CUTI JUMAAT

CUTI JUMAAT

10/30/12

Check point Konvoi HKR 3 Nov 2012



TITIK TEMU (Check Point) KONVOI HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT :
Tarikh : 3 Nov 2012, SABTU

Lokasi 1- Ulu Bendul, jam 2.00 petang ; untuk dari Kuala Pilah/Jempol.

Lokasi 2 - Markas PAS Chembong, Kg. Mulia, Rembau , jam 2.00 petang ; untuk dari Rembau/Tampin.

Lokasi 3 - Depan Jusco Seremban 2, jam 2.30 petang ; untuk dari Rasah/Teluk Kemang.

Lokasi Utama - Stadium Paroi, jm 3.00 ptang ; untuk dari Seremban/ Jelebu bersama Anak Muda ARC.

YB Mahfuz Omar 4 Nov 2012 di Rembau


Aturcara Himpunan Kebangkitan Rakyat 3 Nov 2012 di Seremban


HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT
Tarikh :  3 NOV 2012, SABTU
Masa : 3 ptg – 12 mlm
Tempat : Taman Seremban Jaya, Seremban  
Bersama : YB Dato Seri Anwar Ibrahim, YB Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, YB Lim Kit Siang


ATURCARA PETANG
3.00 ptg - Konvoi motorsikal berkumpul di perkarangan Stadium Paroi
3.30 ptg - Konvoi bergerak menuju  ke tapak Himpunan
4.15 ptg - Konvoi tiba di tapak Himpunan, Sambutan Gendang India, Kompang & Tarian Singa
4.30 ptg - Karnival Rakyat Bermula
  1. Pidato Rakyat
  2. Bakat Seni  @ Konsert Rakyat
  3. Persembahan Kebudayaan Rakyat
  4. Pameran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat
6.30 ptg - Tamat program petang

ATURCARA MALAM
8.00 mlm - Pameran Kerajaan Pakatan (sehingga pukul 12.00 mlm)
8.30 mlm - Aluan Pengerusi Majlis, YB P. Gunasekaran
8.35 mlm - Ucapan YB Mohd Taufik Abdul Ghani
8.45 mlm - Ucapan YB Loke Siew Fook
8.55 mlm - Ucapan YB Dato Kamarul Baharin Abbas
9.05 mlm - Gimik Penyerahan Memorandum Persefahaman PR N9
9.10 mlm - Ucapan YB Mohd Azmin Ali
9.30 mlm - Ucapan Sdr Mohamad Sabu (Pengarah Program)
9.50 mlm - Ucapan Wakil Hijau (Lynas)
9.55 mlm - Ucapan Wakil Kuning (Bersih)
10.00 mlm - Ucapan Wakil Merah (Royalti)
10.05 mlm - Ucapan Wakil Oren (Felda)
10.10 mlm - Deklamasi Sajak: A. Samad Said
10.15 mlm - Ucapan YB Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
10.45 mlm - Ucapan YB Lim Kit Siang
11.15 mlm - Gimik Muzikal  ‘Ubahlah Sekarang’
11.20 mlm - Ucapan YB Dato Seri Anwar Ibrahim
12.00 mlm - Gimik Pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat

PIDATO PERDANA


CERAMAH UMUM


10/29/12

CERAMAH PERDANA 31 Okt 2012 di Seremban


CERAMAH PERDANA
Tarikh : 31 Okt 2012 , Rabu
Masa : 9 mlm
Tempat : Pasti Hasanah, Bandar Seremban Selatan (Fasa 1)
Penceramah : Chegubard, YB Hj Taufek, Dr Ahmad Suhaimi, Fareedah Samad, Ustaz Nor Azman Mohamad

********
Polis jadikan ahli DAP ‘tebusan’ untuk dapatkan kamera- Chegu Bard

Johor 28 Okt 2012 :  Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin menyifatkan polis berlagak seperti pengganas ‘Abu Sayyaf’ apabila menahan 4 anggota DAP ketika ceramah di Bandar Seri Alam, Masai semalam.

Katanya, kejadian bermula selepas 10 ahli Umno membuat provokasi dengan memasang pembesar suara dengan kuat dari balai raya berhampiran, kira-kira 50 meter dari tempat ceramah.

