KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

3/28/12

Rakyat dari Semenanjung tidak layak tinggal di Sabah?



Apakah benar keluhan di bawah ini ?

Rakyat dari Semenanjung tidak layak tinggal di Sabah?

Aduan Rakyat 28 Mac 2012 - Di sini saya ingin menyatakan permasalahan saya yang dilarang untuk tinggal lama bersama isteri dan anak-anak saya di Sabah. Saya telah berkahwin dengan isteri saya hampir 11 tahun semasa dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia. Saya dikurniakan dua orang anak.

Masalah timbul bila sama telah tamat dalam perkhidmatan. Saya tidak boleh tinggal bersama dengan isteri saya di Tawau. Pada hal isteri saya adalah penduduk tetap di Sabah.

Saya tidak dibenarkan tinggal di Sabah lebih dari 3 bulan, selapas itu saya dikehendaki keluar dari Sabah dan masuk semula untuk tempoh 3 bulan lagi. Cuma sekarang ini saya diberi visa lawatan selama 1 tahun yang akan tamat tempoh pada awal Januari 2013 nanti.

Isteri saya tidak boleh menjamin saya untuk tinggal di Sabah dengan lama lagi.

Tapi yang menjadi kehairanan saya kenapa warga asing yang berkahwin dengan penduduk Sabah boleh dijamin oleh pasangan masing-masing dan boleh juga mencari kekayaan di Sabah sehingga berjaya.

Sedangkan saya warga Malaysia tidak boleh tinggal menetap di Sabah dan hak-hak kami dinafikan oleh Pemerintah Sabah.

Adakah Sabah bukan sebahagian dari Malaysia, bagaimana dengan selogan PM kita Gagasan 1Malaysia.

Wassalam.

By: sharinnizal

http://www.aduanrakyat.com.my/rakyat-dari-semenanjung-tidak-layak-tinggal-di-sabah#more-12004

Statistik dari http://beritasemasa.com/warga-asing-di-sabah-malaysia

Kes serangan asid terhadap wanita berulang di KL



Pada tahun 2011 terdapat 15 kes serangan asid terhadap orang awam di sekitar Lembah Kelang dan 2 kes di Seremban yang sehingga kini gagal diselesaikan oleh pihak berkuasa. Kes-kes dan gambar mangsa serangan asid sebelum ini di http://amkns.blogspot.com/2012/02/penyerang-asid-kembali-serang-warga.html

2 lagi wanita disimbah asid di Rawang

28 Mac 2012 KUALA LUMPUR — Seorang wanita dan seorang gadis menjadi mangsa simbahan asid oleh dua lelaki ketika menunggu bas di Batu 16, Rawang, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira 7 petang itu, S.Rani, 46, dan Nuraqilah Osman, 16, telah disimbah asid oleh seorang daripada suspek yang berjalan kaki.

Beliau berkata, suspek telah meragut rantai leher Rani sebelum melarikan diri ke kawasan berhampiran.

"Semasa melarikan diri, seorang daripada suspek itu menyimbah cecair dipercayai asid ke arah wanita itu yang turut mengenai mangsa kedua menyebabkan belakang badannya melecur,” katanya dalam satu sistem pesanan ringkas malam ini.

Abdul Rahim berkata, Nuraqilah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Selayang manakala Rani, yang cedera di muka, leher, tangan serta dada, masih dirawat di hospital sama.

"Mangsa tidak dapat mengecam identiti kedua-dua suspek kerana semasa kejadian, keadaan gelap dan perlakuan suspek terlalu pantas,” katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. — BERNAMA

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0328&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_01.htm

Thief splashes acid on woman and student

The serial splasher had struck fear among Klang Valley residents between March and May last year, with more than 20 people suffering burns.

The attacks began on March 2, 2011, when eight students and a teacher from SK Bukit Bandaraya in Jalan Bangkung, Bangsar, were splashed with a corrosive liquid by a motorcyclist.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/3/28/nation/11002353&sec=nation

Balik rumah tubuh berasap

"Sebelum kejadian, dua lelaki terbabit dilihat bersandar di palang pondok menunggu bas itu sebelum mereka menegur seorang wanita berumur. Malah, saya juga nampak seorang daripada lelaki terbabit memegang botol tetapi menyangkakan ia minuman.

"Ketika wanita itu sedang bercakap dengan kedua-dua lelaki terbabit tiba-tiba mereka meragut rantai emasnya dan dia cuba melawan tetapi disimbah asid dari botol yang dibawa seorang daripada lelaki itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, malam tadi.
Nur Aqilah berkata, wanita itu menjerit meminta tolong sambil memegang mukanya yang kemerahan akibat terbakar manakala dia rakan hanya mampu melihat kerana bimbang dicederakan penjenayah terbabit.

"Saya dan rakan cuba lari tetapi lelaki terbabit menyimbah baki asid ke arah kami dan dua lagi orang awam di pondok bas itu sebelum beredar dengan selambanya.

“Cecair itu kena pada belakang bahu saya dan tangan seorang wanita lain," katanya.

http://www.hmetro.com.my/articles/Balikrumahtubuhberasap/Article

3/26/12

Md Sabu, Husam Musa dll 1 Apr 2012 di Jempol, N9



SOLAT HAJAT & CERAMAH MEGA
1 April 2012, Ahad, Jam 8 Mlm
Di Muassasah Darul Syariff, Batu Kikir, N.Sembilan
Bersama : Tn Hj Mohamad Sabu, YB Dato’ Paduka Husam Musa, YB Dato Tn Guru Harun Taib, YB Dato Kamarul Baharin Abbas, YB Anthony Loke, YB Dr Hatta Ramli, Ustaz Nasaruddin Tantawi, YB Hj Taufek Abd Ghani dan Sdr Abd Rahman Ramly

Masjid usang bahayakan jemaah di Melaka



Masjid di Kampung Bukit Pegoh, Melaka ini mengalami kerosakan selepas beberapa siling berhampiran kubah runtuh sejak tiga tahun lalu. Adakah ini masjid yang sama yang berhadapan situasi bersolat dengan diimamkan oleh dua imam dipercayai akibat perbezaan fahaman politik sejak awal April 2010? Lebih menghairankan Jabatan Agama Islam Melaka tidak mempunyai peruntukan mencukupi untuk membaiki kerosakan siling tersebut yang dianggarkan berrnilai RM260,000.00.

26 Mac 2012 TELOK MAS - “Mungkin hendak tunggu ada yang cedera di masjid ini baru perlu ambil tindakan,” kata Mohamad Ali Abdullah, 76, jemaah Masjid Al-Watani di Kampung Bukit Pegoh, di sini.

Dia berkata demikian akibat kecewa apabila keadaan masjid berkenaan tidak sempurna serta tidak mendapat perhatian pihak terbabit.

Menurutnya, kerosakan masjid dibina sejak tahun 1960-an itu mengalami kerosakan selepas beberapa siling berhampiran kubah runtuh sejak tiga tahun lalu.

“Siling yang runtuh ketika itu turut menimpa beberapa jemaah yang sedang bersolat, namun bernasib baik tiada nyawa yang melayang,” katanya.

Seorang lagi jemaah masjid dikenali sebagai Ishak Kari berkata, hampir dua tahun lalu, siling di ruang solat pula dilihat mula terhakis hingga menampak struktur besi, selain cat siling juga tertanggal.

“Ia dipercayai berlaku akibat faktor cuaca dan pembuatan yang tidak mengikut spesifikasi hingga memboleh air hujan menyerap masuk.

“Memang ada jemaah yang terkena air menitik ketika sedang solat, namun hendak buat bagaimana dan mereka tetap teruskan solat berjemaah,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi masjid berkenaan, Md Jani Gembor berkata, pihaknya sudah beberapa kali mengajukan masalah terbabit kepada Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan berkenaan, namun tidak mendapat maklum balas positif diterima.

