8/31/12
8/29/12
8/28/12
Bukan 7, 12 tetapi Jengka 10, 11 dan 16 juga tiada air
Harakahdaily, 27 Ogos
2012
JENGKA: Masalah ketiadaan air di Jengka 7 dan 12 pada hari
raya baru-baru ini juga berlaku di Jengka 10, 11 dan 16.
Demikian beritahu seorang pembaca Harakahdaily melalui
emailnya hari ini.
Beliau memberikan maklum balas itu hasil laporan
Harakahdaily hari ini berdasarkan laporan khas yang dibuat oleh sebuah akhbar
harian.
Dalam laporan itu, Sinar Harian melaporkan, penduduk Jengka
7 dan 12 sentiasa sahaja menghadapi masalah ketiadaan air pada setiap sambutan
hari raya.
"Ini berlaku semenjak kami mula menetap di Felda tahun
70an," kata Khairi Muzakir
dalam emailnya kepada Harakahdaily.
Menurut beliau, "kerajaan yang ada buat tak tahu
je."
Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan, penduduk beberapa
kawasan di Temerloh termasuk taman perumahan juga menghadapi masalah ketiadaan
bekalan air bersih.
Ia bukan sahaja berlaku semasa hari raya bahkan pada
hari-hari lain juga.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin
Yasin berkata, masalah air di Kelantan akan diselesaikan jika BN memerintah
negeri itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib juga berkata, ia akan
menyelesaikan masalah air di Kelantan jika BN diberikan mandat.
Sehubungan itu, ramai antara mangsa masalah air di Pahang ini
meminta Najib menyelesaikan masalah air di Pahang ini sebelum sibuk
memperkatakan masalah di negeri lain yang mempunyai masalah sendiri.
Ini kerana, Pahang dikatakan mempunyai sumber air yang
banyak iaitu Sungai Pahang yang terpanjang di Malaysia itu.
Pihak BN pula sedang melobi agar kerajaan negeri Selangor
meluluskan projek Langat 2, iaitu projek penyaluran air sungai Pahang ke
Selangor melalui terowong dan sungai buatan manusia.
Namun kerajaan negeri Selangor tidak berapa bersetuju kerana
ia melibatkan kos yang terlalu tinggi.
Jika dilaksanakan, kerajaan negeri yakin, tarif air akan
dinaikkan di Selangor dan bakal membebankan rakyat.
8/27/12
Ceramah Umum 29 Ogos 2012 di Johol
CERAMAH UMUM
Bersama :
YB Ng Sue Lim - ADUN Sekinchan
Adly Zahari - Pesuruhjaya PAS Melaka
Nazree Yunus - Naib Ketua AMK Pusat/Ketua AMK N9
Tarikh : 29 Ogos 2012 (Rabu)
Masa : 9 mlm
Tempat : Markas PR, Simpang Ulu Yoh, Air Mawang, Johol,
N.Sembilan
8/24/12
Jamuan Hari Raya dan Ceramah Umum 26 Ogos 2012
MAJLIS JAMUAN HARI RAYA PAS KAWASAN REMBAU
Bersama Anak Rembau di Perantauan
Tarikh : 26 Ogos 2012 , Ahad
Masa : 11 pg - 2 ptg
Tempat : Bt 8, Kundur Hilir, Rembau (Rumah Hj Syarif)
Bersama YB Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS) serta
pimpinan Pakatan Rakyat N.Sembilan
Semua dijemput hadir - Untuk pertanyaan atau sumbangan sila
hubungi Pengarah Program, Ustaz Nazri 019-3457690
CERAMAH UMUM
Tarikh : 26 Ogos 2012 , Ahad
Masa : 9.30 mlm
Tempat : Bt 8, Kundur Hilir, Rembau (Rumah Hj Syarif)
Bersama YB Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS) serta
pimpinan Pakatan Rakyat N.Sembilan
8/16/12
PAS Punca Perpecahan Orang Melayu?
Apakah punca sebenar perpecahan orang Melayu? Mari kita
tengok balik apa yang berlaku di Negeri Sembilan pada April 1982…..Datuk
Mokhtar Hashim ialah seorang mantan Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang telah
dijatuhkan hukuman gantung sampai mati setelah didapati bersalah atas tuduhan
membunuh Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Mohamad Taha Talib.