“Penganjur dan saya cuba telefon polis tapi (mereka) tidak beri jaminan untuk datang selesaikan…(Sedangkan) pengajur telah dapatkan permit dua minggu sebelumnya.

“Keadaan makin tegang ketika saya berceramah dan saya sempat minta polis untuk tampil selesaikan kekecohan…polis memang ada di sana sebab kamera mereka dipasang di hadapan rostrum,” katanya lagi.

Katanya,  beliau meminta petugas SAMM mengawal keadaan dan tidak melayan provokasi Umno serta menyelamatkan kamera berkenaan daripada dirosakkan sebelum beredar ke lokasi ceramah kedua.

“Namun dalam perjalanan pulang dari program kedua, saya terima panggilan telefon dari polis termasuk dari Ketua Unit Tindakan Khas Johor, Datuk Ramli minta saya pulangkan kamera,” katanya.

Lebih mengejutkan, katanya, beliau dimaklumkan 4 ahli DAP ditahan polis bernama Inspektor Chim Mui Fatt di IPD Seri Alam dan diugut tidak akan dilepaskan selagi kamera tersebut tidak dipulangkan.

“Inspektor Chim beritahu mereka kalau nak balik, kena minta saya serahkan kamera pada masa itu juga,” katanya lagi.

Beliau kemudian menyerahkan kamera ketika membuat laporan berhubung provokasi Umno di Balai Polis Seremban pada jam 11.30 pagi tadi.

“4 ahli DAP itu dibebaskan pada jam 4.15 pagi selepas ditahan selama tiga jam. Saya akan buat aduan di Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman berhubung tindakan polis yang tidak ikut prosedur itu,” katanya lagi.


10/28/12

CERAMAH HIMPUNAN PAKATAN RAKYAT

Tarikh :29 hb Okt 2012 (Isnin)
Waktu : Jam 9.00mlm
Tempat: Kg Batu Serambai, Jambatan Serong, Ulu Klawang,Jelebu. (Rumah Along Mie)
Penceramah Jemputan : Che'gu Bad (PKR), YB Taufek Ghani (PAS), YB Anthony Loke (DAP),
Rahman Ramli (PAS)

10/23/12

Cukai Rokok dan AES Cara Pantas Jana Hasil

Dari blog Dato A Kadir Jasin - 

SAYA merokok ikut-ikutan selama dua tahun apabila mula bekerja pada tahun 1969. Selepas itu berhenti terus. Saya nasihati orang yang rapat dengan saya jangan merokok, berhenti merokok atau kalau tak tahan sangat, cuba kurangkan merokok.

Saya benci sikap penghisap rokok yang tidak bertanggungjawab dan tidak sopan. Mereka tidak peduli orang yang tidak merokok. Mereka buang puntung rokok yang masih menyala sesuka hati. Pengotor.

Jadi, saya sepatutnya mengalu-alukan kenaikan tiba-tiba harga rokok dan tembakau mulai 22 Oktober yang diumumkan oleh syarikat pengeluar rokok dengan persetujuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia), pengeluar terbesar, menaikkan harga semua produk sebanyak 20 sen. Ia berkata, pihaknya telah dimaklumkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia pada 18 Oktober mengenai kebenaran menaikkan harga kilang rokoknya antara 26 peratus hingga 58 peratus bermula Jumaat 19 Oktober.

Saya terus mengalu-alukan usaha mengurangkan tabiat yang merosakkan kesihatan itu, tetapi langkah menaikkan cukai melalui kenaikan harga itu “menceritakan” sikap kerajaan, khasnya Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Mohd Najib Abdul Razak selain kemungkinan bahawa Perbendaharaan memerlukan pendapatan segera.

Lazimnya, pengumuman kenaikan cukai rokok dan arak dibuat ketika pembentangan belanjawan negara. Tetapi, Mohd Najib tidak melakukannya ketika membentangkan Belanjawan 2013 pada 28 September lalu.

Jadi, kenapa agaknya beliau berbuat begitu? Saya hanya berani dan boleh membuat andaian. Yang terlintas dalam fikiran adalah Mohd Najib mahu membentangkan belanjawan pilihan raya yang menyenangkan semua orang dan pihak. Beliau sendiri tidak menaikkan cukai rokok sebab beliau tahu banyak pengundi adalah perokok.

