CERAMAH UMUM
4/29/12
Pendedahan Bersih 3.0 di Rembau 5 Mei 2012
CERAMAH UMUM
4/27/12
Utusan, TV3 diperdaya pemimpin kanan DAP?
38 tahun tiada air
Anggota polis maut ditembak rakan di Istana Anak Bukit
4/24/12
Hairan kereta tak lulus ujian

Ahli perniagaan itu, Mokthar Endan, 54, mendakwa, berdasarkan laporan Puspakom, kegagalan itu disebabkan nombor enjin kereta tersebut telah diketuk semula dan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan oleh syarikat pengeluar kenderaan tersebut.
Bagaimanapun, tegasnya, sejak kenderaan itu dibeli daripada seorang rakannya pada tahun lalu untuk kegunaan harian anaknya, dia tidak pernah mengetuk atau menukar enjin sehingga pemeriksaan Puspakom dijalankan semula, Khamis lalu.
“Ketika membeli kereta ini, saya juga telah melakukan pemeriksaan Puspakom untuk proses tukar hak milik dan hasil ujian adalah lulus pada enjin yang sama.
“Namun, hasil ujian kali ini amat mengecewakan, malah Puspakom tuduh saya mengetuk semula nombor enjin asal pada enjin baharu yang mungkin dicuri bagi menutup kesalahan dan semua tuduhan ini amat berat,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0424&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm
4/22/12
Ceramah Umum 26 Apr 2012 Tmn Marida, Senawang

CERAMAH MOBILISASI BERSIH 3.0
Tarikh : 26 April 2012, Khamis
Masa : 9 mlm
Tempat : Pasti Amal, Taman Marida, Senawang
Penceramah :
~ YB Ng Suee Lim , ADUN Sekinchan
~ Ustaz Kamaruddin Sidek , Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka
~ Dr Ahmad Suhaimi , Penyelaras SAMM
~ Puan Norwani , Ketua Muslimat PAS Rembau
~ Mohd Hakki , Ketua Pemuda PAS Rembau
Semua dijemput hadir
4/17/12
Pentas Wanita 22 April 2012 di Senawang

PENTAS WANITA
Bersama :
- Cikgu Normala , AJK Muslimat PAS Pusat
- Aiman Athirah , AJK Muslimat PAS Pusat
- Cik Fareedah Samad , Pengerusi Ameerah Malaysia
- Puan Norwani , Ketua Muslimat PAS Rembau
Tarikh : 22 April 2012, Ahad
Masa : 9 mlm
Tempat : Bilik Gerakan Taman Teratai , Senawang (sebelah Taman Kobena)
Semua dijemput hadir
Ust Riduan Mohd Nor 21 April 2012 di Paroi

Tarikh : 21 April 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Kg Tok Dagang, Paroi, Seremban
Penceramah :
- Ustaz Riduan Mohd Nor , Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat
- Mohd Sany Hamzan , Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Pusat
- Nazree Yunus , Ketua AMK N.Sembilan
- Rozmal Malakan , Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau
Hubungi Hassan 019-2171942
4/15/12
Tidak Mampu Bayar Balik Pinjaman PTPTN
Saya salah seorang pemimjam PTPTN dan berkelulusan dari salah sebuah IPTA di Shah Alam. Graduan macam saya susah dapat kerja . Kalau dapat kerja pon setakat kerja-kerja yang tidak mendatangkan gaji tinggi yang setimpal dengan kelulusan. Macam mana mahu bayar ptptn kalau gaji cukup makan jer? Kenapa kerajaan dan ptptn tiada mewujudkan satu sistem yang dapat mengenalpasti mana-mana graduan yang menganggur dan akan ditempat pekerjaan mengikut jurusan dan kelulusan masing-masing.
Bayangkan…berapa ramai graduan di luar sana yang ada kerja? Dan adakah mereka mampu untuk membayar balik pinjaman mereka pada waktu yang ditetapkan? Oleh yang demikian, diharap kerajaan kita membantu graduan yang masih menganggur dan belum mendapat pekerjaan tetap.
Jadi PTPTN harus la menerima hakikat kenapa peminjam-peminjam liat untuk membayar balik pinjaman kalau gaji hanya ciput jer.
http://www.aduanrakyat.com.my/tidak-mampu-bayar-balik-pinjaman-ptptn
Ceramah YB Salahuddin Ayub 19 Apr 2012 di DUN Paroi

