Kosmo 11 Jan 2013, JOHOR BAHRU - Kedaifan hidup menyebabkan
seorang remaja yang tinggal di Kampung Sri Jaya, Skudai Kiri di sini terpaksa
mencari barangan lusuh untuk dijual sebagai sumber pendapatan keluarga setiap
hari.
Muhammad Zaini Abdullah, 18, berkata, pekerjaan itu
dilakukan bagi membantu ibu angkatnya, Fatimah Ahmad, 62, menyara kehidupan
mereka dengan pendapatan tidak sampai RM20 sehari.
Kata Muhammad Zaini, itu sahaja yang mampu dilakukannya
kerana dia tidak pernah berpeluang untuk menimba ilmu di sekolah sejak kecil
ekoran kesempitan hidup yang dialami keluarga terbabit.
"Setiap hari, saya dan ibu angkat mencari barangan
lusuh seperti surat
khabar, tin kosong, payung dan botol untuk dijual bagi mencari sesuap nasi.
"Selain mencari barangan lusuh, saya turut menangkap
ikan di sungai berdekatan rumah untuk dijadikan lauk," katanya ketika
ditemui di rumahnya semalam.

No comments:
Post a Comment