Tetapi, kenapa selepas 20 hari cukai rokok dinaikkan secara tidak langsung melalui kebenaran kenaikan harga oleh Kastam dan Eksais? Perokok lagi marah kerana mereka berasa tertipu. Dalam Belanjawan tak naik, tapi melalui prosedur Kastam dan Eksais naik.


Ada dua kemungkinan. Pertama, kerajaan memang hendak menaikkan harga dan cukai rokok, tetapi bukan melalui pengumuman Belanjawan. Kedua, Perbendaharaan kekurangan wang atau kehabisan wang untuk tahun semasa (2012).

Dan ketiga, dengan membenarkan kenaikan harga dan dengan itu kenaikan cukai di luar Belanjawan, kerajaan boleh memungut cukai serta-merta. Kalau dibuat melalui Belanjawan, ia hanya boleh dilaksanakan apabila Belanjawan diluluskan oleh Parlimen, diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dan arahan-arahan kewangan tertentu dikeluarkan.

Perbendaharaan Kesuntukan Duit?

Melihatkan kenaikan pintu belakang cukai rokok dan betapa cepatnya Sistem Penguatkuasaan Automatik (Automated Enforcment System- AES) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dilaksanakan serta saman dikeluarkan, nampaknya Perbendaharaan mungkin kesuntukan wang atau kekeringan wang untuk tahun semasa.

Saya dapat merasakan kemungkinan bahawa Perbendaharaan mengalami kesuntukan wang setelah secara kebetulan, bercakap dengan tiga orang bekas Menteri Kewangan, yang semua bimbang dengan kedudukan kewangan kerajaan.

Hari ini, dalam akhbar The Star tersiar surat Mohd Zakry Omar, Ketua Unit Perhubungan Korporat dan Awam, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia bertajuk “AES Cameras Smart Enough” (kepintaran kamera AES memadai) dalam ruangan surat pembaca.
Setelah melihat saman yang dikeluarkan berikutan pelaksanaan AES, saya kurang yakin dengan kenyataan beliau. Sebaliknya, saya rasa sistem itu “is not smart enough” (tidak cukup pintar) apatah lagi meyakinkan.

Gambar yang disertakan hanya mempamerkan bahagian hadapan kenderaan dengan pelat nombornya sahaja. Gambar seperti itu boleh diambil di mana-mana pun. Kamera yang dikatakan pintar itu tidak mempamerkan dalam gambar tempat tangkapan, waktu dan tarikh tangkapan dan kelajuan (dalam kes melanggar had laju). (Lihat Gambar).

Kalau inilah hasil kamera AES, saya rasa kamera digital RM500 lebih “smart” kerana boleh pamerkan banyak maklumat atas gambar.

Terima kasih kepada Pakatan Rakyat kerana membangkitkan ketidaksenangan dan keraguan umum terhadap sistem ini. Daripada apa yang saya lihat, sistem itu bukan sahaja tidak meyakinkan, tetapi kesilapan boleh berlaku ketika menulis saman kerana bukti bergambar seperti yang saya sebutkan di atas tidak ada atau tidak disertakan.

Tetapi, seperti lampu isyarat yang dipasang di tempat-tempat yang tidak diperlukan dan tidak dinyalakan, kemungkinan berlaku pakatan dan persekongkolan antara pembekal sistem dengan pembeli (JPJ) tidak boleh ditolak bulat-bulat.

Namun begitu, jelaslah sistem ini boleh menjana hasil yang lumayan dan “cost effective” kepada Perbendaharaan berbanding tangkapan laju dan sekatan jalan raya oleh pihak polis. AES tidak memerlukan tenaga manusia, tidak tidur malam dan beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu. Wallahualam.


Pelatih PLKN bergaduh hanya kerana Milo


Apakah objektif PLKN mencapai sasarannya?

23 Oktober 2012 AYER KEROH - Padah bergaduh kerana minuman, tiga pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) didenda RM800 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini, semalam atas tuduhan merusuh serta menyebabkan kecederaan seorang remaja, minggu lalu.

