23 Februari 2013
KULIM - Dua lelaki ditahan polis di
sebuah pasaraya di sini kerana dilihat dalam keadaan mencurigakan,
semalam.
Penahanan itu dilakukan Polis Cawangan
Pencegahan Jenayah (CPJ) di ketuai Pemangku Ketua Balai Polis Kulim,
Sub Inspektor Mohd Najib Abd Aziz kira-kira jam empat petang.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan
Ghuzlan Saleh berkata, hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua mereka
baru sahaja mengambil wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah
RM250.
Menurutnya, polis turut menemui
beberapa tiub berisi hablur dipercayai dadah jenis methamphetamine di
dalam beg pinggang salah seorang suspek, selain sebotol air gas yang
sudah dicampur dengan air daun ketum dan ubat batuk.
"Bagaimanapun suspek enggan
mengaku terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
"Kedua-dua mereka dibawa balik ke
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim sebelum diserahkan kepada
Bahagia Siasatan Jenayah Nakotik IPD untuk menjalani ujian saringan
air kencing. Mereka didapati positif dadah,” katanya.
Kata beliau, hasil siasatan, kedua-dua
lelaki berkenaan menggunakan wang bantuan BR1M untuk membeli dadah,
ubat batuk dan air ketum.
"Kes berkenaan disiasat di bawah
seksyen 12(2) Akta Dadah Merbahaya 1952 dan seksyen 15(1),"
katanya.

No comments:
Post a Comment