CERAMAH MOBILISASI BERSIH 3.0
Tarikh : 19 April 2012, Khamis
Masa : 9 mlm
Tempat : Pasti Al Hikmah, Tmn Tuanku Jaafar Fasa 3, Senawang
Penceramah :
~ YB Salahuddin Ayub , Naib Presiden PAS
~ YB Hj Taufek Abd Ghani , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
~ Dr Ahmad Suhaimi , Penyelaras SAMM
~ Ustaz Nor Azman Mohamad , Ketua Penerangan PAS N.Sembilan
Semua dijemput hadir
4/12/12
Najib diminta selesai pembeli rumah teraniaya

12 Apr 2012
PEKAN, 12 April: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diminta menyelesaikan segera masalah pembinaan perumahan Taman Rendang Azalea Fasa Dua di sini yang terbengkalai sejak tiga tahun lalu mengakibatkan 22 orang pembelinya yang rata-rata pengundi di parlimen ini, teraniaya.
Pengerusi NGO Majlis Tindakan Rakyat Pahang (MTRP) Syed Ali Badarudddin berkata, perumahan yang terletak hanya 150 meter daripada kediaman rasmi Najib itu di sini, patut mendapat campur tangan Najib selaku Ahli Parlimen Pekan kerana pembeli sudah menyelesaikan 80 % bayaran.
"Masalah ini perlu di selesaikan Najib tak kiralah dengan apa cara walaupun sesetengah pihak melihatnya masalah kecil tetapi sangat besar kepada penduduk.
"Jika Najib boleh selesaikan pelbagai masalah di tempat-tempat lain serata Malaysia, takkan tak boleh selesaikan masalah perumahan terbengkalai yang hanya beberapa meter dari rumahnya.
"Dengan slogan rakyat didahulukan apa lagi menghampiri pilihan raya sekarang, saya rasa inilah waktu yang sesuai untuk Najib selesaikan masalah mereka," katanya.
Syed Ali yang baru mengadakan dialog dengan penduduk berkata, pembeli-pembeli rumah berkenaan begitu kecewa dengan tindakan pemaju yang mula lepas tangan selepas gagal menyiapkan 22 rumah mengikut waktu dijanjikan iaitu pada tahun 2009 sedangkan pembayaran sudah lama dilakukan setiap bulan.
Tambahnya, pernah wakil pembeli bertemu dengan pemaju (Exact Management Sdn Bhd) dan mereka berdolak-dalik untuk menyempurnakan pembinaan rumah berharga RM178,000 hingga RM250,000 itu pada Disember lepas sebelum dilanjutkan sehingga Januari kemudian selewatnya Mei ini.
“Namun penduduk mengadu tiada sebarang tindakan susulan sedangkan bayaran secara potongan gaji mengikut persetujuan ketika proses jual beli terus berjalan dan sudah menjangkau 82%.
“Ketika lawatan ke perumahan terbengkalai itu mendapati sudah dijadikan tempat menjalankan aktiviti tidak sihat seperti melepaskan keketagihan dadah tempat maksiat dan pemujaan nombor ekor. Selain itu, banyak penutup besi telah dicabut dan dicuri,” jelasnya.
Tambahnya, kebanyakan pembeli perumahan yang terletak di GM 1401 Lot PT12888 – 12689 itu ialah pensyarah universiti, guru dan kakitangan kerajaan daerah itu yang semuanya Melayu.
Syed Ali berkata, pembeli memberitahu sudah mengadukan masalah yang mereka hadapi itu kepada Najib melalui Setiausaha Politiknya juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di situ namun tidak ada respons positif yang diberikan setakat ini.
“Ada pembeli berkata pejabat pemaju di Kuantan sudah ditutup. Jadi jika Najib sendiri yang campur tangan mungkin boleh selesai tak kiralah melalui Syarikat Perumahan Negara atau lain-lain cara.
“Yang penting pengundi Pekan yang menjadi mangsa itu perlu diselesaikan. Bayangkan wang beli rumah sudah dibayar tetapi tak boleh duduk tapi sewa rumah kena bayar lagi, teruk dalam keadaan kos kehidupan dan barang yang tinggi melambung sekarang.
“Takkan Najib rela melihat nasib perumahan terbengkalai yang mencacatkan pemandangan itu, apa lagi berada tidak berapa jauh dari istana Sultan Pahang,” katanya.
Tegasnya, jika Najib boleh berjanji dan menyelesaikan banyak masalah di negeri-negeri Pakatan Rakyat, apa salahnya berusaha menyelesaikan masalah pengundi-pengundi berhampiran rumahnya sendiri.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9519-najib-diminta-selesai-pembeli-rumah-teraniaya
4/10/12
Apakah harapan Pakatan Rakyat di DUN Chembong?

