2/23/13
Guna duit BR1M beli dadah
23 Februari 2013
KULIM - Dua lelaki ditahan polis di
sebuah pasaraya di sini kerana dilihat dalam keadaan mencurigakan,
semalam.
Penahanan itu dilakukan Polis Cawangan
Pencegahan Jenayah (CPJ) di ketuai Pemangku Ketua Balai Polis Kulim,
Sub Inspektor Mohd Najib Abd Aziz kira-kira jam empat petang.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan
Ghuzlan Saleh berkata, hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua mereka
baru sahaja mengambil wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah
RM250.
Menurutnya, polis turut menemui
beberapa tiub berisi hablur dipercayai dadah jenis methamphetamine di
dalam beg pinggang salah seorang suspek, selain sebotol air gas yang
sudah dicampur dengan air daun ketum dan ubat batuk.
"Bagaimanapun suspek enggan
mengaku terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
"Kedua-dua mereka dibawa balik ke
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim sebelum diserahkan kepada
Bahagia Siasatan Jenayah Nakotik IPD untuk menjalani ujian saringan
air kencing. Mereka didapati positif dadah,” katanya.
Kata beliau, hasil siasatan, kedua-dua
lelaki berkenaan menggunakan wang bantuan BR1M untuk membeli dadah,
ubat batuk dan air ketum.
"Kes berkenaan disiasat di bawah
seksyen 12(2) Akta Dadah Merbahaya 1952 dan seksyen 15(1),"
katanya.
2/19/13
KABEL PUTUS NYAWA TERCABUT
Harian Metro 19
Feb 2013
“Tragedi ini
dapat dielakkan jika lif itu diselenggara secara berkala dengan baik. Saya
kesal kerana isteri saya menjadi mangsa akibat sikap sambil lewa ini,” kata
Rafie Johar, 37, yang kematian isteri akibat lif dinaiki di Pangsapuri Blok
A25, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di sini, terhempas dipercayai kerana
kabelnya putus.
Dalam kejadian
jam 5 petang Jumaat lalu, mangsa, Zamelia Isharuddin, 38, menaiki lif itu dari
tingkat lima bangunan didiami untuk turun ke tingkat bawah bagi mengambil wang
hasil perniagaan nasi lemak yang dijalankan secara sambilan.
Rafie berkata,
lif di pangsapuri itu sudah lama bermasalah dan hanya satu daripada dua mesin
pengangkat itu boleh digunakan. “Kemungkinan kabel lif yang boleh digunakan itu
sudah ‘haus’ kerana tidak diselia atau diperiksa pengurusan kediaman ini,”
katanya.
Menurutnya, dia
hanya mengetahui nahas ngeri membabitkan isterinya itu selepas dimaklumkan
beberapa jiran yang tinggal berhampiran pangsapuri 10 tingkat itu.
Menurutnya,
beberapa jiran yang terkejut selepas mendengar dentuman kuat itu segera
menghubungi bomba dan penyelamat sebelum isterinya berjaya dikeluarkan dari
dalam lif berkenaan.
“Ketika itu,
isteri tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Seri Manjung bagi
mendapatkan rawatan kecemasan. Keadaan Zamelia amat kritikal berikutan tengkuk
dan kepalanya turut dihentak kabel besi lif yang putus itu.
“Doktor
bertungkus-lumus menyelamatkannya sebelum isteri menghembuskan nafas terakhir
pada jam 12.15 tengah hari Sabtu lalu,” katanya.
Rafie berkata,
dia tidak dapat menahan rasa sedih berikutan kehilangan isteri dalam tragedi
yang amat mengerikan itu.
Difahamkan,
jenazah mangsa dibawa pulang untuk dikebumikan di Kampung Sayong Lembah, Kuala
Kangsar.
2/15/13
Kadar insurans kenderaan naik mulai esok
Harakah Daily, 14 Feb 2013
KUALA LUMPUR:
Kadar premiun insurans kenderaan bagi semua jenis kenderaan akan dinaikkan
mulai esok, Jumaat 15 Februari.
Maklumat tersebut
diperolehi melalui surat edaran yang dihantar kepada pengendali dan agen-agen
insuran bertarikh 7 Februari lalu.
Bagi pemilik
kenderaan, mereka akan mulai membayar dengan tarif harga yang baru mulai esok
apabila ia dikuatkuasakan sepenuhnya.
Bagi perlindungan
pihak ketiga motosikal 100cc dan ke bawah, cadangan kenaikan adalah antara RM1
hingga RM3.50 setahun dan RM1 hingga RM2 untuk perlindungan komprehensif.
Untuk
perlindungan pihak ketiga kereta persendirian 1,400cc, kenaikan adalah antara
RM6 hingga RM34 setahun untuk empat tahun dan RM7 hingga RM19 untuk
perlindungan komprehensif.
Surat pekeliling
itu turut memberitahu kelulusan kenaikan premium itu telah diluluskan oleh Bank
Negara sebelum ini.
