CUTI JUMAAT

CUTI JUMAAT

7/29/12

Umur 12 tahun dah pandai samun guna parang

29 Julai 2012 KUALA PILAH – Dua kanak-kanak antara suspek yang diburu oleh pihak polis selepas melakukan kegiatan samun di Taman Bukit Intan, kelmarin. Kejadian itu berlaku jam 12.15 tengah hari ketika mangsa seorang wanita Melayu berusia, 48, tinggal sendirian di rumah.

Ketua Polis daerah Kuala Pilah, Superintendan Jaafar Baba berkata, tiga suspek itu terdiri daripada seorang lelaki berusia 20-an bersama dua kanak-kanak perempuan berusia 12 dan 13 tahun.

Menurutnya, suspek lelaki menggunakan parang panjang manakala salah seorang kanak-kanak itu menggunakan parang pendek.

"Ketiga suspek dipercayai masuk ke dalam rumah mangsa melalui pintu utama kerana tidak berkunci. Mangsa ketika itu sedang menjahit baju di bilik belakang dan tidak perasan suspek masuk ke dalam rumah.

“Dia hanya terkejut apabila suspek memasuki ke dalam bilik belakang dan dua kanak-kanak terus memegang kedua-dua belah tangannya. Manakala lelaki tersebut terus merampas rantai mangsa.

“Namun rentapan itu tidak berjaya mengambil kesemua rantai kerana terputus dua. Suspek berjaya melarikan loket dan sebahagian rantai anggaran RM1,000,” katanya kepada Sinar Harian.

Jaafar berkata, sejurus itu mangsa yang berjaya meloloskan diri berlari ke arah belakang rumah untuk meminta pertolongan jiran terdekat.

“Apabila suasana menjadi kecoh, ketiga-tiga suspek sudah berada di dalam kereta milik mangsa selepas mengambil kunci kereta jenis Proton Pesona yang tergantung di dinding, namun cubaan itu tidak berjaya apabila terdengar mangsa menjerit meminta tolong.

"Akibat panik, suspek lelaki berpatah balik dan menyerang mangsa dengan cubaan menetak kepala tetapi berjaya ditahan mangsa. Akibatnya, tangan kanan mangsa luka terkena parang. Ketiga-tiga suspek berlari keluar menaiki kereta jenis perodua Myvi berwarna ‘silver’ yang dipercayai kereta curi dari Mantin,” katanya.

Walau bagaimanapun katanya, mangsa hanya mengalami cedera ringan di tangan kanan kerana parang tersebut tumpul.

"Saya menasihatkan kepada suri rumah agar lebih berhati-hati ketika tinggal bersendirian di rumah dan mengunci pintu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini terjadi terutama pada musim perayaan," katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun dan sebatan kerana samun bersenjata berkumpulan.

“Sesiapa yang melihat kejadian itu boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Asisten Superintendan Normanshah Din menerusi talian 019-2096474,”katanya.

7/27/12

Benarkah Lt Adnan Keturunan Datuk Siamang Gagap?

Datuk Siamang Gagap atau Pendekar Siamang Gagap merupakan pahlawan Melayu yang menentang Inggeris di Negeri Sembilan. Beliau yang memimpin angkatan perang Seri Menanti menentang askar British dalam perang Bukit Putus pada 25 November 1875.

Maka pada tahun 1875 berlakulah perang Bukit Putus antara Inggeris yang dibantu oleh Datuk Klana Sungai Ujung dengan angkatan perang Seri Menanti yang dipimpin oleh Datuk Siamang Gagap. Kerana bilangan musuh lebih ramai ditambah pula dengan senjata meriam akhirnya angkatan perang Seri Menanti kalah.

Kekalahan itu menyebabkan Inggeris berjaya campur tangan di Seri Menanti namun Datuk Siamang Gagap tidak mahu tunduk kepada Inggeris. Beliau akhirnya meninggalkan Seri Menanti untuk meneruskan perjuangan menentang Inggeris.

Ada yang mengatakan Datuk Siamang Gagap pergi ke Pahang lalu bergabung dengan Datuk Bahaman dan Mat Kilau menentang Inggeris. Tetapi ada pula mengatakan beliau pergi menunaikan haji ke Mekah dan meninggal disana.