“Beberapa bahagian siling plaster berhampiran kubah masjid itu runtuh tiga tahun lalu kerana serapan air hujan dan sehingga kini ia masih tidak dibaiki akibat faktor kekangan kewangan.

“Berdasarkan penilaian Jabatan Kerja Raya (JKR) tiga tahun lalu, kos diperlukan bagi membaiki kerosakan siling runtuh berhampiran kubah adalah kira-kira RM260,000. Bagaimanapun, Jaim mendakwa tidak mempunyai peruntukan mencukupi,” katanya.

Md Jani berkata, masalah terbabit tidak pernah lepas daripada dibangkitkan dalam setiap mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Japerun) serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), namun hanya jawapan dolak dalih yang mereka terima.

“Masjid ini menjadi tumpuan masyarakat Islam daripada enam kampung dan perumahan setiap minggu dengan mengadakan aktiviti keagamaan. Jadi, saya khuatir jika lambat laun terjadi perkara yang tidak diingini terhadap jemaah.

“Wang masjid sedia ada tidak boleh digunakan sebarangan, apatah lagi ia tidak cukup untuk memperbaiki keadaan masjid ini,” katanya.

Menurutnya, selain masalah siling yang rosak teruk, sistem pengudaraan masjid terbabit juga kurang sempurna menyebabkan jemaah terpaksa bersolat dalam keadaan tidak selesa akibat panas.

“Kemudahan pendingin hawa memang disediakan, namun penggunaan yang kerap akan meningkatkan lagi jumlah bil elektrik bulanan masjid.

“Saya berharap pihak berkenaan dapat berbuat sesuatu bagi memulihkan struktur binaan masjid ini secepat mungkin,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/masjid-usang-bahayakan-jemaah-1.35170

Sembahyang dua imam di Bukit Pegoh

MELAKA 9 Mei 2010 - Ahli jemaah kariah Masjid Bukit Pegoh, Pernu di sini berada dalam dilema apabila berhadapan situasi bersolat dengan diimamkan oleh dua imam dipercayai akibat perbezaan fahaman politik sejak awal April lalu.

Pengerusi masjid tersebut, Md. Jani Gembor, 65, berkata, perselisihan faham antara imam masjid tersebut yang dilantik Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan seorang imam muda berumur 28 tahun itu bermula sejak setahun lalu.

Beliau mendakwa, bukan sekadar mengajar agama tanpa tauliah sejak setahun yang lalu, malah imam muda itu juga seolah-olah menghasut dengan mengatakan Imam 1 masjid terbabit tidak layak menjadi imam.

Tambahnya, menyedari beliau mengajar tanpa tauliah, kariah masjid kemudian memintanya mendapat tauliah daripada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) terlebih dahulu.

"Awal tahun ini, kita telah minta dia mendapatkan tauliah mengajar agama tetapi dia enggan, malah pengikutnya terdiri antara 15 dan 20 orang juga memarahi tindakan kami itu.

"Ekoran itu pada 1 April lalu, ahli kariah masjid telah membuat laporan kepada JAIM dan sejak itu imam muda bersama pengikutnya itu melakukan solat berasingan di masjid ini," katanya ketika di temui di sini semalam.

Menurut Md. Jani, imam muda dari Masjid Tanah itu bersama pengikut-pengikutnya akan datang sebelum masuk waktu solat lima waktu, namun tidak menyertai solat berimamkan imam masjid tersebut.

Sebaliknya, kata beliau, mereka akan menunggu di saf belakang sehingga solat selesai dan setelah itu, barulah imam muda tersebut mengimamkan solat diikuti pengikut-pengikutnya itu.

Sementara itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam ketika diminta mengulas berkata, isu tersebut tidak sepatutnya timbul.

Sehubungan itu, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Tanah, Kewangan dan Perancangan Ekonomi negeri akan memanggil penghulu kampung terbabit.

"Saya akan panggil penghulu kampung tersebut untuk membincangkannya dan mahu isu ini dibawa pada mesyuarat Exco Rabu ini," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0510&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_29.htm

Jemaah Bukit Pegoh dilema solat dua imam
2010/05/10

JASIN: Ahli jemaah kariah Masjid Bukit Pegoh di Pernu, dekat sini, bagaikan dalam dilema apabila mereka berhadapan situasi melakukan solat berimamkan dua imam, sejak awal April lalu, dipercayai akibat perbezaan fahaman politik.

Pengerusi masjid berkenaan, Md Jani Gembor, 65, berkata perselisihan faham antara imam masjid itu yang dilantik Majlis Agama Islam Melaka (Maim) dengan seorang imam muda berusia 28 tahun bermula tahun lalu.

Beliau mendakwa, bukan sekadar mengajar ilmu agama tanpa tauliah sejak setahun yang lalu, imam muda itu juga seolah-olah menghasut dengan mengatakan Imam 1 masjid terbabit tidak layak menjadi imam.

Katanya, menyedari imam muda itu mengajar tanpa tauliah, kariah masjid memintanya untuk mendapatkan tauliah terlebih dulu daripada Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim).

"Pada awal tahun ini, kita memintanya mendapatkan tauliah mengajar agama tetapi dia enggan, malah pengikutnya seramai kira-kira 15 orang hingga 20 orang memarahi kami.

"Berikutan itu, pada 1 April lalu, ahli kariah masjid membuat laporan kepada Jaim dan sejak itu imam muda bersama pengikutnya melakukan solat dua imam di masjid ini," katanya di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Md Jani berkata, imam muda dari Masjid Tanah itu bersama pengikutnya akan datang sebelum masuk waktu solat lima waktu, namun akan melihat dan menunggu di saf belakang sehingga solat selesai dan selepas itu, barulah beliau mengimamkan solat.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JemaahBukitPegohdilemasolatduaimam/Article/print_html

Santai bersama Md Sabu 1 Apr 2012 di Senawang


MAJLIS MINUM PETANG DAN CERAMAH
Bersama :
~ Tn Hj Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS
~ YB Dato' Paduka Husam Musa, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan
~ YB Dr. Hatta Ramli, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat
Tarikh : 1 April 2012, Ahad
Masa : 5 ptg
Tempat : Pasti Hasanah, Bandar Seremban Selatan Fasa 1, Senawang

Semua dijemput hadir

(Minum petang percuma, kupon tidak diperlukan)

Sebarang sumbangan untuk menjayakan majlis ini atau sumbangan untuk Tabung Dana Pilihanraya PAS DUN Paroi sila salurkan melalui akaun Bank Islam (BIMB) :
Nama akaun : PAS Dun Paroi
No akaun : 05012010063902

Untuk pertanyaan sila hubungi Sdr Hassan 019-2171942


3/25/12

Pidato Anak Muda 6 Apr 2012 Seremban


PIDATO ANAK MUDA

Tarikh : 6 Apr 2012, Jumaat

Masa : 9 mlm

Tempat : Pusat Tarbiyyah MTD Lenggeng, Taman Pancor Jaya, Seremban

Pemidato ;

~ Ustaz Khairil Anuar Wafa, Ketua Pemuda PAS N.Sembilan

~ Chegubard, Penyelaras SAMM

~ Adam Adli, Aktivis Mahasiswa

~ YB Cha Kee Chin, Setiausaha DAP N.Sembilan

~ Zulkarnain Zaki, Ketua Pemuda PAS Seremban

Semua dijemput hadir

3/24/12

Anggota polis wanita ditahan kes kejadian tembak ala gengster

24 Mac 2012 - KOTA BHARU: Seorang anggota polis wanita yang kini digantung tugas kerana kes khalwat ditahan beberapa jam selepas kejadian tembak ala gengster di lampu isyarat di hadapan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), di sini semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, wanita berusia 36 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan ketika polis menyerbu sebuah rumah di Kampung Seterpa, Peringat, di sini, selepas menerima maklumat berkaitan sebuah kereta jenis Satria Neo digunakan suspek yang melepaskan tembakan. Katanya, suspek wanita itu dibawa ke Balai Polis Binjai, di sini, untuk disoal siasat.