Bank Negara pada
26 Februari 2010 telah mengumumkan kenaikan premium insuran secara berperingkat
dalam tempoh empat tahun mulai tahun 201.
2/14/13
Ceramah Suara Anak Muda Rembau 18 Feb 2013
CERAMAH SUARA ANAK MUDA REMBAU
Tarikh : 18 Feb
2013, Isnin
Masa : 9.30 malam
Tempat : Bilik
Gerakan Pakatan Rakyat UPU Kg Semerbok, Kota, Rembau
Bersama Sdr Sahrizal
Masrudin, Pengerusi Suara Anak Muda Rembau – Membicarakan isu
pampasan tanah adat, pemerkasaan pengurusan tanah adat, kenaikan
elaun Dato Lembaga Adat, pengurusan tanah terbiar sebagai pembangunan
kampung tersusun untuk anak Rembau, perkembangan Hospital Rembau,
status Landasan Terbang Rembau, cadangan kampus UiTM Rembau dan
banyak lagi isu setempat.
Turut serta Tn Hj
Kamarol Ridzuan, Pengarah Pilihanraya PAS N.Sembilan
Kepada mereka yang ingin
menjadi Sukarelawan Petugas Pilihanraya Pakatan Rakyat DUN Kota sila
hubungi Tn Hj Roni 012-2268230
Kepada mereka yang ingin
menyumbang ke Tabung Pilihanraya DUN Kota sila salurkan ke akaun
berikut :
Nama akaun : PAS MTD DUN
KOTA
No akaun : 05-021-02-011755-8
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Apa sudah jadi dengan PAS Seremban?
Free Malaysia Today, 14 Feb 2013 - Pertembungan di dalam PAS
Seremban membabitkan kem Yang DiPertua PAS Seremban, MK Ibrahim Abdul Rahman
dan kem Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar.
SEREMBAN: Isu perpecahan PAS Seremban nampaknya masih tidak
berkesudahan walaupun paluan gendang pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) semakin
hampir. Di kala PAS di kawasan lain sedang siap siaga untuk menghadapi lawan
iaitu Umno, PAS Seremban pula masih bertelagah sesama sendiri.
Pertembungan di dalam PAS Seremban membabitkan kem Yang DiPertua PAS Seremban, MK Ibrahim
Abdul Rahman dan kem Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkefly Mohamad
Omar.
Walaupun pertembungan ini tidak begitu diketahui umum melainkan
sesama kepimpinan PAS, tetapi perang dingin diantara dua kem pemimpin ini kini
semakin diketahui umum apabila Dewan Pemuda PAS Seremban melalui laman web
milik mereka kini mula menyerang Zulkefly secara terbuka.
Di kaca mata umum hubungan di antara MK Ibrahim dan Zulkefly
memang baik iaitu sejak sambutan rumah terbuka Aidil Fitri anjuran Zulkefly
yang dihadiri oleh MK Ibrahim. Sebulan
selepas itu Zulkefly pula menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan MK Ibrahim.
FMT difahamkan melalui sebuah sumber dalaman PAS Seremban
bahawa walaupun secara peribadi hubungan MK Ibrahim dan Zulkefly agak baik,
namun pemimpin-pemimpin PAS Seremban di bawah MK Ibrahim dan Zulkefly seperti
tidak mahu mencari jalan pendamaian. Sebaliknya sering ‘membakar’ MK Ibrahim
dan Zulkefly agar tidak mengadakan sebarang perbincangan untuk mencapai kata
sepakat.
Sebenarnya apa yang menjadi rebutan di PAS Seremban ialah
siapakah yang layak bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng.
DUN Lenggeng
merupakan satu-satunya kerusi PAS di Parlimen Seremban. Parlimen Seremban
mempunyai enam kerusi DUN. Iaitu Lenggeng, Ampangan, Sikamat, Temiang, Lobak
dan Nilai.
Ampangan dan
Sikamat merupakan kerusi PKR sementara Temiang, Lobak dan Nilai merupakan
kerusi DAP.
Kem MK Ibrahim
merasakan MK Ibrahim sebagai Yang DiPertua PAS Seremban adalah calon yang
paling layak untuk bertanding pada PRU-13 nanti. MK Ibrahim memenangi jawatan
tersebut pada muktamar PAS Seremban pada 15 Mei 2011.
Pemuda PAS
Seremban yang merupakan pro MK Ibrahim juga berhujah bahawa sudah sampai
masanya PAS Negeri Sembilan dan PAS Pusat mencalonkan muka baru iaitu MK
Ibrahim.
Kumpulan pendesak
Alasan Pemuda PAS
Seremban yang bertindak sebagai kumpulan pendesak ialah Zulkefly sudah kalah
tiga kali di Lenggeng pada PRU tahun 1999, 2004 dan 2008.
Kem Zulkefly pula
merasakan ahli jawatankuasa PAS Pusat itu lebih layak bertanding di Lenggeng
kerana merasakan Zulkefly lebih popular di Lenggeng berbanding MK Ibrahim.
