat, Sirusa, Batu 4, Port Dickson (rumah Pak Ngah)
Penceramah :
- Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab
- YB Dato' Kamarul Baharin Abbas
- Wan Fauzuldin Wan Samad (Pesara Tentera/Blogger)

Semua dijemput hadir

YB Dato Ir Amiruddin 22 Feb 2012 di Seremban



CERAMAH PERDANA
Tarikh : 22 Feb 2012 , Rabu
Masa : 9 malam
Batu 8, Pekan Pantai, Jalan Jelebu, Seremban
Penceramah :
- YB Dato Ir Hj Amiruddin
- YB Cha Kee Chin
- Dr Badrul Amin Baharon
- Dr Abd Aziz Bari
- Zulkefly Mohamad Omar

Semua dijemput hadir

2/14/12

Makan malam bersama Presiden PAS 19 Feb 2012 Rembau



KENDURI RAKYAT
Makan Malam bersama YB Tuan Guru Dato Seri Hj Abd Hadi Awang
Tempat : Kg Batu, Rembau
Tarikh : 19 Feb 2012 , AHAD
Masa : 8 mlm
Percuma - Semua dijemput hadir
Hubungi Hassan 019-2171942

KULIAH DHUHA
Tempat : PASTI Al-Wildan, Seremban (sebelah Masjid Ampangan)
Bersama YB Tuan Guru Dato Seri Hj Abd Hadi Awang
Tarikh : 19 Feb 2012 , AHAD
Masa : 7.45 pagi

CERAMAH PERDANA
Tarikh : 19 Feb 2012 , AHAD
Masa : 9 mlm
Tempat : Kg Tengah, Batu 8, Jalan Labu, Labu, N.Sembilan (Rumah Pak Itam)
Penceramah :
YB Tuan Guru Dato Seri Hj Abd Hadi Awang, Presiden PAS
YB Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita PKR Pusat - Ahli Parlimen Ampang
YB Hj Taufek Abd Ghani, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Dato Kamarul Baharin Abas, Ketua PKR N.Sembilan - Ahli Parlimen Telok Kemang
YB Loke Siew Fook, Pengerusi DAP N.Sembilan - Ahli Parlimen Rasah/ADUN Lobak

2/13/12

Lagi ceramah dibatalkan akibat ganguan samseng



Feb 12, 2012 - Satu lagi ceramah, kali ini mengenai kebebasan akademik terpaksa dibatalkan malam tadi selepas sekumpulan remaja menganggu majlis itu dan mengepung lokasi yang dicadangkan di Kampung Idaman, Klang.

Ketika dihubungi, Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Ab Razab berkata "samseng" berkenaan telah memecahkan kerusi dan menyelerakkan dewan serbaguna itu sebelum ceramah bermula.

"Mereka juga mengepung lokasi itu dan kami terpaksa berlindung di sebuah gerai makanan berhampiran sementara menunggu keadaan kembali tenang," katanya.

Walau bagaimanapun, kumpulan yang terdiri daripada kira-kira 70 orang, kata Ahmad Syukri, enggan berganjak dan ini memaksa pelajar yang berjumlah kira-kira 15 orang itu membuat laporan di balai polis Pandamaran.

"Kami tiba di balai polis Pandamaran pada kira-kira jam 11.30 malam, samseng itu terus ekori kami dan mula berkumpul di sana bersama motosikal mereka,” katanya.

Kejadian ini adalah kali kedua apabila ceramah seumpama itu di Klang terganggu. Kali pertama, ceramah pertubuhan Asalkan Bukan Umno (ABU) ‘diserang’ remaja bermotosikal yang bertindak ganas dengan menyerbu lokasi di Jalan Kebun dan dilaporkan memukul seorang pemuda.

Baling batu

Menurut Ahmad Syukri, akibat keadaan yang tegang, polis Pandamaran memutuskan untuk mengiringi pelajar ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang untuk membuat laporan.