Semasa PRU 7 tahun 1986 calon BN hanya dicabar oleh calon Bebas dan Nasma (Parti Nasionalis Malaysia). Kedua-dua calon Bebas dan Nasma ini hilang deposit.
Semasa PRU 8 tahun 1990 calon BN dicabar oleh calon Semangat 46. Calon BN dengan majoriti besar.
Semasa PRU 9 tahun 1995 calon BN dicabar oleh calon Bebas. Sekali lagi calon Bebas hilang deposit.
Semasa PRU 10 tahun 1999 calon BN dicabar oleh calon Parti Keadilan Nasional. Calon PKN tewas, akan tetapi mendapat 38.35% undi.
Manakala semasa PRU 11 tahun 2004, calon BN dicabar oleh calon PAS. Calon PAS tewas, dengan undi yang menurun ke 19.29% undi sahaja.
Pada PRU 12 tahun 2008, calon BN dicabar oleh calon PAS. Calon PAS tewas, dengan undi yang sedikit meningkat ke 29.56%.
Apakah Pakatan Rakyat di Chembong untuk PRU 13? Untuk memenangi DUN Chembong harus memperolehi lebih 50% undi, sedangkan pencapaian terbaik pencabar BN sebelum ini ialah pada tahun 1999 dengan 38.35% undi.
Keselamatan murid terancam

LABIS 9 April - Sebahagian besar murid Sekolah Agama Labis terpaksa ‘menggadai’ nyawa melintasi jalan raya yang sibuk untuk pergi dan balik dari sekolah sejak lebih 10 tahun lalu terutama mereka yang tinggal di kawasan berhampiran seperti Taman Perling, Taman Wira dan Kampung Sungai Gatom.
Khuatir dengan situasi itu yang boleh mengundang kecelakaan, penduduk merayu pihak berkuasa membina jejantas bagi kemudahan murid dan orang ramai yang ingin melintas jalan berkenaan.
Burhannuddin Ibrahim, 53, berkata, sekiranya kerajaan tiada perancangan membina jejantas di kawasan berkenaan, pemasangan lampu isyarat dan lintasan pejalan kaki mungkin mampu mengatasi masalah itu.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0410&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_01.htm
4/8/12
Mobilisasi BERSIH 3.0 di Rembau 14 April 2012

CERAMAH UMUM
Mobilasasi BERSIH 3.0, PTPTN vs PLKN
Tarikh : 14 Apr 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Kg Semerbok, Kota, Rembau
Penceramah :
~ YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ketua Pemuda PAS Terenggganu/ADUN Bukit Payung
~ Sdr Nazree Yunus, Ketua AMK N.Sembilan
~ Dr Rosli Yaakop, Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
~ Ustaz Mohamad Nasaei Ismail, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
~ Rozmal Malakan, Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau
Untuk pertanyaan hubungi Zamri 013-2124086
Kepada mereka yang ingin menyumbang ke Tabung Pilihanraya Umum ke 13 untuk PAS DUN Kota (N28) , N.Sembilan sila salurkan melalui akaun berikut :
Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
No akaun : 05-021-02-011755-8
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Pidato BERSIH 3.0 pd 10 Apr 2012 di Port Dickson
Ceramah Mohd Sabu 11 Apr 2012 di Sikamat, Seremban