“Sejurus menerima maklumat kejadian itu (kejadian tembak), kita menyerbu sebuah rumah di Kampung Seterpa, Peringat. Seorang wanita yang juga anggota polis yang kini digantung tugas kerana kes khalwat ditahan ketika berada di hadapan rumah itu.

“Polis menemui satu motosikal jenis Yamaha 125Z berwarna hitam dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu. Dua suspek lelaki melarikan diri dengan Perodua Kenari milik wanita itu ke Gunung Bachok,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Anggotapoliswanitaditahan/Article/index_html

Sham Kamikaze di Gemencheh, N.Sembilan 5 Apr 2012


PROGRAM SANTAI

Bersama Sham KAMIKAZE

Tarikh : 5 April 2012, Khamis

Masa : 9 mlm

Tempat : Bidin Kraf, No 105, Peringkat 4, Felda Bukit Rokan, Gemencheh, N.Sembilan

Hubungi ; Nor Iskandar 019-2223231 , Isa 019-2169249

Ceramah dan Dialog DUN Gemencheh 3 Apr 2012


CERAMAH DAN DIALOG ISU SAHAM FELDA

Tempat Dialog : Bilik Gerakan PAS, Felda Bukit Rokan Utara, Gemencheh, N.Sembilan

Tarikh/Masa : 3 Apr 2012, Selasa , 5 ptg

Bersama : Mazlan Aliman dan Ustaz Zakaria Khalim


Tempat Ceramah : Felda Bukit Jalor, Gemencheh, N.Sembilan

Tarikh/Masa : 3 Apr 2012, Selasa , 8 mlm

Bersama : Mazlan Aliman dan Ustaz Zakaria Khalim

3/23/12

Anggota polis larikan anak dara orang



23 Mac 2012 KUANTAN: Ibu pelajar Tingkatan Tiga, Siti Nurfatihah Mahadi memaafkan tindakan anaknya melarikan diri ke rumah teman lelakinya di Pekan, Ahad lalu biarpun kejadian terbabit mencemarkan nama keluarga.

Normala Mohd Lazin, 33, berkata beliau bagaimanapun enggan merestui hubungan Siti Nurfatihah dan teman lelakinya yang juga seorang anggota polis selepas lelaki berusia 26 tahun itu terbabit tidak mahu memulangkan anaknya.

“Biarpun kejadian ini sedikit sebanyak menjejaskan nama baik keluarga, namun saya tetap memaafkan dia... Siti Nurfatihah masih muda dan berharap apa yang berlaku ini menjadi iktibar dan pengajaran malah kami sekeluarga amat menyayanginya.

“Siti Nurfatihah masih muda dan apa yang lebih penting ketika ini ialah pelajaran demi masa depannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Akhbar semalam melaporkan, Siti Nurfatihah, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan yang ditemui kira-kira jam 8 malam di rumah teman lelakinya di Kampung Merchong, Pekan, Selasa lalu mengaku tidak diculik sebaliknya dengan rela hati melarikan diri akibat tekanan dan rasa dikongkong keluarga.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sediamaafkananakwalaupunmalu/Article/

3/22/12

Saifuddin Nasution di Seremban 25 Mac 2012

CERAMAH PERDANA
Tarikh : 25 Mac 2012, Ahad
Masa : 9 mlm
Tempat : Markas PAS Cawangan Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam)
Penceramah :
~ YB Dato Saifuddin Nasution, SU Agung PKR/AP Machang
~ Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, AJK PAS Pusat
~ Zulkefly Mohamad Hj Omar, AJK PAS Pusat

Semua dijemput hadir

Menteri Pelajaran didesak jelaskan angka buta huruf yang tinggi

Menteri Pelajaran didesak jelaskan angka buta huruf yang tinggi
March 22, 2012



Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi menyatakan lapan peratus dari 6,667 pelatih PLKN buta huruf.

SEREMBAN – Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin hari ini mendesak Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan kadar buta huruf tinggi.

Badrul Hisham berkata, beliau ingin menarik prhatian umum untuk meniliti fakta mengenai berapa ramai lagi palajar yang masih ketinggalan.

“Kita terlalu menumpukan dengan statistik seramai 559 orang dari pada 468,808 calon SPM mendapat gred cemerlang tertinggi (A+) tetapi tidak harus lupa mengenai fakta pada 11 Januari lalu telah disebut oleh Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi menyatakan lapan peratus dari 6,667 pelatih PLKN buta huruf.

“Memandangkan PLKN menumpukan pengambilan di kalangan bekas calon SPM dan jika statistik angka lapan peratus ini dijadikan penunjuk maka dari 468,808 orang calon SPM, kira – kira 37,504 orang ialah buta huruf.

“Ini satu angka yang amat besar dan jika kelompok ini terus ketinggalan dan dipinggirkan ia pasti akan memberikan impak besar dalam struktur sosio masyarakat negara ini,” kata Badrul Hisham yang lebih dikenali dengan panggilan Chegu Bard..

Beliau berkata, perhatian yang khusus harus diberikan dalam isu ini dan jika berdasarkan angka ini, maka seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan dasar pelajaran negara.

SAMM, katanya memohon ahli parlimen membangkitkan isu ini di dalam persidangan parlimen yang sedang berlangsung dan berharap Menteri Pelajaran memberikan penjelasan.

Muhyiddin sibuk berpolitik

Muhyiddin perlu memberikan tumpuan kepada bidang kerjanya daripada sibuk dengan kerja-kerja politik khususnya menyerang pembangkang semata-mata, katanya.

Chegu Bard yang juga merupakan Ketua Cabang PKR Rembau merakamkan tahniah buat semua calon SPM 2011 yang mendapat keputusan semalam.

“Walau apa pun keputusan tersebut akuilah ia adalah hasil apa yang diusahakan selama ini menjelang peperiksaan tersebut.

“Namun ingatlah apa pun keputusan yang diperolehi hari ini ingatlah ia bukan pengakhiran tetapi jadikan ia platform pemulaan dalam mencorak hidup ke alam dewasa yang lebih mencabar.

“Jika keputusan agak mengecewakan jangan mengalah. Sebenarnya bagi manusia yang benar-benar mampu menggunakan potensi diri mereka; adalah kurang penting di mana kita bermula tetapi yang penting dimana kita berakhir nanti.

“Proses pendidikan seharusnya bukan sahaja berteraskan peperiksaan semata-mata tetapi proses berterusan dalam pembinaan insan,” katanya lagi.

Beliau menambah, dalam kegirangan meraikan keputusan usah dilupa dengan jasa pendidik, ibu bapa dan keluarga disebalik kejayaan tersebut.

Menurutnya, kamu juga ada peranan besar kemudian nanti dalam menggalas tanggungjawab selaku anak muda Malaysia.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/03/22/menteri-pelajaran-didesak-jelaskan-angka-buta-huruf-yang-tinggi/

3/21/12

Dialog Md Sabu di Tampin 25 Mac 2012



CERAMAH DAN DIALOG
Tarikh : 25 Mac 2012 , Ahad
Masa : 9 mlm
Tempat : Markas PAS Cawangan Tampin Bandar, Bt 3 1/4 , Jln Tampin-Gemas, Tampin
Bersama :
Tn Hj Mohamad Sabu , Timbalan Presiden PAS
Siti Aisyah Sheikh Ismail , Ketua Srikandi PKR
Semua dijemput hadir

Ceramah Umum 25 Mac 2012 di DUN Ampangan, N.Sembilan



CERAMAH UMUM
Tarikh : 25 Mac 2012 , Ahad
Masa : 9 mlm
Tempat : Markas PKR, Taman Bukti Setia, Ampangan, Seremban
Bersama :
~ YB Fuziah Salleh , Ahli Parlimen Kuantan / Naib Presiden PKR
~ YB Ahmad Kassim , Ahli Parlimen Kuala Kedah / MPP
~ Dr Mohamad Rafie Ab Malek , Penyelaras DUN Ampangan / MPP
Semua dijemput hadir

3/20/12

Iklan Perdana Menteri di bawah iklan peragut



Maklumat dan gambar dari Blog Patrick Teoh yang bertajuk Tuesday funny , dimana iklan gambar Perdana Menteri diletakkan dibawah papantanda kawasan peragut.