“Tiga kereta polis mengiringi kami dalam konvoi lima kenderaan tetapi ketika kami keluar, mereka membaling batu dan memukul kereta kami dengan kayu.

“Syukur, cermin kereta kami tidak pecah tetapi kereta (timbalan presiden, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen) Khalid Mohd Ismath kemek teruk," katanya sambil menambah polis juga tidak mampu berbuat apa-apa.

Samseng-samseng itu sekali lagi mengekori pelajar berkenaan ke ibu pejabat polis daerah Klang dan kali ini, kata Ahmad Syukri bilangan mereka meningkat kepada lebih 100 orang.

"Selepas membuat laporan polis, kami dinasihatkan supaya tidak meninggalkan balai polis berkenaan demi keselamatan.

"Malah sehingga jam 4 pagi, samseng itu masih di luar, jadi kami terpaksa melarikan diri melalui pintu lain dengan bantuan penduduk tempatan," katanya.

Menurut Ahmad Syukri, pelajar akhirnya berjaya meninggalkan tempat itu tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini dan tanpa sebarang kecederaan.

Ceramah malam tadi adalah sebahagian daripada program jelajah mereka ke seluruh negara bagi menuntut kebebasan akademik. Walau bagaimanapun, ini adalah kali pertama ia diganggu.

http://malaysiakini.com/news/188917

Aduan masalah kualiti serius kereta Proton



Diharapkan pihak Proton dapat menyiasat kesahihan aduan di bawah ini , seterusnya mengambil tindakan yang perlu agar industi otomotif negara ini sentiasa berdaya saing dan mendapat sokongan padu pengguna tempatan.

Proton Saga FLX – Enjin Mati Secara Mengejut
February 11th, 2012 - Semalam aku mengalami pengalaman yang sama dengan Encik KHARZUL RAFI MD YAZID iaitu enjin mati secara tiba-tiba semasa sedang memandu PROTON SAGA FLX 1.3 (CVT) pada kelajuan 150km/j. Kelajuan 150km/j itu cuma dalam tempoh 15 saat sahaja semasa sedang memotong kereta.Lampu amaran CVT menyala dan pada masa yang sama enjin mati mengejut.

Cadangan:

Pihak PROTON boleh buat dua pengesan suhu untuk unit CVT tersebut. Pengesan suhu pertama adalah sebagai amaran kepada pemandu dengan cara memaparkan lampu amaran CVT pada suhu tertentu sebelum mencapai suhu maksimum CVT. Lampu amaran CVT dipaparkan untuk beberapa minit sebelum enjin dimatikan. Pengesan suhu kedua adalah untuk mengesan suhu maksimum ‘belt’ CVT dan mematikan enjin.
Adakan ‘cut off’ untuk ‘top speed’ kereta PROTON SAGA FLX 1.3 (CVT) pada kelajuan 14okm/j.
Diharap pihak PROTON yang LEBIH ARIF dengan perkara ini boleh menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.

By: MimiTaro

http://www.aduanrakyat.com.my/proton-saga-flx-enjin-mati-secara-mengejut

Kerosakan Enjin CVT Saga FLX
December 30th, 2011

Saya baru membeli proton saga flx pada 26 November 2011 di Bayangan Dinamik SB di Bandar Baru Bangi, yang merupakan pengedar sah PROTON.

Kenderaan ini merupakan kenderaan utama untuk saya berulang alik ke pejabat di Putrajaya. Tetapi saya merasa sangat kecewa dan hampa apabila belumpun sampai 2 minggu kereta ini mempunyai masalah. Berikut adalah kronologi pembelian kereta ini:

26 November 2011 – Menerima kereta daripada wakil pengedar Bayangan Dinamik Sdn. Bhd., Bandar Baru Bangi.
3 Disember 2011 – Sedang dalam perjalanan ke kedai buku di Alam Damai, kereta ini telah menunjukkan tanda amaran kegagalan CVT. Saya bersama anak-anak hampir menemui kemalangan kerana kereta tidak mempunyai pick-up langsung. Telah menghubungi dealer dan menyuruh rujuk kepada manual. Dalam keadaan panik, suami telah menelefon talian 1-800-888-398 untuk meminta bantuan. Berjaya pulang kerumah dengan keadaan kereta yang membahayakan.
9 Disember 2011 – Amaran CVT menyala lagi, semasa dalam perjalanan pulang daripada solat jumaat jam 2.30 petang di lebuhraya SILK Balakong. Hampir dilanggar oleh kereta lain, kerana secara tiba-tiba kereta bergerak perlahan. Sekali lagi menelefon talian bantuan kerosakan. Dinasihati untuk berhenti seketika. Sampai dirumah telefon semula bantuan kerosakan, bantuan lori towing hanya sampai jam 4.30 petang dan membawa kenderaan ke pusat servis di cheras. Menelefon pusat servis bertanya bila kereta akan dibaiki dan dimaklumkan kereta hanya akan dibaiki pada minggu berikutnya kerana 10 Disember 2011 (Sabtu) hanya menjalankan servis kereta yang biasa sahaja.
12 Disember 2011 – Telah menelefon pusat servis dan dimaklumkan kereta akan disiapkan pada hari itu. Setelah menunggu hingga petang, sekali lagi dimaklumkan kereta tidak dapat disiapkan.
13 Disember 2011 – Kereta telah diambil daripada pusat servis tanpa memberi apa-apa penerangan mengenai pemasalahan yang dihadapi.
24 Disember 2011 – Jam 9.30 pagi menghantar kereta ke pusat servis yang sama untuk servis 1,000km pertama. Jam 12.45 kereta baru disiapkan. Mengharapkan kereta dalam keadaan baik selepas menukar engine oil, oil filter, gasket drain plug dan magnetrap.
25 Disember 2011 – Jam 2.00 petang ketika hendak keluar bersama keluarga ke kenduri kahwin, lampu amaran CVT bernyala lagi. Dalam keadaan keadaan jalanraya yang sibuk, terpaksa memberhentikan kereta dan ini sangat membahayakan keluarga saya yang berada didalam kereta ketika itu. Telefon semula bantuan hotline, tetapi jawapan yang sama diterima. Telah bercakap dengan salah seorang pekerja di talian bebas tol i-care dan mengadu masalah yang dihadapi, dinasihatkan untuk menghubungi proton i-care.
Dengan keadaan yang telah berlaku ini, saya merasa SANGAT KECEWA, HAMPA DAN SUDAH TAWAR HATI. Inikah yang dikatakan MALAYSIA’S LEADING MANUFACTURER??

Diharap pihak PROTON menghubungi saya bagi menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi ini. Disebabkan masalah ini, saya terpaksa menyewa kereta untuk pergi bercuti kerana semuanya telah dirancang tetapi lain yang berlaku, kegembiraan menerima kereta baru hanyalah seminggu, selepas itu saya menanggung kesusahan dan penyesalan yang amat sangat dengan PROTON.

Saya memberi tempoh dua (2) minggu dari tarikh e-mail ini utnuk pihak PROTON mengambil inisiatif menyelesaikan masalah saya.

By: KHARZUL RAFI MD YAZID
http://www.aduanrakyat.com.my/kerosakan-enjin-cvt-saga-flx

Proton Persona baru mengalami masalah ECU Box
February 12th, 2012

Saya bekerja di Pulau Pinang. Pada 9hb jun 2010 saya telah membeli kereta proton persona elegent 1.6 manual di sebuah syarikat panjualan kereta di negeri ini dengan harga 53k. Pada 1hb ogos 2010 saya memandu kereta tersebut ke pahang.

Pada pagi 5hb ogos 2010, saya ingin memulakan perjalanan ke Pulau Pinang semula tiba-tiba kereta saya mengalami masalah. Timing turun naik sedangkan pada waktu itu saya tidak menekan pedal minyak. Saya hantar kereta saya ke pusat service proton di Bandar Maran untuk di periksa.