Datuk Mokhtar Hashim telah ditangkap di rumahnya di Jalan
16/6 , Petaling Jaya jam 1.30 pagi. Ketika itu 8 hari lagi akan diadakan
Pilihan Raya Umum Malaysia
1982 pada 22 April 1982. Puncanya kedua-dua mereka adalah musuh politik dalam
UMNO Bahagian Tampin dan masing-masing berebut jawatan.
Peguambela bagi pihak Mokhtar Hashim ialah Dato Abu Zahar
Ujang. Peneroka Felda yang menjadi saksi alibi tidak hadir semasa perbicaraan.
Ketua polis yang menyiasat kes itu ialah Musa Hassan.
Sumber rujukan :
Najib perlukan Us Nasha utk pertahan N.Sembilan?
Apakah Najib perlukan Ustaz Nasharudin Mat Isa untuk
mempertahankan BN di N.Sembilan? Apakah Najib tidak yakin lagi dengan Khairy
Jamaluddin dan Mohamad Hasan memandang pada PRU 12 , 2008 BN hampir tumbang di
Negeri Sembilan di mana Pakatan Rakyat telah memenangi 3 dari 8 kerusi Parlimen
serta 15 dari 36 kerusi DUN.
Apakah Ustaz Nasharudin Mat Isa akan bertanding di kampung
halaman beliau sendiri di Kg Air Melintang, Kota
samada untuk calon Parlimen Rembau atau calon DUN Kota?
Dalam politik, apa-apa boleh berlaku.
8/9/12
Polis serbu salah rumah, pemilik rumah kena lempang
Peniaga runcit dakwa kena lempang polis
9 Ogos 2012
KLUANG - Seorang peniaga runcit terkejut dilempang pipi kiri
oleh seorang anggota polis berpangkat Inspektor semata-mata kerana dia
mempersoalkan mengapa rumahnya digeledah tanpa waran dalam satu kejadian di
Kampung Haji Noor, Jalan Air Hitam, Machap, kira-kira jam 8 pagi kelmarin.
Menurut Samsudin Seman, 56, sebelum kejadian, dia berada di
kedai runcit miliknya sebelum dihubungi anaknya, Mohd Suhaimi, 31, mengatakan
sekumpulan anggota polis datang dan menggeledah barang dalam rumah mereka.
"Saya terus pulang ketika sampai, saya lihat ada tujuh
anggota polis berada dalam rumah dan menggeledah kediaman saya sehingga habis
bersepah semua barang," katanya.
Tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku, Samsudin
bertanya kepada salah seorang anggota polis itu sama ada mereka mempunyai waran
berbuat demikian.
“Salah seorang daripada mereka memperkenalkan dirinya
sebagai pegawai berpangkat Inspektor dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu
Pahat. Menurutnya, dia tak perlukan waran untuk menggeledah kerana dia seorang
pegawai," katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, lebih mengejutkan, apabila anaknya bertanya
kepada pegawai polis berkenaan rumah siapa sebenarnya yang mereka cari, salah
seorang daripada mereka terus memecahkan pintu salah satu bilik tidur kerana
mengesyaki anaknya menyembunyikan sesuatu.
“Setelah puas kami bertanya soalan yang sama, barulah salah
seorang daripada mereka memberitahu yang mereka sedang mencari rumah suspek
bernama Taufik. Kemudian saya beritahu kepada mereka, dalam rumah ini tiada
sesiapa pun yang bernama Taufik.
“Namun apa yang menyedihkan, sebaik berkata demikian,
pegawai berpangkat Inspektor itu memanggil saya dengan perkataan kurang sopan
dan secara tiba-tiba terus melempang pipi kiri saya tanpa sebarang sebab,”
katanya.
Samsudin berkata, dia juga kesal kerana pegawai polis
tersebut hampir mahu menggari dan
membawanya ke balai polis dengan alasan dia tidak mempunyai MyKad, sedangkan
pada masa itu MyKadnya tertinggal di kedai kerana bergegas pulang ke rumah.
“Selepas kejadian tersebut, saya bersama-sama anak membuat
laporan di Balai Polis Simpang Renggam. Saya turut membuat pemeriksaan doktor
di Klinik Simpang Renggam, malah akan menyerahkan segala-galanya kepada peguam
dilantik anak saya bagi menangani kes ini.
“Saya tiada niat langsung untuk membalas dendam, cuma tidak
mahu pegawai polis berkenaan terus menyalahgunakan kuasanya kepada orang
ramai,” katanya.
8/6/12
'Hantu' pun teringin naik kapalterbang?