Satu peringatan untuk semua pihak , termasuk kita semua agar lebih berhati-hati dalam apa jua tindakan. Kesilapan yang kecil, boleh disalahertikan.

Some possibilities:-

1. Somebody has a great sense of humour in that ad company.
2. Putrajaya has adopted a new election strategy.
3. Najib is laying it on the line and telling it like it is.

Gambar dari http://www.niamah.com/2012/03/tuesday-funny.html

Pembelian senjata utama oleh Malaysia tahun 2011



Pelajar perempuan 15 tahun diculik depan kedai waktu tengahari

Mari kita sama-sama berdoa agar anak gadis ini dilindungi Allah, penculiknya ditangkap dan diadili serta memohon agar Allah memberi jalan keluar atas permasalahan jenayah di negara ini yang semakin meruncing dan berleluasa.



NOR MALA dan suaminya, Mahadi Muda menunjukkan gambar Siti Nur Fatihah yang didakwa diculik tiga individu ketika hendak membeli kad tambah nilai telefon bimbit di Taman Tas, Kuantan, Pahang kelmarin.

Fatihah hilang lepas direntap

20 Mac 2012 KUANTAN – Seorang suri rumah kini hidup dalam keadaan tidak keruan apabila mengenangkan nasib anak perempuannya yang didakwa dilarikan dua lelaki dan seorang wanita ketika mangsa pergi ke kedai telefon untuk membeli kad tambah nilai prabayar RM5 berhampiran rumahnya di Taman Tas di sini kelmarin.

Nor Mala Mohd. Lazin, 34, memberitahu, anaknya, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, dikatakan diculik oleh tiga individu terbabit yang menaiki sebuah kereta bercermin gelap pada pukul 12 tengah hari.

Katanya, anak gadisnya itu pergi ke kedai bersama dua adiknya, Siti Nurul Aishah dan Mohd. Shahmi Aiman. Dua beradik itu berusia 11 tahun. Kedai itu terletak hanya 100 meter dari rumahnya.

“Pada hari kejadian, saya terkejut apabila mendapati dua anak saya pulang dalam keadaan tergesa-gesa sambil menangis.

“Saya tanya kenapa dan mereka memberitahu yang Fatihah (nama panggilan Siti Nur Fatihah) telah diculik dua lelaki dan seorang wanita tidak dikenali yang menaiki sebuah kereta bercermin gelap,” ceritanya ketika ditemui semalam.

Mengikut cerita dua anaknya, ketika sedang berjalan ke kedai itu, kereta penculik yang dipandu wanita tersebut telah berhenti berhampiran mereka sebelum seorang lelaki menarik Fatihah.

Menurut Nor Mala, kedua-dua anaknya cuba menyelamatkan kakaknya tetapi lelaki tersebut merentap Fatihah dengan kuat menyebabkan pegangan tangan mereka terlepas mengakibatkan pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan di sini itu dibawa lari


http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0320&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm

3/19/12

Dato Seri Anwar Ibrahim di N.Sembilan 22 Mac 2012



CERAMAH KHAS
Tarikh : 22 Mac 2012, Khamis
Masa : 8.30 mlm
Tempat : Bt 3, Pekan Lukut, Jln Lukut - Port Dickson, Telok Kemang, N.Sembilan
Bersama :
~ Dato Seri Anwar Ibrahim
~ YB Dato Kamarul Baharin Abbas , Pengerusi PKR N.Sembilan
~ YB Hj Mohamad Taufek , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
~ YB Loke Siew Fook , Pengerusi DAP N.Sembilan

Semua dijemput hadir

Aktiviti luar biasa kapal tentera asing di Nusantara



Berita dari Indonesia melaporkan aktiviti kapal tentera Amerika dan Australia yang semakin banyak di Selat Sunda (antara kepulauan Jawa dan Sumatera) akhir-akhir ini yang mencurigakan pihak keselamatan Indonesia. Bagaimana pula dengan pergerakan tentera Amerika berhampiran perairan Malaysia khususnya di Selat Melaka, Laut China Selatan, Selat Tebrau dan perairan di Sabah dan Sarawak?

Kapal Militer AS Bolak-balik Selat Sunda

18 Maret 2012, Cilegon: Sejak beberapa pekan ini, aktivitas kapal militer asing di Selat Sunda meningkat. Ini lantaran adanya pemindahan 4.700 pasukan Amerika Serikat (AS) dari pangkalan militer AS di Okinawa ke beberapa pangkalan militernya di Pasifik, seperti Hawaii, Australia dan Philipina.

Data di Pangkalan Angkatan Laut (Lanal) Banten menyebutkan, 53 kapal militer asing melintas di Selat Sunda selama sebulan ini. Masuknya kapal militer asing di Perairan Selat Sundat tak bisa dielakan lantaran lintasannya berada di daerah luar Zona Ekonomi Eksklusif Indonesia pada Alur Laut Kepulauan Indonesia (ALKI).

Dalam kesepakatan hukum laut internasional disebutkan, kapal asing diperbolehkan melintas di zona tersebut tanpa perlu terlebih dahulu meminta izin kepada pemerintahan di wilayah tersebut. “Hampir tiap hari selalu ada kapal perang AS, makanya pengawasan kita perketat,” Wakil Komandan Lanal Banten Mayor Laut (P) Robert Marpaung di ruang kerjanya, Sabtu (17/3).

Bahkan, katanya, dalam seminggu terakhir beberapa kapal perang Australia juga terlihat melintas di Selat Sunda. “Pemantauan terus kita lakukan, biasanya kalau ada kapal asing kita minta mereka tidak melintas di Perairan Indonesia,” ungkapnya.

Sementara itu, Danlanal Banten, Kolonel Laut (L) Agus Priyatna mengatakan, dengan meningkatnya aktivitas pelayaran kapal militer asing di Selat Sunda membuat pihaknya lebih meningkatkan pengamanan. “Kita lakukan patroli di beberapa titik, ini untuk mengawasi kegiatan kapal militer asing yang mencurigakan,” kata.

Dalam setiap patroli pihaknya mengerahkan dua kapal yang masing-masing dilengkapi 20 personel bersenjeta lengkap. “Saat ini kami memiliki empat kapal patroli yang terdiri atas dari satu kapal berukuran 28 meter, satu kapal 12 meter dan dua kapal ukuran delapan meter,” jelasnya.

Sumber: http://beritahankam.blogspot.com/2012/03/kapal-militer-as-bolak-balik-selat.html

Penipuan Syarikat Jual Beli Kereta



Semoga ada pihak yang menyiasat kesahihan aduan di bawah ini.

Penipuan Syarikat Jual Beli Kereta
Aduan Rakyat dot Com 18 Mac 2012

Salam Tuan/Puan,

Minta kerjasama pihak Aduan Rakyat untuk memaparkan kes saya ini yang telah saya email seperti dibawah. Ini adalah kes serius yang perlu disebarkan kepada semua rakyat supaya tidak ada mangsa-mangsa yang lain lagi. Saya sekarang sudah letih and lesu kerana pihak polis masih tidak mengambil apa2 tindakan walaupun sekarang sudah ada 2 kes yang sama melibatkan syarikat yang sama, Setia Satria TM Sdn Bhd.