Kem Zulkefly
yakin bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan itu akan dicalonkan sekali lagi di
DUN Lenggeng berdasarkan prestasi dan peranan Zulkefly yang menonjol dalam isu
alam sekitar di Lynas, Kuantan; Bukit Payong, Batu Pahat dan Pengerang, Johor.
Tetapi kem MK
Ibrahim pula berkata memandangkan Zulekfly sudah mencapai taraf pemimpin
nasional, maka Zulkefly seharusnya bertanding di kerusi parlimen kerana skop
tugas beliau pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat merangkumi peringkat
nasional.
Ada suara nakal
dalam PAS Negeri Sembilan yang mencadangkan jika Zulkefly bertanding kerusi
parlimen dan menang; pada masa yang sama jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil
alih Putrajaya, Zulkefly berpotensi besar menjadi paling kurang Timbalan
Menteri Alam Sekitar.
Dalam posting
terbaru dalam laman web Pemuda PAS Seremban, mereka meminta PAS tampilkan calon
‘boleh menang’.
Dalam laman web
tersebut Pemuda PAS Seremban turut menyiarkan sebuah kajian panel penyelidikan
berkaitan calon PAS yang paling sesuai untuk PRU-13. Walaupun foto tersebut
tidak menyebut kerusi DUN mana tetapi ianya jelas merujuk kepada DUN Lenggeng.
Merujuk kepada
foto gambarajah yang dimuat naik dalam laman web tersebut; kajian tersebut
berkata Zulkefly menjadi pilihan 15.7 peratus responden. MK Ibrahim pula 12.9
peratus responden. Bermakna Zulkefly lebih popular daripada MK Ibrahim walaupun
peratusannya tidak jauh berbeza.
Apa yang menarik
seramai 48.0 peratus responden pula tidak pasti mengenai calon PAS pilihan mereka. Manakala 19.8
peratus responden mempunyai pilihan calon lain daripada Zulkefly dan MK
Ibrahim.
Berdasarkan
kajian ini terdapat dua senario yang menjadi pilihan majoriti responden. Pertamanya
48 peratus responden ini boleh menerima sama ada MK Ibrahim atau Zulkefly
sebagai calon PAS di DUN Lenggeng, kerana lazimnya kategori pengundi ini adalah
pengundi yang tidak kisah siapa calonnya asalkan calon PAS.
Tolak MK Ibrahim
dan Zulkefly
Senario kedua
ialah lebih ramai responden iaitu 19.8 peratus responden menolak kedua-dua
calon yang berebut DUN Lenggeng iaitu MK Ibrahim dan Zulkefly.
Dari segi gerak
kerja, MK Ibrahim dan Zulkefly memang aktif mengiatkan pelbagai aktiviti parti
di Lenggeng.
Kini terpulang
kepada PAS Pusat untuk menentukan siapakah calon yang sesuai dan ‘boleh menang’
di DUN Lenggeng pada PRU-13 nanti.
Sumber
memberitahu FMT ada ura-ura jika Mk Ibrahim dipilih sebagai calon DUN Lenggeng,
kem Zulkefly sudah pasti akan memboikot MK Ibrahim dan tidak akan membantu
berkempen untuk MK Ibrahim. Manakala jika Zulkefly pula dicalonkan, kem MK
Ibrahim pula akan memulaukan Zulkefly dan tidak akan gerakkan jentera pilihan
raya membantu Zulkefly.
Apa yang pasti
suasana di Lenggeng ini merupakan satu berita baik untuk Umno dan Umno tidak
akan menghadapi masalah besar untuk mempertahankan DUN Lenggeng.
Kerana kekuatan
PAS Seremban sudah lama pecah dua. Dengan kekuatan 100 peratus pun bukan mudah
menumbangkan Umno di Lenggeng kerana sememangnya Umno agak kuat di Lenggeng
memandangkan majoriti masyarakat Melayu di Lenggeng merupakan Melayu kampung
yang masih tegar menyokong Umno. Apatah pula kini PAS akan bertarung dengan
Umno dengan hanya separuh kekuatan sahaja.
Mengikut rekod
daftar pengundi terkini, peratusan pengundi di Lenggeng ialah Melayu 76.82
peratus, Cina 16.32 peratus dan India 6.86 peratus. Jumlah pengundi pula 14,
962 orang.
Sedia maklum
majoriti pengundi Melayu di kawasan kampung dan Felda di Negeri Sembilan masih
kuat menyokong Umno termasuk di Lenggeng.
Jika PAS
bercita-cita untuk memberi saingan sengit kepada calon Umno di Lenggeng pada
PRU-13 ini, hanya satu pilihan sahaja yang ada iaitu MK Ibrahim dan Zulkefly
harus bersatu dan lupakan sebarang perselisihan faham sebelum ini.
Tetapi apakah
‘anak buah’ Mk Ibrahim dan Zulkefly pula akan mengizinkan pendamaian tersebut?
Wallahualam.
Miscalculation by BN to bring Psy - Rahmad Isahak
The Malay Mail 13 Feb 2013
BARISAN NASIONAL (BN)’s stint to woo Penang
voters during its state-level Chinese New Year open house is now termed as a
`farewell party’ for the national alliance here following its alleged failed
attempt to win over Penangites.