CERAMAH PERDANA
Jelajah Demi Rakyat
Bersama – Tn Hj Mohamad Sabu, CheguBard, YB Taufek Abd Ghani, YB Ravi, YB Anthony Loke, YB Aminudin, Dr Rafaie Abd Malek & Tunku Harmy Tunku Hanan
Tarikh : 11 Apr 2012, Rabu
Masa : 8.45 mlm
Tempat : PASTI Al-Falah, No.18 Jln 8, Tmn Desa Rhu (depan Pdg Desa Rhu), Sikamat, Seremban
Malam Derita Bangsa 13 Apr 2012 di Jempol
4/7/12
Kenapa ADUN Paroi (PAS) dikatakan Bodoh, Bangang?
Terima kasih diucapkan kepada laman web Mykmu dan Tepak Bersulam kerana memberi respon pantas dengan mengatakan ADUN Paroi yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan sebagai bodoh dan bangang dalam isu kos RM 4.36 bilion PLKN boleh menaja 622,857 orang penuntut ijazah pertama di IPTA selama setahun.
Semoga ini akan membuka mata rakyat untuk meneliti banyak isu dan permasalahan rakyat yang dibangkitkan oleh ADUN Paroi sebelum ini antaranya isu pampasan tanah orang kampung di Rembau sebanyak RM 52,272 seekar untuk beberapa projek kerajaan sedangkan PKNS menawarkan untuk Projek Hospital Rembau pada harga RM958,320 seekar.
Begitu juga isu perumahan terbengkalai di Parlimen Rembau sejak tahun 2005. Isu janji kerajaan Barisan Nasional untuk membina kampus UiTM dan Landasan Kapal Terbang di Rembau pada tahun 2008.
Juga isu pembaziran apabila pelatih PLKN yang akan mula mendaftar pada 1 Mei 2012, ada diantaranya yang akan mendaftar di IPTA pada 27 Mei 2012. Begitu juga pembaziran modul khas untuk pelatih PLKN yang 8 peratus adalah buta huruf dan ada yang mempunyai masalah kegemukan.
Begitu juga dalam isu pemotongan elaun RM 1,500 setiap bulan yang diumumkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan. Juga pengorbanan 50 peratus elaun ADUN Paroi untuk kepentingan rakyat di DUN Paroi.
Semua isu-isu ini dihuraikan secara panjang lebar sebelum ini di bawah ini :
Kos pelatih PLKN lebih besar dari pinjaman PTPTN
Harakahdaily, 06 Apr 2012
SEREMBAN, 6 April: Demikian kata Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Taufek Abdul Ghani yang mengulas kenyataan kerajaan baru-baru ini. Beliau menambah sebanyak RM4.36 bilion telah dibelanjakan untuk PLKN sejak dilaksanakan. Jumlah RM4.36 bilion itu pula, katanya, boleh menampung kos pembiayaan pinjaman PTPTN untuk seramai 622,857 orang mahasiswa serta mahasiswi ijazah pertama di IPTA selama setahun. Selanjut di http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9373-kos-pelatih-plkn-lebih-besar-dari-pinajaman-ptptn
Perumahan terbengkalai di Lubuk Cina, Rembau sejak tahun 2005. Selanjut di http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/01/perumahan-terbengkalai-di-lubuk-cina.html
Kos tanah Hospital Rembau RM 42.64 juta
Laporan akhbar mengatakan PKNS tawarkan tanah untuk pembinaan Hospital Rembau pada harga RM 22 sekaki ( RM 2.39 juta sehektar). Laporan akhbar juga menyebut Hospital Rembau akan dibina atas tanah seluas 18 hektar. Jika semua tanah tersebut adalah milik PKNS, adakah kos tanah sahaja untuk Hospital Rembau ini mencecah sehingga RM 42.64 juta, sedangkan kos pembinaan hospital ialah RM 122.6 juta? Selanjut di http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/04/kos-tanah-hospital-rembau-rm-4264-juta.html
Isu Pampasan Tanah DUN Kota dan DUN Chembong
PAS DUN Kota dan PAS DUN Chembong sekarang ini sedang mengumpulkan maklumat pampasan yang diperolehi oleh penduduk yang terlibat dengan projek Naik Taraf Jalan Chengkau – Astana Raja, Projek Bekalan Air dan Empangan di Titian Bintangor dan Projek Landasan Keretapi Berkembar. Menurut laporan akhbar ada diantara penduduk ini diberi pampasan cuma RM1.20 sekaki persegi atau RM 52,272.00 seekar sedangkan PKNS menawarkan kepada Kementerian Kesihatan untuk Projek Hospital Rembau pada harga RM 22.00 sekaki persegi atau RM958,320.00 seekar sedangkan masih banyak lagi tanah penduduk kampung di daerah Rembau ini. Isu Pampasan Tanah ini akan menjadi isu utama semasa pilihanraya umum nanti. Selanjut di http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/03/isu-pampasan-tanah-dun-kota-dan-dun.html
Bukti pembaziran RM 4.36 bilion Program PLKN
Kerajaan membelanjakan sebanyak RM 4.36 bilion untuk melahirkan 629,052 orang graduan PLKN. Dengan RM 4.36 bilion juga kita sepatutnya boleh membiayai pengajian selama 4 tahun kepada 167,692 pelajar di IPTA tanpa perlu meminjam dari PTPTN.
Pada 1 Mei 2012 akan diadakan pengambilan pelatih PLKN Siri 9/2012. Akan tetapi pada 27 Mei 2012 ialah tarikh pendaftaran pelajar lepasan SPM ke IPTA untuk Program Pengajian Asasi. Bukankah ini satu pembaziran jika pelajar mendapat panggilan ke IPT jika menyertai PLKN akan hadir hanya selama 3 minggu untuk latihan PLKN.
Begitu juga dengan angka 8 peratus atau 6,667 pelatih PLKN yang buta huruf. Satu pembaziran untuk menyediakan satu modul khas kepada pelatih PLK yang buta huruf.
Satu lagi pembaziran ialah isu pelatih PLKN yang mempunyai masalah kegemukan atau obesiti, sehinggakan PLKN sekali lagi terpaksa mengadakan modul khas untuk para pelatih yang kegemukan. Selanjut di http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/04/bukti-pembaziran-rm-436-bilion-program.html
MB N.Sembilan ulangi janji bina UiTM di Rembau selepas 4 tahun
Pada awal tahun 2008 Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan pembinaan sebuah lagi kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Rembau. Pada 31 Mac 2012 di DUN Kota, sekali lagi Datuk Seri Mohamad Hasan mengatakan Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Negeri Sembilan yang ketiga akan di bina di Rembau dan ia masih di peringkat awal cadangan. Selanjut di http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/04/mb-nsembilan-ulangi-janji-bina-uitm-di.html
Landasan kapalterbang Rembau di Batu Hampar
Utusan Malaysia 21 Feb 2008 - Rembau akan terus membangun apabila kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil untuk kegunaan Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan. Selanjut di http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/03/landasan-kapalterbang-rembau-di-batu.html
ADUN Pakatan Rakyat N.Sembilan berkorban demi rakyat
Sebaik sahaja kerajaan BN hampir tumbang di Negeri Sembilan pada Pilihanraya Umum ke 12 pada tahun 2008, Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan kerajaan negeri akan memotong elaun pengurusan pejabat ADUN sebanyak RM1,500. ADUN dari Pakatan Rakyat menggunakan elaun mereka sendiri untuk menampung kos pengurusan Pusat Khidmat Masyarakat di tempat mereka sendiri.
Walaupun Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan untuk memotong elaun pengurusan pejabat ADUN, namun ADUN Paroi telah menyumbangkan50 peratus dari gajinya setiap bulan untuk digunakan untuk tabung rakyat Paroi. Selanjut di http://pasns.blogspot.com/2012/01/adun-pakatan-rakyat-nsembilan-berkorban.html
4/4/12
Masalah air di Jengka 10 sejatk tahun 1990an
Di rumah saya sendiri ada, 2 tangki air dan 6 kolah bagi menampung masalah ini bagi mengatasasi masalah air ini semasa adik beradik saya balik ke Jengka 10.
Sebelum mereka balik ke Jengka 10, mereka akan telefon dahulu bagi mengatahui tentang air ada ke tidak. Jika tiada air, minggu depan lagi telefon lagi sebelum balik.
Jika ada kenduri kendara lagi masalah ini bertambah teruk, pihak JBA Maran langsung tidak mengambil tindakan untuk menghantar bekalan air tambahan.
Pihak JBA Jerantut telah memberi cadangan untuk memindahkan Loji air ke loji Air Jengka 8, namun JBA Maran menentang sekerasnya cadangan ini.
Pihak JBA Maran juga tidak memeriksa banyak paip air pecah di Bandar Pusat Jengka iaitu di hadapan Maybank, Jengka, paip air pecah. Namun kerja pembaca meter air, adalah membaca meter shj dan menutup mata membiarkan paip air pecah tersebut. Jika paip air pecah hendaklah pegawai sendiri yang memeriksa nya.
Wakil rakyat pun buat tidak tahu sahaja, bila semasa mengundi benjanji akan selesaikan dalam masa 1 minggu shj, namun sudah 8 tahun sama sahaja.
By: AZMAN
http://www.aduanrakyat.com.my/masalah-air-di-jengka-10#more-12291
Pemilik produksi dakwa disamun polis