Pekerja pusat service buat pemeriksaan terhadap kereta saya dan mendapati terdapat masalah pada ECU Box. Saya bertanya pada kerani di pusat proton tersebut kenapa kereta saya mngalami masalah ecu box sedangkan kereta tu baru sahaja di beli. Kerani menerangkan pada saya, kereta proton persona elegent yang bernombor casis macam kereta saya dan ke bawah memang akan mengalami masalah ecu box.

Persoalannya, kenapa saya tidak diberitahu tentang perkara ini semasa saya hendak membeli kereta tersebut? Apa hak saya sebagai pengguna? Kenapa selepas kereta tersebut mengalami kerosakan baru maklumat ini sampai kepada saya? Itu pun selepas di tanya. Sedangkan rekod sudah ada yang mengatakan kereta saya akan mengalami masalah. Bagaimana kalau semasa saya memandu dalam kelajuan tertentu dan kereta saya mengalami masalah tersebut? Nasib baik kejadian itu terjadi semasa saya baru hendak memulakan perjalanan.

Adakah kereta buatan malaysia yang di pasarkan dalam malaysia sendiri tidak berkualiti? Saya sebagai pengguna rasa tertipu. Harap pihak yang bertanggungjawab tolong ambil serius perkara ini. Jangan bila sudah ada nyawa yang melayang di sebabkan kesilapan proton, baru nak ambil tindakan.

By: roshidi

http://www.aduanrakyat.com.my/proton-persona-baru-mengalami-masalah-ecu-box

Kerosakan serius pada Proton Persona
January 16th, 2012

Di sini saya ingin melahirkan rasa tidak puas hati yang amat-amat sangat kepada Proton dan seluruh pihak yang berkenaan. Untuk pengetahuan, saya baru sahaja membeli Proton Persona H-Line (full spec) tapi setelah saya membeli kenderaan tersebut, hanya beberapa kali sahaja dapat digunakan.

1700 km : Kerosakan pertama telah berlaku dimana kenderaan telah mengeluarkan pelbagai bunyian serta keroasakan pada brek dan penjimatan minyak. Hasilnya, terpaksa tinggal beberapa hari dengan penyelesaian yang diberikan kononnya kereta lain pun mengalami masalah yang sama. Juga telah ditipu oleh Pusat Servis Mutiara Damansara (3S center kononya yang perkhidmatan macam hampas) kononnya telah menukar dashboard tapi sebenarnya tidak.

3400 km : Kerosakan sama berulang kembali dan sekali lagi menghantar ke Pusat Servis Mutiara Damansara (3S center kononnya). dapat kembali kereta dengan masalah lain pula yang timbul dan ruang dalaman kenderaan bercalar teruk.

8100 km : Kerosakan sama berulang kembali beserta dengan kerosakan baru lagi yang muncul dan tidak dibaiki tetapi ditipu kononnya dibaiki.

10000 km : Hantar lagi ke Pusat Servis Mutiara Damansara untuk tukar dashboard serta barang yang bercalar beserta dengan timbul juga masalah baru.

Boleh dikatakan sepanjang proses menghantar ke pusat servis mutiara damansara, perkhidmatan cukup-cukup mengecewakan dan masing-masing seolah melepas tangan. Tidak lag masuk terpaksa tinggal kereta sehingga kadang-kadang 4 hari untuk baiki.

Berikutan daripada masalah ini, saya telah membuat laporan kepada banyak pihak dan masing-masing lepas tangan. Telah menelefon kononnya Branch Manager Mutiara Damansara tapi tinggal harapan palsu kerana mereka ini takkan panggil balik customer. kalau saya call pun untuk beberapa kali tiada jawapan.

Saya juga telah membuat aduan kepada pihak-pihak yang berkenaan yang kononnnya membela pengguna pun sama juga tidak melayan.