Namun ada mengatakan beliau bersembunyi di sebuah kampong bernama Juaseh yang terletak tidak jauh dari pekan Bahau. Menurut ceritanya Datuk Siamang Gagap meninggal di sana dan ada sebuah kubur lama yang dipercayai kubur Datuk Siamang Gagap.

Setelah Datuk Siamang Gagap meninggal dunia, anak-anaknya merantau membawa diri mencari rezeki. Salah seorang anaknya mudek ke Sungai Beranang lalu menetap di kampong Sungai Ramal, Kajang.

Semasa menjejaki waris Allahyarham Leftenan Adnan, ada yang berkata Leftenan Adnan itu orang Minangkabau keturunan Datuk Siamang Gagap.

Rumah EXCO Melaka dimasuki pencuri

27 Julai 2012 : Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok Mas, Datuk Latiff Tamby Chik, 63, kerugian RM200,000 apabila rumahnya dipecah masuk tiga penjenayah, Selasa lalu.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 11.25 malam di Jalan Datuk Palembang, Bukit Baru, dekat sini, suspek berusia 20-an hingga 30-an berkenaan masuk ke banglo setingkat itu dengan memecahkan tingkap hadapan dan jeriji besi sebelum menggeledah rumah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah, berkata ketika kejadian banglo itu tidak berpenghuni kerana Adun berkenaan menunaikan solat Tarawih manakala isterinya, Datin Umul Khair, 52, berada di rumah jiran.

“Bagaimanapun ketika suspek yang tidak bertopeng itu keluar, mereka terserempak dengan isteri mangsa yang menjerit sebelum ketiga-tiga penjenayah itu melarikan diri menaiki BMW putih diletakkan di hadapan rumah mangsa.

“Hasil pemeriksaan mendapati beberapa barangan berharga milik mangsa hilang termasuk jam tangan jenama Rolex dan Chopard serta wang tunai dianggarkan bernilai RM200,000,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini, semalam.


7/26/12

Menyamun dengan semangat 1Malaysia

Jika dulu kumpulan penjenayah terbatas dalam satu kelompok kaum sahaja. Geng ini cuma untuk kaum ini, geng itu cuma untuk kaum itu. Kini kumpulan penjenayah terdiri dari mereka yang berbilang bangsa. Nampaknya penjenayah pun mengamalkan konsep 1Malaysia.

Polis buru enam suspek kes samun

SEREMBAN 25 Julai 2012 - Polis negeri ini melancarkan gerakan intensif bagi memburu enam suspek dipercayai satu geng penjenayah yang kerap melakukan beberapa kes samun di sekitar negeri ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, kesemua suspek itu berusia dalam lingkungan 23 hingga 30-an yang dikenal pasti daripada hasil tangkapan empat lelaki pada 8 dan 13 Julai lalu.

"Empat lelaki yang ditahan itu merupakan suspek satu kejadian samun di sebuah kuari di Gemas pada 29 Jun, kira-kira pukul 11.30 malam.

"Semasa kejadian, kumpulan itu telah bertindak menyamun pekerja di kabin kuari berkenaan sebelum melarikan satu set teater rumah, empat buah telefon bimbit, empat buah lori, sebuah kereta jenis Toyota Vios serta wang tunai berjumlah RM5,250.

Lelaki samun dalam tandas wanita pula

Apabila rondaan dipertingkatkan di kawasan letak kereta untuk melindungi wanita yang sering menjadi sasaran penjenayah. Penjenayah beralih tempat pula menyamun dalam tandas wanita.

Snatch thief strikes in women’s toilet
Thursday July 26, 2012

PETALING JAYA: Another woman was almost a victim of a crime in a shopping mall when she nearly had her bag snatched inside the toilet.

College student Sylvia Chew wrote on her Facebook page recently that she was in a toilet cubicle and placed her handbag on the ledge on top of the toilet cistern when she saw an arm snake in from the next cubicle and grab her bag.

She had noticed a man in his early 30s lingering in front of the washroom in Sunway Pyramid at about 5.35pm on Monday.

Chew said she screamed when he snatched her bag and ran out to chase him.