Lebih mengecewakan lelaki terbabit, dia bukan saja disamun, malah turut dipukul dan dikurung lebih 12 jam di sebuah hotel di ibu negara sebelum dibebaskan dan diperas ugut lima lelaki terbabit.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Alif, 22, berkata, kejadian berlaku jam 10.45 malam ketika dia memandu Honda Civic yang disewa sebelum dihalang sebuah van.
“Beberapa saat selepas itu, empat lelaki turun daripada van berkenaan sambil seorang daripada mereka menunjukkan kad kuasa polis dan mengarahkan saya keluar.
“Saya enggan menurut kehendak mereka, namun seorang daripada lelaki itu merosakkan pemegang pintu kenderaan sebelum memaksa saya duduk di belakang manakala seorang lagi memecut kenderaan berkenaan,” katanya yang datang ke Balai Berita, semalam.
Alif berkata, dia dibawa ke Stadium Badminton Cheras, kononnya untuk berjumpa seorang lelaki berpangkat sarjan mejar bagi menyelesaikan masalahnya.
Beberapa minit selepas itu, seorang lelaki yang mendakwa sebagai sarjan mejar muncul dan memberitahu mangsa melakukan pelbagai kesalahan dan perlu membayar RM50,000 jika mahu rekod kesalahannya dipadam.
“Mereka merampas dompet sebelum menumbuk dan menendang perut saya. “Saya dibawa ke dua bank di Jalan Tun Perak dan Jalan Raja Laut untuk mengeluarkan RM3,000 dan RM5,000.
“Lelaki terbabit memberitahu wang itu tidak cukup untuk memadam rekod kesalahan lampau saya dan mengarahkan supaya saya meminjam duit daripada sesiapa untuk diberikan kepada mereka, namun saya hanya mendapatkan tambahan RM3,000 daripada seorang rakan,” katanya.
Tidak cukup dengan itu, Alif dibawa ke perkarangan Balai Polis Pudu di Cheras untuk berjumpa seorang lagi lelaki mengaku cif inspektor dan memberitahu wang yang diberikannya sebanyak RM16,450 masih tidak mencukupi.
Alif kemudian dibawa ke sebuah hotel di Jalan Raja Laut dan dikurung dengan tangan bergari sambil dijaga tiga lelaki yang tidak dikenalinya.
“Keesokan harinya, jam 8.30 pagi, dua lelaki mengaku koperal dan sarjan membawa saya keluar untuk mengeluarkan lagi wang dari dua bank di Sentul Raya sebanyak RM 8,000,” katanya.
Menurutnya, akibat bimbang keselamatannya, dia mengambil masa sehari sebelum melaporkan perkara itu kepada polis di Balai Polis Tun H S Lee, di sini, pada 21 Mac lalu.
Sebaik saja mendapat tahu mangsa membuat laporan polis, lelaki terbabit meninggalkan kereta yang dilarikan mereka di sebuah stesen minyak di Jalan Kuching.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, mengesahkan menerima laporan itu dan berkata empat suspek ditahan dan dua daripadanya anggota polis. Katanya, anggota terbabit kini digantung tugas dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pemilikproduksidakwadisamunpolis/Article/index_html
4/2/12
Projek rumah terbengkalai di Sarawak sejak tahun 2004