Antaranya saya telah membuat aduan kepada NCC, jawapan yang diberikan asyik sedang memproses aduan tanpa ada apa-apa jawapan daripada mereka selepas itu.

Juga telah membuat aduan kepada KPDNKK juga cukup mengecewakan kerana katanya hanya boleh menerima aduan tapi tidak boleh mengambil apa-apa tindakan.

Yang paling mengecewakan ialah merujuk kepada Tribunal Pengguna dan jawapan yang diberikan tidak dapat menolong kerana nilai harga kenderaan itu sendiri. Saya cuba meminta nasihat daripada mereka namun jawapan yang diberikan adalah sama ditambah lagi “kalau encik nak ambil tindakan pergilah cari peguam, masuk mahkamah”.

Sekarang saya tidak tahu lagi kemana harus untuk mengadu seolah-olah pengguna tiada kuasa langsung. Dimana hak kami? Cuba bayangkan lah, saya terpaksa bayar bulanan untuk benda yang saya tidak guna. Dimanakah Proton yang cakap berapi kononnya nak berikan perkhidmatan yang terbaik? Kerana kereta sayan yang bermasalah, terus aduan saya tidak dilayan dan dibakul sampahkan.

By: kamal
http://www.aduanrakyat.com.my/kerosakan-serius-pada-proton-persona

2/12/12

Derita bekas peneroka Felda 19 Feb 2012 di Labu N9

Bekas para peneroka Felda di LBJ, Labu, N.Sembilan dulu begitu gembira apabila mendapat pampasan, kini mereka derita. Jangan Pisang Berbuah Dua Kali, khususnya di N.Sembilan dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke dalam Bursa Saham Malaysia kelak.

Justeru itu , ikuti Ceramah Perdana yang akan diadakan di Labu , Negeri Sembilan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat akan nasib yang telah menimpa warga Felda di Labu dan yang akan menimpa warga Felda di seluruh negara serta lain-lain isu semasa.

CERAMAH PERDANA

Tarikh : 19 Feb 2012 , AHAD

Masa : 9 mlm

Tempat : Kg Tengah, Batu 8, Jalan Labu, Labu, N.Sembilan

Penceramah :

YB Tuan Guru Dato Seri Hj Abd Hadi Awang, Presiden PAS

YB Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita PKR Pusat - Ahli Parlimen Ampang

YB Hj Taufek Abd Ghani, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

Dato Kamarul Baharin Abas, Ketua PKR N.Sembilan - Ahli Parlimen Telok Kemang

YB Loke Siew Fook, Pengerusi DAP N.Sembilan - Ahli Parlimen Rasah/ADUN Lobak

Dr Rosli Yaakop, Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

Ustak Khairul Anuar Mohd Wafa, Ketua Pemuda PAS N.Sembilan

Tn Hj Anuar Azahari, YDP PAS Kawasan Rasah

Peta ke tempat ceramah di http://pasns.blogspot.com/2012/02/derita-bekas-peneroka-felda-19-feb-2012.html

************

Bekas jutawan LBJ tak mampu bayar bil api, air

SEREMBAN 10 Feb 2012 : Tidak mampu membayar bil air dan elektrik yang mencecah lebih RM500 sebulan selain cukai tanah melebihi RM1,000 antara faktor segelintir penduduk Kampung Lyndon Ben Johnson (LBJ), Labu di sini, meninggalkan deretan banglo tiga tingkat di kampung itu yang kini menjadi kenangan kekayaan pernah dimiliki bekas peneroka terbabit.

Tinjauan mendapati hampir 10 rumah dibiarkan terbengkalai manakala 20 yang separuh siap terbiar dengan dengan semak samun.

Bekas Ketua Umno cawangan Labu Jaya, Norman Mohd Nor, 66, berkata, dia sedih melihat keadaan itu kerana 504 bekas peneroka kampung terbabit dikenalinya.