Saya sudah sebarkan di forum dibawah:

http://www.bmwclubmalaysia.com/forums/showthread.php?47009-Car-Dealer-Runaway-amp-Stole-My-Car-E90-320i-(A)
http://forum.autoworld.com.my/index.php?showtopic=103336
Kalau nak ambil tindakan mahkamah pun rasanya takkan ke mana kerana saya masih menjadi mangsa, kereta hilang tetapi saya masih harus membayar hutang bank.

Harap pihak tuan/puan dapat memaparkan kes ini dengan segera.

Regards,
Syahril N.A.

Kira-kira 2 bulan lalu, pada 15 Januari 2012 saya telah menjual dan menyerahkan kereta berwarna hitam BMW 320i (E90) tahun buatan 2005 kepada sebuah syarikat jual-beli kereta. Kereta saya diserahkan di syarikat jual beli kereta yang bernama Setia Satria TM Sdn Bhd atau Setia Satria TM Enterprise beralamat seperti berikut:

Setia Satria TM Sdn Bhd (881542-U)
Setia Satria TM Enterprise (SA0202111-V)
No. 5-2, Jalan 5/65C, Pekeliling Business Center,
Off Jalan Pahang Barat, 53000 Kuala Lumpur.
No. Telefon: +603-4021-0573

Pegawai syarikat yang berurusan dengan saya adalah seperti berikut:

Name: Muhammad Khairul Munawir Izzuddin Bin Ismadi
NRIC: 930606-01-6551
H/P: +6010-8851-360, +6014-3193-677

Kereta saya dijual pada harga kira kira RM115,000, iaitu jumlah langsai hutang pinjaman bank di Public Bank. Pegawai jualan tersebut telah berjanji akan melangsaikan hutang di bank dan menyerahkan surat pelepasan bank dalam jangka masa 2 hingga 4 minggu kerana katanya sudah ada pembeli yang mahu membeli kereta saya. Tetapi sampai sekarang masih tidak dijelaskan padahal kereta sudah di ambil. Saya telah berusaha pergi ke pejabat, menelefon dan menghantar pesanan ringkas, tetapi pegawai tersebut masih melengahkan masa dan tidak pernah membalas pesanan ringkas saya dan amat jarang sekali menjawab panggilan telefon saya.

Pihak syarikat kereta itu juga berjanji untuk membayar pinjaman bulanan terus kepada bank sekiranya syarikat kereta itu gagal menjual dalam masa terdekat. Tetapi tiap-tiap hari bank menelefon saya bahawa pinjaman telah tertunggak selama dua bulan. Pihak bank sekarang pun sudah mengeluarkan surat notis untuk menarik balik kereta. Saya juga telah meminta supaya Khairul menyerahkan kembali kereta kepada saya jika dia tidak dapat menjual kereta tersebut kepada pembelinya, tetapi dia asyik melengahkan masa.

Saya amat risau kerana saya mungkin telah ditipu and kereta saya dicuri kerana syarikat tersebut tidak ada ‘showroom’ kereta dan dia enggan memberi tahu saya di mana kereta itu berada sekarang. Pihak bank juga menyatakan setakat ini tidak ada permintaan dari pihak syarikat kereta itu untuk melangsaikan hutang pinjaman bank.

Saya sudah penat dan telah membuat laporan kepada polis kerana saya risau ini adalah penipuan dan kereta saya sebenarnya dicuri. Saya sudah memberitahu pihak bank dan sedang bekerjasama dengan pihak bank untuk berusaha menarik kembali kereta tersebut, kerana mengikut undang-undang, kereta itu adalah hak milik bank.

Setelah melakukan selidikan di internet, Khairul adalah anak kepada Datuk Ismadi yang pernah dikaitkan dengan Yasmin Khanif seperti di blog ini http://www.rotikaya.com/yasmin-khanif-tidak-mengaku-punya-sugar-daddy-datuk-ismadi-mengaku-taja-hidup-mewah-ha/

Saya berharap kepada sesiapa yang tahu bagaimana saya dapat berjumpa sama-ada Khairul ataupun Datuk Ismadi untuk berbincang dan menyelesaikan masalah ini.

Terima kasih.

Regards,
Syahril N.A.

http://www.aduanrakyat.com.my/penipuan-syarikat-jual-beli-kereta

Pelatih PLKN dakwa kena belasah di Kem PLKN Melaka



19 Mac 2012 , KUALA LUMPUR: Dua pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mendakwa sakit belakang dan sesak nafas selepas dibelasah dua pelatih lain dalam dua kejadian berasingan selang 15 minit di asrama mereka di Alor Gajah, Melaka, awal pagi kelmarin.

(Sila rujuk laman web http://beritaplkn.blogspot.com/ untuk laporan beberapa insiden di Kem PLKN sebelum ini)

Dalam kejadian bermula jam 2.15 pagi itu, dua pelatih terbabit iaitu Yap Chun Jen dan Chew Chee Yong, 18, mendakwa ditumbuk dan ditendang di perut, kaki dan belakang badan oleh dua pelatih terbabit yang datang menemui mereka dengan membawa sekumpulan pelatih lain.

Menurut Yap yang berasal dari Puchong, ketika kejadian dia sedang tidur sebelum didatangi sekumpulan 20 pelatih mengejutkannya dan seorang daripada mereka mengarahkannya keluar untuk berbincang berikutan itu hari terakhir mereka menjalani latihan.

“Takut dikelilingi pelatih saya hanya menurut, namun sejurus selepas menjejakkan kaki keluar pintu asrama, mereka menumbuk tepat di perut serta menendang kaki saya.

“Pelatih itu kemudian menyuruh saya memukulnya semula dan selepas saya berbuat demikian, dia terus memukul di belakang badan pula,” katanya ketika membuat sidang media di Kepong, di sini, semalam.

Yap berkata, dia dibelasah akibat perselisihan faham yang berlaku antara mereka semasa permulaan program, Januari lalu.

Dalam kejadian kedua yang berlaku 15 minit selepas itu, Chew mendakwa diserang di bilik asramanya oleh seorang pelatih yang menuduhnya pernah menumpahkan air.

“Saya tidak pernah menumpahkan air dan sepatutnya, pada hari akhir latihan, pelatih lebih bijak dalam menyelesaikan sesuatu perselisihan faham, bukannya menghukum dengan cara ini,” katanya.

Jurulatih yang menerima aduan mangsa kemudian membawa mangsa membuat pemeriksaan doktor di Hospital Alor Gajah (HAG) sebelum dibawa ke Balai Polis Simpang Ampat oleh ibu bapa masing-masing untuk membuat laporan polis. Sementara itu, Ketua Pasukan Petugas MCA Kepong, Tan Kok Eng berkata, MCA akan berhubung terus dengan PLKN, untuk mendapatkan penjelasan bagaimana perkara itu boleh berlaku serta akan membuat susulan dengan polis bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, pihaknya sudah dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan dan telah mengarahkan pengurusan PLKN Alor Gajah membuat laporan penuh kejadian itu.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pelatihdakwakenabelasah/Article/index_html

3/16/12

Solidariti Mahasiswa 18 Mac 2012 di Seremban


CERAMAH UMUM

Tarikh : 18 Mac 2012, Ahad

Masa : 9 mlm

Tempat : Markas PAS Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam)

Penceramah :

Adam Adli, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

Safwan Anang, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

Syukri Razab, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

Nazree Yunus, Ketua AMK N.Sembilan

Zulkefly Mohamad Hj Omar, AJK PAS Pusat

Semua dijemput hadir

Program Penerangan DUN Chembong 24 Mac 2012


CERAMAH UMUM

Tarikh : 24 Mac 2012, Sabtu

Masa : 9 mlm

Tempat : Pusat Komuniti DUN Chembong, Kg Mulia, Rembau (depan Majlis Daerah Rembau)

Penceramah :

~ Suhaizan Kayat , EXCO Pemuda PAS Pusat

~ Dr Ahmad Suhaimi Md Aris , Penyelaras SAMM

~ Aiman Athirah , Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat

~ Puan Norwani , Ketua Muslimat PAS Rembau

~ Rozmal Malakan , Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau

Pengerusi Majlis : Hakki , Ketua Pemuda PAS Rembau

- Semua dijemput hadir -

Anjuran : Pakatan Rakyat DUN Chembong

3/14/12

Ceramah Umum di GEMAS 17 Mac 2012

CERAMAH UMUM
Tarikh : 17 Mac 2012, Sabtu
Masa : 9 malam
Tempat : No 125 ,Felda Sungai Kelamah ,Gemas ,Negeri Sembilan.