“He was scared so he dropped my bag on the floor and ran away,” she wrote on her Facebook page.

Together with several other shoppers, she attempted to chase the thief but he managed to escape in the stairwell.

She reported the incident to the concierge almost immediately.

The shopping mall's marketing director Phang Sau Lian confirmed the incident and said the suspect's image was captured on the CCTV outside the washroom.

“We saw the video of him running out of the toilet. We have circulated the image to all our security posts inside the mall,” she said.

Although Chew did not want to lodge a police report as there were no loss or injury, the mall management had notified the police and forwarded them the CCTV image.

Phang said they would send out the images to the Malaysian Association for Shopping and Highrise Complex Management for circulation to other malls.

7/25/12

Iftar dan Ceramah


TAZKIRAH RAMADHAN

Tarikh : 28 Julai 2012 , Sabtu
Masa : 9.30 mlm
Tempat : Kg Senama Tengah, Rembau (rumah cikgu Zul)
Bersama : Ustaz Nasarudin Tantawi, Dr. Rosli Yaakop, Sdr Nazree Yunus dan Sdr Azhan Atan (Juara Akademi Nasyid)

Semua dijemput hadir

7/22/12

Pegawai Khas Blog Ali Rustam gaji tertunggak RM24,370?

Ahmad Faisal menunjukkan surat penolakan gaji ketika berkhidmat di pejabat sebuah parti politik.

(15 Jun 2008 – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd. Ali Rustam meminta polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak tertentu yang mewujudkan blog palsu menggunakan nama beliau. Mohd. Ali berkata, satu laporan polis berhubung perkara itu dibuat oleh Pegawai Khas Blog beliau, Ahmad Faisal Mohd. Yunos di Balai Polis Melaka Tengah di sini, hari ini.)

Pengendali blog tuntut tunggakan gaji
Sinar Harian - 22 Julai 2012

AYER KEROH - Kelemahan pentadbiran pejabat sebuah parti politik di sini menyebabkan seorang kakitangannya mendakwa masih belum menerima tunggakan gaji sehingga mencecah RM24,370.

Jumlah itu membabitkan jawatan sebagai Pegawai Khas dan Ketua Unit IT sejak kirakira tiga tahun lalu yang turut berperanan sebagai pengendali blog.

Ahmad Faisal Mohd Yunos, 44, berkata, dia menerima surat pelantikan pada 13 Mei 2008 dengan gaji bulanan sebanyak RM3,000.

Bagaimanapun, pejabat terbabit membayar kurang RM1,000 setiap bulan.

Menurut bapa kepada tiga orang anak ini, pada asalnya tunggakan baki gajinya berjumlah RM38,000 dengan mengambil kira 38 bulan gaji.

“Namun, selepas pengurusan pejabat berkenaan diambil alih oleh individu lain awal tahun lalu, gaji saya ditahan bermula Mei 2011 tanpa sebarang notis dan alasan,” katanya yang tampil ke pejabat Sinar Harian, di sini semalam.

Ahmad Faisal berkata, dua bulan selepas itu, dia dinasihatkan berhenti kerja, namun dia memberi syarat hanya berbuat demikian sekiranya semua tunggakan baki gajinya dijelaskan.

“Setelah saya mendesak, barulah mereka jelaskan sebahagian daripada jumlah berkenaan iaitu RM11,330 yang diserahkan 20 Disember tahun lalu, termasuk kiraan bayaran penolakan jumlah hutang yang saya pinjam sebelum ini iaitu RM2,300.

“Tetapi baki jumlah RM24,370 lagi masih tidak dijelaskan kerana mereka memberi alasan sudah ditolak daripada beberapa peralatan di bawah penjagaan saya sebelum ini,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak berpuas hati kerana penolakan itu tidak mengambil kira susut nilai barangan diambil; antaranya, tiga buah komputer riba, sebuah kamera kompak dan beberapa peralatan lain yang mempunyai nilai kecil.

“Kalau mereka mahukan kesemua peralatan terbabit saya bersedia memulangkannya semula tetapi mereka menggunakan alasan itu untuk tidak membayar gaji saya.