Aduan Rakyat 2 April 2012
Saya telah membeli apartment di alamat Taman Sentosa, Kota Sentosa, Kuching, Sarawak pada tahun 2004. Walau bagaimana pun sehingga ke hari ini apartment berkenaan belum dapat disiapkan.
Wakil rakyat di kawasan terbabit telah membantu dalam cubaan untuk menyelesaikan permasalahan ini malah dalam pengetahuan saya dia telah pun memanjangkan perkara ini kepada Housing Development Comission (HDC) Sarawak beberapa tahun yang lalu untuk meminta tindakan diambil tetapi sehingga sekarang belum ada apa-apa perubahan atau tindakan yang di ambil oleh HDC.
Menurut Jabatan Insolvensi Negeri Sarawak pula pemaju Taman Sentosa tersebut telah pun di “Winding Up” pada tahun 2010. Yang menjadi mangsa ialah kami pembeli yang terpaksa membayar balik pinjaman dari bank dan juga terpaksa menyewa di tempat lain.
Untuk maklumat dan rujukan pihak aduan rakyat, promosi melalui internet untuk Taman Sentosa ini boleh di lihat melalui laman web berikut http://www.tamansentosa.com/htm/cproject.asp
Saya amat berharap agar permasalahan ini dapat di selesaikan segera.
By: Dorasong Ahai
Sumber http://www.aduanrakyat.com.my/rumah-terbengkalai-di-taman-sentosa-kuching
Beberapa kes projek perumhan terbengkalai yang dilaporkan sebelum ini di http://terbengkalai.blogspot.com/
Gearbox CVT Exora Bold Turbo bermasalah selepas 2 minggu