MIRI 5 Ogos 2012 - Lelaki yang nekad
terjun dari pesawat Airbus milik syarikat penerbangan tambang murah
AirAsia sewaktu ia mula memecut untuk berlepas di Lapangan Terbang
Miri, malam kelmarin, bertindak demikian kerana mendakwa ternampak
hantu.
"Walaupun pesawat itu bergerak,
saya tiada pilihan lain kecuali nekad terjun ke atas landasan,"
katanya.
Lelaki yang dikenali sebagai Chong itu
dikatakan melihat 'lembaga hitam' yang menyeramkan duduk di salah
satu kerusi penumpang menyebabkannya ketakutan dan tidak dapat
berfikir secara waras.
Ketika ditemui di Hospital Miri di sini
hari ini, Chong berkata, oleh sebab itu dia meminta kebenaran untuk
turun berkali-kali namun pramugari bertugas tidak mengendahkan
permintaannya dengan alasan pesawat telah pun bergerak.
"Saya bimbang sesuatu tidak
diingini berlaku semasa penerbangan, jadi saya bangun dan terus
membuka pintu kecemasan.
8/1/12
Penipuan Linguaphone
Aduan Rakyat 1 Ogos 2012 - Pada awal 2003, saya bekerja
dengan syarikat Linguaphone, Pada awalnya, mereka mengatakan jawatan kami
adalah sebagai Inspektor Bahasa (Language Inspector) tugas kami untuk
menerangkan kelebihan belajar bahasa asing.
Namun, setelah bekerja barulah kami tahu sebenarnya kami ini
adalah jurujual (salesman) yang perlu bergerak ke sana ke mari menjual produk mereka, set
belajar bahasa, Yang mahal tidak terhingga dan tidak langsung padan dengan
produknya.
Tidak sampai sebulan, saya telah berhenti kerana merasa
tertipu, dan melanjutkan pelajaran. Setelah setahun berlalu, saya tiba-tiba
menerima surat
daripada lawyer yang menuntut bayaran rm1500 dari Linguaphone bagi produk set
bahasa yang mereka jual.
Saya lantas mendapatkan penjelasan mengenai pembelian yang
tidak pernah sy buat. Setelah berbincang, seorang pengurus besar mereka
menunjukkan borang pembelian yang berlampir Kad Pengenalan saya. Beliau
mengatakan ini adalah bukti pembelian saya.Setelah diteliti, ternyata itu
adalah satu penipuan kerana tandatangan saya telah dipalsukan, Tetapi Pengurus
itu meminta hal itu diselesaikan begitu sahaja, dimana saya tidak perlu
membayar apa-apa dan beliau membatalkan pembelian saya.
Percaya dengan janji tersebut, saya menganggap hal itu telah
selesai.
Namun, setelah 9 tahun berlalu, saya membuat pinjaman kereta
dan pinjaman itu telah lulus namun ditolak kerana nama saya telah disenaraikan
di CTOS. Saya pelik kerana saya tidak pernah berhutang. Setelah diperiksa,
pihak bank memberitahu nama saya telah di blacklistkan oleh CTOS. Saya terus ke
CTOS mendapatkan kepastian dan ternyata mmg benar.
Dan sekarang saya sedang meneliti hal ini untuk membawa ke
muka pengadilan. Saya telah pun berhubung dengan Pihak Linguaphone bg hal ini
kerana CTOS memberitahu, hanya Linguaphone yg boleh menarik balik tindakan
blacklist itu.
Mereka (Linugaphone) telah berjanji akan menyelesaikan hal
ini secepat mungkin. Namun, saya tidak percaya dengan kata-kata mereka dan kini
sedang menimbang untuk ke Tribunal Tuntutan dan Biro Pengaduan Awam. Cuma
laporan polis yg ditunda kerana saya sukar mendapat cuti.
Apa pendapat anda, jenis tindakan apa dan kepada siapa harus
saya bawa kes ini. Saya sudah dapat melihat yang saya takkan dapat membeli
apa-apa pun sekarang ni, memandangkan saya membuat pinjaman untuk membeli
kereta kerana keperluan kerja dan perlu mendapatkan dengan kadar segera. Namun
hal ini kelihatan sengaja di lengahkan oleh pihak mereka.
Jadi apakah cara bg saya untuk menuntut sekaligus kerugian
dari segi masa dan kos dan juga peluang, kerana hal ini telah menjejaskan
kerjaya saya. dan kepada Pihak mana kah sesuai untuk saya ajukan aduan saya. tq
By: Shamz
Subscribe to:
Posts (Atom)