“Lebih menyedihkan, ada antara penduduk kini bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk menampung hidup dan ada yang bergelap dalam rumah mewah itu kerana tidak mampu membayar bil elektrik,” katanya.

Menurut Norman, ketika mendapat ‘durian runtuh’ pada 1997, penduduk Kampung LBJ bagaikan menerima limpahan emas berikutan pembinaan Litar F1 Sepang terletak hanya lima kilometer dari situ dan pusat pentadbiran negara, Putrajaya kira-kira 32 kilometer menyebabkan tanah peneroka menjadi rebutan.

Katanya, faktor lokasi menyebabkan kawasan itu amat berdaya maju untuk projek komersial seperti industri atau perumahan.

“Kami menjual tanah tetapi akhirnya ada yang menjadi ‘jutawan fakir’ dalam masa beberapa tahun” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BekasjutawanLBJtakmampubayarbilapi_air/Article/index_html

Bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Dr Rosli Yaakob mengingatkan agar pihak peneroka Felda tidak ghairah apabila diumumkan agensi itu akan disenarai di bursa saham sebaliknya mengambil iktibar nasib peneroka-peneroka di Felda Sendayan dan Felda Labu di Negeri Sembilan setelah terlepas ke pihak lain.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan itu, sebaliknya mengingatkan bahawa tanah merupakan sumber ekonomi mereka dan tidak sepatutnya dibiarkan memasuki perniagaan berisiko yang mungkin boleh terlepas kepada orang luar.

“Lihat apa jadi dengan peneroka-peneroka Felda Labu dan Sendayan yang pada satu ketika begitu ghairah untuk menjadi jutawan lalu tanah mereka dijual, bagaimana dengan nasib mereka?

“Ada yang menjadi kuli, ada yang terpaksa jadi pemandu teksi dan sebagainya jadi biarlah pelihara tanah Felda yang selama ini menjadi tempat orang-orang melayu bergantung hidup jadi apa perlunya dicagarkan untuk bermain saham.

“Tak wajar tanah Felda menjadi pertaruhan kerana tanah adalah sumber ekonomi kalau tergadai kepada kapitalis pemain saham yang rakus, yang biasanya menguasai sehingga 30%. Berapa banyak tanah-tanah yang telah tergadai sebab sesiapa saja boleh beli, “ jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berceramah pada program pelancaran ‘Gerakan Selamatkan Felda’ peringkat kebangsaan di perkarangan Masjid Lama Bandar Jengka, malam tadi.

Kira-kira 6,000 hadir mendengar program yang diadakan bagi memberi penerangan dan risiko kepada warga Felda mengenai penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke dalam Bursa Saham Malaysia sebagaimana diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentang Bajet 2012 pada 7 Oktober lalu.

Dr Rosli berkata, jangan ingat semua projek kerajaan boleh berjaya walaupun diberi jaminan. Tambahnya ini terbukti dengan projek lembu NFC yang sedang hangat dibicarakan sekarang, yang konon pada mulanya mahu jadikan Gemas sebagai ‘beef valley’ atau lembah lembu.

“Di Negeri Sembilan saja berapa banyak projek kerajaan yang gagal antaranya projek tebu di Ayer Hitam, gagal. Pada Masa (Tan Sri) Isa Samad juga ada projek yang gagal iaitu ladang babi terbesar di Bukit Pelandok, Negeri Sembilan tetapi gagal membawa keuntungan bahkan hanya meninggalkan penyakit Japanese Encephalitis (JE) sahaja,” katanya.

Justeru Dr Rosli mahu semua warga Felda bersatu dengan apa cara sekalipun menghalang Felda daripada disenaraikan di bursa saham walaupun dijanjikan dengan durian runtuh.

Beliau khuatir, apa yang sedang diusahakan pihak tertentu pada masa ini hanyalah sebagai jalan untuk mengalirkan wang ke dalam poket kroni mereka sahaja.

Sementara itu Razman Zakaria yang berceramah sebelum itu, memberitahu perniagaan di bursa saham mempunyai risiko yang tinggi sehingga boleh menyebabkan tergadai.