Itupun enjin begegar seolah-olah nak mati. Saya menghubungi pusat servis di Johor Jaya memaklumkan masalah yang dihadapi dan pihak pusat sevis meminta saya untuk menghantar kereta untuk diperiksa.
Pemeriksaan pertama pihak pusat servis cuma mengetatkan kabel bateri dan meminta saya untuk pulang dan mencuba kereta telebih dahulu. Tak sampai setengah jam saya ambil kereta dari pusat servis, masalaah sama tetap berulang. Saya kemudian merujuk terus kereta saya ke Pusat Servis 3S di Plentong.
Pemeriksaan kedua, ECU kereta saya direset semula dan saya diminta untuk membawa pulang kereta sepertimana selepas pemeriksaan yang pertama. Tidak sampai 2 jam, masalah sama berulang. Saya terpaksa menunggu selama 3 hari untuk menghantar kereta berikutan hari Sabtu hanya dikhaskan untuk servis sahaja.
Pada hari Isnin saya menghantar kereta saya ke pusat servis dan kereta saya terpaksa ditinggalkan selama 2 hari untuk diperiksa. Keputusannya memang menyakitkan hati saya. Mengikut kata petugas yang incharge problem kereta saya tu, laporan dah dihantar ke headquarters bekenaan masalah yg dihadapi dan saya diminta tunggu sehingga jawapan diberikan semula oleh HQ.
Saya dah dapat bayangkan maksudnya itu tetapi atas dasar percaya, saya ia kan saja dan masih lagi menunggu, mengikut kata petugas tu lebih kurang seminggu lebih untuk saya dapatkan jawapan.
Sekarang dah masuk 4 hari saya tunggu, tinggal lagi beberapa hari untuk saya dihubungi oleh petugas tesebut (janjinya nak telefon dan maklumkan saya).
Apa yang saya nak highlightkan di sini ialah, kenapa begitu teruk produk Proton ni? Takkanlah baru 2 minggu pakai dah rosak? Bunga tayar kereta pun tak sempat haus lagi enjin dan gearbox dah meragam? Adakah Proton main tangkap muat je barang-barang yang digunakan?
By: faizal
Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/gearbox-cvt-exora-bold-turbo-bermasalah-selepas-2-minggu#more-12140