Penceramah:
YB Abdullah Sani (Ahli Parliman Kuala Langat)
YB Hj Taufek Abd Ghani (ADUN Paroi/ P’Jaya PAS NS)
YB Dato’ Kamarul Bahrin (Ahli Parlimen Teluk Kemang)
YB S. Veerapan (ADUN Repah)

Turut hadir :
1. Zakaria Khalim ( YDP PAS Tampin)
2. Hj Baharudin Siri (Ketua PKR Cabang Tampin)
3. Hj Razakek Abd Rahim (Naib YDP PAS Tampin)
4. Dato’ Syawal Salim (AJK PKR Tampin)

Anjuran Pakatan Rakyat MTD DUN Gemas

3/13/12

Prof Dr Aziz Bari di Kuala Pilah 17 Mac 2012


MEMAHAMI PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Bersama dengan Prof Dr Abdul Aziz Bari

Tarikh : 17 Mac 2012, Sabtu

Masa : 2 ptg – 5 ptg

Tempat : Melang Inn, Kuala Pilah, N.Sembilan

Tempat Terhad

Untuk tempahan/pertanyaan hubungi Zakir 017-3585530, Lan 013-3404598

3/12/12

Tiga beranak ikat perut di Melaka kerana miskin



12 Mac 2012 , Berangan Enam, Umbai, Melaka - “Walaupun saya menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setiap bulan, namun kadangkala kami terpaksa juga mengikat perut,” kata seorang ayah yang menyara dua anak lelakinya dengan bergantung harap pada bantuan JKM.

Daud Hamzah, 69, berkata, dua anak lelakinya yang berumur 30 dan 36 tahun tidak bekerja kerana mengalami penyakit mental.

Menurutnya, wang bantuan JKM yang diterimanya hanya cukup untuk makan sahaja dan jika terpaksa digunakan untuk tujuan lain, mereka akan mengikat perut.

“Saya akan beli beras dan lauk untuk kami bertiga dengan menggunakan wang JKM memandangkan dua anak saya tidak bekerja kerana sakit,” katanya.

Daud berkata, kini dia tinggal di rumah pusaka yang tiada bilik air dan tempat memasak.

“Setiap hari saya perlu mengambil air dari perigi untuk memasak mahupun mandi selain memasak menggunakan dapur kayu,” katanya.

Katanya, diharap penderitaan hidup mereka akan berakhir sekiranya pihak berkenaan dapat membina sebuah rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin di hadapan rumah pusaka berkenaan.

“Saya juga mahu hidup selesa seperti orang lain dan berharap pihak berkenaan akan prihatin dengan penderitaan kami,” katanya.

Selain itu, Daud juga meminta pihak berkenaan menurap jalan di hadapan rumahnya bagi mengelakkan masalah debu.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/tiga-beranak-ikat-perut-1.31432

Temui Sham KAMIKAZE 17 Mac 2012 di Seremban


FORUM HIJRAH ARTIS
"Santai Bersama Selebriti"
Tarikh : 17 Mac 2012, Sabtu
Masa : 8.45 mlm
Tempat : Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan, Seremban
Bersama :
~ Sham KAMIKAZE
~ Azhar SPRING

Turut Serta : Ustaz Nor Azman Mohamad & Dr. Ahmad Suhaimi (SAMM)

Anjuran SAMM & Pakatan Rakyat N.Sembilan

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Azizi 012-3696474


3/11/12

ANAK akan saman tiga bekas MB


Mac 10, 2012 - Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) akan memfailkan saman terhadap bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad kerana didakwa gagal memastikan pampasan diberi kepada peneroka Felda sehingga mereka kini didakwa hidup terbiar.

Presidennya, Mazlan Aliman berkata, saman tersebut akan mewakili peneroka Felda Cahaya Baru (Johor), Sungai Buaya (Selangor), LB Johnson dan Sendayan (Negeri Sembilan).

"Mereka (peneroka Felda) kini kalau nak guna bahasa kasarnya, hidup merempat. Mereka tidak mendapat pampasan yang sepatutnya. Jadi kami akan lantik panel guaman untuk kemukakan saman (menuntut) gantirugi atas kerugian peneroka Felda," katanya dalam sidang media di ibupejabat PAS hari ini.

Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat mendakwa, ketiga-tiga bekas menteri besar tersebut bersalah kerana memberi kebenaran kepada kontraktor kerajaan negeri bagi menjalankan projek di atas sebuah tanah GSA dan rizab Melayu itu.

Selain itu, Mazlan mendakwa, mereka juga menaburkan janji kepada peneroka yang mereka akan mendapat durian runtuh.

Bagaimanapun, setelah projek dibuat, dakwa Mazlan duit yang dijanjikan itu tidak diberi.

"Jadi apa yang kita nak persoalkan ialah kenapa exco dan menteri besar meluluskan projek ini? Mereka semua ini telah mungkir janji," katanya.

Dalam pada itu, Mazlan berkata, ANAK turut akan memfailkan injunksi terhadap Felda Plantation bagi menghalang 360,000 hektar tanah milik peneroka diserahkan kepada Felda Global Venture Holding (FGVH).

Menurut Mazlan, pemberian tanah kepada FGVH merupakan satu kesalahan mengikut akta GSA 1960.

"Kami bersama peguam akan memohon kepada mahkamah untuk membatalkan pemberian tanah itu dan memohon agar tanah itu dapat diberi kembali kepada rakyat. Walau apa pun, perkara ini masih lagi dalam perbincangan dan injunksi juga akan dilakukan dalam waktu terdekat," katanya.

Sementara itu, Mazlan turut mempertikaikan projek 'Ceria ke sekolah'- satu projek yang memberi barangan keperluan ke sekolah kepada seramai 15,000 murid tahun satu anak peneroka Felda.

Mazlan berkata, keseluruhan projek itu bernilai RM2.775 juta kerana setiap seorang murid akan diberi pakej bernilai RM185, merangkumi baju sekolah, kasut dan beg sekolah.

Beliau bertanya kenapa projek tersebut diberi secara rundingan terus dan bukan melalui tender terbuka.

"Saya juga ingin mempersoalkan, bagaimana pemilihan 15,000 murid itu dibuat? Kerana hasil kajian kami, banyak Felda yang masih tidak mengagihkan pakej keperluan ini.

"Jadi saya minta penjelasan daripada Isa Samad selaku pengerusi Felda," katanya.

http://www.malaysiakini.com/news/191689

3/9/12

Isu ketiadaan air di Felda Mayam, Triang, Pahang

9 Mac 2012 - Saya merupakan penduduk di Felda Mayam, Triang, Pahang berasa amat terkilan dengan isu bekalan air yang berlaku di Felda Mayam sejak bertahun-tahun dahulu lagi sehingga kini tanpa perubahan.

Masalah ketiadaan air amat kerap berlaku di kawasan Felda Mayam menyebabkan banyak aktiviti seharian kami terganggu. Masalah ketiadaan air bukan berlaku sebulan sekali, atau seminggu sekali tetapi dua / sehari sekali!selang sehari masalah air pasti akan berlaku.hal ini amat menyusahkan dan menyukarkan kehidupan seharian kami.