“Jangan pelik jika mula-mula penyenaraian harga begitu tinggi tetapi akhirnya Felda bukan lagi menjadi milik rakyat tempatan kerana semua ini dengan ketiadaan pengetahuan dalam permainan saham, harga boleh dipermain sebagai mana berlaku ketika kegawatan ekonomi 1998.

“Saya bagi contoh ada saham sebuah syarikat iaitu Hwa Tai dulu di bursa saham pernah mencecah sehingga RM80 seunit tapi sekarang tak sampai RM2. Jadi itulah realiti permainan saham,” katanya.

Razman yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak berkata, tugas Felda sepatutnya menjana keseluruhan hasil nilai komoditi daripada 2 juta ekar tanah dan wang itulah sepatutnya menjadi “durian runtuh” untuk peneroka, bukannya dengan bermain saham.

“Tapi RM6 bilion wang tunai yang pernah dimiliki Felda dulu mana pergi?” soalnya.

Beliau menarik perhatian, kalau kerajaan berniaga yang terjadi ialah luputnya aset awam Bank Bumiputera dan MISC Perkapalan.

“Sebab itu, pada saya kalau Felda tidak dipertahankan daripada penyenaraian, boleh tergadai. Akhirnya jadilah seperti dalam filem Ali Baba Bujang lapok. Ibrahim Pendek lempar dadu sambil berkata mari kita tengok siapa yang kena...

“Akhirnya orang akan kata, lagi-lagi peneroka yang kena...” sambil disambut gelak ketawa.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6970-orang-akan-kata-lagi-lagi-peneroka-yang-kena

2/10/12

Enam beranak hidup menumpang di surau



NORMALIZA bersama empat orang anaknya ketika ditemui di surau Taman Rinting, Pasir Gudang semalam.

PASIR GUDANG 10 Feb 2012 - Gara-gara suami tiada kerja tetap dan sukar mendapat pekerjaan menyebabkan enam beranak terpaksa hidup merempat. Mereka sekeluarga sejak Selasa lalu terpaksa menumpang teduh di sebuah surau di Taman Rinting, Masai di sini.

Itulah yang dialami pasangan Muhammad Shah Abdullah, 34, dan Normaliza Mustafa, 33, bersama empat anak mereka, Nor Diana Shafiza, 9, Muhammad Shariz Daniel, 8, Muhammad Shafiz Daniel, 7, dan Muhammad Aiman Daniel, 1.

Sebelum ini, mereka sekeluarga menyewa di sebuah rumah di Flat Tasek 64, Bandar Seri Alam sejak setahun lalu tetapi dihalau tuan rumah ekoran gagal menjelaskan sewa bulanan berjumlah RM270 sebulan yang tertunggak selama tiga bulan.

Keadaan mereka sekeluarga yang tidur di tempat solat bahagian luar surau amat menyedihkan kerana tidur beralas tikar tanpa bantal dan selimut.

Sejak dihalau keluar dari rumah sewa selepas Tahun Baru Cina lalu, tiga anaknya yang belajar di Sekolah Kebangsaan Seri Alam 1, Bandar Seri Alam terpaksa ponteng sekolah.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0210&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm

2/8/12

Kejohanan Futsal 12 Feb 2012 di Senawang



KEJOHANAN FUTSAL
Tarikh : 12 Februari 2012 (AHAD)
Masa : Mula jam 8 pagi
Tempat : Gelanggang Futsal Sport Planet , Senawang
Yuran : RM 50/pasukan

Hadiah :
Johan RM800 + Medal
Naib Johan RM500 + Medal
Ke3 RM300 + Medal
Ke4 Saguhati + Medal

Tempat terhad. Tinggal beberapa penyertaan sahaja lagi untuk cukupkan 32 pasukan.