Penang Malay Congress (PMC) president Rahmad Isahak said
despite featuring South Korean K-pop sensation Psy as the star act at Han Chiang
College grounds on Feb
11, BN failed to attract less than half the expected figure of 80,000 people to
its event.
“It was a miscalculation by BN to bring Psy to Penang. They dug their own grave when the crowd itself
said they were only there to watch Psy perform. This too was witnessed by Prime
Minister Datuk Seri Najib Razak himself,” said Rahmad.
In a statement, he added that the majority of the crowd’s
negative response was a `warning’ that they could not be `bought over’ by
entertainment or money.
“We thank the event sponsor for bringing an international
act here but from a political angle, we believe the state BN should apologise
to Najib for the crowd’s truthful response to him.
“This is an early warning by voters to BN that they cannot
be bought by money or entertainment. It is also hurtful that Najib repeated
BN’s promise of affordable housing and monorail that would only be implemented
if they won Penang.
“These are promises that should have been granted when BN
was the state government. We feel that to pull off this open house was a
desperate attempt to woo voters which inadvertently turned out to be their
farewell party,” he said.
Rahmad added that this was a `major mistake’ committed at
the last moment just as general election was around the corner.
“In 2008, BN was toppled by Pakatan Rakyat due to the
former’s unparalleled extravagance. Once again, despite being the opposition in
Penangm they are repeating the same mistake of being extravagant,” he said.
Meanwhile, Chief Minister Lim Guan Eng has asked Najib to
reveal the cost of Psy’s performance and who was the sponsor of his act.
“Nobody knows how much it cost because BN said they did
spend a single sen. I believe Najib when he said taxpayers’ money was not used
to bring Psy but people have a right to know the cost.
“In the interest of transparency, he should explain who the
sponsor is and how much was paid to Psy. Najib must come clean on this because
BN is a political party. It must not be kept a secret,” he said.
Later, he visited Jalan Siram where 1km of the stretch from
the Butterworth Outer Ring Road (BORR) to Jalan Raja Uda would be made into
four lanes from two lanes at a cost of RM3.5 million in two years.
“Road usage here is heavy and as a long-term plan, this road
will be expanded to allow smoother traffic flow. It will take two years before
work starts because of land acquisitions,” he told reporters.
Ceramah Kelompok DUN Kota 18 Feb 2013
CERAMAH KELOMPOK DAN PELANCARAN UPU KG SEMERBOK
Oleh Tn Hj
Kamarul , Pengarah Pilihanraya PAS N.Sembilan
Tarikh : 18 Feb
2013, Isnin
Masa : 9.30 malam
Tempat : Bilik
Gerakan Pakatan Rakyat UPU Kg Semerbok, Kota, Rembau
Kepada mereka
yang ingin menjadi Sukarelawan Petugas Pilihanraya Pakatan Rakyat DUN Kota sila
hubungi Tn Hj Roni 012-2268230
Kepada mereka
yang ingin menyumbang ke Tabung Pilihanraya DUN Kota sila salurkan ke akaun
berikut :
Nama akaun : PAS
MTD DUN KOTA
No akaun : 05-021-02-011755-8
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Dapatkan maklumat
terkini di Rembau Hari Ini http://rembau-hari-ini.blogspot.com
2/13/13
Siapa sebenarnya Yazid Sufaat?
WAWANCARA EKSKLUSIF DENGAN YAZID SUFAAT, "PENGALAMAN DI
PENJARA THAGHUT"
Siraaj - Senin, 1
Rabiul Akhir 1434 H / 26 Maret 2012 20:25
Wawancara
eksklusif dengan Yazid Sufaat, "Pengalaman di penjara thaghut"
(Arrahmah.com) –
Penjara seharusnya digunakan untuk menahan orang-orang yang berbuat kejahatan.
Tetapi penjara telah berubah menjadi kurungan bagi mereka yang benar-benar
tidak sepantasnya ditahan. Ditahan tanpa pengadilan dan tuduhan yang sah. Yazid
Sufaat, Mujahid asal Malaysia, yang dituduh ikut membantu serangan 9/11 dan
beberapa tuduhan lainnya, adalah salah satu saksi mata yang hidup yang ditahan
dengan tuduhan yang tidak sah dan tanpa pengadilan.
Berikut ini,
adalah Wawancara Malaysiakini dengan Yazid Sufaat fokus pada ISA pada
(20/3/2012) oleh Fathi Aris Omar, Aidila Razak dan Salhan K Ahmad, menjelang
pencabutannya, yang diperkirakan akan diajukan dalam sidang sedang berlangsung
Parlemen. Sebelumnya, yang kedua, telah dibahas mengenai Wawancara eksklusif
dengan Yazid Sufaat, serangan 9/11 meningkatkan pemeluk Islam. Dalam bahasan
yang ketiga ini, Yazid bercerita pengalamannya ditahan di penjara thaghut di
bawah Internal Secuirty Act (ISA).