Saya selaku penduduk Felda Mayam berasa amat bosan dan marah dengan keadaan ini kerana tanpa bekalan air, banyak aktiviti seperti memasak, membasuh dan mencuci termasuklah masalah untuk mengambil wuduk berlaku.

Pihak Jabatan Bekalan Air di sini masih belum dapat melaksanakan tanggungjawab kepada penduduk di Felda Mayam dengan sempurna. Pelbagai alasan yang tidak munasabah disampaikan kepada penduduk.

Terbaru, isu pekerja JBA yang tidak bertugas mengikut waktu menyebabkan masalah bekalan air di Felda Mayam sentiasa terputus. Hal ini adalah disebabkan pekerja tersebut tidak mengikut waktu untuk membuka dan menutup pili utama yang menyambungkan bekalan air ke kawasan Felda Mayam.

Adakah disebabkan seorang pekerja menyebabkan seluruh penduduk Felda Mayam menanggung akibat buruk kerana sifat tidak bertanggungjawab pekerja tersebut? Di mana pihak atasan yang sepatutnya memantau dan mengawasi tugasan pekeja itu?

Di harap pihak berwajib idapat mengambil tindakan yang sewajar-wajarnya kepada perkara ini. Terima kasih.

By: nurul hana ahmad danial

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/isu-ketiadaan-air-di-felda-mayam-triang-pahang

Program Mohd Sabu Jelajah N.Sembilan Mac 2012


MAJLIS MINUM PETANG
Sempena Karnival Prihatin Rakyat Johol
Tarikh : 16 Mac 2012, Jumaat
Masal : 5 ptg
Tempat : Dataran al-Ikhwan, Air Mawang, Johol, N.Sembilan
Bersama : Tuan Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS

MAJLIS CERAMAH DAN DAILOG
Tarikh : 25 Mac 2012, Ahad
Masal : 9 mlm
Tempat : Batu 1 1/4, Jalan Repah, Tampin, N.Sembilan
Bersama : Tuan Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS

MAJLIS MAKAN MALAM
Tarikh : 31 Mac 2012, Sabtu
Masal : 8 mlm
Tempat : PASTI Wildan (sebelah Masjid Ampangan), Seremban
Bersama : Tuan Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS
Kupon RM20 boleh didapati di Pejabat MTD Lenggeng atau hubungi 013-3943329



3/8/12

Apa yang menarik di DUN Paroi 11 Mac 2012 ini?


CERAMAH PERDANA
Tarikh : 11 Mac 2012, Ahad
Masa : 9 mlm
Tempat : Pusat Khidmat DUN Paroi, Taman Tasik Jaya, Senawang
Penceramah :
~ Ustaz Misbahul Munir Masduki, Setiausaha Penerangan PAS Pusat
~ Dr Mohamad Rafie , Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR
~ Ustaz Khairul Anuar Wafa , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan
~ Puan Norwani , Ketua Muslimat PAS Rembau
Serta Penampilan Khas : Bob Kuman (Husni Hj Mohd Rawi)

FAKTA MENARIK DI DUN PAROI :

1. Wakil Rakyat DUN Paroi adalah merupakan wakil rakyat sulung dan tunggal dari PAS di Negeri Sembilan yang dilantik melalui Pilihanraya Umum ke 12 tahun 2008 iaitu YB Hj Mohamad Taufek Abd Ghani yang pada ketika itu menjawat jawatan Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan yang kini merupakan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan, AJK PAS Pusat dan juga Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau.

2. Sebaik sahaja selepas PRU 12, Menteri Besar Negeri Sembilan mengumumkan bahawa DUN Paroi adalah merupakan DUN angkat kepada YAB. Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad Hj.Hasan.

3. Selepas PRU 12 juga, Umno/BN telah menubuhkan 3 Pusat Khidmat Masyarakat dalam DUN Paroi, Ini bermakna rakyat di DUN Paroi boleh mendapatkan perkhidmatan di 4 Pusat Khidmat Masyarakat, 1 yang diuruskan oleh PAS dan 3 oleh Umno/BN.

4. DUN Paroi merupakan satu-satunya DUN di Negeri Sembilan dan kemungkinan di Malaysia yang ada 4 Pusat Khidmat Masyarakat.

5. Apabila DUN Paroi menjadi DUN angkat Menteri Besar, banyaklah aktiviti kerajaan negeri serta Umno/BN dijalankan di DUN ini, sehinggakan dalam tempoh seminggu diadakan 3 Majlis Sambutan Hari Raya besar-besaran di DUN Paroi iaitu pada 20 Sep 2011 di Taman Satria, 21 Sep 2011 di Taman Marida dan 27 Sep 2011 di Taman Tasik Jaya.

FAKTA SEJARAH DUN PAROI :

1. DUN Paroi bersama kawasan Parlimen Rembau hanya wujud sejak Pilihanraya Umum ke 11 tahun 2004 selepas persempadanan semula.

2. Paroi telah dibuka oleh anakanda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama Raja Melewar, iaitu Raja Totok di mana beliau telah dikahwinkan dengan anak Undang Sg. Ujong. Raja Melewar ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama dan mangkat di DUN Kota, iaitu di tempat bernama Penajeh.

3. Pertempuran hebat semasa peristiwa Perang Bukit Putus pada Disember 1875 berlaku di Paroi, dimana pasukan askar British diketuai Hinxman sampai di Paroi dan mula menyerang kubu pertahanan Yamtuan Antah. Pertempuran hebat menggegarkan bumi Paroi pada hari itu.


3/7/12

Proton bakal lingkup?



Satu artikel oleh Rockybru yang menggusarkan penyokong, peminat, pengguna kereta nasional negara, Proton. Apakah Proton akan mengeluarkan kereta penjenamaan semula (re-badge) keluaran Volkswagen? CEO Proton pula , Syed Zainal dikhabarkan akan tamat perkhidmatan dengan Proton pada hujung bulan, satu berita yang menyedihkan ramai pekerja Proton dan kesatuan. Apakah semua desas desus ini akan mengurangkan keyakinan orang ramai untuk menyokong kereta nasional utama selepas ini?

After Syed Zainal, Proton to re-badge again?
Wednesday, March 07, 2012

Since DRB-HICOM’s emergence in Proton, some of VW’s top group directors have visited the Proton plant, as well as reviewed all the existing Proton models. Following the review and a meeting in Hong Kong last month between Soh Wei Ming (VW head for the Pacific) and DRB-HICOM’s chief operating officer, Datuk Lukman Ibrahim, it was decided that the Polo would be the best fit for Proton. - Volkswagen's grand vision for Proton, BT 5-3-2012

DRB's Proton to re-badge Polo, says who? The series of articles in the papers on Proton and VW would have been exciting news, ordinarily. But at a time when DRB-Hicom has just taken over the national car [DRB's bosses are due to take over the Board of Proton this March 21], the news is odd. Worrying, in fact.

Read the articles in this order:
1. VW's grand vision for Proton
2. Polo pick may drive back Proton into top spot
3. Rebadged VW to help Proton recapture market

What happens to "no more re-badging", Luqman? The Polo is a great, small car. But if we want the national car to go back to rebadging cars (or if we wanted VW to run the show), we didn't need a bloody corporate takeover to do that. The people at DRB-Hicom had been preaching against rebadging - it was a major point they were making to back their bid for Proton - but here we have news that Luqman, who's tipped to replace Syed Zainal as CEO of Proton, okaying a proposed rebadging.

If DRB and Luqman do not deny or clarify the news about rebadging the VW immediately, I am taking it that they are going back on their words!