Ali Rustam minta polis siasat blog palsu
MELAKA, 15 Jun 2008 – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd. Ali Rustam meminta polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak tertentu yang mewujudkan blog palsu menggunakan nama beliau.
Beliau berkata, blog palsu itu ialah http://mohamadalirustam.blogspot.com dan http://mohdalirustam2.blogspot.com.
“Blog saya yang sebenar ialah www.mohdalirustam.com,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd. Ali berkata, kedua-dua blog palsu itu masih aktif dengan menyiarkan artikel seolah-olah beliau yang menulisnya dan terdapat komen terhadap artikel berkenaan.
Ada pihak tertentu juga memasukkan komen dalam blog bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menggunakan nama beliau sedangkan komen itu bukan datang daripadanya.
Mohd. Ali berkata tindakan pihak berkenaan tidak boleh dibiarkan kerana orang akan fikir artikel dalam blog palsu itu dilakukan oleh beliau.
Percaya bahawa pihak yang melakukan perbuatan itu mempunyai niat yang tidak baik terhadap dirinya, Mohd. Ali berkata, satu laporan polis berhubung perkara itu dibuat oleh Pegawai Khas Blog beliau, Ahmad Faisal Mohd. Yunos di Balai Polis Melaka Tengah di sini, hari ini. – Bernama


Malacca Governor's birthday honours list
Wednesday October 13, 2004
Pingat Bakti Masyarakat

Ahmad Faisal Mohd Yunos

Lagi wanita mangsa serangan asid di KL

Polis harus memberikan tumpuan untuk menangkap penjenayah yang merupakan pengganas sebenar negara yang mengancam keselamatan rakyat yang tidak dikelilingi atau dilindungi gerombolan polis, SB atau pengawal peribadi dalam kehidupan seharian rakyat marhaen. Sejak tahun 2011 terdapat 15 kes serangan asid terhadap orang awam di sekitar Lembah Kelang dan 2 kes di Seremban yang sehingga kini gagal diselesaikan oleh pihak berkuasa.

Dua sahabat disimbah asid
Harian Metro 22 Julai 2012

KUALA LUMPUR: Dua wanita yang juga rakan baik berusia lewat 30-an cedera di seluruh badan selepas disimbah asid dua lelaki bermotosikal dalam kejadian di Jalan Dewan Bahasa, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, kedua-dua mangsa dilaporkan berjalan ke tempat letak kereta di kawasan itu bagi mengambil kenderaan mereka untuk pulang ke rumah.

Menurut sumber, ketika mangsa dan rakannya sudah menghampiri kenderaan, dua lelaki menaiki motosikal lengkap memakai topi keledar dilihat dipandu laju menuju ke arah mereka.

“Sebaik menghampiri mangsa, pembonceng motosikal itu mengeluarkan satu botol mengandungi cecair dipercayai asid lalu menyimbah ke arah mereka.

“Seorang daripada mereka terkena di belakang badan, tangan dan kaki manakala rakannya pula terkena di dada dan kaki,” katanya.

Sumber berkata, kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan itu kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, sebelum diberikan rawatan susulan.

Katanya, keadaan mangsa kini dilaporkan stabil dan masih dirawat di hospital.

Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Dang Wangi, di sini, oleh mangsa menuntut siasatan lanjut dilakukan.


Pada tahun 2011 terdapat 15 kes serangan asid terhadap orang awam di sekitar Lembah Kelang dan 2 kes di Seremban yang sehingga kini gagal diselesaikan oleh pihak berkuasa. Kes-kes dan gambar mangsa serangan asid sebelum ini di http://amkns.blogspot.com/2012/02/penyerang-asid-kembali-serang-warga.html

2 lagi wanita disimbah asid di Rawang

28 Mac 2012 KUALA LUMPUR — Seorang wanita dan seorang gadis menjadi mangsa simbahan asid oleh dua lelaki ketika menunggu bas di Batu 16, Rawang, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira 7 petang itu, S.Rani, 46, dan Nuraqilah Osman, 16, telah disimbah asid oleh seorang daripada suspek yang berjalan kaki.