Sila hubungi segera Syukur 013-2124086

Anjuran : Budak Mudo Geng Kito Rembau dan Belia Alamanda

2/7/12

Mahfuz Omar di Lenggeng, N9 11 Feb 2012



CERAMAH PERDANA
Tempat : Markas PAS Lenggeng, Taman Ulu Beranang, Lenggeng, N.Sembilan
Tarikh : 11 Feb 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Penceramah :
YB Dato Mahfuz Omar , Naib Presiden PAS
YB Cha Kee Chin , Setiausaha DAP N.Sembilan
Zulkefly Mohamad Hj Omar , AJK PAS Pusat
Semua dijemput hadir

Ceramah DUN Paroi, Kota 11 dan 12 Feb 2012



CERAMAH DUN PAROI
Tarikh : 11 Feb 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Pasti Al Amal, Taman Marida, Senawang
Penceramah :
YB Dr Dzulkefly Ahmad , Ahli Parlimen Kuala Selangor
Ustaz Khairul Anuar Mohd Wafa , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan
Nazree Yunus , Ketua AMK N.Sembilan
Mohd Hakki Bawadi , Ketua Pemuda PAS Rembau
Semua dijemput hadir

CERAMAH DUN KOTA
Tarikh : 12 Feb 2012, Ahad
Masa : 9 mlm
Tempat : Pasti Al Amin, Kg Pulau Bukit, Chengkau, Rembau
Penceramah :
Chegubard , Ketua PKR Rembau
Mohd Sani Hamzan , Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Pusat
Hisammuddin Sulaiman , Ketua Penerangan PAS Sabah
Rozmal Malakan , Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau
Semua dijemput hadir

Peta ke Pasti Al Amal dan Pasti Al Amin di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2012/02/ceramah-dun-paroi-kota-11-dan-12-feb.html

2/6/12

Adakah kerajaan lepas tangan isu perumahan terbengkalai?


Adakah kerajaan bersikap lepas tangan dalam isu menangani perumahan terbengkalai di Malaysia apabila Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB), tidak lagi bertanggungjawab memulihkan projek-projek perumahan terbengkalai?

Beberapa masalah, keluhan nasib pembeli projek perumahan terbengkalai di http://terbengkalai.blogspot.com/

SPNB tak lagi pulih projek perumahan terbengkalai
11:47AM Feb 5, 2012

Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB), tidak lagi bertanggungjawab memulihkan projek-projek perumahan terbengkalai sejak 2010, kata pengarah urusannya, Datuk Kamarul Rashdan Salleh.

Beliau berkata, menurut dasar yang diputuskan kerajaan pada 2010, projek terbabit kini diurus sepenuhnya oleh Persuruhjaya Bangunan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

"Saya difahamkan bahawa kementerian terbabit akan bekerjasama dengan pemaju perumahan untuk memulihkan projek-projek terbengkalai," katanya kepada Bernama.

Kamarul berkata, SPNB bagaimanapun akan meneruskan pembangunan projek terbengkalai di Taman Tangkak Emas dan Taman Jasa Amir, kedua-duanya di Johor, mulai Mac ini.

Kedua-dua projek itu terbengkalai sejak 2005.

- Bernama

http://www.malaysiakini.com/news/188333


2/2/12

Makan Malam bersama Md Sabu 26 Feb 2012 Tampin



MAKAN MALAM DAN PELANCARAN DANA
Majlis Makan Malam dan Pelancaran Dana Pilihan Raya PAS Tampin
Bersama Tuan Hj Mohamad Sabu - Timbalan Presiden PAS
Tarikh : 26 Feb 2012, Ahad
Jam : 8.30 mlm
Tempat : Markas PAS Cawangan Tampin, Batu 2 3/4, Jln Repah, Tampin, N.S

Tiket VVIP RM 50 , Tiket Biasa RM25

Hubungi :
Hj Rosli Idris 013-6315181
Hj Abu Sufian 013-6303848
Iskandar 017-8050938

Maklumat dari http://pastampin.blogspot.com/