Proton's heartache. In a related development, Syed Zainal is said to be getting his marching orders before the end of the month. You can imagine how unhappy the Proton employees and unions are about this. Many felt that since April is the launch of the new Proton model, described by Dr Mahathir as the best Proton car ever (and not rebadged), Syed Zainal should be allowed at least the honour of holding the ribbons while the Prime Minister cuts them.

DRB's headache. Morale is low at Proton, I guess I don't have to tell anyone that. In any corporate takeover, the CEO, COO and CFO or the party that is being taken over will have to go. Syed Mokhtar's DRB will be putting its own people to head the national car. But DRB has its own problems in terms of personnel as it has lost quite a few very good people in the last few months due to internal politics. Last month, DRB's most seasoned auto man walked out of the group. People in Proton are hoping DRB's internal politics will stay at DRB and not come to Proton. I hope we don't end up with a Proton that's run by VW people! What Syed Mokthtar needs is a head who knows how to rev up the morale of the Proton citizens.

Should be con'd ..

http://www.rockybru.com.my/2012/03/after-syed-zainal-proton-to-re-badge.html

Dah 20 tahun tiada bekalan air, elektrik di Kuala Lipis, Pahang



Aduan Rakyat 7 Mac 2012 - Merujuk kepada perkara di atas, saya seperti nama di bawah mewakili penduduk kampung saya bagi membuat aduan berkenaan ketiadaan bekalan asas seperti bekalan air dan elektrik sejak lebih daripada 20 tahun.

Bagi pengetahuan pihak tuan,jumlah penduduk kampung saya ada lingkungan sekitar 10 keluarga yang selama ini hanya mengunakan bekalan air sungai untuk memasak dan membersih pakaian dan pelita pada setiap hari.

Walaubagaimanapun aduan demi aduan telah pun di buat kepada yang berwajib namun masih tiada tindakan yang di buat sehingga ke hari ini malahan kami disaran membuat pembayaran yang tinggi dan diluar kempuan kami bagi mendapat bekalan-bekalan tersebut atas alasan permintaan terlalu kecil.

Oleh yang demikian kami merayu kepada pihak tuan agar dapat mempertimbangkan serta mengetengahkan hal ini dengan kadar segera agar penduduk kampung saya bebas dari dibelenggu dengan sedemikian rupa dan merdeka selamanya.

Mohd Khairul Bin Hussin
Kg. Atong Kerambit
27200 Kuala Lipis, Pahang.

http://www.aduanrakyat.com.my/ketiadaan-bekalan-air-dan-elektrik-di-kuala-lipis#more-10588

Beberapa masalah rakyat Pahang sebelum ini di http://amkns.blogspot.com/2010/06/dah-50-tahun-penduduk-kuantan-tiada-air.html

Karnival DUN Johol 16 Mac 2012



KARNIVAL DUN JOHOL
Tarikh : 16 Mac 2012 ( Jumaat )
Masa : 4 ptg - 12 mlm
Tempat : Dataran al-Ikhwan, Air Mawang, Johol, N.Sembilan

ACARA :

Masa : 5 ptg - 7 mlm
BORAK & MINAM POTANG BERSAMO PIMPINAN PR N9
Bersama :
- YB Mohd Taufek Abd Ghani
- YB Dato Kamarul Bahrain Abas
- YB Loke Siew Fook

Masa : 7.00 malam - 12.00 malam
SOLAT HAJAT PERDANA ( 8.00malam )

PERSEMBAHAN PENTAS
~ Iwan Syahman ( Iwan Dangdut )
~ Madih dan Selawat bersama Madrasah Az-Zein, Seremban

PIDATO ANAK MUDA
- Ustaz Nor Azman Mohamad
- YB Nurul Izzah Anwar
Hubungi : Zul ( 0136677787) Amar ( 0136782380 ) Mazlan ( 0162076037 )

3/4/12

SEMBANG ANAK MUDA


SEMBANG ANAK MUDA

Tarikh : 9 Mac 2012, Jumaat

Masa : 9 mlm

Tempat : Pejabat ADUN Sikamat, Taman Sikamat Jaya (Megaway), Seremban

Bersama :

YB Nik Nazmi Nik Ahmad , Pengarah Komunikasi

Siti Aishah Sheikh Ismail , Ketua Srikandi

3/3/12

MB Selangor di Kuala Pilah 10 Mac 2012


CERAMAH PAKATAN RAKYAT

Tarikh : 10 Mac 2012, Sabtu

Masa : 9 mlm

Tempat : Pekan Seri Menanti, N.Sembilan

Penceramah :

~ YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor

~ YB Dato Ir Amiruddin Hamzah, EXCO Kedah

~ YB Dato Abd Halim Hussein, Speaker DUN Pulau Pinang


JAMUAN MAKAN MALAM DAN SUMBANGAN DANA PRU13 PILAH

Tarikh : 10 Mac 2012, Sabtu

Masa : 8 mlm

Tempat : Hotel Melang Inn, Kuala Pilah, N.Sembilan

Bersama :

~ YAB Tan Sri Khalid Ibrahim

~ YB Teresse Kok

~ YB Khalid Samad

Hubungi : Kamarul 012-6030042, Boy 013-6520582, Pak Mat 017-6469950

3/2/12

Bob Kuman di DUN Paroi 11 Mac 2012



CERAMAH PERDANA
Tarikh : 11 Mac 2012, Ahad
Masa : 9 mlm
Tempat : Pusat Khidmat DUN Paroi, Taman Tasik Jaya, Senawang
Penceramah :
~ Ustaz Misbahul Munir Masduki, Setiausaha Penerangan PAS Pusat
~ Dr Mohamad Rafie , Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR
~ Ustaz Khairul Anuar Wafa , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan
~ Puan Norwani , Ketua Muslimat PAS Rembau

Penampilan Khas : Bob Kuman (Husni Hj Mohd Rawi)


CERAMAH UMUM
Tarikh : 7 Mac 2012, Rabu
Masa : 9 mlm
Tempat : Taman Desa Melor, Senawang (sebelah Balai Bomba)
Penceramah :
~ Mazlan Aliman - AJK PAS Pusat, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK)
~ Mohd Nazree Mohd Yunus - Ketua Angkatan Muda Keadilan N.Sembilan
~ Aiman Athirah Al Jundi - Pengerusi Lajnah Penerangan & Dakwah Dewan Muslimat PAS Pusat
~ Ustaz Nor Azman Mohamad - Ketua Penerangan PAS N.Sembilan
~ Rozmal Malakan - Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau

Semua dijemput hadir

Untuk pertanyaan hubungi Nazri 012-6775537

Ceramah Umum 6 Mac 2012 DUN Rantau, N.Sembilan



CERAMAH UMUM
Tarikh : 6 Mac 2012, Selasa
Masa : 9 mlm
Tempat : Taman Jed Indah, Kuala Sawah, DUN Rantau, N.Sembilan
Penceramah :
Rafizi Ramli
YB Hj Taufek
Chegubard
Dr Ahmad

Penampilan Istimewa : Bekas Ketua Kampung dan Ketua Cawangan Umno selama 26 tahun

Hubungi : Yaser 012-6794704 , Sani 012-9781707

3/1/12

Lapangan terbang Rembau dah siap, tak caya tengok video ni


Siapa kata Rembau belum siap lagi lapangan terbang? Dah siap sebenarnya, macam-macam kapalterbang dan jet berlepas dari lapangan terbang ini. Dari Microlite hinggalah ke Jet F16 RC. Hebat Rembau.

Landasan pesawat kecil dibina di Rembau

Utusan Malaysia 21 Feb 2008

Seremban 20 Feb. - Rembau akan terus membangun apabila kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil untuk kegunaan Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tapak untuk landasan itu telah pun dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau.

“Kita akan buat landasan untuk Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan yang jaraknya lebih kurang 700 meter. Ia sesuai untuk digunakan oleh pesawat kecil seperti Cessna atau mikrolite.”