Penyelia pusat kecantikan cedera parah disimbah asid di hadapan kedai miliknya

KUALA LUMPUR 26 Feb. 2012 - Seorang penyelia di sebuah pusat kecantikan cedera parah selepas disimbah sejenis cecair yang dipercayai asid ketika berjalan kaki di hadapan kedainya di Bandar Tun Hussein Onn, Kajang dekat sini semalam.

Iftar Amal


7/18/12

Bilal masjid selalu ponteng?

18 Julai 2012 - Kami jemaah Masjid Jamek Rengit, Batu Pahat, Johor sangat kesal dengan bilal kerajaan masjid ini yang selalu ponteng hingga boleh dikatakan tahap keterlaluan. Dalam seminggu hanya sehari atau dua hari sahaja beliau menjalankan tugasnya.

Perkara ini telah lama berlaku, pelbagai agensi telah kami adukan seperti, BPA Johor, BPA putrajaya dan JAIJ sendiri,namun langsung tiada sebarang tindakan.Apa yang menghairankan, pejabat agama daerah Batu Pahat langsung tidak berbuat apa-apa tindakan dalam hal ini seolah-olah bersubahat dengan apa yang berlaku.

Masjid ini mempunyai dua imam kerajaan,salah seorang daripada mereka (Imam Saleh) juga kerap ponteng,tapi tidak seteruk seperti bilal tadi. Ini adalah satu amanah yang wajib dipikul oleh penjawat awam, lebih-lebih lagi dalam skop agama.

Diharap dengan terdedahnya diaduanrakyat online ini, pihak yang berkaitan dapat meninjau, menyiasat seterusnya menyelesaikan masalah-masalah ini.

Sekian teriam kasih

By: kahar

7/10/12

Amuk dekat pejabat PM dan ajaran sesat

JAKIM dengan kerjasama PDRM dan SKMM perlu menubuhkan satu pasukan petugas khas siber yang memantau laman web serta laman sosial untuk mencegah ajaran sesat. Contohnya, untuk menyiasat blog berikut yang memberi persamaan antara Rembau dan Jurusalem serta kelahiran Imam Mahadi.


Anehnya blog-blog seumpama ini seperti blog http://jayanegara1234.blogspot.com yang didakwa dibuat oleh penyerang dekat pejabat PM pada 9 Julai 2012 hanya terhasil pada tahun 2012.

7/9/12

Ceramah Pakatan Rakyat

CERAMAH UMUM
Penceramah : Dato Ramli Buyong, YB Loke Siew Fook, Dr. Rosli Yaakop, Abdul Rahman Ramli
Tarikh : 10 Julai 2012, Selasa
Masa : 9 mlm
Tempat : Simpang Durian, Jelebu

CERAMAH PERDANA
Penceramah : Tn Hj Mohamad Sabu, Zulkefly Mohamad Omar, Zaharudin Othman  Tarikh : 11 Julai 2012, Rabu
Masa : 9 mlm
Tempat : Dataran Norahmadiah, Jln Kuala Pilah-Bahau, Kg Jemapoh, Kuala Pilah

7/4/12

HIMPUNAN HIJAU PERINGKAT N.SEMBILAN

Tarikh : 15 Julai 2012 , Ahad
Masa : 3 ptg - 12 tgh mlm
Tempat : Dataran Al Ikhwan, Air Mawang, Johol

7/2/12

PENTAS WANITA


Duit, pistol bekas Ketua Menteri Melaka dilesapkan pencuri

Ex-CM loses cash, pistol to burglars

July 1, 2012 KUALA LUMPUR: The house of former Malacca chief minister Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik was broken into by burglars who took away cash and a pistol.
All the occupants of the house were out for a wedding in Malacca during last night's break-in.
At about 9pm, one of Abdul Rahim's family members came home but he did not notice anything amiss.
However, sources said that after taking a shower, he realised that the master bedroom had been ransacked.
When the family returned home and checked their belongings, they discovered that several items and valuables were missing.
“Three rooms were ransacked. The burglars took cash, jewellery, valuables and a pistol,” said a family member.
City CID chief Senior Asst Comm Datuk Ku Chin Wah confirmed the break-in and said police were investigating the case.

RAPAT RAKYAT


CERAMAH UMUM PRU 13