Majistret Syajaratudur Abd Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Fahmi Ramli, Ridzuan Abdul Rahman dan Muhd Shukri Rahmad, masing-masing berusia 18 tahun, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan disabitkan ke atasnya.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh bersama tujuh yang masih bebas dengan sengaja merusuh dan menyebabkan kecederaan terhadap Eizat Mikail Hishamuddin, 19, di dalam bilik 47, Kem PLKN, Hutan Rekreasi Ayer Keroh, kira-kira 11.30 pagi pada 14 Oktober lalu.

Terdahulu, Peguam Muhammad Hazri Hanafi mewakili tertuduh ketika rayuan memohon mahkamah memberikan hukuman minima terhadap anak guamnya yang masih muda dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama.

“Ketiga-tiga tertuduh yang berjauhan dengan keluarga sudah lebih sebulan jalani latihan sebelum tamat 29 November depan.

“Saya difahamkan, kejadian berpunca apabila Ridzuan bergaduh dengan mangsa ketika mangsa membuat air Milo. Hal itu berlanjutan sehingga keesokan harinya dan Ridzuan membawa bersama-sama rakan lain yang kemudian bertindak menyerang mangsa,” katanya.

Koleksi berita beberapa insiden di kem-kem PLKN di http://beritaplkn.blogspot.com/

10/22/12

Imam Dipecat Kerana Menegur Program Karaoke Dalam Kawasan Surau


Sumber berita dari Melayukini.net

Jangan terkejut jika kita melihat seseorang yang mahu membuat kebaikan, tetapi disalahertikan oleh sesetengah pihak. Kita bukan mahu bercakap dari segi soal politik, akan tetapi mahu menilai sendiri mengapakah imam ini sanggup dipecat. Kisahnya berlula apabila seorang imam di Masjid Dato’ Abdul Ghani, Kampung Sagil, Parit 2 Ledang, Tangkak Johor dipercayai telah dipecat gara-gara menegur satu aktiviti berkaraokedi dalam kawasan surau.

Tambah mengejutkan, surat pemecatan imam tersebut diserahkan ketika beliau hendak menaiki mimbar bagi menyampaikan khutbah solat Jumaat. Tongkatnya dikatakan dirampas oleh pegawai agama yang bertugas menyerahkan surat tersebut.

Sumber memberitahu bahawa imam tersebut, Ustaz Mohd Nazri Bin Musa telah menghantar satu mesej pesanan ringkas kepada Ketua Cawangan Umno Parit 1, Senin Kadong menegur penganjuran karaoke untuk program anak angkat UTHM di dalam kawasan Surau Parit 1.

Keesokan harinya, Ketua Cawangan Umno Parit 1 itu bagaimanapun berang lalu ke rumah imam tersebut memarahi dan menengkingnya. Ketua Cawangan itu mendakwa imam tersebut telah mengganggu tugasnya malah dia turut menghalau imam itu agar berambus keluar dari Sagil.

Tidak cukup dengan itu, dia juga turut memberi amaran akan meminta Menteri Besar Johor dan Kadi untuk memecat Ustaz Nazri yang bertugas sebagai Imam 1 di Masjid Dato’ Abdul Ghani.

Ustaz Nazri telah dipecat sebagai imam dengan alasan ia merupakan keputusan sebulat suara mesyuarat Ahli Jawatankuasa Masjid. Namun apabila ditanya kepada ahli jawatankuasa masjid, mereka langsung tidak mengetahui tentang pemecatan tersebut.

Kes ini sudah difailkan di mahkamah untuk mencabar pemecatan tersebut dengan menamakan Pejabat Kadi Daerah Ledang, Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan Majlis Agama Islam Negeri Johor sebagai respondens.

10/19/12

Masjid daif perlu dibaiki segera di Sabah

19 Okt 2012

KOTA MARUDU 18 Okt. - Meskipun keadaan Masjid Nurhikmah Kampung Bintasan Laut di sini agak uzur, namun, para jemaahnya tetap mengerjakan ibadah solat di situ tanpa ragu-ragu.

Selain itu, mereka juga terdedah kepada bahaya apabila sesetengah bahagian lantai masjid reput dan beberapa bahagian masjid yang berusia lebih 30 tahun itu juga dimakan anai-anai.