***
“Suatu hari di
penjara, saya merasa seperti melihat bintang-bintang bersinar. Saya tidak
pernah melihatnya selama tiga tahun pada saat itu, karena saya tidak dapat
melihat langit dari sel saya. Melihat bintang-bintang adalah sebuah hadiah,”
kata Yazid.
“Saya berdo’a,
‘Ya Allah, biarkan saya melihat beberapa bintang’. Terkadang kita harus
menerima beberapa hal agar do’a dikabulkan,” katanya, mengingat tujuh tahun
masa tahanannya di kamp Kamunting di Perak, di bawah Internal Security Act
1968.
Yazid Sufaat dikirim
ke balik jeruji tanpa pengadilan karena ia terlibat dalam kegiatan jihad pada
bulan Desember 2001, termasuk dakwaan terlibat serangan 9/11 di New York, Yazid
ditahan di dalam kurungan isolasi selama lima tahun.
Di sana, ia biasa
menggunakan darah dari sekawanan nyamuk yang menyerangnya di sel untuk menulis
ayat-ayat Al-Quran di dinding-dinding, di mana ia merasa kepanasan pada malam
hari, membuat ia basah kuyup setelah melakukan sholat.
Itulah sedikit
pengalaman Yazid di Kamunting. Yazid ragu janji pemerintah mengenai pencabutan
ISA.
“Jika ini (ISA)
bekerja dengan baik untuk mereka (pemerintah), mengapa mereka harus
menghapuskannya? Mungkin mereka akan mengubah namanya, tetapi isi dari yang
baru (hukum pengganti) akan sama saja, atau bahkan lebih buruk,” katanya.
Program senjata
biologis
Di antara tahanan
di bawah ISA yang paling lama, Yazid, yang diberi sangsi oleh PBB telah
melakukan perjalanan, aset dan kesepakatan senjata, meyakini bahwa penahanannya
ada hubungannya dengan keahliannya.
Dilatih sebagai
seorang ahli biokimia dengan beasiswa pemerintah di Amerika Serikat, mahasiswa
top dari Royal Military College ini yang sekaligus pensiunan kapten Angkatan
Darat pernah jadi bagian dari program senjata biologis Departemen Pertahanan.
Berbeda ketika
menceritakan pengalamannya bersama Syaikh Usamah bin Laden (rahimahullah),
Yazid ragu-ragu untuk mengungkapkan rincian tentang “program rahasia
pemerintah”, dan menggambarkannya sebagai “cerita yang panjang”.
“Ketika mereka
(polisi) pertama membawa saya, saya tidak memberitahu mereka tentang program
pemerintah. Saya tidak ingin mereka tahu, saya tidak ingin pertanggungjawaban
jatuh ke pemerintah, untuk mengeluarkan uang untuk orang lain.”
“Akhirnya mereka
berhasil mendapatkan laporan dari ‘teman’ mereka dan mereka menginginkan saya
untuk memperjelas segala sesuatu. Saya tidak ingin memperjelas apapun, maka
mereka membawa istri saya,” ujar Yazid.
Istrinya,
Sejahratul Dursina, ditahan dibahwa ISA selama dua bulan dan setelah itu ia
dipindahkan dibawah pengawasan gerak-gerik yang ketat selama enam tahun.
“Jika kalian
ingin bebas dari ISA, ikuti saja apa yang mereka katakan dan mengakui semua
tuduhan, saya menolak untuk melakukan itu dan mereka menahan saya selama tujuh
tahun, karena saya tidak ingin bernyanyi (Negara-ku).
“Saya tidak ingin
bernyanyi. Mengapa saya harus bernyanyi ketika negara ini mengkhianati saya?”
kata Yazid.
Para pembantu
Thaghut (Setan)
Yazid bangun pada
jam 4 pagi setiap hari untuk membaca Al-Quran, dan tentu saja dengan cahaya
yang sangat minim, hanya 15 watt bohlam lampu yang kemudian hanya diganti
dengan sebuah lampu neon di luar sel, setelah para tahanan banyak yang
mengeluh.
Ketika sel-sel
penjara dibuka pada jam 8 pagi, Yazid mengatakan bahwa ia berlari di daerah
kurungan, yang ia katakan hanya boleh di antara 80 hingga 90 langkah selama
satu jam sebelum melihat tanaman sayurannya di sebuah bidang kecil tanah.
“Pada jam 11
pagi, kami akan dikunci di sel lagi, jadi saya membaca koran, yang penuh lubang
karena semua ‘isu sensitif’ dipotong,” katanya.
Yazid tidak hanya
diinterogasi oleh para penyelidik Malaysia, tetapi ia berkata bahwa ia menerima
kunjungan dari polisi Indonesia dan FBI (Federal Bureau of Investigation), dan
ia tetap menutup mulutnya.
“Saya akan pergi
ke sana, setor muka, dan saya tidak akan mengatakan apa-apa. Saya katakan,
‘jika kalian ingin mengetahui apapun, kalian tanya saja ke cabang khusus’,”
katanya.
