11 Jan 2013 - Beberapa
sekolah di Johor telah di minta menjemput pemimpin BN untuk mengedarkan bantuan
wang tunai RM100 kepada pelajar sertai menaikkan kain rentang untuk majlis
berkenaan sehingga pilihan raya umum akan datang.
Arahan ini telah terkandung di dalam dokumen yang ditemui di
lamanweb Kementerian Pelajaran (MOE) dan beberapa pejabat pelajaran daerah
(PPD) di Johor.
Lamanweb PPD Kota Tinggi PPD, satu persembahan Powerpoint
menyatakan bahawa sesi penyampaian bantuah tersebut hendaklah dihadiri oleh
"wakil rakyat BN atau wakilnya".
Menurut lamanweb tersebut, persembahan Powerpoint itu dibuat
kepada guru-guru kanan di daerah itu pada 8 Jan.
Perkara yang sama juga boleh didapati pada surat yang ditandatangani oleh Ketua
Setiausaha MOE, Datuk Rosli Mohamed pada 5 Disember tahun lalu dan persembahan
Powerpoint di lamanweb PPD Kluang.
- Malaysiakini

No comments:
Post a Comment