Pengerusinya, Zaton Mumin, 40, berkata, setiap kali hujan para jemaah juga terpaksa beralih tempat untuk bersembahyang kerana hujan menitis di ruang solat akibat bumbung dan siling usang turut bocor.

"Kami telah mengemukakan permohonan kepada pihak berkuasa agama di Daerah Kecil Matunggong untuk pembaikan masjid tetapi sehingga kini masih belum mendapat jawapan.

10/13/12

Islam Wasatiyyah, boleh abai Solat Jumaat?

Apakah ini konsep wasatiyyah yang diamalkan apabila tiga pegawai kanan lelaki Islam Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan sanggup mengetepikan kewajipan solat Jumaat semata-mata untuk bermesyuarat?

MESYUARAT TETAP DITERUSKAN KETIKA AZAN SOLAT JUMAAT BERKUMANDANG
27 Sep 2012

SUNGGUH mengecewakan apabila pihak pengurusan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan di Putrajaya sanggup mengetepikan kewajipan solat Jumaat semata-mata untuk bermesyuarat pada minggu lalu.

Pengerusi mesyuarat, seorang pegawai atasan kementerian, tetap meneruskan mesyuarat bersama wakil daripada media walaupun azan solat Jumaat sedang berkumandang dengan jelas.

Tiga pegawai kanan kementerian (lelaki Islam) dalam mesyuarat itu juga seolah-olah tiada rasa bersalah apabila pegawai atasan itu memutuskan untuk tidak menghentikan mesyuarat ketika azan kedengaran dari Masjid Sultan Mizan, kira-kira 150 meter sahaja dari bangunan itu.

Lebih menyedihkan, seorang pegawai kanan kementerian itu dalam mesyuarat tersebut (Islam dan bergelar Datuk), sanggup memberi 'sokongan' kepada pegawai atasan itu untuk meneruskan mesyuarat tanpa berhenti untuk solat Jumaat.

Diharap pihak Ketua Setiausaha Negara memandang serius perkara ini supaya individu yang dipilih menerajui pentadbiran atasan sesebuah kementerian tidak memperlekehkan hal agama kerana Islam adalah agama rasmi negara ini apatah lagi jika melibatkan pegawai beragama Islam.

TAKUT DOSA
Kuala Lumpur


AMBIL TINDAKAN PEGAWAI TERUSKAN MESYUARAT KETIKA AZAN JUMAAT BERKUMANDANG
12 Okt 2012 

SAYA ingin merujuk kepada surat bertajuk 'Mesyuarat tetap diteruskan ketika azan solat Jumaat berkumandang' oleh Takut Dosa di ruangan ini pada Khamis 27 Septembr lalu.

Memang amat menyedihkan apabila kita sedang sibuk melaungkan slogan kecaman terhadap penghinaan ke atas Rasulullah dilakukan di seluruh dunia, di dalam negara kita sendiri terdapat penjawat awam yang memperlekehkan agama Islam.

Dalam hal berkenaan, pengerusi mesyuarat perlu bertanggungjawab penuh kerana beliau yang menentukan perjalanan sesuatu mesyuarat, apatah lagi beliau seorang pegawai tertinggi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang sepatutnya lebih sensitif dengan hal agama.

Pengabaian solat Jumaat bukan suatu yang boleh dipandang ringan. Jika dirujuk kepada undang-undang Syariah, Seksyen 14 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan (Akta 559) telah menyatakan bahawa tidak bersolat Jumaat boleh dihukum denda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya.

Jika tidak tindakan tegas diambil bagi kes ini, pastinya akan wujud persepsi masyarakat bahawa kerajaan mengambil mudah hal-hal agama Islam dalam pentadbiran organisasi kerajaan, sedangkan kerajaan sudah menggariskan peraturan yang cukup jelas dan serba lengkap dalam aspek perundangan Islam.

Seperti mana yang kerap ditegaskan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), pegawai atasan perlu sentiasa mengambil berat aspek kebajikan manakala aspek agama adalah sebahagian daripadanya.
Diharap apa yang berlaku tidak berulang dan menjadi iktibar kepada semua penjawat awam seluruh negara.

JUSA PENCEN
Bukit Kiara, Kuala Lumpur