Yazid bercerita
bahwa beberapa tahanan disiksa ketika diinterogasi, namun Yazid mengatakan
dirinya tidak menderita penyiksaan seperti itu.
“Al-Quran
mengatakan bahwa siapa yang beriman harus berjihad di jalan Allah, sementara
orang-orang kafir di jalan thaghut (setan), jadi melakukan perang melawan
mereka yang membantu setan. Saya menganggap semua yang memiliki andil dalam
penahanan saya sebagai para pembantu thaghut (setan),” katanya.
Yazid tidak
mengerti bagaimana para Ulama yang mengunjungi Kamunting dapat menggunakan
Al-Quran untuk membenarkan ISA.
“Di dalam Islam,
jika kalian berniat akan melakukan hal yang baik, Allah memberikan kalian satu
pahala. Bahkan jika kalian tidak melakukannya, tetapi jika kalian berniat
melakukan hal yang buruk, Allah tidak akan menghukum kalian jika kalian tidak
melakukannya,” kata Yazid.
“Jadi bagaimana
ISA dapat dibenarkan? ini menghukum orang-orang bahkan karena niat mereka
melakukan hal yang buruk. Menggunakan Al-Quran untuk membenarkan ISA, tidakkah
ini bahlul (bodoh)? Seorang mufti, yang masih hidup, telah menulis buku yang
membenarkan ISA,” katanya.
Masih berhubungan
dengan Jemaah Islamiyah
Saat ini, Yazid
masih mengaku masih berhubungan dan membantu kawan-kawan lama yang terhubung
dengan Jemaah Islamiyah dengan kebutuhan hidup mereka sehari-hari, membantah
semua tiduhan ISA yang dilontarkan terhadapnya.
Ketika ditanya
apakah ia masih merupakan “ancaman”?
Yazid
menjawab,”Saya tidak berbahaya. Saya tidak pernah berbahya sejak dulu.”
Setelah kembali
dari California, Amerika Serikat, dimana ia dilatih sebagai seorang ahli
biokimia dengan beasiswa dari pemerintah, Yazid memulai untuk mendalami
agamanya.
Beberapa waktu
kemudian, ia bergabung dengan Persatuan Al-Ehsan, sebuah organisasi Islam yang
resmi terdaftar, dan mendonasikan kondomoniumnya (apartemen) di Sungai Long,
Selangor.
“Saya memberikan
kondomonium, kepada orang-orang ini untuk apa saja mereka ingin gunakan. Jia
seorang musafir membutuhkan penginapan, mereka dapat menggunakannya,” katanya.
Tiga dari
orang-orang yang tinggal di kondomonium itu, adalah mereka yang terkait
serangan 9/11, salah satunya adalah , Zakaria Mousaoui, yang kemudian
dipekerjakan oleh Yazid untuk memasarkan produk software yang dikembangkan oleh
perusahaan Yazid, Infocus Tech.
“Waktu itu,
komputer dan telepon tidak berbicara satu sama lain, jadi kami mengembangkan
software untuk mengintegrasikannya, kami mengembangkannya untuk call centre.
Semacam itu..”
“Jadi, jika
kalian bertanya apakah Saya mendanai Mousaoui untuk 9/11, saya tidak akan
mengatakan ya atau tidak. Dia adalah karyawan saya. Biarlah para pembaca
berpikir,” kata Yazid.
Yazid mengatakan
bahwa ia mengajak Mousaoui bekerjasama karena latar belakangnya dari teknik
komputer, Mousaoui hanya meminta bantuan dan mengatakan kepada Yazid bahwa ia
membutuhkan visa untuk ke Amerika Serikat.
“Dia bertanya
apakah saya dapat membantunya mendapatkan visa untuk AS. Saya katakan, ‘kenapa
tidak? Kau ambil lah software saya di sana’. Jadi saya menulis semuanya, bahwa
ia mewakili kami, dan lain-lain,” kata Yazid.
Dua Inividu
lainnya yang terkait 9/11, yang tinggal di kondomonium Sungai Long adalah
Khalid al-Midhar dan Nawaf al-Hazmi.
Keduanya,
berdasarkan PBB, telah tinggal di kondomonium Yazid pada bulan Januari 2000
untuk merencanakan serangan 9/11, apa yang PBB sebut sebagai “Konferensi
Al-Qaeda 2000″ di Kuala Lumpur.
“Saya tidak
berada di sana. Pada saat itu saya berada di Pakistan dan Afghanistan,
membangung sebuah rumah sakit di sana,” kata Yazid.
Wabah Favorit
Yazid dituduh
mengembangkan senjata biologis dan disebut oleh para penuduh sebagai “CEO
Anthrax”. Meski intelijen AS ragu bahwa Yazid mampu mengembangkan senjata
biologis.
Yazid memang
telah berhasil sukses mengembangkan beberapa wabah di Laboratatoriumnya di
Kandahar, tetapi kemudian laboratoriumnya dihancurkan oleh NATO.
“Saya masih bisa
menemukan Anthrax jika saya menginginkannya, tetapi buat apa? Itu tidak
memiliki nilai komersil. Anthrax hanya bagus untuk menyabotase, tidak dapat
membunuh,” kata Yazid.
“Lagipula ini bukan wabah Favorit saya. Saya lebih suka
menggunakan bakteri atau virus yang betul-betul menghantam kalian dan
memberikan kalian satu atau dua jam sebelum kalian meninggal”.
“Karya siapa menurut kalian flu burung itu? Para ilmuwan, yang kemudian tidak dapat
mengendalikannya,” ungkap Yazid.
Salah satu tuduhan terhadap Yazid adalah menyuplai amonium
nitrat untuk membangun bom utnuk sebuah serangan di Ambon, Indonesia. Yazid
mengatakan itu adalah murni transaksi bisnis antara perusahaannya, Green
Laboratory Medicine dengan sebuah perusahaan Yaman.
“Perusahaan Yaman
memesan 40 ton dari itu (Amonium nitrat), tetapi hanya berhasi mengirim empat
ton. Keuntungannya 1.600 RM per ton, jadi bayangkan berapa banyak saya akan
dapatkan dengan 40 ton! Bukan urusan saya untuk tahu apa yang mereka ingin
lakukan untuk itu.”
“Saya memeriksa
pemerintah apakah ada pembatasan untuk mengekspor item ini, tetapi tidak ada.
Sekarang, mereka lebih ‘pintar’ dan telah menetapkan pembatasan dari itu
(ammonium nitrat),” kata Yazid.
Dalam tuduhan
kedua, Yazid dituduh telah mendanai kerusuhan di Ambon dan mempersenjatai
perjuangan Mujahidin di selatan Philiphina. Namun, Yazid mengatakan itu
hanyalah bantuan kemanusiaan.
Yazid berkata
bahwa selama interogasinya, ia ditanya apakah dana yang ia kirim untuk medis,
makanan, dan pakaian dapat digunakan membeli senjata, ia mengatakan bahwa ada
kemungkinan.
“Mungkin,
bagaimana saya tahu?,” tanya Yazid.
Pernyataan resmi
yang beredar menyatakan bahwa Yazid mengakui mendanai pembelian persenjataan di
selatan Philiphina, dan bahwa senjata-senjata tersebut dibawa dibawa kembali ke
Malaysia untuk menjatuhkan pemerintah.
Setelah
dibebaskan ia berusaha menyesuaikan diri kembali dengan kehidupanya dahulu
bersama istrinya yang juga pernah menjadi tahanan.
“Mereka
memindahkan saya kembali untuk tinggal dengan tahanan lainnya. Di sana ada
sebuah kipas angin, saya sakit selama seminggu, sedang berusaha untuk
menyesuaikan diri dengan yang disebut kemewahan,” katanya.
Tidak ada lagi
ketakutan sekarang
Sebelum ia
dibebaskan, Yazid memohon dua do’a, yaitu agar Allah menghancurkan para
interogatornya jika mereka tidak bertaubat. Dan yang satunya lagi do’a untuk
dirinya sendiri.
“Saya berdoa, ‘Ya
Allah, berikan saya sebuah tanda untuk menunjukkan apakah apa yang saya lakukan
benar atau salah. Tunjukkanlah ketika saya bebas’. Jadi saya begitu gugup,”
katanya.
“Sholat pertama
yang saya laksanakan setelah saya bebas adalah sholat ashar. Saya takut. Siapa
tahu, mungkin saya benar-benar melakukan hal yang salah? Orang-orang bisa
meludahi saya atau melemparkan sepatu mereka ke arah saya,” katanya.
Akan tetapi
sebaliknya, ia justru menerima sebuah sambutan yang hangat dari Masjid di lingkungan
dan ketika ia kembali pada hari selanjutnya, ia diminta untuk memimpin sholat
maghrib. Jama’ah meminta Yazid menjadi imam mereka.
“Sekarang saya
hampir 50 tahun, saya telah menyia-nyiakan tujuh tahun hidup saya, tetapi
tidak, saya tidak akan mengatakan itu sia-sia. Saya menjadi dewasa di tempat
paling bodoh, Amerika Serikat, tetapi saya didewasakan di penjara, Allah
menghilangkan ketakutan saya di penjara,” kata Yazid.
Yazid tak pernah ke Syria, tangkapan bermotif politik – Isteri
Keadilan Daily
12 FEB 2013 : Isteri tahanan pertama mengikut Akta Kesalahan
Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) menyifatkan tangkapan suaminya,
Yazid Sufaat tidak munasabah dan bermotif politik.
Anak dan isteri
kesal dengan penahanan Yazid.
“Suami saya tak
pernah pergi ke Syria, dan tidak mempunyai akses dengan mana-mana pihak di
sana. Banyak lagi kes keganasan di Malaysia, kenapa suami saya pula yang
ditahan? Alasan penangkapan langsung tak logik dan bermotif politik!” kata
Chomel Mohamad ketika dihubungi.
Selain Yazid,
kenalannya, Halimah Hussein dan pekerja Yazid, Hilmi Hafim turut dituduh
bersubahat di bawah akta yang sama, menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA).
Mereka dituduh
melakukan kesalahan menjalankan pelakukan perbuatan keganasan dengan niat untuk
memajukan suatu tujuan ideologi, dan perbuatan tersebut boleh semunasabahnya
dianggap sebagai diniatkan untuk mengugut orang awam di Syria.
Chomel berkata,
tuduhan menggalakkan tindakan keganasan terhadap suaminya adalah serius dan
sangat bertentangan peribadi Yazid.
“Yazid (gambar)
seorang suami dan ayah yang baik dan penyayang. Tanyalah kepada sesiapa yang
kenal Yazid Sufaat, semua boleh jadi saksi berhubung tingkah laku beliau.
Tuduhan tersebut adalah melampau,” tempelaknya.
Menurut Chomel,
beliau dihubungi Unit Jumpa dari Penjara Sungai Buloh yang mengkehendaki beliau
berjumpa suaminya pada 16 Februari sekitar tengah hari.
“Saya akan pergi
bersama tiga anak perempuan dan ibu saya untuk beri sokongan pada Yazid. Dia
perlu kekuatan semua pihak terutama keluarga terdekat,” kata Chomel.
Jumaat lalu,
Timbalan Pendakwa Raya memohon tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin kerana Akta
Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 membenarkan penahanan tanpa
ikat jamin.
Peruntukan itu
juga memberi kuasa kepada polis untuk menahan mana-mana individu selama 48 jam
tanpa bantuan guaman.
Pada masa ini,
Yazid yang pernah ditahan di bawah akta ISA dipenjara semula di Sungai Buloh
manakala Halimah dibawa ke penjara Kajang sementara nasib Hilmi masih belum
diketahui.
2/8/13
Kuliah Dr Badrul Amin 13 Feb 2013 di Johol, N.Sembilan
KULIAH MAGHRIB PERDANA
Bersama Ustaz Dr Badrul Amin Bahron - MPT PKR
Tarikh : 13
Februari 2013 , Rabu
Tempat : Markas
PAS DUN Johol, N.Sembilan (sebelah Pejabat Pos)
Tentatif Program
:
- Solat maghrib
berjemaah
- Kuliah Maghrib
dan Zikir Munajat dipimpin Dr Badrol Amin
- Solat Isya
berjemaah
- Jamuan ringan
dan bersurai
Kaunter semakan
daftar pemilih dan pendaftaran petugas PRU 13 PAS DUN Johol juga akan dibuka.
Dapatkan info
semasa :
PAS N.Sembilan http://pasns.blogspot.com
ADUN Paroi http://mohdtaufek.blogspot.com
Facebook ADUN Paroi www.facebook.com/hjtaufek
Facebook PAS N.Sembilan www.facebook.com/pasn9
PAS Rembau http://rembau-hari-ini.blogspot.com
Ceramah dan Pelancaran UPU Kg Batu, Rembau 12 Feb 2013
CERAMAH MAULID NABI DAN PELANCARAN UPU KG BATU
Oleh Ustaz Nor Azman Mohamad, Ketua Penerangan PAS
N.Sembilan
Tarikh : 12 Feb
2013, Selasa
Masa : 9.30 malam
Tempat : Bilik
Gerakan Pakatan Rakyat UPU Kg Batu, Kota, Rembau
Untuk maklumat
lanjut sila hubungi Tn Hj Roni 012-2268230
Kepada mereka
yang ingin menyumbang Tabung PRU-13 DUN Kota sila salurkan ke akaun berikut :
Nama akaun : PAS
MTD DUN KOTA
No akaun : 05-021-02-011755-8
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
2/7/13
Jelajah DUN Chembong 11 Feb 2013
Program Sehari Bersama Penduduk DUN Chembong, Parlimen Rembau
Tarikh : 11 Februari 2013
Hari : Isnin
Aturcara :
9 pg – 12 tgh : Pemuda PAS Bersama Kaum India di Taman
Koperasi, Chembong.
3 ptg – 4.30 ptg : Majlis Ramah Mesra Agenda Wanita Pakatan
Rakyat bersama Fareedah Samad-Ameerah/ Dewan Muslimat PAS Pusat di Kg. Chembong
Halt
8 mlm : Kuliah Maghrib bersama Ustaz Mohd Khairil Anuar - Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan di
Masjid Lama Batu Hampar.
9 mlm : Ceramah Kelompok/ Dialog Bersama Dr. Zulkifli Ahmad ( Ahli Parlimen PAS Kuala
Selangor ), Zulkifli Mohammad Hj. Omar ( AJK PAS Pusat ) & Dr. Rosli Yaakop
( Timb. Pesurhjaya PAS NS ) di Taman Chembong Utama
Dapatkan promosi program di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2013/02/jelajah-dun-chembong-11-feb-2013.html
Subscribe to:
Posts (Atom)




















